Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳المعاملات المالية

Sijil Premium Dan Hadiah Tawaran Bank Konvensional

Soalan: Apakah hukum sijil premium yang dibuat oleh bank-bank biasa? Sekiranya sah, bagaimanakah hukum hadiah yang ditawarkan oleh bank tersebut yang sudah termaklum bercampur dengan wang riba?

Jawapan: Jika sijil premium yang dikeluarkan oleh bank tersebut bagi sesuatu polisi insuran yang tidak berdasarkan hukum syara‘ seperti yang meluas pengamalannya di bank-bank konvensional maka hukum bermuamalat dengan bank tersebut adalah tidak sah.

Sebaliknya jika produk-produk yang dikeluarkan oleh bank-bank Islam seperti perkhidmatan insuran atau dari segi syara‘nya lebih dikenal dengan takâful ijtimâ‘i maka tidaklah ianya ditegah, yakni ia adalah harus kerana ia berdiri atas dasar ta‘âwun iaitu tolong menolong terhadap kebaikan di mana para peserta sebagai penyumbang bertabarru‘ kepada peserta-peserta yang lain jika berlaku sesuatu bencana atau musibah di kalangan peserta.

Adapun hadiah yang ditawarkan melalui pembelian sijil premium daripada pihak bank tersebut, sekiranya terdapat unsur atauciri perjudian yang melibatkan untung rugi kedua belah pihak, ia adalah haram, sekalipun hadiah tersebut daripada sumber yang halal. Apatah lagi jika ia diyakini daripada pendapatan yang haram seperti riba, maka haram menerima memilikinya.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-8659