Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳المعاملات المالية

Perniagaan Amway

Soalan: Sukacita kaola pohonkan penjelasan mengenai dengan hukum hakam “Perniagaan Amway” yang sedang giat berkembang di kalangan masyarakat kita di Negara Brunei Darussalam khususnya dalam bidang pembahagian keuntungan dan bonus perlaksanaan, tentang kesucian barang-barang Amway dan adakah sistem perniagaan ini diharuskan dalam Islam.

Diharap Pehin akan dapat memberikan penjelasan secepat yang mungkin mengenai masalah tersebut.

Jawapan: Pembahagian keuntungan dan bonus perlaksanaan atau ganjaran kepada ejen-ejen atau pengedar serta syarat-syarat dan peraturannya yang jelas adalah tidak bercanggah dengan syara‘.

Barang bahan makanan seperti Nutrilite Food Supp Cemanta dan bahan kosmetik seperti cecair losen tidak dapat dipastikan kesuciannya kecuali dapat diberikan maklumat tentang bahan-bahan kandungannya atau selepas dijalankan kajian makmal ke atasnya. Manakala barang-barang pemeliharaan rumah jika tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna atau telah diluluskan oleh kerajaan haruslah diniagakan.

Sistem Perniagaan Amway setakat yang difahami tidak bercanggah dengan syara‘.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-7664