Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾النكاح والطلاق

AL-KAFI #377 : KESAN SUSUAN MELALUI BOTOL DALAM HUKUM ANAK SUSUAN

Soalan: Assalamualaikum, saya mencari fatwa ttg ibu susuan tapi tak jumpa, mohon pencerahan ustaz tentang ibu yg berikan susu perahannya, adakah dikira ibu susuan?

Jawapan: Waalaikumussalam wbt,

Ya. Ini kerana susu perahan itu berasal daripada susu ibu, hanya teknik sahaja yang berbeza. Sama ada susu itu diberi secara langsung, atau tidak langsung, yakni dengan cara lain selain puting ibu, hukum ibu susuan dikira dengan kembali kepada asal susu ibu.

Wallahua’lam.

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1221