Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳أحكام متنوعة

Lafaz Memberi Salam Dan Menjawabnya

Soalan: Apakah lafaz memberi salam dan menjawab salam yang sebaik-baiknya menurut Islam?

Jawapan: Memberi salam merupakan sunnah nabi kita Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan amalan para as-salaf ash-shalih yang sangat-sangat digalakkan, sebagaimana hadits daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiallâhu ‘anhumâ, beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam: “Apakah pekerti Islam yang terbaik?” Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menjawab: “Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal dan yang tidak kau kenal.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadits ini merupakan suatu anjuran untuk menyebarkan salam kepada siapa saja, tidak terbatas kepada orang Islam yang kita kenali malah juga yang kita tidak mengenalinya.

Mengucapkan salam itu hukumnya sunat mu’akkadah, manakala menjawabnya pula adalah wajib. Ini jelas berdasarkan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah an-Nisâ’: 86)

Persoalannya, bagaimanakah lafaz salam yang sebaik-baiknya untuk kita ucapkan dan bagaimana pula menjawabnya?

Lafaz Salam

Imam an-Nawawi Rahimahullâh menjelaskan bahawa lafaz salam yang paling afdhal dan sempurna ialah dengan mengatakan: “ َُ حاتُهكحرحة َُللا َِوبْحمححرحلحيْكُم َْوحالسَّالحم َُع ” (selamat sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya). Menggunakan dhamîr jam‘ (kata ganti nama diri kedua bagi bilangan melebihi dua orang) pada perkataan “ َْ لحيْكُمحع ” adalah lebih afdhal meskipun orang yang diberi salam itu seorang sahaja. Bagi orang yang menjawab salam pula adalah

“ َْ لحيْكُمحَعحو” yang bererti (dan atas kamu juga). (Al-Adzkâr: 356)

Sudah menjadi kebiasaan kita mengucapkan salam itu sama ada dengan mengatakan: “ ََُ َْالسَّالحم

ucapan salam itu mempunyai nilai pahala yang berbeza-beza sesuai dengan lafaz salam yang diucapkan, sepertimana yang diterangkan oleh Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam riwayat berikut ini:

Maksudnya: Seorang lelaki datang kepada Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam lalu memberinya salam dengan mengucapkan: “ لحيْكُمالسَّالحم َُعح”, maka Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menjawabnya. Kemudian orang itu duduk lalu Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “(Baginya) sepuluh hasanah (kebaikan)”. Kemudian datang lagi seorang yang lain seraya mengucapkan: “ َ ة َُللامحْححر ”, lalu Baginda menjawabnya. Kemudian orang tersebut duduk lalu Baginda pun bersabda: (Baginya) dua puluh hasanah (kebaikan)”. Kemudian datang pula seorang yang lain, lalu dia mengucapkan: “َُ Baginda pun menjawabnya, lalu orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “(Baginya) tiga puluh hasanah (kebaikan).” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Adapun mengucapkan salam dengan lafaz: Assalâmu‘alaikum (َْ لحيْكُمحالسَّالحم َُع), itu pun sudah memadai. Demikian juga jika diucapkan dengan lafaz: Assalâmu‘alaika ( َ حلحيْكحالسَّالحم َُع ) atau salâmun ‘alaika ( َ حلحيْكحالحم ٌَعحس ), maka itu juga memadai dan dikira memberi salam. (Al-Adzkâr: 357)

Imam an-Nawawi Rahimahullâh juga menjelaskan bahawa jika dalam sesuatu majlis atau perkumpulan terdapat percampuran di antara orang Islam dengan bukan Islam, maka salam yang diucapkan ialah salam untuk orang Islam iaitu dengan niat memberi salam kepada orang Islam sahaja. Ini berdasarkan hadits Rasulullah Shalallâhu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah melalui satu majlis yang di dalamnya bercampur di antara orang Islam, kaum musyrikin; penyembah berhala dan orang-orang Yahudi, maka Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam memberi salam kepada mereka. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menjawab Salam

Adapun cara menjawab salam itu ialah sekurang-kurangnya mengucapkan: Wa‘alaikassalâm

tanpa menyebut “wa” iaitu huruf (واوَالعطف), maka itu pun sudah mencukupi atau memadai sebagai jawapan salam. (Al-Adzkâr: 357)

Abu Yahya Zakaria al-Anshari Rahimahullâh menjelaskan bahawa menjawab salam dengan mengucapkan perkataan “ سالم ” itu dalam bentuk معرفة (dibubuh huruf alîf dan lâm) menjadi “ َُ لحيْكُم َُالسَّالحمحعحو ” adalah lebih afdhal daripada megucapkannya dalam bentuk نكرة (tidak ada huruf alîf dan lâm), iaitu “ ٌَ لحيْكُم َْسالحمحعحو ”. Namun begitu, ia tetap juga memadai sebagai jawapan kepada ucapan salam yang diniatkan. (Asna al-Mathâlib: 4/184)

Kesimpulan

Memberi salam itu merupakan salah satu etika orang Islam ketika bertemu dan berjumpa saudaranya. Dengan salam akan eratlah lagi jalinan ukhuwwah Islamiyyah sesama Islam, kerana anjuran memberi salam itu bukan terbatas kepada orang yang dikenali ataupun yang dekat dengan kita sahaja. Betapa indahnya hubungan sesama Islam itu, kerana itu hendaklah salam itu disebarluaskan sebagai salah satu cara kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shalallâhu ‘alaihi wasallam.

Memberi salam dengan mengucapkan “ َْ لحيْكُمحالسَّالحم َُع ” dan menjawabnya dengan “ َُ لحيْكُم َُالسَّالحمحعحو ” kita sudah menunaikan tuntutan memberi dan menjawab salam. Namun yang lebih baik memberi dan menjawab salam dengan lafaznya yang paling afdhal, kerana ganjaran hasanah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh orang yang mengamalkannya berlipat kali ganda.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-11284