Menerima Sumbangan Hasil Kutipan Penjualan Tiket ‘Disney On Ice’
Soalan: Jawatankuasa Penganjur Persembahan ‘Disney On Ice’ berhasrat untuk menyumbangkan kepada Dana Anak-Anak Yatim sebahagian daripada hasil kutipan penjualan tiket-tiket bagi persembahan ‘Disney On Ice’ yang akan diadakan di negara ini.
Sehubungan dengan itu kaola bagi pihak Dana Anak-Anak Yatim sukacita memohon pandangan Pehin sama ada hasil kutipan tersebut dapat diterima sebagai sumbangan kepada dana ini atau tidak.
Jawapan: Harus bagi pihak Dana Anak-Anak Yatim menerima derma sedemikian selaku pihak yang menerima derma-derma. Walau bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab orang yang berderma untuk memastikan supaya wang-wang yang akan didermakan itu adalah hasil daripada sumber yang halal dan bersih kerana mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Ta‘ala baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik.” (Hadis riwayat Muslim)
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8397
