Mengerjakan Umrah Sebelum Mengerjakan Fardhu Haji
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
1/10/1980 23 APRIL 1980
MENGERJAKAN UMRAH SEBELUM MENGERJAKAN FARDHU HAJI
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-10/1980 yang bersidang pada 23 April 1980 telah memutuskan bahawa:
1. Mengerjakan umrah dan tidak mengerjakan fardhu haji pada tahun itu adalah harus.
2. Menunaikan umrah sedangkan seseorang itu belum menunaikan fardhu haji lagi tidaklah menyalahi kehendak Islam. Menunaikan fardhu haji adalah wajib bagi muslimin dan muslimat yang mencukupi syarat mengerjakannya. Sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup.
Bertarikh 23 April 1980 MJKPHSWP Kali Ke-10/1980
TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1980-c9843740
