Penulisan بسم الله الرحمن الرحيم Di Permulaan Ayat Al-Qur’an
Soalan: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa di Jame‘ ‘Asr Hassanil Bolkiah ini terdapat banyak Surah Al-Ikhlâsh dan ayat-ayat Al-Qur’an yang diambil di tengah-tengah surah (satu dua ayat sahaja) yang di letakkan di dinding-dinding Jame‘ ini. Pertanyaan kaola ialah adakah di awal Surah Al-Ikhlâsh itu perlu ditulis َ ح نهمحم َ ا ّلِله َ الرحَ بَس محهحَيالر dan bagaimana pula dengan ayat-ayat yang diambil di tengah-tengah surah,
Di pohonkan penjelasan Pehin mengenainya.
Jawapan: محهحَيح ن َ الرهمحم َ ا ّلِله َ الرحبَس itu ada tertulis di permulaan tiap-tiap surah Al-Qur’an dalam Mushaf ‘Utsmani kecuali Surah Al-Barâ’ah atau Surah Al-Taubah. Penulisan محبَسَا ّلِلهَح نهمحالرَمحهحَيالر di permulaan tiap-tiap surah itu adalah berdasarkan ijma‘ para sahabat ketika mereka disuruh oleh Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan menghimpunkan atau menulis Shahîfah (lembaran) yang mengandungi Al-Qur’an.
Di dalam Mushaf ‘Utsmani tidak terdapat َ محهحَيح ن َ الرهمحَ الر م َ ا ّلِلهحبَسyang ditulis pada pertengahan surah kecuali dalam Surah Al-Naml. Dalam Surah Al-Naml itu َ محَ بَسَا ّلِله محهحَيح ن َ الرهمحالر (ayat 29) adalah salah satu ayatnya dengan ijma‘ ulama.
Apa yang diperselisihkan oleh ulama dan Ahli Qurrâ’ ialah: Adakah َ ح نهمحم َ ا ّلِله َ الرحَ بَس محهحَيالر itu ayat bagi tiap-tiap surah, atau ayat yang tersendiri, atau ayat pemisah di antara surah dengan surah yang lain.
Menurut pendapat Imam Syafi‘e َ محهحَيح ن َ الرهمحم َ ا ّلِله َ الرحبَس itu adalah salah satu ayat daripada tiap-tiap surah, dalam erti kata yang lain bahawa َ محهحَيح ن َ الرهمحم َ ا ّلِله َ الرحبَس itu diturunkan bersama-sama dengan tiap-tiap surah. Pendapat ini adalah berdasarkan pendapat Ibnu ‘Abbas. Inilah juga menjadi pendapat Sa‘id bin Jubair, Zuhri, ‘Athâ’ dan Abdullah bin Mubarak.
Berdasarkan pendapat Imam Syafi‘e ini, َ محبَسَا ّلِلهحهمحَ الرنَهحَيمالر itu adalah ayat daripada Surah Al-Ikhlâsh. Oleh kerana itu adalah elok ditulis َ محبَسَا ّلِلهَمحهحَيح ن َ الرهمحالر di awal surah tersebut. Tetapi apabila hendak membaca Surah Al-Ikhlâsh itu, maka sunat dimulai terlebih dahulu dengan َ محبَسَمحهحَيح ن َ الرهمحا ّلِله َ الر sebagaimana juga tiap-tiap surah yang lain kecuali Surah Al-Barâ’ah atau Surah Al-Taubah.
Adapun menulis ayat atau beberapa ayat yang diambil dari pertengahan atau di akhir surah yang ditulis dengan tulisan khat yang dijadikan hiasan di dinding-dinding masjid atau di rumah-rumah kediaman, maka harus ditulis dengan َ محبَسَا ّلِلهَمحهحَيح ن َ الرهمحالر di permulaan ayat atau ayat-ayat berkenaan, tetapi apabila hendak membacanya yang disunatkan ialah dimulakan dengan bacaan Ta‘awwudz ( ُ ذحأَعُوَِبَّلِلهَمَنَطَانحهيالشمحهجَيالر ) sahaja berdasarkan firman Allah:
Tafsirnya: “Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur’an, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam.” (Surah Al-Nahl: 98)
Apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah memulakan bacaan َ محبَسَا ّلِلهَمحهحَيح ن َ الرهمحالر di awal Surah Al-Fâtihah pada setiap rakaat di dalam sembahyang itu adalah wajib (dibaca), kerana َ محهحَيح ن َالرهمحالر َ ا ّلِله َ محبَس itu adalah salah satu ayat daripada Al-Fâtihah. Oleh kerana itu jika tidak dibaca َ محهحَيالر َ ح نهمحالر َ ا ّلِله َ محبَس di permulaan Surah Al-Fâtihah, maka tidak sah sembahyang seseorang itu.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7656
