Pengembalaan Anjing Untuk Mengesan Dadah
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
1/9/1980 12 APRIL 1980
PENGEMBALAAN ANJING UNTUK MENGESAN DADAH
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-9/1980 yang bersidang pada 12 April 1980 telah memutuskan bahawa:
Berdasarkan kepada kaedah maslahah umum bahawa anjing serta hukum yang berkaitan dengan maslahah umum didapati di dalam pemeliharaan anjing buruan dan seumpamanya untuk tujuan mengesan dadah dan mengambil tindakan selanjutnya bagi tujuan keselamatan negara maka Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa:
1. Orang-orang Islam harus sekadar hajat untuk diberi tugas memelihara anjing.
2. Walau bagaimanapun pegawai-pegawai Islam yang hendak diberikan tugas memelihara anjing itu mestilah terlebih dahulu diberikan kursus mengenai hukum-hukum Islam dan pemeliharaan anjing supaya segala keraguan mengenai perkara itu dapat dihindarkan.
Bertarikh 12 April 1980 MJKPHSWP Kali Ke-9/1980
TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1980-23c1c849
