Mengerjakan Sembahyang Sunat Dhuha Secara Berjemaah
Soalan: Apakah hukum sembahyang sunat Dhuha jika dikerjakan secara berjemaah?
Jawapan: Sembahyang-sembahyang sunat terbahagi kepada dua bahagian iaitu sembahyang sunat yang disunatkan melakukannya secara berjemaah dan sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Sembahyang sunat Dhuha adalah antara sembahyang sunat yang tidak disunatkan melakukannya secara berjemaah.
Imam Qalyubi Rahimahullâh dalam kitab Hâsyiatân Qalyubi wa ‘Umairah (1/240) dan asy- Syabramallisi Rahimahullâh dalam Hâsyiah Nihâyah al-Muhtâj (2/107) menyatakan bahawa melaksanakan sembahyang sunat Dhuha dengan berjemaah itu dihukumkan sebagai khilâf al-aulâ ( خالفاألوىل ) iaitu melakukan perkara yang bertentangan dengan yang lebih utama. Ini bermakna melaksanakan sembahyang sunat Dhuha dengan tidak berjemaah (mengerjakannya secara bersendirian) adalah lebih utama sekalipun sah mengerjakannya dengan berjemaah. (Hawâsyi Tuhfah al-Muhtâj: 2/242 dan al-Majmû‘: 4/7 )
Maka dalam perkara ini, adalah lebih baik sembahyang sunat Dhuha itu dilakukan secara bersendirian sahaja bagi mengelakkan daripada melakukan perkara yang disebut sebagai khilâf al-aulâ itu.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-12049
