Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳أحكام متنوعة

Adakah Dimestikan Menaiki Bukit Shafa Dan Marwah Ketika Sa‘i?

Soalan: Di manakah sekurang-kurang hasilnya pusingan sa‘i (berpatah balik), adakah memadai sehingga di kaki bukit sahaja (yang dinamakan Bathn al-Wadi) atau dimestikan menaiki kedua-dua bukit tersebut (Bukit Shafa dan Marwah)?

Jawapan: Adapun antara syarat sah pusingan sa‘i itu hendaklah ia dilakukan meliputi seluruh kawasan yang terletak di antara bukit Shafa dan Marwah iaitu di Bathn al-Wadi, serta sebahagian daripada kawasan Shafa dan Marwah. Naik ataupun mendaki bukit Shafa atau Marwah tidak menjadi syarat sah pusingan sa‘i itu. Bahkan ia memadai sehingga ke kaki bukit atau pangkalnya saja. Perbuatan mendaki itu hanyalah merupakan perkara sunat sahaja bagi orang lelaki. Sementara jemaah perempuan hanya disunatkan naik jika tempat tersebut tidak terdapat orang lelaki ajnabi.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-9274