Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

AL-KAFI #279 : TELEKUNG LAPIK TANGAN SEWAKTU SOLAT

Soalan: Assalamualaikum ustaz. saya nak tanya, org perempuan semasa sujud dalam solat, tapak tangannya memang kena bersentuhan dgn sejadah secara langsung ke? sebab saya tengok ramai perempuan ketika hendak sujud akan mengangkat telekung mereka supaya telekung tu tidak menghalang tapak tangan drpd mengenai sejadah. Tapi saya ada baca dalam sebuah majalah, yang mengatakan hanya dahi yang perlu bersentuhan secara langsung dengan sejadah. Mohon pencerahan ustaz.

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Tidak diwajibkan bersentuhan sejadah atau tempat sujud dengan tapak tangan. Namun begitu, ada ulama yang mewajibkan agar tapak tangan dibuka tidak boleh ditutup. Justeru, yang muktamad ialah sunat tangan tidak berlapik telekung untuk keluar daripada khilaf.

Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/280)

Wallahua'lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1220