Membaca Do‘a Lain Setelah Membaca Al-Fâtihah
Soalan: Pada sembahyang berjemaah, ketika imam hampir habis membaca al-Fâtihah, bolehkah kita membaca do‘a-do‘a lain selain daripada do‘a kepada ibu bapa umpamanya do‘a penerang hati, do‘a memohon diberikan ilmu dan sebagainya dan terus mengaminkannya bersama jemaah yang lain?
Jawapan: Adalah disunatkan bagi orang yang membaca surah al-Fâtihah, sama ada ia dibaca ketika di dalam sembahyang atau di luar sembahyang, membaca do‘a memohon ampun untuk dirinya iaitu: َِ َِاغْفِرْل بحر atau membaca do‘a memohon ampun untuk dirinya, ibubapanya dan
ْحالح َالضَّالِنيحو dan sebelum mengucapkan آمني sebagaimana kata Syeikh ‘Ali asy-Syibramallisi Rahimahullâh. (Nihâyah al-Muhtâj: 1/489)
Bagaimana pula jika do‘a itu tadi ditambah atau diganti dengan do‘a-do‘a lain seperti do‘a penerang hati dan sebagainya?
Dalam hal ini, Imam Zainuddin al-Malibari Rahimahullâh ada menjelaskan mengenainya, ketika mensyarahkan perkataan pengarang kitab Fath al-Mu‘în )َِب َِاغْفِرْلحى ََرحسِو( ertinya, “ kecuali
Ertinya: Iaitu dikecualikan daripada melafazkan sesuatu bacaan (selepas membaca َ dan sebelum menyebut آمني) melafazkan lafaz do‘a (َِ ب َِاغْفِرْلحر), maka sesungguhnya ia (bacaan ب َِاغْفِرْلحر itu) tidak memudharatkan (tidak menghilangkan hukum sunat menyebut berdasarkan hadits hasan, bahawasanya Nabi Shallâllahu ‘alaihi wasallam pernah mengucapkan sesudah membaca (َ ب َِاغْفِرْلحر). (Hasyiah I‘ânah ath- Thâlibîn: 1/327)
Daripada nash di atas dapat diketahui hukum melafazkan sesuatu bacaan sama ada ia zikir atau do‘a boleh menghilangkan hukum sunat menyebut ‘âmîn’. Akan tetapi jika bacaan itu do‘a yang lafaznya َِ ب َِاغْفِرْلحر, maka ia terkecuali daripada terjejasnya hukum mengaminkan bacaan al-Fâtihah.
Syeikh ‘Ali asy-Syibramallisi Rahimahullâh pula menjelaskan kedudukan hukum jika lafaz do‘a َِ ب َِاغْفِرْلحر itu ditambah dengan lafaz yang lain, sebagaimana katanya:
Ertinya: Dan sayugia bahawasanya jika dia menambah (lafaz) itu, (َِ bacaan ( َح ), ia juga tidak memudharatkan (tidak menggugurkan hukum sunat menyebut آمني). (Nihâyah al-Muhtâj: 1/489 dan Hasyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/327)
Makmum Hanya Dituntut Mengaminkan Al-Fâtihah Imam
Adapun makmum yang mendengar bacaan al-Fâtihah imam, tidak disunatkan membaca ََِ بحر اغْفِرْل ini. Makmum yang mendengar bacaan al-Fâtihah imam hanyalah disunatkan mengaminkan bacaan al-Fâtihah imam itu.
Dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidîn ada menyebutkan bahawa asy-Syarif al-‘Allâmah Thahir bin Husain Rahimahullâh berkata:
Ertinya: Tidak dituntut daripada makmum ketika imam selesai membaca al-Fâtihah, bacaan ََِْل ب َِاغْفِرحر, bahkan hanya dituntut untuk mengaminkannya sahaja, dan bacaan ََِْل disunatkan bagi pembaca al-Fâtihah sahaja sewaktu diam seketika (saktah) di antara bacaan ayat terakhir surah al-Fâtihah dan bacaan âmîn. (Bughyah al-Mustarsyidîn: 45)
Kesimpulan
Daripada penjelasan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menambah do‘a memohon
dengan do‘a penerang hati, do‘a memohon diberikan ilmu dan sebagainya akan menghilangkan atau menggugurkan hukum sunat mengaminkan al-Fâtihah (menyebut (َْحآمِني. Sebagai panduan, sebaik-baiknya kita menambah bacaan do‘a itu ketika kita sujud dalam sembahyang kerana memperbanyak do‘a ketika sujud adalah disunatkan. Ini berdasarkan hadits daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu mengatakan bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sehampir-hampir keadaan seorang hamba kepada Tuhannya ialah (ketika) dia sedang sujud, maka kamu perbanyakkanlah do‘a. (Hadits riwayat Muslim, an-Nasa’i, Abu Daud dan Ahmad)
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-11316
