Membaca Surah As-Sajdah Dalam Sembahyang Fardhu
Soalan: Bolehkah surah as-Sajdah dibawakan dalam sembahyang-sembahyang fardhu selain sembahyang fardhu Shubuh hari Jumaat? Jika ya, perlukah dibuat sujud tilâwah?
Jawapan: Sujud tilâwah ialah sujud kerana membaca atau mendengar ayat al-Qur’an yang disunatkan padanya sujud. Ayat-ayat al-Qur’an yang disunatkan sujud tilâwah itu dinamakan ia ayat-ayat sajdah.
Terdapat empat belas tempat ayat sajdah dalam al-Qur’an sepertimana yang diterangkan oleh para ulama mazhab asy-Syafi‘i. Salah satu tempatnya ialah dalam surah as-Sajdah, ayat 15. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami adalah orang-orang yang apabila mereka diberi peringatan dengan ayat-ayat itu, mereka segera tunduk sujud dan bertasbih dengan memuji Tuhan mereka dan mereka (pula) tidak menyombongkan diri. (Surah as-Sajdah: 15)
Sujud Tilâwah Ketika di Dalam Sembahyang
Sujud tilâwah sunat dilakukan di dalam sembahyang apabila membaca surah as-Sajdah pada sembahyang fardhu Shubuh hari Jumaat sekalipun bertujuan untuk melakukan sujud.
Sujud tilâwah juga sunat dilakukan di dalam sembahyang apabila ayat sajdah dibaca tanpa ada tujuan untuk melakukan sujud. Akan tetapi jika ayat sajdah dibaca di dalam sembahyang dengan tujuan semata-mata untuk melakukan sujud dan dengan bacaannya itu dia melakukan sujud, maka hukumnya adalah haram dan batal sembahyangnya jika dia mengetahui larangannya dan dilakukannya dengan sengaja. Imam ar-Ramli Rahimahullâh menyebut dalam kitabnya Nihâyah al-Muhtâj:
Ertinya: Dan sekiranya dia membaca di dalam sembahyang ayat sajdah atau (keseluruhan) surahnya dengan tujuan (melakukan) sujud (tilâwah) selain ليل}تـَنحز [surah as-Sajdah] pada Shubuh hari Jumaat maka batal sembahyangnya menurut pendapat al-mu‘tamad jika dia mengetahui pengharaman (membaca ayat sajdah bertujuan melakukan sujud).
Walau bagaimanapun menurut Imam Ibnu Hajar Rahimahullâh tidak batal sembahyangnya jika dia membaca ayat-ayat sajdah selain daripada surah as-Sajdah pada sembahyang fardhu Shubuh hari Jumaat sekalipun bertujuan untuk melakukan sujud.
Asy-Syaikh al-Bujairimi Rahimahullâh juga menyebut dalam kitabnya Bujairimi ‘ala al- Khathib:
Ertinya: Jika (seseorang itu) dalam keadaan sembahyang (imam dan orang yang sembahyang seorang diri) hendaklah dia tidak bermaksud dengan bacaannya itu (ayat sajdah atau surahnya) untuk melakukan sujud pada selain fardhu Shubuh hari Jumaat dengan ليل}تـَنحز Jika dia menjadi ma’mum disyaratkan hendaklah dia tidak melakukan sujud kecuali kerana imamnya melakukan sujud.
Jika dia melakukan sujud selepas membaca ayat sajdah dalam keadaan dia jahil atau lupa akan pengharamannya, maka tidak batal sembahyangnya. Hal ini termasuk juga jika dia tersalah hari dengan menyangka hari tersebut adalah hari Jumaat walhal ia bukan hari Jumaat, maka dia pun membaca surah as-Sajdah dengan tujuan melakukan sujud.
Begitu juga jika dia membaca ayat sajdah pada selain sembahyang fardhu Shubuh hari Jumaat bertujuan untuk sujud tilâwah yang disertai dengan tujuan selainnya seperti membaca ayat sajdah kerana menghasilkan perkara sunat membaca surah selepas membaca surah al-Fâtihah dan dia pun melakukan sujud kerana disunatkan sujud padanya, maka harus dia sujud dan tidak batal sembahyangnya kerana ia memang dituntut oleh syara‘ padanya iaitu membaca surah dan melakukan sujud tilâwah.
Kesimpulan daripada penjelasan di atas, hukum seseorang membaca surah as-Sajdah di dalam sembahyang-sembahyang fardhu adalah harus jika tidak bertujuan untuk melakukan sujud tilâwah semata-mata. Jika dia membaca surah as-Sajdah di dalam sembahyang-sembahyang fardhu selain sembahyang fardhu Shubuh hari Jumaat semata-mata bertujuan untuk melakukan sujud tilâwah dan dia melakukan sujud itu, maka batal sembahyangnya. Bahkan hukumnya adalah haram jika dia mengetahui larangan membaca surah as-Sajdah yang bertujuan semata-mata untuk melakukan sujud tilâwah.
Berlainan halnya jika dia membaca surah as-Sajdah dan melakukan sujud tilâwah itu adalah bertujuan menghasilkan tuntutan sunat membaca surah selepas membaca surah al-Fâtihah dan tuntutan melakukan sujud tilâwah padanya maka hukumnya adalah harus.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-12902
