Hukum Membaca Al-Qur’an Tidak Menurut Tertib Atau Susunannya
Soalan: Sukacita untuk mendapatkan pandangan Pehin berkenaan dengan rancangan harian terus-menerus bacaan Al-Qur’an di stesyen radio FM, RTB. Saya adalah seorang pendengar tetap kepada rancangan berkenaan dan berterima kasih kepada RTB kerana rancangan yang begitu baik seperti ini. Walau bagaimanapun saya telah mendapati perkara-perkara berikut dalam rakaman bacaan Al-Qur’an yang disiarkan itu: 1. Bacaan yang dirakamkan telah membuat beberapa perubahan dalam surah-surah berikut: i. Dari ayat 98, surah Al-Isrâ’ (surah 15) kepada ayat 50, dalam surah yang sama. ii. Dari ayat 69, surah Al-Isrâ’ kepada surah Al-Kahf (surah 16). iii. Dari ayat 31, surah Al-Isrâ’ kepada ayat 50, surah Al-Kahf. iv. Dari ayat 69, surah Al-Isrâ’ kepada ayat 51, surah Al-Kahf. v. Dari ayat 74, surah Al-Kahf kepada ayat 51, surah Al-Kahf. vi. Dari ayat 74, surah Al-Kahf kepada ayat 99, surah Al-Kahf. 2. Juga bacaan yang dirakamkan itu: i. Surah Al-Isrâ’, ayat 99 hingga ayat 111. ii. Surah Al-Kahf, ayat 31 hingga ayat 51. iii. Surah Al-Kahf, ayat 74 hingga ayat 99. Diharap Pehin dapat memberikan nasihat kepada saya sekiranya catatan di atas adalah susunan yang tidak betul. Ini adalah kerana saya telah memadankannya dengan Kitab Al-Qur’an dan merakamkan catatan di atas di dalam pita perakam untuk tujuan penjelasan. Harap maklum bahawa catatan di atas boleh diperiksa setiap hari ketika bacaan harian daripada surah-surah yang dimuliakan itu.
Jawapan: Sebelum memberikan ulasan kepada perkara yang dikemukakan, sukacita dimaklumkan bahawa mengikut keterangan yang diperolehi dari pihak RTB, siaran bacaan Al-Qur’an terus menerus yang didakwa sebagai rancangan harian stesyen radio FM RTB bukanlah di bawah kelolaan RTB, dengan sendirinya ianya di bawah kelolaan ‘badan’ yang lain.
Mengenai perkara yang dikemukakan iaitu dengan bacaan Al-Qur’an yang disiarkan yang dikatakan telah membuat beberapa perubahan dalam beberapa perkara tertentu, seperti bacaan ayat tidak menurut susunan sebagaimana yang termaktub di dalam Mushhaf, di bawah ini akan dihuraikan keterangan ulama mengenai susunan surah-surah dan ayat-ayat, dan pendapat mereka tentang membaca Al-Qur’an mengikut susunannya atau sebaliknya.
Susunan Surah Dan Ayat
Siapa sebenarnya yang menetapkan susunan surah-surah Al-Qur’an sebagaimana yang termaktub di dalam Mushhaf Uthmani yang ada sekarang, ada tiga pendapat mengenainya.
Pertama: Ia adalah ketetapan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Kedua: Ia berdasarkan ijtihâd para sahabat.
Ketiga: Sebahagiannya berdasarkan ketetapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan sebahagian lagi berdasarkan ijtihâd para sahabat.
Jumhûr ulama, termasuk Al-Imam Malik, Al-Qadhi Abu Bakar bin Thayyib Al- Baqillani, lebih cenderung kepada pendapat kedua, iaitu berdasarkan ijtihâd para sahabat. (Thahir Al-Jazairi, At-Tibyân li Ba‘dh Mabâhits Al-Muta‘alliqah fi Al-Qur’ân: 109)
Manakala susunan ayat-ayatnya adalah tauqîfî, yakni sudah ditetapkan oleh Allah Ta‘ala. Hal ini tidak boleh lagi diragukan kerana ia telah diijmâ‘kan oleh ulama berdasarkan nash-nash yang banyak. (Al-Jazairi, At-Tibyân: 105)
Az-Zarkasyi berkata:
“Adapun yang berkaitan dengan susunannya, maka ayat-ayat di dalam setiap surah dan meletakkan Basmalah pada awalnya, adalah tauqîfî tanpa diragui dan tanpa dipertikai. Oleh kerana inilah ia tidak boleh dibaca songsang.”
Makki dan lain-lain berkata:
“Susunan ayat-ayat di dalam surah adalah datang daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan manakala Baginda tidak menyuruh menuliskan basmalah pada permulaan surah Al-Bara‘ah, iapun dibiarkan tanpa basmalah.”
Al-Qadhi Abu Bakar berkata:
“Susunan ayat-ayat adalah satu perkara yang wajib dan hukum (ketetapan) yang mesti, Jibril berkata: “Kamu letakkan ayat ini di tempat ini....” (Az-Zarkasyi: Al- Burhân 1/323)
Imam As-Suyuthi juga telah menerangkan bahawa susunan ayat-ayat Al-Qur’an mengikut tertibnya yang terdapat di dalam mushhaf adalah tauqîfî, dan perkara ini telah diijmâ‘kan oleh ulama. (As-Suyuthi, Asrâr Tartîb Al-Qur’ân: 68)
Dengan ini kita dapat menyebutkan bahawa mengikut jumhûr ulama, susunan surah-surah Al-Qur’an di dalam mushhaf adalah melalui ijtihâd para sahabat, manakala susunan ayat-ayatnya adalah ditetapkan oleh Allah Ta‘ala sendiri.
Membaca Mengikut Susunan Surah Atau Menyalahinya
Perkara membaca Al-Qur’an secara lengkap satu-satu surah, sama ada mengikut tertibnya sebagaimana yang telah tersusun di dalam mushhaf atau menyalahinya, telah dijelaskan oleh Imam An-Nawawi Rahimullah di dalam kitabnya At-Tibyân fî آdâb Hamlah Al-Qur’ân. Katanya:
Ulama telah berkata: “Yang terpilih hendaklah dia membaca mengikut tertib Mushhaf, dimulai dengan Fâtihah, kemudian Al-Baqarah, kemudian آli ‘Imran kemudian surah-surah selepasnya mengikut tertib susunan, sama ada dia membaca di dalam sembahyang atau di luar sembahyang.” Sehingga terdapat setengah ashhâb kami mengatakan: “Apabila dia membaca pada rakaat pertama surah ( ّقُل أَعُوذُبّرَب ّ النَاس) (surah An-Nâs, ialah surah yang akhir sekali), maka hendaklah dia membaca pada rakaat kedua selepas Fâtihah ayat daripada surah Al-Baqarah.” Setengah ashhâb kami juga berkata, “Dan disunatkan apabila dia membaca sesuatu surah dibacakan selepasnya surah yang mengiringinya.”
Alasannya ialah kerana ada hikmat dalam tertib Mushhaf. Oleh itu dia patut menjaganya, kecuali di tempat-tempat yang dikecualikan oleh syara‘ seperti sembahyang Subuh di hari Jumaat di mana patut dibaca pada rakaat pertama surah Sajdah dan pada rakaat kedua ( ّهَل أَتَى عَلَى اإلّنسَان). Sembahyang Hari Raya dibaca pada
rakaat pertama (ق) dan pada rakaat kedua ( ُإّق َتَّبَت ّ السَاعَة). Dua rakaat sunat fajar dibaca
pada rakaat pertama ( َقُل يَــأَيـُّهَا الكَـفّرُون). Rakaat-rakaat Witir dibaca pada rakaat pertama
Jika dia menyalahi urutan iaitu membaca suatu surah yang tidak mengiringi surah yang pertama, atau dia menyalahi tertib dengan membaca suatu surah, kemudian dia membaca surah yang sebelumnya maka itu adalah harus, kerana terdapat banyak âtsâr yang menunjukkan keharusannya. Sayyidina Umar bin Al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu sendiri telah membaca dalam rakaat pertama sembahyang Subuh dengan surah Al-Kahf dan pada rakaat kedua dengan surah Yusuf.
Terdapat juga golongan yang tidak suka menyalahi tertib Mushhaf, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Daud daripada Hasan (Basri): “Sesungguhnya beliau tidak suka membaca Al-Qur’an kecuali mengikut susunan di dalam Mushhaf. Dia juga meriwayatkan dengan sanad yang shahîh daripada Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu:
Ertinya: “Bahawasanya telah dikatakan kepadanya: Sesungguhnya si polan itu membaca Al-Qur’an secara songsang (dari atas ke bawah) maka katanya, itu adalah orang yang songsang hatinya.”
Adapun membaca surah dari akhirnya hingga kepada awalnya (surah), maka ini adalah sangat-sangat ditegah kerana itu boleh menghilangkan setengah jenis i‘jâz (mukjizat Al-Qur’an) dan boleh menghilangkan hikmah daripada tertib ayat-ayat. Sesungguhnya diriwayatkan oleh Ibnu Abu Daud daripada Ibrahim An-Nakha‘i, salah seorang imam dan tâbi‘în yang besar dan juga daripada Imam Malik bin Anas: “Sesungguhnya kedua-dua mereka tidak sukakan perkara itu” dan Malik mencelanya serta berkata: “Ini perkara besar.”
Adapun mengajar kanak-kanak mulai dari akhir Mushhaf sehingga kepada awalnya maka itu adalah baik dan ia bukan termasuk di dalam bab ini kerana ini merupakan bacaan yang putus-putus dan berlaku pada hari-hari yang berlainan. Lagi pula ia memudahkan penghafalan bagi mereka. Wallahu ‘alam. (At-Tibyân: 76-78)
Membaca Ayat Secara Songsang
Di antara cara membaca Al-Qur’an yang pernah kita dengar pada masa ini oleh qari-qari tertentu ialah membaca ayat-ayat Al-Qur’an secara melompat-lompat, sama ada ke hadapan atau ke belakang dengan menyalahi tertib yang termaktub di dalam Mushhaf.
Bacaan seperti ini disebutkan oleh As-Suyuthi sebagai bacaan orang yang tidak mempunyai ilmu, katanya:
“Adapun orang yang memulai membaca Al-Qur’an dan dia bertujuan berpindah daripada satu ayat kepada ayat lain dan meninggalkan urutan susunan ayat-ayat Al- Qur’an, maka ianya hanya dilakukan oleh orang-orang yang tidak berilmu....” (Al- Itqân 1/308-109)
Di antara cara membaca Al-Qur’an yang ditegah ialah dengan mengambil satu ayat satu ayat dari setiap surah, misalnya mula-mula dibaca satu ayat daripada surah Al- Fâtihah, kemudian satu ayat daripada surah Al-Baqarah, kemudian satu ayat pula daripada surah An-Nisâ’ dan seterusnya. Imam As-Suyuthi berkata bahawa Al-Qadhi Abu Bakar telah meriwayatkan tentang ijmâ‘ ulama tidak harus membaca seayat demi seayat daripada setiap surah. (Al-Itqân 1/309)
Di dalam kitab Fath Al-‘Allâm disebutkan bahawa membaca surah secara songsang adalah makruh, kecuali untuk belajar. Manakala membaca ayat-ayat secara songsang atau terbalik adalah haram. (Fath Al-‘Allâm 1/369)
Sunat Mengulangi Ayat Tertentu
Ayat-ayat Al-Qur’an mengandungi pelbagai makna, kisah, sejarah, peringatan, pengajaran, soal seksa dan kesenangan, hidayah dan lain-lain.
Kesemua makna ini perlu difikir dan dijiwai supaya hikmat pembacaan itu diperolehi.
Oleh sebab itu para ulama berpendapat sunat mengulang-ulang bacaan ayat-ayat berkenaan untuk lebih memberi kesan lagi. Hukum sunat ini adalah berdasarkan beberapa hadis yang menyebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengulang-ulang bacaannya, begitu juga para sahabat.
Imam An-Nawawi Rahimullah berkata:
“Kami telah terangkan di dalam fasal sebelum ini tentang galakan melakukan tadabbur. Kami juga telah terangkan kedudukan dan keberkesanannya di kalangan golongan salaf. Kami telah meriwayatkan daripada Abu Zarr Radhiallahu ‘Anhu katanya:
Maksudnya: “Telah berdiri (sembahyang) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan satu ayat dengan mengulangi sehingga sampai waktu pagi. Ayat ini ialah yang bermaksud: [“Jika Engkau mengazab mereka maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu”] - (Hingga akhir ayat 118 surah Al-Mâ’idah). (Hadis riwayat Nasa’i dan Ibnu Majah)
Daripada Tamim Ad-Dari Radhiallahu ‘anhu sesungguhnya beliau mengulangi ayat:
hingga akhir sampai ke waktu pagi.
Tafsir ayat ialah:
“Apakah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang salih?” (Surah Al-Jâtsiyah: 21)
Daripada ‘Abbad bin Hamzah katanya:
Maksudnya: “Aku masuk kepada Asma’ Radhiallahu ‘anha di mana dia sedang membaca (ayat 27, surah Ath-Thûr) yang bermaksud: “Maka Allah telah mengurniakan kepada kami dan melindungi kami daripada azab samûm (angin panas yang beracun di dalam neraka, lalu dia waqaf (berhenti) padanya dan mengulangi serta berdoa, maka aku merasakan itu lama, lalu aku terus pergi ke pasar. Setelah selesai aku menunaikan hajat di sana, maka aku terus kembali semula dan mendapati dia (Asma’) masih mengulangi dan berdoa.”
Dan diceritakan juga kisah ini daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha.
Ibnu Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu mengulangi ayat:
Tafsirnya: “Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku.” (Surah Thaha: 114) Sa‘id bin Jubir juga mengulangi ayat:
Tafsirnya: “Dan takutlah oleh kamu akan hari yang mana kamu akan dikembalikan kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah: 281) dan ayat
Tafsirnya: “Maka mereka akan mengetahui ketika belenggu dipasang di tengkuk-tengkuk mereka.” hingga akhir ayat (surah Ghâfir, ayat 70 dan 71), dan juga ayat
Tafsirnya: “Apakah yang memperdayakan kamu terhadap Tuhan kamu yang mulia (pemurah)?” (Surah Al-Infithâr: 6) Begitu pula Dahhak apabila membaca firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Bagi mereka siapa (yang) peneduh-peneduh (lapisan-lapisan) daripada api neraka di sebelah atas mereka, dan peneduh-peneduh di sebelah bawah mereka.” (Surah Az-Zumar: 16)
Difahami daripada keterangan Imam An-Nawawi ini, mengulang bacaan ayat ialah pada ayat yang sedang dibaca, bukan melompatkan bacaan kepada ayat lain yang tidak mengikut urutannya.
Apabila keterangan di atas dikaitkan dengan persoalan yang dikemukakan seperti persoalan (iii), maka cara pembacaan berkenaan adalah menyalahi pendapat ulama, dan yang jelas telah menyalahi susunan yang telah ditetapkan di dalam Mushhaf Asy- Syarîf.
Sebagai menutup ulasan ini, berikut kita salinkan maksud perkataan Imam Al- Baihaqi mengenai perkara ini. Katanya:
“Hujjah yang paling indah hendaklah dikatakan:
“Sesungguhnya penyusunan tertib kepada Kitabullah diambil daripada pihak Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diambil Baginda pula daripada Jibril ‘Alaihissalam.”
“Oleh sebab yang demikian, maka yang paling aulâ (utama) kepada pembaca Al- Qur’an hendaklah dia membacanya mengikut susunan yang dinukil itu. Ibnu Sirin telah berkata: “Susunan Allah lebih baik daripada susunan kamu.” (As-Suyuthi, Al- Itqân 1/309)
Supaya umat Islam dapat manfaat daripada rakaman Al-Qur’an yang disiarkan oleh radio swasta itu, maka rakaman yang dimaksudkan itu hendaklah disemak terlebih dahulu sebelum disiarkan bagi mengelakkan daripada berbangkit sebarang kesilapan teknik atau lain-lain sebab yang disengajakan yang boleh membawa kewahaman.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8345
