Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الحج والعمرة

Berniat Ihram Di Dalam Bas

Soalan: Jemaah yang mengambil mîqât dari Madinah sama ada bagi haji atau umrah adakah memadai niatnya dilakukan di halaman masjid Bi’r Ali (dalam bas sahaja) kerana dikhuatirkan jemaah akan merayau dan sukar mencarinya?

Jawapan: Harus bagi jemaah yang datang dari Madinah berniat ihram - sama ada ihram untuk mengerjakan haji atau umrah - di dalam bas sahaja selama mana tempat berihram itu adalah di mîqât mereka iaitu Zul Hulaifah yang mana sekarang lebih dikenali dengan Abyar Ali atau Bir Ali.

Namun dalam keadaan sedemikian adalah rugi kerana jemaah tidak dapat melakukan sembahyang sunat ihram.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-9351