‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الحج والعمرة
BINATANG KORBAN YANG TERCARIK TELINGANYA
Soalan: Assalaamualaikum tuan,
Saya ada pertanyaan berkenaan telinga kanan lembu korban yang terpotong sedikit,apakah hukum berkorban dengannya?
Terima kasih
Jawapan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Hukumnya sah tetapi makruh melakukan korban ternakan yang carik telinganya atau terpotong sedikit dibelakang telinganya. Sila rujuk panduan ibadah korban yang disediakan oleh pihak JAKIM: http://www.islam.gov.my/sites/default/files/bahagian/bpict/doc/gp_qurban_web_jakim.pdf
Wallahuaʿlam
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1664
