Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الحج والعمرة

Menjual Daging Aqiqah

Soalan: Bolehkah daging aqiqah dijual beli oleh penerima daging itu?

Jawapan: Harus bagi penerima daging aqiqah menjual daging yang diterimanya kerana daging tersebut menjadi milik si penerima, sekalipun penerima tersebut orang kaya. Sayyid al-Bakri Rahimahullah berkata:

Ertinya: “Daging korban dan daging aqiqah ada sedikit perbezaan dari sudut hukum, daging aqiqah tidak wajib diberikan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, daging aqiqah apabila diberikan kepada orang kaya, dia memilikinya dan perlaksanaan aqiqah tidak terhad waktunya.” (I‘ânah ath-Thâlibîn 2/382)

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8602