Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳أحكام متنوعة

Mandi Menggunakan Air Zamzam

Soalan: Apakah hukum menggunakan air Zamzam untuk mandi?

Jawapan: Perkara mandi itu termasuk dalam perkara thahârah atau bersuci. Berkata Imam Ibnu Hajar Rahimahullâh dalam penjelasan bersuci dengan air telaga:

Ertinya: Dan tidak makruh bersuci dengan air Zamzam akan tetapi adalah lebih awlâ (lebih utama) tidak menghilangkan najis dengannya (air Zamzam). (Hawâsyi asy-Syarwani wa Ibn Qasim: 1/84) Imam an-Nawawi Rahimahullâh juga menyebutkan mengenai hukum berwudhu’ dan mandi menggunakan air Zamzam:

Ertinya: (Pendapat) mazhab jumhûr seperti (pendapat) mazhab kita: “Sesungguhnya tidak makruh berwudhu’ dan mandi dengannya (air Zamzam).” (Al-Majmû‘: 1/135) Adapun menggunakan air Zamzam untuk menghilangkan najis seperti beristinjâ’ adalah menyalahi yang utama ح )(خّالحف ُ اْألحوْلmengikut pendapat yang mu‘tamad dalam mazhab Syafi‘e. Asy-Syeikh Ibrahim al-Baijuri Rahimahullâh berkata:

Ertinya: Dan adapun telaga Zamzam maka (pendapat) yang mu‘tamad bahawa sesungguhnya tidak makruh menggunakan airnya walaupun dalam menghilangkan najis, akan tetapi ia menyalahi yang utama. (Hâsyiah al-Baijuri: 1/39) Walau bagaimanapun menggunakan air Zamzam untuk memandikan mayat sebaiknya dijauhi kerana perselisihan pendapat dalam permasalahan kenajisan mayat sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Hawâsyi asy-Syarwani wa ibn Qasim ‘ala Tuhfah al-Muhtâj.

Maka berdasarkan perkataan para ulama yang dinyatakan di atas, harus menggunakan air Zamzam untuk mandi dan tidak digalakkan menggunakan air Zamzam untuk memandikan mayat dan beristinjâ’ jika ia khusus untuk menghilangkan najis.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-12144