Bayaran Balik Melebihi Jumlah Asal Yang Dipinjam
Soalan: Seseorang telah meminjam wang sebanyak B$36,000.00 dan dia dikenakan membayar balik sebanyak B$60,000.00. Apakah ini riba?
Jawapan: Riba merupakan antara dosa-dosa besar dan dalam hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah dijelaskan bahawa semua pihak yang berurusan dengannya akan mendapat laknat.
Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi
Maksudnya: Jauhilah oleh kamu tujuh perkara yang membinasakan (dosa besar). Para sahabat Radhiallâhu ‘anhum berkata: “Apa dia wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak (yang dibenarkan oleh syara‘), makan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri semasa hari pertempuran (dengan musuh Islam) dan menuduh perempuan beriman yang menjaga kesucian dan menjauhi perkara keji melakukan zina.” (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’i)
Jabir Radhiallâhu ‘anhu pula meriwayatkan:
Maksudnya: Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang makan riba, orang yang memberi riba, orang yang menjadi penulis riba dan dua orang yang menjadi saksi riba. Baginda bersabda: “Mereka itu semuanya sama.” (Hadits riwayat Muslim)
Menurut hukum syara‘, pinjaman wang (qardh) atau hutang yang membawa manfaat kepada orang yang memberikan pinjaman adalah termasuk dalam jenis muamalat yang melibatkan Dalam sebuah hadits mauqûf diriwayatkan bahawa sahabat Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bernama Fadhalah bin ‘Ubaid Radhiallâhu ‘anhu berkata:
Maksudnya: Setiap pinjaman yang memberikan manfaat (kepada orang yang memberikan pinjaman) maka hal sedemikian itu merupakan salah satu bentuk daripada bentuk-bentuk
(Hadits riwayat al-Baihaqi)
Fuqahâ’ menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan manfaat yang diterima oleh orang yang memberikan pinjaman dalam hal ini ialah manfaat yang telah ditentukan sebagai syarat di dalam akad. Manfaat tersebut termasuklah manfaat dalam bentuk memulangkan semula apa yang dipinjam dengan sesuatu yang lebih baik atau dengan yang lebih banyak. (Kitab al- Majmû‘: 13/237 dan al-Muhadzdzâb: 3/187)
Berkenaan soalan yang diajukan, apabila seseorang itu ‘dikenakan’ (disyaratkan) untuk membayar balik wang yang dipinjamnya melebihi jumlah asal yang dipinjam, maka bayaran lebih itu dikira sebagai manfaat yang mesti diserahkan atau diberikan kepada pihak yang memberikan pinjaman. Tidak diragukan lagi muamalat seumpama ini termasuk dalam jenis-jenis riba yang diharamkan.
Dalam istilah ilmu fiqh, riba jenis ini dinamakan sebagai riba al-qardh atau riba al-fadhl. (I‘ânah ath-Thâlibîn: 3/34). Amalan riba sebeginilah yang berleluasa dalam praktik bank-bank konvensional yang menetapkan kadar tertentu sebagai bunga (interest) ke atas setiap pinjaman yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan mereka.
Walau bagaimanapun, sekiranya manfaat yang diterima oleh pihak yang memberikan pinjaman itu tidak terkandung sebagai syarat yang ditetapkan di dalam akad, maka manfaat tersebut tidaklah dianggap sebagai riba. (Kitab al-Majmû‘: 13/238). Sebagai contoh, apabila orang yang berhutang, atas kehendak dan kerelaannya sendiri membayar balik wang yang dipinjamnya melebihi jumlah asal yang dipinjamnya, maka bayaran yang lebih itu tidaklah dianggap sebagai riba. Bahkan perbuatan yang sedemikian itu termasuk dalam perkara-perkara yang dianjurkan oleh syara‘.
Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi
Maksudnya: Maka sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah orang yang lebih baik (dengan melebihi/menambah) semasa membayar hutangnya. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-11726
