Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الأطعمة والأشربة

Menggunakan Budget Kerajaan Untuk Minum Arak

Soalan: Seseorang ketua jabatan (orang Islam) yang telah meluluskan (authorised) bagi diadakan majlis perpisahan bagi kakitangannya (bukan Islam) yang berhenti berkhidmat dengan menggunakan wang budget jabatan. Tetapi di dalam majlis itu terdapat juga minuman-minuman keras bagi orang yang bukan Islam. Apakah hukum perbuatannya itu jika minuman-minuman tersebut menggunakan wang budget jabatan?

Jawapan: Tidak harus bahkan haram menggunakan wang budget jabatan untuk mengadakan majlis yang ada minuman arak, walaupun sekiranya ada peraturan yang membolehkan wang jabatan itu digunakan.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7471