Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

hukum rujuk al-Quran secara rawak

Soalan: Assalamualaikum Ustaz,

Saya nak tanye ustaz apakah hukum atau bolehkah kta mengamalkan buka quran tafsir secara rawak dan sebelum tu kita ada minta petunjuk tentang masalah yangg dihadapi? Selalunya ada ayat yang tepat berkenaan masalah yangg dihadapi sama ada ayat-ayat penenang atau petunjuk seolah-olah Allah SWT mendengar masalah kita dan memberi petunjuk secara terus dan kita merasa amat tenang dan lapang.

Terima kasih

Jawapan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Kami lebih cenderung agar tidak dilakukan sedemikian. Ini kerana dalam Islam, apabila timbul permasalahan hendaklah dirujuk kepada orang yang berkelayakan dan berkemahiran. Firman Allah Taala:

فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Maksudnya: Maka tanyalah kamu semua kepada Ahlu Zikri sekiranya kamu tidak mengetahui.

Surah al-Anbiya, ayat 7

Seterusnya memohon petunjuk kepada Allah melalui solat istikharah berdasarkan nas yang sahih dalam hadis. Begitu juga, hendaklah permasalahan tersebut dirujuk melalui kaca mata ilmu, bukan semata-mata secara rawak dan hendaklah kita memohon pertolongan kepada Allah.

Semoga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah kepada kita serta menjadikan al-Quran sebgai petunjuk dalam kehidupan kita.

Wallahuaʿlam

المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1679