LELAKI BERPAKAIAN PEREMPUAN UNTUK BERDAKWAH
Soalan: Assalaamualaikum Y. Bhg. Datuk,
Apakah hukum lelaki berpakaian wanita, seperti tudung, bagi tujuan mengajar/berdakwah kepada wanita agar bertudung?
Terima kasih
Jawapan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Terlalu banyak nas yang melarang lelaki menyerupai wanita. Antaranya daripada Ibn Abbas:
لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ
Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
Riwayat al-Bukhari (5886 & 6834), Abu Daud (4953) & al-Tirmizi (2785)
Berdakwah boleh dilakukan secara berkesan dengan pelbagai cara yang halal seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan ini sebenarnya lebih berkesan. Sebaiknya elakkan pakaian yang bercanggah dengan fitrah masing-masing.
Wallahuaʿlam
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1665
