Permanian Beradas
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
3/9/1980 12 APRIL 1980
PERMANIAN BERADAS
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-9/1980 yang bersidang pada 12 April 1980 telah memutuskan bahawa:
1. Permanian beradas terbahagi kepada dua:
i. Untuk membiakkan binatang ternakan bagi tujuan pertanian ii. Pesenyawaan binatang dibuat melalui suntikan untuk membiak dan mendapat baka yang lebih baik tujuan pertanian
2. Permanian beradas boleh dilakukan bagi binatang yang harus dibuat Qurban iaitu binatang-binatang yang halal dengan binatang-binatang yang halal sahaja; seperti unta dengan unta, kerbau dengan kerbau, lembu dengan lembu, kambing dengan kambing, kambing biri-biri dengan kambing biri-biri.
Bertarikh 12 April 1980 MJKPHSWP Kali Ke-9/1980
TAN SRI DATO’ SHEIKH ABDUL MOHSEIN BIN HJ. SALLEH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-1980-ea4b77c5
