Amalan Sebelum Memasuki Hutan
Soalan: Bagi langkah berawas-awas dan berwaspada dipohonkan zikir dan do‘a-do‘a tertentu sebelum memasuki hutan agar terhindar daripada gangguan-gangguan yang berunsurkan jin dan syaitan.
Jawapan: Terdapat banyak zikir atau do‘a yang wârid daripada al-Qur’an dan hadits untuk dijadikan sebagai amalan harian pada waktu pagi dan petang bagi menghindarkan diri daripada malapetaka dan segala bentuk gangguan termasuk gangguan jin dan syaitan. Untuk melindungi diri kita daripada gangguan jin dan syaitan ialah dengan mengamalkan zikir-zikir pagi dan petang tersebut walau di mana kita berada lebih-lebih lagi apabila berada di tempat-tempat yang menjadi tumpuan syaitan. Hutan adalah antara tempat-tempat syaitan itu berada selain daripada tandas, tanah perkuburan, tempat-tempat terpencil yang ditinggalkan, bukit, gunung dan tempat-tempat air seperti di laut dan sebagainya. Antara zikir-zikir tersebut ialah: 1. Membaca tiga kali surah al-Ikhlâsh, surah al-Falaq dan surah an-Nâs di setiap pagi dan petang. i. Surah al-Ikhlas 3 kali.
ii. Surah al-Falaq 3 kali.
iii. Surah an-Nâs 3 kali.
Kelebihan membaca surah al-Ikhlâsh, surah al-Falaq dan surah an-Nâs ada disebutkan dalam hadits sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Khubaib Radhiallâhu ‘anhu, bahawa dia berkata:
Maksudnya: Kami telah keluar pada suatu malam yang hujan dan sangat gelap, (kerana) kami mencari Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam supaya Baginda bersembahyang bersama-sama kami. Maka kami pun bertemu Baginda lalu Baginda bersabda: “Adakah kamu sudah bersembahyang?” Maka aku tidak mengatakan apa-apa pun, lalu Baginda bersabda lagi: “Bacalah!” Aku tidak berkata apa-apa, kemudian Baginda bersabda: “Bacalah!” Maka aku tidak berkata apa-apa, kemudian Baginda bersabda lagi: “Katakanlah.” Lalu aku pun berkata: “Ya Rasulallah! Apa yang hendak
dan َ أَعُوذ ُ بَرَب َ النهاسحقُل) ketika engkau memasuki waktu petang dan ketika engkau memasuki waktu pagi sebanyak tiga kali, nescaya surah-surah itu menghindarkan kamu daripada segala sesuatu (yang buruk).” (Hadits riwayat Abu Daud)
Zikir-zikir dan do‘a-do‘a daripada ketiga-tiga surah tersebut boleh dibaca sebelum memasuki hutan, tetapi aulâ dibaca ketika pagi dan petang sebagaimana yang dianjurkan oleh hadits tersebut.
Ketiga-tiga surah tersebut bukan hanya untuk dibaca sebelum memasuki hutan, tetapi dianjurkan juga untuk membacanya ketika hendak tidur sebanyak tiga kali. Hal ini berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ, beliau berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam apabila ingin berbaring di tempat tidur Baginda pada setiap malam, Baginda menggabungkan kedua telapak tangan Baginda dan meniup kedua-duanya, (yang sebelumnya) Baginda bacakan pada kedua-duanya surah al-Ikhlâsh, surah al-Falaq dan surah an-Nâs, kemudian Baginda menyapukan kedua-duanya pada bahagian tubuh yang dapat dicapai oleh Baginda. Baginda memulakan sapuan Baginda pada kepala dan wajah Baginda serta bahagian hadapan tubuh Baginda. Baginda melakukan sedemikian itu sebanyak tiga kali. (Hadits riwayat al-Bukhari)
2. Membaca ayat al-Kursi:
Fadhilat membaca ayat tersebut sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Di dalam surah al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu ayat-ayat al-Qur’an, tidak dibacakan di dalam sebuah rumah yang terdapat di dalamnya syaitan melainkan syaitan itu akan keluar darinya, iaitu ayat al-Kursiy. (Hadits riwayat al-Hakim)
3. Membaca zikir berikut sebanyak tiga kali pada waktu petang:
Ertinya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakanNya.
Fadhilat membaca zikir tersebut sebagaimana Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesiapa membaca ketika petang sebanyak tiga kali: شَر َ مَا خَلَق, tidak ada sesuatu racun pun akan membahayakannya pada malam itu.” (Hadits riwayat Ahmad)
4. Membaca zikir berikut sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang:
Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak akan membahayakan/membinasakan sesiapa pun yang menyebut namaNya sesuatu (yang ada) di bumi atau di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Fadhilat membaca zikir tersebut sebagaimana ‘Utsman bin ‘Affan Radhiallâhu ‘anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
sebanyak tiga kali, bala tidak akan menimpanya dengan tiba-tiba sehingga pagi, dan sesiapa yang membacanya di waktu pagi sebanyak tiga kali, bala tidak akan menimpanya dengan tiba-tiba sehingga petang. (Hadits riwayat Abu Daud)
Waktu pagi itu seeloknya dibaca selepas sahaja menunaikan sembahyang Subuh dan waktu petangnya pula dibaca selepas sembahyang Maghrib iaitu selepas menunaikan zikir-zikir sembahyang Subuh dan Maghrib.
Zikir Ketika Keluar Rumah
Di samping itu juga sebelum keluar rumah, dianjurkan untuk membaca zikir berikut:
Maksudnya: Dengan nama Allah, aku berserah kepada Allah. Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada tergelincir (daripada kebenaran), atau kami tersesat (daripada petunjukMu), atau kami berlaku zalim, atau dizalimi, atau kami melakukan kejahilan atau orang lain melakukannya terhadap kami. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Atau dengan membaca zikir berikut:
Ertinya: Dengan nama Allah, aku berserah kepada Allah, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan (kekuasaan) Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Fadhilat membaca zikir tersebut sebagaimana Anas bin Malik Radhiallâhu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesiapa membaca yakni apabila keluar dari rumahnya: “ هة َ إَالهُو ل َ وَال َ قحَال َ حَوَبَّلِله َ محَ بَس هلحت ُ عَلَى ا ّلِلهَكَو ا ّلِله َ ت”, maka dikatakan kepadanya engkau dicukupi dan dilindungi serta dijauhkan daripada syaitan. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Do‘a Atau Zikir Ketika Memasuki Hutan
Semasa menempati suatu tempat, kawasan atau kediaman termasuk di dalam hutan, dianjurkan juga supaya membaca zikir berikut:
Ertinya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang diciptakanNya.
Diriwayatkan oleh Khaulah binti Hakim as-Sulamiyyah Radhiallâhu ‘anhâ, bahawasanya beliau pernah mendengar Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang singgah dan turun di mana-mana suatu tempat/kawasan/kediaman lalu dia membaca: “ َ tidak ada sesuatu pun yang akan membahayakannya sehingga dia pergi dari tempat itu. (Hadits riwayat Muslim)
Atau dengan membaca do‘a sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ bahawasanya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam apabila Baginda pergi ke suatu tempat sehingga menghadapi malam, Baginda mengucapkan:
Maksudnya: Wahai bumi! Tuhanku dan Tuhan kamu ialah Allah. Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan kamu (wahai bumi), daripada kejahatan yang ada pada kamu, daripada kejahatan yang dijadikan pada kamu, daripada kejahatan apa yang berjalan dan bergerak di atas kamu, aku mohon berlindung dengan Tuhanku daripada singa, daripada sebarang lembaga, daripada ular dan kalajengking, daripada jin yang diam di muka bumi, daripada iblis dan para syaitan.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Zikir Ketika Melihat Kebakaran
Apabila melihat sesuatu kebakaran, maka hendaklah bertakbîr atau melaungkan azan sebagaimana ‘Amru bin Syu‘aib Radhiallâhu ‘anhu daripada bapanya dan datuknya meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apabila kamu melihat kebakaran maka hendaklah kamu bertakbîr, kerana bertakbîr itu boleh memadamkannya. (Hadits riwayat Ibnu as-Sunni)
Selain itu, dianjurkan juga setiap hari sepanjang berada di dalam hutan untuk sentiasa membaca al-Qur’an, zikir wirid pagi dan petang serta do‘a-do‘a yang pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan telah pun disusun oleh para ulama. Oleh yang demikian, mudahan-mudahan dengan mengamalkan ayat-ayat dan zikir-zikir ini akan menjadi senjata yang berkesan bagi melindungi diri daripada gangguan jin dan syaitan serta daripada segala bahaya dan kejahatan sama ada datangnya dari bumi atau dari langit.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-11460
