‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳أحكام متنوعة
Mandi Pengantin Pada Malam Hari
Soalan: Selepas pengantin berpacar iaitu semasa malam berpacar, mereka disuruh mandi. Adakah mandi pada malam hari itu digalakkan oleh agama?
Jawapan: Mandi selepas pengantin berpacar yang dimaksudkan tidak terdapat dalam agama. Ini juga adat, jika mandi semata-mata mandi, itu tidaklah mengapa, tetapi jika mandi itu mempunyai kaitan dengan kepercayaan atau aqidah tertentu yang terkeluar dari dasar-dasar Islam atau membawa kepada berlaku perkara-perkara haram, maka yang demikian itu adalah haram hukumnya.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7580
