Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳المعاملات المالية

Memperdagangkan Air Zamzam

Soalan: Apakah hukumnya dari segi pendapat Islam mengenai dengan Air Zamzam yang telah dibotolkan dari Makkah Al-Mukarramah, yang akan dibawa masuk oleh sebuah syarikat untuk diedarkan, diperdagangkan dan dijual di Negara Brunei Darussalam?

Jawapan: Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebagaimana yang diterangkan dalam hadits-hadits, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan air Zamzam itu.

Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mengenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah:

Ertinya: “Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara‘ yang mengharamkannya.”

Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7467