‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الحج والعمرة
hukum memakai niqab sewaktu ihram
Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, Bagaimanakah seorang wanita yang mengamalkan niqab dapat terus memakainya semasa umrah atau haji tanpa membayar dam?
Terima kasih
Jawapan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Tidak boleh. Tetap dikenakan dam jika wanita memakai niqab pada waktu ihram umrah dan haji. Seseorang wanita yang taat melakukan ibadah umrah/haji kerana menuruti hukum syarak tentu tidak akan keberatan untuk menanggalkan penutup mukanya kerana tuntutan agama kerana itu juga merupakan ibadah kepada Allah SWT.
Wallahuaʿlam
المصدر: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan· رقم kafi-1680
