Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳النكاح والطلاق

Isteri-Isteri Tinggal Dalam Sebuah Rumah

Soalan: Apakah hukuman seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri membawa tinggal bersama isteri-isterinya itu dalam sebuah rumah?

Jawapan: Berkata Imam Nawawi Rahimahullah: “Diharamkan ke atas suami meghimpunkan di antara dua orang atau beberapa orang isterinya dalam sebuah rumah (maskan), Walaupun untuk satu malam sahaja, kecuali berdasarkan kerelaan mereka.”

Yang dimaksudkan dengan maskan ialah sebuah rumah dan sebuah bilik yang berasingan yang layak atau sesuai dengan seorang isteri.

Maka isteri-isteri yang setiap seorang dari mereka layak atau sesuai mendapatkan sebuah rumah atau satu tempat tinggal atau sebuah bilik, tidaklah boleh dihimpunkan sesama mereka dalam sebuah rumah atau dalam satu bilik. Akan tetapi jikalau dalam sesebuah rumah itu ada beberapa bilik yang berasingan yang mempunyai sekatan, maka suami bolehlah menempatkan mereka di situ. Demikian juga suami boleh menempatkan mereka, seorang di tingkat atas dan seorang di tingkat bawah, yang mana kedua-dua tingkat ini dilengkapi dengan dinding penyekat.

Adapun isteri-isteri yang layak menempati rumah-rumah yang berasingan, suami boleh menempatkan setiap seorang daripada mereka dalam sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah ruangan atau sebuah tempat tinggal sahaja, suami jangan menghimpunkan mereka dalam sebuah rumah, kecuali dengan kerelaan mereka.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7552