Menggunakan Wang Riba
Soalan: Apakah hukum membayar tol dan saman dengan menggunakan duit riba?
Jawapan: Mengenai wang riba: Ia adalah wang yang tidak bertuan. Wang ini haram digunakan untuk urusan-urusan yang berkaitan dengan kepentingan peribadi atau orang perseorangan, khususnya ke atas penerima wang riba tersebut. Sekalipun demikian, ia harus serta halal digunakan untuk urusan yang berkaitan dengan perkara yang mendatangkan faedah dan kemashlahatan awam atau diserahkan sahaja kepada Baitulmal.
Oleh yang demikian membayar tol atau saman yang dikenakan bayaran ke atas seseorang dengan menggunakan wang riba, ia tidaklah diharuskan oleh syara‘, kerana penggunaannya itu adalah atas dasar kepentingan peribadi.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8583
