Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الحج والعمرة

Menghantar Kad Krismas Kepada Orang Keristian

Soalan: Bolehkah seorang Islam menghantar kad krismas kepada kawannya yang bukan Islam atau menghadiri krismas cek party dan yang lain-lain yang berhubungkait dengan hari orang-orang kafir itu? Kalau saya tidak silap Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah memberikan fatwa bahawa inda boleh bertolong-tolongan atau ikut merayakan satu-satu perayaan ugama orang kafir kerana dengan berbuat demikian kita seolah-olah tidak menolak kebatilan (kemungkaran) ugama tersebut dan boleh jatuh kufur. Tolong Pehin jelaskan dan sertakan fatwa tersebut supaya saya dapat penjelasan lanjut mengenainya.

Jawapan: Kad dan surat biasa sebagai jiran atau kenalan tiada mengapa, tetapi kerana krismas untuk sama-sama memuliakan krismas itu adalah haram dan dosa besar, dan ditakuti boleh membawa kufur, kerana krismas itu simbol kufur, simbol mengaku dan menjadikan Nabi Isa ‘Alaihissalam “tuhan” atau “anak tuhan” yang disembah. Jika redha dan bersetuju dengan kufur adalah kufur.

Jadi melibatkan diri merayakan krismas adalah haram, sementara merayakan dengan tujuan memuliakannya adalah kufur, sekiranya redha dengan kufur adalah kufur.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7479