Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳المعاملات المالية

Insurans Kemalangan

Soalan: Si A telah dilanggar oleh si B. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, si A telah mendapat duit insurans kemalangan daripada syarikat insuransnya, setelah itu peguam bagi pihak si A telah menyaman syarikat insurans si B (si A tidak tahu sama ada si B mengambil insurans kemalangan atau insurans kematian).

Bolehkah si A menerima duit insurans kemalangan daripada syarikat insuransnya? Dan bolehkah dia menerima duit saman peguamnya?

Jawapan: Sekiranya insurans kemalangan yang disertai oleh si A itu berdasarkan sistem yang tidak bercanggah dengan hukum syara‘ seperti yang diamalkan oleh syarikat-syarikat atau perbankkan Islam, maka muamalat itu sah. Tetapi jika sebaliknya yakni bercanggah dengan sistem muamalat Islam, maka ia tidaklah sah.

Saman yang dihadapkan ke atas si B iaitu orang yang telah melanggar si A sehingga si B bertanggungjawab membayar saman tersebut adalah tidak bertentangan dengan hukum syara‘. Oleh itu harus si A mengambil duit saman peguamnya itu daripada syarikat insurans yang disertai oleh si B itu.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8535