Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳أحكام متنوعة

Hukum Menggunakan Ibu Tumpang

Soalan: Apakah hukum ibu tumpang (surrogate mother) dan adakah perkara ini berlaku di Negara Brunei Darussalam?

Jawapan: Ibu tumpang yang dikenali sebagai surrogate motherhood menurut Encylopedia Britannica bermaksud perbuatan seorang wanita yang mengandungkan anak untuk pasangan yang tidak mampu melahirkan anak dengan cara biasa disebabkan isteri menghadapi masalah ketidaksuburan atau tidak mampu untuk menjalani kehamilan. Terdapat dua cara perkhidmatan ibu tumpang:

(i) Ibu tumpang tradisional (traditional surrogacy) bermaksud ibu tumpang yang hamil melalui kaedah inseminasi buatan (artificial insemination) iaitu dengan cara memasukkan sperma suami bagi isteri yang tidak mampu untuk hamil ke dalam rahim ibu tumpang.

(ii) Ibu tumpang kandungan (gestational surrogacy) bermaksud ovum isteri dan sperma suami yang dicantumkan melalui kaedah in vitro fertilization kemudian embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang.

Manakala maksud ibu tumpang menurut kitab-kitab fiqh perubatan kontemporari pula ialah perbuatan menggunakan rahim wanita lain untuk mengandung embrio yang telah disenyawakan di luar rahim. Pada kebiasaannya, sperma dan ovum itu diambil daripada pasangan suami isteri sehinggalah wanita itu melahirkan anak yang dikandungnya dan menyerahkan anak tersebut kepada pasangan suami isteri berkenaan untuk dipelihara. Istilah ibu tumpang juga dikenali sebagai rahim sewaan atau rahim pinjaman sama ada dengan bayaran atau secara sukarela.

Kaedah mendapatkan anak melalui ibu tumpang digunakan oleh pasangan suami isteri atas pelbagai sebab tertentu. Antaranya ialah rahim isteri telah dibuang melalui pembedahan atau kejadian rahim isteri ada kecacatan yang teruk atau isteri mengalami sakit yang teruk apabila dia hamil.

Perkembangan teknologi dalam dunia perubatan masa kini banyak memperkenalkan kaedah-kaedah moden khususnya dalam bidang reproduktif sebagai salah satu cara baru untuk mendapatkan anak bagi pasangan suami isteri yang tidak mampu mendapatkan anak melalui cara biasa. Mendapatkan anak adalah antara tujuan dalam suatu pernikahan bagi menyambung keturunan dan memperbanyakkan umat Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wa sallam. Namun anak yang lahir daripada ikatan pernikahan itu hendaklah dengan cara yang dibenarkan oleh syara‘ agar anak yang diperolehi itu terpelihara nasabnya menurut hukum syara‘.

Dalam perkara ibu tumpang, Akademi Fiqh Islam Antarabangsa, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam persidangan kali ke-3 yang diadakan di Amman, Jordan pada 8-13 Safar, 1407 bersamaan 11-16 Oktober, 1986 ada mengeluarkan resolusi mengenainya di bawah tajuk أطفال اْلَنبيب (Anak Tabung Uji atau In Vitro Fertilization (IVF)) dengan ketetapan antara lain menyebut bahawa adalah haram dan ditegah menurut syara‘ sama sekali, disebabkan melakukan IVF itu sendiri atau disebabkan kesan yang timbul daripada IVF seperti percampuran nasab, hilang naluri keibuan dan sebagainya daripada perkara-perkara yang dilarang oleh syara‘ dalam lima cara berikut: 1. Melakukan persenyawaan di luar rahim antara sperma yang

perempuan yang bukan isterinya (penderma ovum), kemudian embrio yang telah disenyawakan itu dipindahkan ke dalam rahim isteri si suami.

2. Melakukan persenyawaan di luar rahim antara sperma lelaki yang bukan suaminya (penderma sperma) dengan ovum yang diambil daripada isteri, kemudian embrio yang telah disenyawakan itu dipindahkan ke dalam rahim isteri.

3. Melakukan persenyawaan di luar rahim antara sperma yang

isterinya, kemudian embrio yang telah disenyawakan itu dipindahkan ke dalam rahim perempuan yang sukarela untuk mengandungkannya.

4. Melakukan persenyawaan di luar rahim antara sperma yang diambil daripada lelaki lain dengan ovum yang diambil daripada perempuan lain, kemudian embrio yang telah disenyawakan itu dipindahkan ke dalam rahim seorang isteri.

5. Melakukan persenyawaan di luar rahim antara sperma yang

isterinya, kemudian embrio yang telah disenyawakan itu dipindahkan ke dalam rahim isterinya yang lain.

Daripada resolusi di atas dapat difahami bahawa cara ketiga dan kelima adalah kaedah yang menggunakan ibu tumpang. Hukum menggunakan ibu tumpang itu adalah haram menurut syara‘ kerana perbuatan tersebut adalah jelas bertentangan dengan maqâshid syarî‘ah iaitu memelihara nasab.

Adapun persoalan sama ada ibu tumpang berlaku di Negara Brunei Darussalam ataupun tidak, maka bolehlah merujuk kepada pihak berkenaan mengenainya.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم efatwa-15915