Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الصلاة

Menunaikan Sembahyang Ketika Azan Dilaungkan

Soalan: Bolehkan saat azan dilaungkan “Allâhu Akbar”, “Allâhu Akbar” seseorang itu terus menunaikan sembahyang?

Jawapan: Seseorang yang mengerjakan sembahyang ketika azan masih dilaungkan oleh mu’adzdzin adalah sah sembahyangnya itu kerana sembahyang tersebut dilakukan setelah masuk waktunya.

Walau bagaimanapun adalah lebih elok untuk mengerjakan sembahyang itu setelah seruan azan itu selesai dilaungkan oleh mu’adzdzin.

Menurut hukum syara‘, disunatkan bagi orang yang mendengar azan untuk diam sekalipun tanpa menjawab seruan azan itu. Dari sudut adabnya, apabila azan dilaungkan, disunatkan menjawab seruan azan dengan mengulang lafaz-lafaz azan tersebut, berdo‘a dengan do‘a khusus selepas azan dan berselawat ke atas Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam. Hatta bagi orang yang sedang berzikir atau membaca al-Qur’an, sunat dia memberhentikan bacaan zikir atau al-Qur’an dan menjawab seruan azan tersebut.

Dalam hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiallâhu ‘anhumâ, beliau mendengar Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Apabila kamu mendengar al-mu’adzdzin (orang yang azan), maka kamu ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh orang yang azan itu. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana sesungguhnya barang siapa berselawat ke atasku dengan satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat. Kemudian berdo‘alah kepada Allah memohon bagiku “al-wasîlah”, kerana sesungguhnya “al-wasilah” itu suatu tempat di syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu. Barang siapa memohon “al-wasîlah” untukku, maka wajib baginya syafaat. (Hadits riwayat Muslim)

Dalam hadits yang diriwayatkan daripada Sayyidina ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallâhu ‘anhu juga ada menyebutkan tentang keutamaan dan ganjaran menjawab seruan azan. Beliau berkata:

Maksudnya: Bersabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam: Apabila mu’adzdzin mengucapkan “ َْبح َْبح للا ُ أحكللا ُ أحك ”, lalu salah seorang daripada kamu mengucapkan “ُ َْبحأحك”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “

للا ”, lalu dia mengucapkan “ ُ ح إّال َ للاإّله ”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “ ّ mengucapkan “ ّ dia pun mengucapkan “ ّ الْفحالحح ”, dia juga mengucapkan “ ّ َْبح َْبح للا ُ أحكللا ُ أحك”, kemudian (mu’adzdzin) mengucapkan “ ح إّال َ للاإّله”, dia juga mengucapkan “ُ ح إّال َ للاالح إّله ” ikhlas dari lubuk hatinya, nescaya dia masuk syurga. (Hadits riwayat Muslim)

Maka berdasarkan penjelasan di atas, mengerjakan sembahyang setelah mu’adzdzin selesai melaungkan azan adalah lebih afdhal. Dengan demikian seseorang itu tidak akan terlepas peluang untuk melaksanakan tuntutan sunat menjawab seruan azan yang telah dijanjikan Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ dengan kelebihan dan ganjaran yang sangat istimewa sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Baginda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam di atas.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-12168