Adat Basuh Kaki
Soalan: Terdapat orang Tutong yang mengamalkan adat “basuh kaki”. Bolehkah mengamalkannya di mana seseorang itu terpaksa merendahkan dirinya dalam upacara membasuh kaki pengantin itu.
Jawapan: Adat “Basuh Kaki” juga tidak ada disebut dalam agama. Walaupun zahirnya perbuatan ini tidak apa-apa, kerana membasuh kaki itu perkara biasa mungkin pada masa dahulu pengantin lelaki terdedah pada terkena kotoran di bahagian kaki, kerana bermacam-macam sebab, antaranya tiada alas kaki atau kasut, atau sukar perhubungan dan lain-lain lagi. Namun jika di sebalik perbuatan membasuh kaki itu terdapat sebarang kepercayaan atau sangkaan untuk membuang sial atau mengelak penyakit dan sebagainya, di mana jika tidak dilakukan akan mendatangkan perkara-perkara yang tidak diingini itu, maka ia adalah khurafat dan bid‘ah yang nyata, tidak berfaedah dan wajib dihentikan. Tetapi jika saja-saja membasuh untuk membuang kotoran adalah harus.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7495
