Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳النكاح والطلاق

Thalaq Secara Ta‘liq

Soalan: Adakah dengan perkataan kaola di akhir ayat yang berbunyi “maka saya dengan rela hati menceraikan isteri saya”, menyebabkan jatuh satu thalaq?, tanpa mengambil kira ayat sebelumnya yang pada pendapat kaola merupakan satu pilihan atau syarat iaitu ayat yang berbunyi “sekiranya perkara ini tidak dapat diatasi.” Berdasarkan keputusan qadhi, saya telah pun meruju‘ isteri saya?

Jawapan: Perkara yang ditanyakan kurang jelas, adakah yang bertanya berwakil kepada satu pihak lain atau kepada seseorang dalam perkara isteri Awang atau bagaimana?

Walau bagaimanapun setakat yang difahami dari soalan tersebut, maka inilah jawapannya:

Kenyataan Awang secara bertulis kepada pihak yang berwajib seperti yang Awang sebutkan itu adalah merupakan thalaq Ta‘lîq. Thalaq Ta‘lîq itu apabila berlaku, boleh jatuh thalaq. Maka dalam perkara ini, jika (krisis rumah tangga seperti yang Awang sebutkan) tidak dapat diatasi, jatuhlah satu thalaq, tetapi jika perkara dapat diatasi, tidak jatuh thalaq.

Dari segi yang lain Awang telah pun ruju‘. Jika ruju‘ itu diperintahkan oleh qadhi, ini menunjukkan thalaq telah jatuh atas dasar bahawa qadhi yang membuat keputusan itu telah mengambil pertimbangan bahawa pihak yang Awang minta untuk memberikan nasihat kepada isteri Awang itu telah tidak dapat mengatasi krisis rumah tangga Awang.

Tetapi jika krisis rumah tangga (yang menjadi ta‘lîq) itu dapat diatasi, maka thalaq tidak jatuh, yang demikian perkara ruju‘ tidaklah berbangkit, kerana asas ruju‘ mesti berlaku thalaq.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7487