Irsyad Hukum 2010
ATH-THAHÂRAH
MENYAPU KHUFF (MUZA): Memudahkan Berwudhu Ketika Dalam Pelayaran
Sebagaimana yang kita sedia maklum wudhu merupakan sebahagian daripada syarat sah untuk kita mendirikan sembahyang, tidak kira sama ada dalam keadaan bermukim atau dalam pelayaran. Untuk mengambil wudhu pula walaupun mudah dilakukan dalam keadaan biasa, tetapi adakalanya ia sukar untuk dilakukan disebabkan berbagai faktor yang menghalang atau menyukarkan seseorang untuk mengambilnya. Sebagai contoh, faktor ketiadaan atau kekurangan air, ketiadaan tempat yang sesuai atau keadaan tempat yang menyukarkan untuk mengambil wudhu dan sebagainya.
Satu contoh kesukaran yang nyata biasa dihadapi oleh orang ramai ialah apabila hendak mengambil wudhu ketika berada di dalam kapal terbang semasa dalam pelayaran. Dalam keadaan bilik air di dalam kapal terbang yang sempit adalah amat sukar bagi seseorang untuk mengambil wudhu terutama dalam perkara membasuh kaki.
Perkara inilah yang merupakan salah satu cabaran yang biasa dihadapi oleh orang yang bermusafir ketika hendak menunaikan sembahyang di dalam kapal terbang. Kalau semangat tidak kental untuk menghadapi cabaran ini, boleh jadi orang itu malas untuk menunaikan sembahyang dan timbul pula pemikiran untuk menqadha’nya apabila sampai ke destinasi yang dituju.
Pemikiran untuk mengqadha’ sembahyang sedang dia berdaya untuk menunaikannya pada waktunya adalah pemikiran yang tidak menepati kehendak syara‘. Pemikiran begini perlu dibetulkan. Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam sendiri semasa hayat Baginda, tidak pernah mengqadha’kan sembahyang disebabkan kesukaran semasa pelayaran. Baginda tetap menunaikan sembahyang dengan kepayahan dan kesulitan.
Bagi mengelakkan daripada perkara ini berlaku, salah satu alternatif yang boleh diambil sebagai memudahkan membasuh kaki ketika mengambil wudhu ialah dengan cara menyapu atau mengusapkan air pada khuff yang dipakai di kedua-dua belah kaki sebagai ganti membasuh kaki.
Apa Itu Khuff?
Yang dimaksudkan dengan khuff dalam pengertian syara‘ ialah pakaian yang diperbuat daripada kulit atau seumpamanya yang menutupi bahagian kaki hingga ke buku lali.
Buku lali ialah dua tulang yang menonjol pada pertemuan kaki dan betis.
Yang dimaksudkan dengan menyapu atau mengusapkan air pada khuff ialah menyapu atau mengusapkan air pada sebahagian daripada khuff sebagai ganti membasuh kedua belah kaki ketika berwudhu.
Contoh imej khuff:
Hukum Menyapu Khuff
Menyapu air pada khuff ketika berwudhu hukumnya adalah harus. Perbuatan ini disyariatkan bagi lelaki dan perempuan sama ada ketika dalam pelayaran atau bukan dalam pelayaran sebagai keringanan atau kelonggaran (rukhshah) dan bagi memudahkan umat Islam mengambil wudhu umpamanya di dalam pelayaran, ketika musim sejuk dan bagi mereka yang sentiasa dalam tugas seperti tentera, polis dan sebagainya.
Sungguhpun perbuatan menyapu air pada khuff ini dibolehkan, akan tetapi membasuh kaki dengan air ketika berwudhu adalah lebih baik. Ini kerana membasuh kaki ketika berwudhu merupakan perbuatan asal dan Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam sendiri pada kebanyakan waktu Baginda berwudhu lebih kerap (selalu) membasuh kaki berbanding menyapu air pada khuff Baginda.
Adakalanya orang yang memakai khuff disunatkan menyapu khuffnya dengan air sebagai ganti membasuh kedua-dua belah kaki ketika berwudhu apabila orang tersebut takut akan terluput sembahyang berjemaah jika dia membasuh kakinya.
Adakalanya pula orang yang memakai khuff diwajibkan menyapu khuffnya dengan air sebagai ganti membasuh kedua belah kaki ketika berwudhu apabila orang tersebut takut akan terluput sembahyang fardhu atau sembahyang Jumaat jika dia membasuh kakinya.
Adakalanya juga haram hukumnya menyapu khuff dengan air sebagai ganti membasuh kaki, iaitu bagi orang yang sedang berihram yang dengan sengaja dan dengan kehendaknya sendiri memakai khuff.
Dalil Pengharusan Menyapu Khuff
Perbuatan menyapu air pada khuff ini tsabit melalui hadits Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Baginda pernah melakukannya beberapa kali sehinggakan Ibnu al- Mundzir meriwayatkan daripada Hasan al-Bashri, katanya: “Tujuh puluh orang daripada kalangan sahabat telah menceritakan kepadaku bahawa sesungguhnya Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah menyapu air pada kedua-dua khuff Baginda.”
Diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syu‘bah Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: Daripada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bahawasanya Baginda keluar untuk menunaikan hajat Baginda, lalu diikuti oleh al-Mughirah dengan membawa beg kulit yang berisi air. Apabila Baginda selesai menunaikan hajat, al-Mughirah menuangkan air kepada Baginda, lalu Baginda mengambil wudhu dan menyapu kedua-dua khuff Baginda. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat yang lain, Jarir bin ‘Abdullah al-Bajali Radhiallâhu ‘anhu berkata:
Maksudnya: Aku telah melihat Nabi Shallallâhu ‘alaihi wassallam selesai menunaikan hajat kecil, kemudian Baginda mengambil wudhu dan menyapu kedua-dua khuff Baginda. (Hadits riwayat Muslim)
Apakah Syarat-syarat Menyapu Khuff Dengan Air?
Terdapat lima syarat yang dikenakan untuk mengharuskan seseorang itu menyapu khuffnya dengan air sebagai ganti membasuh kaki ketika mengambil wudhu seperti berikut: 1. Kedua-dua khuff hendaklah dipakai setelah sempurna suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
Perkara ini adalah berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syu‘bah Radhiallâhu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: Aku pernah bersama Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam satu pelayaran dan aku cuba membongkok untuk menanggalkan kedua-dua khuff Baginda, akan tetapi Baginda bersabda: “Biarkanlah kerana saya telah memakainya ketika dalam keadaan suci”. Lalu Baginda menyapu air pada kedua-dua khuff Baginda itu. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan syarat ini, apabila orang yang mengambil wudhu memakaikan khuff pada kakinya sebelah kanan sebelum dia membasuh kakinya sebelah kiri, kemudian setelah selesai membasuh kaki sebelah kirinya pula dia memakaikan khuff pada kakinya sebelah kiri, tidak diharuskan baginya berwudhu dengan hanya menyapu air pada khuff tersebut apabila dia hendak berwudhu lagi selepas itu. Ini kerana dia memakai khuffnya sebelum lagi sempurna suci daripada hadas.
2. Hendaklah khuff itu menutupi seluruh anggota kaki yang wajib dibasuh ketika berwudhu daripada semua sudut kecuali dari atas iaitu semua kaki dan kedua buku lali.
Jika khuff itu tidak menutupi seluruh tempat yang wajib dibasuh ketika berwudhu atau terdapat lubang pada khuff di sekitar tempat yang wajib dibasuh, tidak sah berwudhu dengan hanya menyapu air pada khuff seperti itu.
Yang dimaksudkan dengan menutupi itu ialah menghalang air daripada terkena bahagian kaki yang wajib dibasuh, bukannya bererti menutup daripada penglihatan seperti yang disyaratkan dalam perkara menutup aurat.
3. Hendaklah khuff itu dapat menahan air daripada menembusi bahagian kaki kecuali melalui tempat jahitan.
Mengikut pendapat yang ashah, harus juga menyapu khuff yang terbelah dari kaki tetapi diikat dengan tali sehingga ia tidak menampakkan mana-mana bahagian yang wajib dibasuh apabila dibawa berjalan.
4. Hendaklah khuff itu kuat dan tahan.
Sukat-sukat ketahanan khuff itu boleh dipakai berjalan dengannya untuk melaksanakan keperluan atau hajat yang biasa dalam tempoh sehari semalam bagi orang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi musafir. Tidak kira sama ada khuff itu diperbuat daripada kulit atau selainnya.
5. Hendaklah khuff itu suci daripada najis.
Tidak sah menyapu air pada khuff yang diperbuat daripada kulit bangkai yang belum disamak. Ini kerana kulit seperti itu tidak boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang.
Berapa Lama Tempoh Yang Dibenarkan Untuk Menyapu Khuff?
Setelah cukup segala syarat-syarat yang ditentukan, apabila hendak mengambil wudhu semula tidaklah perlu dibuka khuff yang telah dipakai ketika dalam keadaan suci daripada hadas besar dan kecil, dan tidaklah perlu juga dibasuh kedua-dua kaki ketika mengambil wudhu, tetapi cukup dengan menyapu atau mengusapkan air pada khuff yang dipakai iaitu sebagai ganti membasuh kaki.
Tempoh yang dibenarkan untuk menyapu atau mengusapkan air pada khuff sebagai ganti membasuh kaki ialah:
1. Sehari semalam bagi orang bermukim (bukan dalam pelayaran).
2. Tiga hari tiga malam bagi orang yang dalam pelayaran.
Penentuan tempoh di atas adalah berdasarkan riwayat bahawa Sayyidina ‘Ali Karramallâhu wajhah berkata:
Maksudnya: Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam menentukan (tempoh menyapukan air pada khuff ketika berwudhu) tiga hari tiga malam bagi musafir dan sehari semalam bagi orang yang bermukim. (Hadits riwayat Muslim)
Oleh itu selama tempoh yang dibenarkan belum habis, selama itu juga orang yang memakai khuff itu dibenarkan mengambil wudhu dengan tidak payah membasuh kakinya tetapi cukup dengan hanya menyapu pada khuff yang dipakainya.
Jika orang yang memakai khuff itu merasa ragu (syak) adakah tempoh yang dibenarkan kepadanya masih ada atau sudah habis, maka dalam hal ini tidak boleh baginya menyapu khuff ketika mengambil wudhu sebagai ganti membasuh kaki, akan tetapi hendaklah dia membasuh kakinya sebagaimana biasa dia mengambil wudhunya. Jika syaknya itu hilang dan dia yakin tempoh yang dibenarkan kepadanya masih ada, pada ketika itu diharuskan baginya menyapu khuffnya. (Mughni al-Muhtâj: 1/67)
Bila Tempoh Bermula?
Tempoh masanya dikira bermula daripada berakhir hadasnya selepas memakai khuff, bukannya dari mula berhadas atau dari mula menyapu khuff. (Tuhfah 1/259, Hâsyiah al-Baijuri 1/128)
Sebagai contoh, pada pukul 12.00 tengah hari seseorang itu mengambil wudhu, kemudian dia memakai khuffnya. Selepas itu dia mendirikan sembahyang Zhuhur. Kira-kira pada pukul 2.00 petang wudhunya terbatal. Oleh kerana hendak mendirikan sembahyang ‘Ashar dia mengambil wudhu lagi. Pada pukul 3.00 petang dia selesai mengambil wudhu dan menyapu khuffnya dengan air sebagai ganti membasuh kaki.
Dalam contoh di atas, tempoh sehari semalam (bagi orang bukan dalam pelayaran) atau tiga hari tiga malam (bagi orang yang dalam pelayaran) bermula dikira dari jam 3.00 petang bukannya dari jam 12.00 tengah hari atau 2.00 petang.
Dengan demikian, jika dia seorang yang bukan dalam pelayaran, dia boleh menyapu khuffnya ketika mengambil wudhu sehingga jam 2.59 petang keesokan harinya. Jika dia seorang yang dalam pelayaran pula, dia boleh menyapu khuffnya ketika mengambil wudhu sehingga jam 2.59 petang hari keempat.
Apabila seseorang itu menyapu khuffnya sewaktu bermukim (bukan dalam pelayaran) kemudian dia pergi belayar ataupun sebaliknya iaitu dia menyapu khuffnya ketika dalam pelayaran kemudian dia bermukim, maka kiraan tempohnya adalah seperti tempoh orang yang bermukim. Oleh itu, dia hanya dibolehkan menyapu khuffnya selama sehari semalam sahaja.
Bagaimana Cara Menyapu Air Pada Khuff?
Apabila seseorang itu hendak menyapu khuffnya dengan air ketika berwudhu, yang wajib disapu ialah sedikit daripada bahagian atas sebelah luar khuff. Ini adalah bercontoh daripada perbuatan Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syu‘bah Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Aku telah melihat Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menyapu di atas kedua-dua khuff Baginda di sebelah luarnya. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Namun begitu, sunat juga hukumnya menyapu pada bahagian atas dan bawah khuff dengan cara berikut:
1. Masukkan (rendam) kedua-dua belah tangan ke dalam air.
2. Kemudian letakkan tapak tangan kanan dalam keadaan anak-anak jari dijarangkan pada bahagian atas khuff yang dimulai dari hujung jari-jari kedua-dua kaki sebelah kanan, dan letakkan tapak tangan kiri pada bahagian bawah tumit.
3. Setelah itu dilalukan tangan kanan hingga ke betis dan tangan kiri dilalukan hingga ke hujung jari.
4. Begitulah juga sebaliknya cara yang dilakukan apabila menyapu khuff sebelah kaki kiri.
Cara ini adalah seperti yang diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syu‘bah Radhiallâhu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: Aku telah menyediakan air untuk Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam berwudhu pada peperangan Tabuk. Maka Baginda menyapukan air pada bahagian atas dan bawah kedua-dua khuff Baginda. (Hadits riwayat Abu Daud)
Tidak disunatkan menyapu khuff dengan berulang-ulang, bahkan menyapu secara berulang-ulang hukumnya makruh. Oleh itu adalah memadai dengan sekali sapu sahaja.
Tidak memadai dengan hanya menyapu bahagian bawah khuff sahaja, kerana tidak ada sandaran dalil yang mengatakan begitu. (Al-Majmû‘: 1/545-550)
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Sapuan Khuff
Sapuan air pada khuff terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Jika orang yang memakai khuff itu telah mengambil wudhu dengan cara menyapu khuff sebagai ganti membasuh kaki dan wudhunya itu masih berkekalan (tidak terbatal), lalu kedua-dua khuff atau salah satunya ditanggalkannya atau tertanggal dari kaki, maka sapuan pada khuffnya menjadi batal.
Dalam hal ini, yang wajib dilakukannya ialah membasuh kedua-dua kaki sahaja sambil berniat mengangkat hadas, tanpa perlu mengulangi keseluruhan wudhu. Kemudian barulah memakai kedua-dua khuff itu semula.
2. Apabila tempoh yang ditetapkan telah habis.
Dalam hal ini, jika orang itu masih dalam keadaan berwudhu, maka dia hanya perlu menanggalkan kedua-dua khuff dan membasuh kedua-dua kakinya sambil berniat mengangkat hadas, kemudian memakai balik kedua-dua khuffnya itu.
Manakala bagi orang yang sudah terbatal wudhunya dan hendak berwudhu semula, maka hendaklah dia berwudhu secara sempurna (seperti biasa), kemudian barulah dia memakai khuffnya.
3. Apabila berlaku perkara-perkara yang mewajibkan mandi seperti junub, haidh dan nifas ketika dalam tempoh yang dibenarkan menyapu khuff.
Dalam hal ini, hendaklah orang itu menanggalkan kedua-dua khuffnya dan melakukan mandi wajib. Selepas itu, jika dia mahu, bolehlah memakai khuffnya semula setelah sempurna suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
Perkara ini adalah berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Shafwan bin ‘Assal al-Muradi Radhiallâhu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah menyuruh kami ketika dalam pelayaran untuk menyapu khuff-khuff kami dan kami tidak menanggalkannya selama tiga hari kerana berak, kencing dan tidur kecuali kerana berjunub. (Hadis riwayat an-Nasa’i)
4. Apabila khuff tersebut carik atau terurai tali pengikatnya atau sebagainya dan menampakkan sebahagian daripada kaki pemakainya.
Dalam hal ini, jika orang itu masih dalam keadaan berwudhu, maka dia hanya perlu menanggalkan kedua-dua khuff dan membasuh kedua-dua kakinya sambil berniat mengangkat hadas, kemudian bolehlah memakai khuff yang sah digunakan untuk menyapu air ke atasnya ketika berwudhu. Manakala bagi orang yang sudah terbatal wudhunya dan hendak berwudhu semula, maka hendaklah dia berwudhu secara sempurna (seperti biasa), kemudian barulah dia memakai khuff.
5. Apabila berlaku sesuatu perkara yang membatalkan wudhu. Jika ini berlaku, maka ia membatalkan sapuan pada khuff. Ini kerana menyapu khuff itu adalah sebahagian daripada wudhu sebagai ganti membasuh kaki.
Oleh itu, wajiblah orang itu mengambil wudhu tanpa menanggalkan khuffnya dan menyapu khuffnya semula jika tempoh yang dibenarkan untuk menyapu khuff masih ada. Jika tempohnya sudah habis pula, hendaklah dia menanggalkan kedua-dua khuffnya dan mengambil wudhu seperti biasa.
Contoh Cara Mempraktikkan
Bagi orang yang hendak melakukan pelayaran bolehlah berbuat seperti berikut:
1. Pertama sekali ketika masih berada di rumah atau semasa berada di lapangan terbang, sebelum memakai khuff hendaklah dia mengambil wudhu sebagaimana biasa, iaitu dimulai dengan membasuh muka berserta niat, kemudian membasuh kedua belah tangan, menyapu kepala dan membasuh kedua belah kaki.
2. Setelah selesai mengambil wudhu bolehlah dia memakai kedua-dua khuffnya.
3. Ketika dalam pelayaran, umpamanya di dalam penerbangan, apabila dia hendak mengambil wudhu semula setelah terbatal wudhunya, tidaklah perlu dia menanggalkan kedua-dua khuffnya. Akan tetapi bolehlah dia mengambil wudhu sebagaimana biasa dalam keadaan memakai khuff, iaitu dimulai dengan membasuh muka berserta niat, kemudian membasuh kedua-dua belah tangan dan menyapu kepala. Apabila tiba masa untuk membasuh bahagian kaki memadailah dengan hanya menyapu kedua-dua khuffnya iaitu bahagian atas khuff dengan sekali sapu, sebagai ganti membasuh kakinya. Dengan demikian sempurnalah wudhunya.
Jumlah Waktu Sembahyang Yang Dibenarkan
Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullâh di dalam kitabnya Raudhah ath-Thâlibîn bahawa orang yang mengambil wudhu dengan menyapu khuffnya sebagai ganti membasuh kaki, jumlah sembahyang fardhu tunai yang dibenarkan baginya dengan wudhunya itu ialah:
1. Bagi orang yang dalam pelayaran dibenarkan sebanyak 16 kali sembahyang. Jika sembahyang itu dilakukan secara jama‘ pula, dibenarkan sebanyak 17 kali sembahyang.
2. Bagi orang yang bukan dalam pelayaran pula dibenarkan sebanyak enam kali sembahyang sahaja. Jika sembahyang itu dilakukan secara jama‘ pula (jama‘ kerana hujan), dibenarkan sebanyak tujuh kali sembahyang sahaja.
Adapun sembahyang qadha’ tidak ada had padanya, iaitu boleh dikerjakan seberapa banyak dengan wudhu tersebut. (Raudhah ath-Thâlibîn: 1/131)
Demikian huraian mengenai menyapu khuff sebagai ganti membasuh kaki ketika mengambil wudhu. Apa yang diharapkan agar huraian tersebut akan dapat memudahkan dan meringankan beban khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah untuk mengambil wudhu ketika berada dalam pelayaran dan seterusnya akan memudahkan lagi dalam melakukan ibadat.
MENGAMBIL WUDHU DALAM KEADAAN BERHADAS BESAR
Orang yang berhadas kecil diwajibkan mengambil wudhu untuk menghilangkan hadasnya itu bagi membolehkannya melaksanakan ibadat-ibadat tertentu seperti sembahyang, thawaf sama ada wajib atau sunat, sujud syukur atau tilâwah dan seumpamanya. Namun tuntutan tersebut tidak hanya pada ibadat yang menjadikan wudhu sebagai syarat sah pelaksanaannya, malahan juga dituntut pada keadaan-keadaan yang lain walaupun tuntutan itu hanya berupa sunat semata-mata seperti ketika sedang marah, membaca al-Qur’an (bukan dengan memegangnya) atau mendengar al-Qur’an, membaca dan mendengar hadits, memegang kitab-kitab agama seperti kitab-kitab tafsir atau fiqh, membaca atau belajar ilmu-ilmu syara‘ dan membacakannya, ketika masuk atau duduk di dalam masjid, ketika hendak tidur dan sebagainya.
Di samping itu disunatkan juga untuk sentiasa mengekalkan wudhu kerana amalan mengekalkan wudhu mendatangkan manfaat yang besar kepada orang yang sentiasa mengamalkannya seperti meluaskan rezekinya, disukai oleh malaikat Hafazhah, menjadi benteng (pendinding) dan juga memelihara dirinya daripada melakukan perkara atau perbuatan maksiat.
Mengekalkan wudhu bagi orang yang berhadas kecil bukanlah suatu perkara yang susah. Mereka boleh saja berwudhu semula jika batal wudhunya atau terus memperbaharui wudhu mereka jika masih dalam keadaan berwudhu bila-bila masa saja yang mereka kehendaki. Melihat kepada tuntutan dan keutamaan wudhu ke atas orang yang berhadas kecil, apakah orang yang berhadas besar juga dituntut dan boleh melaksanakannya? Bagaimanakah kedudukan mereka dalam hal wudhu ini?
Apakah Hukum Bagi Orang Yang Berhadas Besar Mengambil Wudhu?
Orang yang berhadas besar itu adalah mereka yang berada dalam keadaan berjunub dan perempuan yang dalam keadaan haidh atau nifas. Namun dua keadaaan ini mempunyai kedudukan hukum yang berbeza kerana keadaannya masing-masing:
1. Wudhu orang yang berjunub.
Disunatkan bagi orang yang berjunub yang belum mandi wajib untuk mengambil wudhu apabila hendak tidur, makan dan minum dan juga ketika hendak mengulang semula persetubuhan.
Diriwayatkan daripada Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ, beliau menceritakan:
Maksudnya: Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam apabila hendak tidur, sedangkan Baginda berada dalam keadaan junub, Baginda membasuh kemaluan Baginda (terlebih dahulu) dan mengambil wudhu (sepertimana wudhu) untuk sembahyang. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat lain pula, Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ berkata:
Maksudnya: Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam apabila dalam keadaan junub lalu Baginda hendak makan atau tidur, Baginda mengambil wudhu sepertimana wudhu Baginda untuk sembahyang. (Hadits riwayat Muslim)
Kedua-dua hadits di atas adalah dalil mengenai sunat bagi orang yang berjunub untuk mengambil wudhu sebelum tidur atau sebelum makan dan minum. Manakala dalil mengenai dengan sunat berwudhu sebelum mengulangi semula persetubuhan bagi orang yang berjunub itu adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu mendatangi (menyetubuhi) isterinya, kemudian ingin mengulangi lagi, maka (sebaiknya) hendaklah dia mengambil wudhu. (Hadits riwayat Muslim)
Imam an-Nawawi Rahimahullâh menerangkan bahawa hadits- hadits tersebut memberi maksud bahawa orang yang berhadas besar (berjunub) jika dia hendak tidur, makan, minum atau bersetubuh lagi dengan isteri yang telah disetubuhinya atau isterinya yang lain, adalah disunatkan terlebih dahulu mengambil wudhu serta membasuh (membersihkan) kemaluannya (sebelum berwudhu). Beliau juga menyebut bahawa para ulama asy-Syafi‘iyyah berpendapat adalah makruh hukumnya ke atas orang yang berhadas besar (berjunub) untuk tidur, makan, minum dan bersetubuh sebelum berwudhu.
2. Wudhu perempuan haidh dan nifas.
Hukum berwudhu bagi perempuan yang dalam haidh atau nifas itu terbahagi kepada dua:
i. Jika darah haidh atau darah nifasnya masih keluar (belum kering), tidak disunatkan baginya untuk berwudhu.
Ini adalah kerana wudhu tidak memberi apa-apa kesan pada mengangkat hadas perempuan haidh atau nifas yang masih keluar darahnya. Maka tidak sah bersuci daripada hadas ketika darah haidh atau nifas masih keluar.
ii. Jika darah haidh atau nifasnya sudah berhenti (kering) tetapi dia belum mandi wajib, maka disunatkan ke atasnya untuk mengambil wudhu jika dia hendak tidur, makan atau minum.
Ini kerana apabila darah haidh atau nifas perempuan tersebut sudah berhenti, maka hukumnya adalah seperti orang yang berjunub iaitu sunat ke atasnya mengambil wudhu jika dia hendak tidur, makan atau minum kerana ia memberi kesan pada hadasnya (terangkat hadas kecil).
Hikmah Sunat Berwudhu Ke Atas Orang Yang Junub
Terdapat beberapa pendapat ulama mengenai hikmah disunatkan berwudhu ke atas orang yang berjunub jika dia hendak tidur, makan, minum dan bersetubuh. Antaranya:
Pendapat pertama: Untuk meringankan hadas kerana wudhu berperanan untuk mengangkat hadas daripada anggota-anggota wudhu. Demikian juga, ia bermaksud bagi tujuan kebersihan.
Pendapat kedua: Dengan wudhu merangsang seseorang untuk mandi apabila air terkena pada anggota-anggota wudhu.
Pendapat ketiga: Bertujuan agar seseorang itu tidur dalam keadaan suci daripada salah satu dua hadas (hadas kecil dan besar) kerana ditakuti dia menemui ajalnya di dalam tidur.
Berdasarkan penerangan di atas, tiada halangan bagi orang yang berjunub dan juga perempuan yang kering haidhnya tetapi belum mandi wajib untuk mengambil wudhu pada waktu-waktu tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa hadits. Sekurang-kurangnya dengan melakukan wudhu dapat meringankan hadas yang ditanggung oleh kedua-duanya sebelum mandi untuk mengangkat hadas.
ADAKAH SETIAP YANG KELUAR DARI QUBUL ATAU DUBUR MEMBATALKAN WUDHU?
Mempelajari, mengetahui dan mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan ibadat adalah dituntut dan digalakkan agar ibadat yang dilaksanakan itu sah dan sempurna. Bukan setakat mengetahui rukun dan syarat sah sesuatu ibadat sahaja, akan tetapi juga perkara-perkara yang membatalkannya. Biarpun kadangkala perkara itu nampak kecil dan mudah, namun jika diabaikan boleh menyebabkan sesuatu amalan atau ibadat itu menjadi tidak sah atau kurang sempurna.
Sebagai contoh dalam perkara wudhu, selain mengetahui fardhu dan sunat wudhu, perlu juga diketahui apakah perkara yang boleh membatalkan wudhu agar perkara tersebut dihindari demi untuk menjaga kesahan wudhu. Ini kerana apabila wudhu seseorang itu batal, banyak perkara yang dilarang dia melakukannya seperti mendirikan sembahyang, memegang Mushhaf dan lain-lain. Manakala ibadat atau amalan yang sudah dikerjakannya berkemungkinan tidak sah, umpamanya seseorang yang bersembahyang sedangkan wudhunya sudah batal, maka sembahyang yang dikerjakannya dengan wudhu tersebut menjadi tidak sah, malahan wajib dia mengulang semula atau mengqadha’ sembahyangnya itu.
Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Menurut ulama perkara-perkara yang membatalkan wudhu itu ialah:
1. Keluar sesuatu dari dua kemaluan (qubul dan dubur).
2. Hilang akal dengan sebab seperti tidur, pitam, mabuk dan sebagainya kecuali tidur bagi orang yang tetap punggungnya di atas tempat duduknya.
3. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan.
4. Menyentuh kulit lelaki atau perempuan dewasa yang bukan mahram tanpa berlapik.
Dalam ruangan kali ini, fokus perbincangan adalah berkaitan dengan salah satu daripada perkara yang membatalkan wudhu, iaitu keluar sesuatu dari dua kemaluan (qubul dan dubur).
Keluar Sesuatu Dari Qubul Atau Dubur
Apabila seseorang yang dalam keadaan berwudhu mengetahui dan yakin sesuatu keluar dari qubulnya (kemaluan di hadapan) atau duburnya (kemaluan di belakang), maka perkara ini menyebabkan wudhunya menjadi batal. Maksud qubul itu merangkumi lubang tempat keluar air kencing dan haidh bagi perempuan.
Cara sesuatu itu ‘keluar’ dari qubul atau dubur pula merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Secara dipaksa ataupun tanpa paksaan seperti sesuatu itu keluar dengan sendirinya atau kerana proses semula jadi.
2. Secara disengajakan ataupun tanpa disengajakan seperti terlupa.
Yang dimaksudkan dengan ‘sesuatu’ yang keluar dari qubul atau dubur itu sama ada:
• Dalam bentuk ‘ain (zat benda) seperti tahi, air kencing ataupun angin seperti kentut.
• Kering ataupun basah seperti cecair dari qubul. Dikecualikan dalam perkara ini, air mani seseorang semata-mata (yakni tidak bercampur dengan mani orang lain) yang keluar daripadanya. Umpamanya seseorang yang tidur dalam keadaan duduk dan tetap punggungnya lalu dia bermimpi sehingga keluar air mani, maka perkara ini tidak membatalkan wudhu.
• Banyak ataupun sedikit.
• Suci seperti batu dan ulat ataupun najis.
• Merupakan sesuatu yang biasa dialami atau adat kebiasaan seperti tahi, air kencing, mazi, wadi, ataupun jarang dialami atau ganjil seperti nanah, anak batu, kayu, ulat, cacing dan termasuk darah, seumpama darah yang mengalir keluar dari bawasir yang berada di bahagian dalam dubur dan selain darah bawasir.
• Suatu benda itu keluar semuanya atau sebahagiannya, umpamanya ulat atau cacing yang terkeluar semuanya atau hanya kepalanya.
Beberapa Persoalan Mengenai Perkara Yang Membatalkan Wudhu Dan Sebaliknya
Berikut adalah beberapa perkara yang dibincangkan oleh para ulama mengenai isu-isu yang membatalkan wudhu ataupun tidak, yang berhubung kait dengan perkara ‘keluar sesuatu dari qubul atau dubur’, contohnya:
1. Berasa syak sama ada terkentut ataupun tidak.
Seseorang yang berwudhu yang menyangka, merasa syak atau ragu-ragu dan tidak yakin adakah dia terkentut ataupun tidak, masih tetap dikira dalam keadaan berwudhu. Ini berdasarkan hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bahawa seorang lelaki telah mengadu kepada Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bahawa pada sangkaannya dia keluar angin (terkentut) ketika dia bersembahyang dan dia tidak pasti akan perkara itu. Lalu Baginda pun bersabda:
Maksudnya: Janganlah seseorang itu keluar (daripada sembahyang) sehinggalah dia (benar-benar) mendengar bunyi (kentut) atau mendapati (mencium) baunya. (Hadits riwayat Muslim)
Hadits di atas bermaksud bahawa seseorang yang tidak pasti ketika mendirikan sembahyang adakah dia terkentut atau tidak, janganlah dia keluar daripada sembahyangnya. Ia juga memberi maksud bahawa hanya kerana perasaan syak atau tidak pasti adakah wudhunya terbatal atau tidak, tidak mewajibkan seorang itu mengambil wudhu semula.
Menurut ulama, seseorang yang merasa yakin dia masih dalam keadaan suci atau berwudhu apabila dia merasa syak adakah wudhunya terbatal atau tidak, maka perasaan syaknya itu tidak menjejaskan wudhunya. Oleh itu, dia boleh mendirikan sembahyang dengan wudhunya itu. Begitu juga sebaliknya, jika seseorang merasa yakin bahawa wudhunya sudah terbatal kemudian dia syak apakah dia masih mempunyai wudhu, maka dihukumkan bahawa wudhunya telahpun terbatal.
Sekiranya timbul syak pada diri seseorang, maka hendaklah diteruskan dengan apa yang diyakininya. Ini bersesuaian dengan salah satu kaedah fiqhiyyah yang menyebut bahawa:
Ertinya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh syak.
Ini bermaksud keyakinan adalah satu perkara yang tetap, manakala syak adalah satu perasaan yang mendatang. Oleh itu, sesuatu perkara itu dihukumkan mengikut apa yang tetap (yang diyakini) dan bukan yang disyaki.
2. Darah yang keluar dari bawasir.
Tidak batal wudhu jika darah keluar dari bawasir yang terkeluar dari dubur pada ketika atau sebelum seseorang itu berwudhu.
Berbeza hukumnya jika darah itu keluar dari bawasir yang berada di dalam dubur, maka batal wudhunya.
Begitu juga batal wudhu seseorang jika bawasir yang berada di dalam dubur pada ketika dia berwudhu, kemudian setelah dia berwudhu bawasir itu terkeluar dari duburnya atau tambah terkeluar, walaupun hanya separuh manakala separuh lagi masih di dalam dubur.
3. Memasukkan sesuatu ke dalam qubul atau dubur.
Tidak batal wudhu jika seseorang itu hanya memasukkan sesuatu benda ke dalam kemaluan qubul atau dubur seperti peralatan menduga, benang, jari dan seumpamanya, dan tidak mengeluarkannya semula dari kemaluan sama ada benda itu dimasukkan kesemua sekali atau hanya sebahagiannya sahaja.
Sebagai contoh seseorang yang memasukkan sebahagian daripada benang ke dalam kemaluannya, manakala sebahagian lagi masih tergantung di luar kemaluan.
Dalam keadaan demikian, wudhunya tidak batal, selama dia tidak menarik benang itu keluar. Dia juga boleh membaca al-Qur’an umpamanya, akan tetapi tidak sah sembahyangnya dalam keadaan demikian. Ini kerana dalam sembahyang, dia (orang yang berwudhu itu) dihukumkan sebagai menanggung sesuatu yang bersambung dengan najis. Maka tidak sah sembahyangnya kerana antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada najis sama ada pada diri, pakaian atau tempat.
Berbeza hukumnya jika seseorang memasukkan sesuatu ke dalam qubul atau duburnya, kemudian mengeluarkannya semula, maka perbuatannya mengeluarkan semula benda itu membatalkan wudhu. Tidak kira sama ada benda yang dikeluarkan itu bercampur najis ataupun tidak, dan sama ada dikeluarkan sebahagian sahaja atau kesemua sekali. Ini kerana perbuatannya mengeluarkan semula benda tersebut daripada kemaluan bertepatan dengan maksud keluar sesuatu daripada kemaluan.
4. Air mani yang terkeluar, memasukkan semula dan yang bercampur-campur.
Pada dasarnya, keluar air mani semata-mata (tidak bercampur dengan air mani orang lain) dari qubul seseorang adalah tidak membatalkan wudhu seperti yang telah dijelaskan terdahulu. Akan tetapi wudhu menjadi batal jika keluar daripada seseorang air mani yang lain selain daripada air maninya sendiri, atau keluar air maninya yang bercampur dengan air mani orang lain, atau keluar air maninya yang terlebih dahulu dimasukkannya ke dalam qubulnya. Dalam tiga keadaan yang disebutkan, wudhu seseorang itu menjadi batal tetapi tidak mewajibkan mandi.
Sebagai kesimpulan, antara perkara yang membatalkan wudhu itu ialah keluar sesuatu daripada salah satu kemaluan (qubul atau dubur) sama ada sesuatu itu keluar secara dipaksa ataupun dengan sendirinya, dengan senghaja atau terlupa, berbentuk zat (‘ain) atau angin, kering ataupun basah, banyak ataupun sedikit, suci ataupun najis, benda yang sudah biasa keluar daripada dua kemaluan ataupun sesuatu yang jarang ataupun ganjil dan keluar kesemuanya ataupun tidak.
Semata-mata memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan, tidak membatalkan wudhu selama dia tidak mengeluarkannya semula. Akan tetapi mengeluarkan semula benda yang dimasukkan ke dalam kemaluan itu membatalkan wudhu kerana bertepatan dengan erti keluar sesuatu.
SEMBAHYANG
SEMBAHYANG SUNAT ISTISQÂ’: Jalan Terbaik Untuk Memohon Hujan
Sembahyang sunat Istisqâ’ ialah sembahyang bagi memohon hujan kerana memerlukan air. Ini bersandarkan kepada hadits yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ mengenai aduan orang ramai kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam tentang tidak turunnya hujan. Kemudian Baginda menyuruh mengambil mimbar dan meletakkannya di tempat sembahyang lalu menetapkan suatu hari untuk orang ramai keluar mengerjakan sembahyang di tempat itu.
Setelah tiba hari yang ditetapkan itu Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam pun pergi ke tempat tersebut pada waktu sinar matahari mula terbit dan Baginda pun duduk di atas mimbar, bertakbîr dan memuji Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ lalu Baginda pun bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya kamu telah mengadu kegersangan negeri kamu dan kelewatan (datangnya) hujan pada musimnya kepada kamu, padahal sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah memerintahkan kamu agar berdo‘a kepadaNya dan telah menjanjikan kepada kamu untuk mengabulkan do‘a kamu. Kemudian Baginda berkhutbah dengan bersabda: “Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan. Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah yang melakukan apa yang Dia kehendaki. Ya Allah! Engkaulah Allah, tidak ada tuhan yang disembah melainkan Engkau yang Maha Kaya dan kami pula orang-orang fakir. Engkau turunkanlah ke atas kami hujan dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu kekuatan dan kecukupan untuk kami sehingga suatu masa (ajal kami). Kemudian Baginda mengangkat kedua-dua tangannya berterusan sehingga tampak putih kedua-dua ketiaknya lalu Baginda membelakangi orang ramai dan membalikkan atau memindahkan selendangnya sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Setelah itu Baginda menghadap orang ramai dan turun (dari mimbar) lalu mengerjakan sembahyang dua rakaat. Maka Allah menjadikan awan mendung lalu berguruh dan berkilat. Setelah itu turunlah hujan dengan izin Allah. Belum pun Baginda sampai (dari padang sahara tempat Baginda sembahyang Istisqâ’) ke masjidnya (an-Nabawi), air hujan sudah mengalir (dari setiap penjuru). Ketika Baginda melihat mereka (orang ramai) tergesa-gesa menuju tempat berteduh, Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam tertawa sehingga jelas gigi gerahamnya. Lalu Baginda bersabda: “Aku naik saksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu dan bahawa aku adalah hamba Allah dan pesuruhNya.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Ketika Disunatkan Memohon Hujan
Disunatkan memohon hujan dalam beberapa keadaan seperti berikut:
1. Apabila air diperlukan seperti tanah kering dan kemarau.
2. Apabila tidak dilanda kemarau atau orang yang tidak memerlukan air memohon hujan kerana mahukan lebih banyak air. Ini kerana jika mereka bergantung kepada air yang sedia ada sahaja, nescaya tidak mencukupi.
3. Apabila orang yang tidak dilanda kemarau atau tidak memerlukan air memohon hujan bagi pihak orang lain yang dilanda kemarau atau orang lain yang memerlukan air.
4. Apabila mengulangi memohon hujan kerana belum dikabulkan permohonan mereka sebelum ini.
Cara-cara Memohon Hujan
Terdapat beberapa cara untuk memohon agar diturunkan hujan antaranya:
1. Sekurang-kurangnya dengan berdo‘a semata-mata tanpa terikat dengan mengerjakan sembahyang dan selepas mengerjakan sembahyang. Berdo‘a tersebut dilakukan sama ada seorang diri atau berkumpulan.
2. Cara yang pertengahan ialah dengan berdo‘a selepas mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat atau sembahyang yang lain walaupun sembahyang sunat, berdo‘a ketika khutbah Jumaat dan seumpamanya seperti khutbah sembahyang sunat Hari Raya.
3. Cara yang paling afdhal ialah dengan mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’ dan membaca dua khutbah berserta melakukan adab-adab yang dituntut sebelum mengerjakan sembahyang tersebut.
Waktu Sembahyang Sunat Istisqâ’
Sembahyang sunat Istisqâ’ sebagaimana menurut pendapat yang shahîh, harus dilakukan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam walaupun pada waktu yang dilarang mengerjakan sembahyang, kerana sembahyang sunat Istisqâ’ itu mempunyai sebab yang terdahulu iaitu berhajat kepada air.
Walau bagaimanapun, sembahyang sunat Istisqâ’ itu lebih utama dikerjakan dalam waktu sembahyang sunat Hari Raya sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallâhu ‘amhumâ apabila beliau ditanya bagaimana cara Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’, beliau menjawab:
Maksudnya: Bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah keluar (untuk mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’) dengan berpakaian biasa, tawâdhu‘ dan merendah diri sehingga sampai ke tempat sembahyang. Baginda tidak berkhutbah seperti khutbah kamu ini, akan tetapi Baginda berterusan berdo‘a, merendah diri dan bertakbîr, dan Baginda mengerjakan sembahyang dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat Hari Raya.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi) Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa waktu sembahyang sunat Istisqâ’ itu adalah seperti waktu sembahyang sunat Hari Raya bersandarkan kepada hadits di atas yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallâhu ‘amhumâ, namun hadits tersebut membawa maksud pada keutamaan mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’ itu seperti waktu sembahyang sunat Hari Raya.
Tempat Mengerjakan Sembahyang Sunat Istisqâ’
Sunat mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’ di tanah lapang apabila tidak ada keuzuran. Ini kerana mengikut perbuatan Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Sebab-sebab lain mengapa ia dikerjakan di tanah lapang ialah kerana pada kebiasaannya jemaah yang ramai sehingga masjid tidak dapat menampung mereka. Demikian juga, kerana ketika sembahyang sunat Istisqâ’ itu, anak kecil, perempuan haid dan binatang digalakkan hadir, sedangkan mereka tidak digalakkan untuk hadir ke masjid.
Adab Sebelum Sembahyang Sunat Istisqâ’
Adab-adab yang dituntut untuk dilaksanakan sebelum mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’ ialah:
1. Sunat bagi pemerintah atau penolongnya menyuruh orang ramai untuk:
i. Berpuasa selama empat hari berturut-turut iaitu tiga hari sebelum keluar ke tanah lapang dan sehari ketika pergi ke tanah lapang pada hari keempat.
ii. Bertaubat daripada segala dosa.
iii. Mendekatkan diri kepada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ dengan berbuat kebajikan seperti bersedekah.
iv. Keluar daripada perbuatan zalim seperti mengembalikan hak orang yang dizalimi.
2. Sunat dibawa bersama ke tanah lapang anak kecil, kanak-kanak, orang tua, orang yang lemah, binatang ternakan dan perempuan yang tidak menarik perhatian.
3. Sunat membersihkan diri seperti bersiwak dan mandi serta memakai pakaian biasa tanpa berhias, memakai wangian, bercantik-cantik atau berhias-hias.
4. Sunat ketika pergi ke tanah lapang dengan keadaan khusyû‘, merendah diri dan hati tetap kepada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ tatkala berjalan, duduk dan bercakap.
5. Sunat berjalan kaki ketika pergi ke tanah lapang dan mengikut jalan yang berbeza atau jalan yang lain ketika balik dari tanah lapang.
6. Mengurangkan makan dan minum pada malam hendak mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’.
7. Sunat menyeru jemaah untuk mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’ dengan
Wajib Melaksanakan Suruhan Pemerintah
Apabila pemerintah menyuruh untuk melaksanakan sembahyang sunat Istisqâ’, puasa, sedekah, keluar ke tanah lapang, mengembalikan hak orang yang dizalimi dan bertaubat, maka wajiblah ditaati perintah itu. Ini kerana suruhan dan larangan pemerintah wajib ditaati selama tidak bertentangan dengan syara‘.
Wajib Berniat Fardhu Sembahyang Sunat Istisqâ’ Apabila Diperintahkan
Apabila sembahyang sunat Istisqâ’ merupakan suruhan daripada pemerintah maka sembahyang sunat Istisqâ’ wajib diniatkan fardhu dan dita’yinkan iaitu diniatkan fardhu dan diniatkan sembahyang kerana Istisqâ’.
Wajib Berniat Puasa Pada Malam Hendak Sembahyang Sunat Istisqâ’ Apabila Diperintahkan
Demikian juga dengan puasa, apabila puasa merupakan suruhan daripada pemerintah maka wajib berniat di waktu malam (seperti kewajipan berniat puasa Ramadhan) dan dita‘yinkan iaitu diniatkan fardhu dan diniatkan puasa kerana Istisqâ’. Jika tidak berniat di waktu malam maka jadilah puasanya itu puasa sunat muthlaq sahaja dan jika tidak berpuasa seperti yang diperintahkan maka tidak wajib diqadha.
Wajib Bersedekah Apabila Diperintahkan
Jika disuruh oleh pemerintah untuk bersedekah, maka wajib bagi mereka yang ada kemampuan (mereka yang dituntut membayar zakat fitrah) bersedekah dengan sedikit harta. Adapun jika ditentukan kadarnya seperti zakat fitrah atau kurang daripada itu, maka dibayar mengikut kadar yang ditentukan itu. Demikian juga, jika ditentukan kadarnya seperti bayaran kaffârah maka dibayar mengikut kadar yang ditentukan, itupun jika ada kelebihan hartanya daripada sepanjang umur ghâlibnya.
Kaifiat Sembahyang Sunat Istisqâ’
Sembahyang sunat Istisqâ’ adalah sembahyang dua rakaat yang sangat dituntut dan ia sunat dikerjakan dengan berjemaah. Kaifiat atau cara mengerjakannya adalah sama dengan sembahyang sunat Hari Raya. Lafaz niatnya:
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Istisqâ’ dua rakaat menjadi imam/makmum kerana Allah Ta‘ala.
Pada rakaat pertama sesudah membaca do‘a iftitâh, sunat mengangkat tangan dan melafazkan takbîr (at-takbîrât az-zâ’idah) sebanyak 7 kali. Pada rakaat kedua pula
sebanyak 5 kali (seperti takbîr sembahyang sunat Hari Raya). Kemudian sunat diselangi setiap takbîr az-zâ’idah itu dengan mengucapkan zikir Selepas bertakbîr az-zâ’idah sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua barulah membaca at-ta‘awwudz dan surah al-Fâtihâh pada setiap rakaat itu. Kemudian diikuti dengan membaca surah-surah al-Qur’an. Pada rakaat pertama afdhal dibaca surah Qaf dan rakaat kedua surah al-Qamar dengan suara yang nyaring (jahr). Ataupun pada rakaat pertama dibaca surah al-A‘lâ dan rakaat kedua surah al-Ghâsyiyah.
Ada juga yang berpendapat bahawa pada rakaat kedua sunat dibaca surah Nuh disebabkan ia lebih bersesuaian dengan keadaan kerana ia mengandungi istighfâr dan turun hujan. Namun disebutkan dalam kitab al-Majmû‘, bahawa adalah afdhal dibaca surah-surah itu sebagaimana dibaca pada sembahyang sunat Hari Raya iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Qaf dan rakaat kedua surah al-Qamar.
Khutbah Sembahyang Sunat Istisqâ’
Khutbah sembahyang sunat Istisqâ’ juga sama seperti khutbah sembahyang sunat Hari Raya pada segala rukun dan perkara sunatnya melainkan ia berbeza pada tiga perkara. Pertama: Pada setiap memulakan dua khutbah sembahyang sunat Istisqâ’ itu diucapkan istighfâr berbeza dengan khutbah sembahyang sunat Hari Raya yang dimulai dengan takbîr.
Pada khutbah pertama sunat dimulai dengan mengucapkan istighfâr iaitu “ ُ َ هَسْو وَغْفِح
kedua sebanyak 7 kali.
Kemudian sunat membanyakkan istighfâr ketika berkhutbah, membaca ayat dalam surah Nuh 10-12:
Tafsirnya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
Kedua: Pada khutbah pertama sunat membaca do‘a yang wârid daripada Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam dengan suara yang nyaring (jahr), antaranya ialah:
1. Imam asy-Syafi‘e Rahimahullâh meriwayatkan dalam kitab al-Umm dan al- Mukhtashar daripada Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar daripada ayahnya bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam apabila memohon hujan Baginda berdo‘a:
Maksudnya: Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami hujan yang menyelamatkan, menyenangkan, baik akibatnya, lebat, menyuburkan, meresap di bumi, merata, sesuai keperluan lagi selalu ada. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami hujan dan janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang-orang yang berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya kesusahan yang terdapat di sisi hamba-hamba, negeri-negeri, binatang-binatang, kejadian dan segala makhluk ciptaanMu daripada kebuluran, kepayahan, dan kesempitan, tiada tempat bagi kami mengadu melainkan kepadaMu. Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman untuk kami dan keluarkanlah air susu binatang, turunkanlah kurniaMu dari langit dan tumbuhkanlah untuk kami segala berkat di bumi. Ya Allah! Lenyapkanlah daripada kami kesengsaraan, kelaparan dan kekurangan pakaian, dan hilangkanlah daripada kami bala bencana yang tiada siapa yang boleh melenyapkannya selain Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun maka turunkanlah hujan yang lebat kepada kami dari langit.
2. Sunat memperbanyakkan do‘a apabila ditimpa kesusahan:
Ertinya: Tiada tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Halim (tidak segera menurunkan seksa). Tiada tuhan selain Allah Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada tuhan selain Allah Tuhan semesta langit dan bumi dan Tuhan yang memelihara ‘Arasy yang mulia.
Dan do‘a:
Ertinya: Wahai Tuhan yang Hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, dengan rahmatMu kami meminta tolong, dan hanya rahmatMu yang kami harapkan, maka janganlah Engkau sandarkan kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata dan perelokkanlah bagi kami semua keadaan kami. Tidak ada tuhan melainkan Engkau.
3. Sunat memperbanyakkan do‘a seperti dalam ayat surah al-Baqarah 201:
Tafsirnya: Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Dan membaca ayat di akhir surah al-Baqarah 286:
Tafsirnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo‘a): “Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat (yang tidak terdaya kami menanggungnya) sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan kurniakanlah rahmat kepada kami. Engkaulah Pelindung kami. Oleh itu tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir.”
Ketiga: Setelah berlalu sepertiga khutbah kedua, sunat bagi khatib menghadap kiblat untuk membaca do‘a. Ketika berpusing menghadap kiblat, sunat bagi khatib membalikkan selendangnya daripada yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan sebagaimana mengikut perbuatan Nabi Shallallâhu ‘alaih wasallam. Hikmah daripada perbuatan membalikkan selendang itu adalah mengharap nasib baik (bertafâ’ul) dengan berubahnya keadaan susah kepada senang. Demikian juga, jika bentuk kain selendang itu empat segi, maka sunat dijadikan kain yang di atas ke bawah dan yang di bawah ke atas. Sunat juga bagi jemaah membalikkan kain selendang mereka.
Khatib hendaklah bersungguh-sungguh membaca do‘a ketika itu, apabila khatib membacanya dengan suara yang perlahan (sirr) maka jemaah juga membaca do‘a dengan suara yang perlahan. Namun jika khatib membacanya dengan suara yang nyaring (jahr) maka jemaah mengaminkan do‘anya. Khatib dan jemaah sunat menadah tangan dengan meletakkan zahir tangan ke langit apabila membaca do‘a kerana menolak bala, dan menadah batin tangan ke langit apabila membaca do‘a kerana bukan menolak bala.
Menurut Imam asy-Syafi‘e Rahimahullâh, do‘a setelah berlalu sepertiga khutbah kedua itu ialah:
Ertinya: Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami agar berdo‘a kepadaMu, dan Engkau menjanjikan akan memperkenankannya. Sesungguhnya kami telah berdo‘a kepadaMu sebagaimana Engkau perintahkan, maka perkenankanlah do‘a kami sebagaimana Engkau menjanjikannya. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami ni‘mat keampunanMu atas perbuatan kami, dan ni‘mat perkenanMu atas do‘a kami meminta hujan serta keluasan rezeki kami.
Setelah selesai membaca do‘a tersebut, khatib kembali menghadap jemaah. Kemudian khatib menyeru jemaah supaya mentaati Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ lalu berselawat ke atas Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam, berdo‘a untuk orang-orang yang beriman serta membaca beberapa ayat daripada al-Qur’an dan
Bilakah Khutbah Sembahyang Sunat Istisqâ’ Dibacakan?
Waktu membaca khutbah itu ialah selepas mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’ kerana Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam banyak melakukannya selepas sembahyang tersebut. Walau bagaimanapun harus juga membaca khutbah itu sebelum mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’, akan tetapi ia bersalahan dengan yang lebih utama.
Perkara Sunat Apabila Turun Hujan
1. Apabila mula-mula turun hujan setelah kemarau, sunat pergi keluar dan mendedahkan anggota selain aurat agar terkena dengan air hujan. Ini kerana mengambil berkat dan mengikut perbuatan Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Kami bersama-sama Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam kehujanan. (Anas) berkata: “Maka Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam membuka sedikit pakaiannya sehingga terkena air hujan. Lalu kami berkata: “Ya Rasulullah! Kenapa Tuan lakukan ini?” Baginda bersabda: “Kerana ia baru diciptakan oleh Tuhannya, Allah Ta‘ala.” (Hadits riwayat Muslim)
2. Sunat mandi atau berwudhu dengan air yang mengalir hasil daripada hujan itu. Walau bagaimanapun afdhal dilakukan kedua-duanya dan tidak disyaratkan berniat ketika mandi dan berwudhu.
3. Sunat membaca do‘a ketika turun hujan sebanyak dua atau tiga kali:
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat.
4. Sunat bersyukur dan membanyakkan do‘a yang lain ketika turun hujan, kerana di saat turun hujan itu do‘a dimakbulkan.
5. Apabila turun hujan dengan lebat dan ditakuti akan mudharatnya, maka sunat bermohon kepada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ agar menghindarinya dengan berdo‘a:
Ertinya: Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami sahaja dan jangan Engkau turunkan hujan di atas kami (bangunan dan rumah-rumah). Ya Allah! Turunkanlah hujan di atas dataran-dataran tinggi, bukit-bukau, jurang-jurang yang dalam dan tempat tumbuh-tumbuhan.
6. Setelah hujan berhenti, sunat membaca:
Ertinya: Kami mendapat hujan dengan kurnia Allah dan rahmatNya.
Sebagai kesimpulan, mengerjakan sembahyang sunat Istisqâ’ adalah jalan yang terbaik untuk memohon kepada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ agar diturunkan hujan. Selain daripada itu, kita dituntut untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ dengan berbuat kebajikan serta keluar daripada perbuatan zalim agar permohonan kita dimakbulkan oleh Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ.
POHONKAN RAHMAT UNTUK SI MATI MELALUI SEMBAHYANG JENAZAH
Apabila berlakunya kematian terdapat empat perkara yang berkaitan dengan pengurusan jenazah yang wajib dilakukan oleh orang yang hidup. Empat perkara itu ialah memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan mayat si mati. Harapan orang hidup pula ialah semoga si mati akan berada dalam rahmat Allah Ta‘ala, terhindar daripada seksa kubur dan bersemadi dengan tenang di alam barzakh. Salah satu cara untuk membantu si mati meringankan bebannya di alam barzakh ialah melalui do‘a yang dibaca ketika menyembahyangkan jenazahnya.
Inilah yang dilakukan oleh Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam ketika bersembahyang ke atas jenazah, Baginda mendo‘akan orang yang meninggal itu supaya mendapat rahmat dan keampunan. Berdo‘a untuk mayat adalah tujuan utama dalam sembahyang jenazah.
Secara umum kaifiat sembahyang jenazah berbeza dengan sembahyang-sembahyang yang lain kerana dalam sembahyang jenazah tidak terdapat ruku’ dan sujud. Ia dilakukan dengan berdiri sahaja dan dengan empat kali takbîr.
Sembahyang ke atas jenazah orang Islam hukumnya adalah fardhu kifâyah berdasarkan hadits riwayat daripada Ibnu ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ bahawa Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sembahyanglah kamu ke atas (jenazah) sahabat kamu. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Sembahyang jenazah boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan tidak makruh mengerjakannya pada waktu-waktu yang ditegah melakukan sembahyang. Ini kerana sembahyang jenazah merupakan antara sembahyang yang mempunyai sebab. Namun, makruh melambat-lambatkan sembahyang tersebut sehingga sampai pada waktu-waktu yang ditegah itu.
Syarat-syarat Sembahyang Jenazah
Syarat-syarat dalam sembahyang jenazah adalah seperti syarat-syarat dalam sembahyang yang lain iaitu menutup aurat, suci daripada hadas kecil dan besar, bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat sembahyang serta menghadap qiblat.
Sembahyang jenazah memadai jika dilakukan oleh seorang sahaja walaupun dikerjakan oleh seorang kanak-kanak yang mumayyiz. Ini kerana sembahyang jenazah itu tidak disyaratkan berjemaah akan tetapi sunat hukumnya jika dilakukan secara berjemaah. Tidak memadai jika sembahyang jenazah itu dilakukan oleh perempuan apabila terdapat daripada kalangan yang hadir itu kaum lelaki sama ada yang dewasa atau kanak-kanak yang mumayyiz. Namun jika tidak ada kaum lelaki pada ketika sembahyang jenazah hendak dilakukan, maka wajib ke atas kaum perempuan melakukan sembahyang jenazah itu. Dalam hal ini, tuntutan fardhu kifâyah itu sudah dianggap terlaksana. Begitu juga, sunat ke atas kaum perempuan itu melaksanakan sembahyang jenazah itu secara berjemaah.
Kedudukan Imam dan Mayat Ketika Sembahyang Jenazah
Dalam perkara meletakkan jenazah ketika menyembahyangkannya adalah disyaratkan jenazah itu diletakkan di hadapan imam. Begitu juga jika sembahyang jenazah itu dilakukan di atas tanah perkuburan, maka hendaklah kedudukan kubur si mati berada di hadapan imam dengan imam itu menghadap ke arah qiblat.
Sunat bagi Imam berdiri menghadap pada bahagian kepala jenazah jika jenazah itu lelaki. Jika jenazah itu perempuan maka sunat imam menghadap pada bahagian pinggul atau tulang rusuk.
Jika jenazah itu lelaki maka afdhal meletakkan kedudukan kepalanya di bahagian sebelah kiri imam dan kedudukan bahagian kakinya di bahagian sebelah kanan imam. Jika jenazah itu perempuan maka afdhal meletakkan kedudukan kepalanya di bahagian sebelah kanan imam dan kedudukan kakinya di bahagian sebelah kiri imam seperti yang disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullâhu Ta‘âlâ dalam kitab Tuhfah al-Muhtâj.
Jika jenazah itu ramai dan bercampur mayat lelaki, perempuan dan kanak-kanak, maka boleh disembahyangkan secara serentak dengan meletakkan mayat-mayat itu di hadapan imam mengikut keutamaan mereka. Kedudukan mayat lelaki lebih dekat dengan imam, diikuti mayat kanak-kanak, kemudian mayat khuntsâ dan akhirnya diikuti mayat perempuan.
Namun adalah afdhal jika jenazah yang ramai itu disembahyangkan seorang demi seorang. Demikian pendapat al-Imam an-Nawawi Rahimahullâhu Ta‘âlâ dalam kitab al-Majmû‘. Beliau menyatakan bahawa lebih afdhal menyembahyangkan jenazah yang ramai itu seorang demi seorang kerana akan memperbanyakkan amalan dan amalan yang banyak lebih diharapkan akan diterima.
Dari sudut yang lain, menyembahyangkan mayat seorang demi seorang akan lebih memudahkan kepada makmum yang tidak tahu berbahasa arab, kerana jika mayat yang disembahyangkan itu lebih daripada seorang umpamanya, maka akan berubahlah ganti nama yang merujuk kepada mayat yang disembahyangkan yang terkandung di dalam do‘a sembahyang jenazah itu dan hendaklah ditukar kepada ganti nama dua orang sama ada lelaki atau perempuan, iaitu seperti “ اَلل ََُّوم َّ اغْفِوح ْ َُُمَو ِ... ”. Begitu juga jika jenazah itu ramai dan terdiri daripada kalangan orang-orang lelaki, maka do‘a dalam sembahyang mayat itu hendaklah ditukar kepada ganti nama jama‘ (ramai) bagi lelaki iaitu seperti “ اَلل ََُّوم َّ اغْفِوح ْ َُُو....ْم ”. Manakala jika jenazah itu ramai dan terdiri daripada kalangan orang-orang perempuan, maka do‘a dalam sembahyang mayat itu hendaklah ditukar kepada ganti nama jama‘ (ramai) bagi
Rukun Sembahyang Jenazah
Rukun sembahyang jenazah ada tujuh perkara, iaitu:
1. Niat
Waktu berniat bagi sembahyang jenazah ini adalah sama seperti mana sembahyang-sembahyang lain iaitu wajib niat itu beriringan dengan takbîratul-ihrâm. Memadai niat itu dengan menyebut perkataan fardhu sahaja tanpa menyebut perkataan kifâyah, contohnya:
Ertinya: Sahaja aku sembahyang ke atas mayat lelaki ini empat takbîr fardhu kerana Allah Ta‘ala.
Niat sembahyang bagi jenazah perempuan ialah:
Ertinya: Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan ini empat takbîr fardhu kerana Allah Ta‘ala. Tidak wajib dalam niat itu menentukan atau menyebut nama mayat yang disembahyangkan, umpamanya Zaid atau ‘Umar melainkan dalam niat sembahyang jenazah ghaib. Jika ditentukan nama mayat dalam sembahyang jenazah yang hadir, kemudian nama yang ditentukan itu ternyata salah, maka batal atau tidak sah sembahyang jenazah itu.
Adalah memadai bagi makmum jika berniat dalam sembahyang jenazah dengan niat sembahyang ke atas jenazah yang disembahyangkan oleh imam, contohnya:
Ertinya: Sahaja aku sembahyang ke atas jenazah yang disembahyangkan oleh imam empat takbîr fardhu menjadi makmum/mengikut imam kerana Allah Ta‘ala.
2. Berdiri.
Hendaklah berdiri ketika melakukan sembahyang jenazah bagi yang mampu berdiri.
3. Mengangkat empat kali takbîr.
Hendaklah dilakukan sembahyang jenazah itu dengan empat kali takbîr termasuk takbîratul-ihrâm.
4. Membaca surah al-Fâtihah.
Selepas takbîr pertama iaitu takbîratul-ihrâm hendaklah dibaca surah al- Fâtihah sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits:
Maksudnya: Tidak (sah) sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca Fâtihah al-Kitâb (surah al-Fâtihah). (Hadits riwayat al-Bukhari)
5. Membaca selawat ke atas Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam.
Selepas takbîr kedua hendaklah dibaca selawat ke atas Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Sekurang-kurang bacaan selawat itu ialah:
Ertinya: Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Nabi Muhammad.
Adapun mengucapkan selawat ke atas kaum kerabat Baginda seperti bacaan dalam tahiyyyat akhir adalah tidak wajib akan tetapi disunatkan sahaja.
6. Do‘a bagi jenazah.
i. Do‘a selepas takbîr ketiga.
Selepas takbîr ketiga hendaklah dibaca do‘a khusus untuk jenazah itu. Tidak memadai dengan hanya mendo‘akan mayat orang-orang yang beriman. Berdo‘a inilah sebenarnya tujuan utama dalam sembahyang jenazah, sebagaimana sabda Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: Apabila kamu sembahyang ke atas jenazah maka berdo‘alah untuknya dengan ikhlas. (Hadits riwayat Abu Daud)
Sekurang-kurang do‘a bagi jenazah lelaki selepas takbîr ketiga ialah:
Jika jenazah itu perempuan:
Ertinya: Ya Allah, ampunkanlah dan rahmatilah dia.
Sunat memperbanyakkan do‘a untuk mayat selepas mengangkat takbîr ketiga ini. Antara do‘a-do‘a yang ma’tsûr yang pernah dibaca oleh Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam ialah seperti:
Do‘a bagi jenazah lelaki:
Ertinya: Ya Allah, ampunkanlah dia dan rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air salji dan air embun, bersihkanlah dia daripada dosa-dosa sebagaimana engkau bersihkan pakaian putih daripada kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri/ suami yang lebih baik daripada isterinya/suaminya, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia daripada seksa kubur dan seksa (api) neraka.
Boleh juga ditambah dengan do‘a berikut:
Maksudnya: Ya Allah, inilah hambaMu, anak kedua orang hambaMu, yang telah keluar dari kesenangan dunia, keluasannya, semua yang disukainya di dunia, dan orang-orang yang dikasihinya di dunia, menuju kegelapan alam kubur dan semua apa yang akan dia jumpai di dalamnya. Dia telah bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulMu. Engkau lebih mengetahui tentangnya. Ya Allah, sesungguhnya dia beristirahat di sisiMu, dan Engkaulah sebaik-baik tempat untuk beristirehat baginya. Kini dia sangat memerlukan rahmatMu, dan Engkau Maha Kaya daripada mengazabnya. Sesungguhnya kami datang kepadaMu dengan penuh harapan kepadaMu, (memohon) syafaat baginya. Ya Allah, jika dia adalah orang yang baik, maka tambahkanlah kebaikannya, jika dia bukan orang yang baik-baik, maka maafkanlah dia, berikan dia dengan rahmatMu keredhaanMu, peliharalah dia daripada fitnah kubur dan seksanya, lapangkanlah dia di dalam kuburnya, renggangkanlah tanah dari kedua-dua sisi tubuhnya, serta limpahkanlah dengan berkatMu rasa aman kepadanya daripada seksaMu, sehingga Engkau mengirimkannya ke syurgaMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi.
Boleh juga ditambah lagi dengan do‘a berikut:
Ertinya: Ya Allah, ampunkanlah bagi orang-orang yang hidup dan bagi orang-orang yang mati daripada kalangan kami, kanak-anak, orang-orang dewasa, kaum lelaki, kaum wanita, orang-orang yang hadir, orang-orang yang ghaib (tidak hadir bersama-sama kami), Ya Allah, siapa yang Engkau hidupkan daripada kalangan kami, maka hidupkanlah dia di jalan Islam, dan siapa yang Engkau matikan daripada kalangan kami, maka matikanlah dia dalam iman. Do‘a bagi jenazah perempuan:
Boleh juga ditambah lagi dengan do‘a berikut:
Boleh juga ditambah lagi dengan do‘a berikut:
Do‘a bagi jenazah kanak-kanak lelaki:
Selain do‘a di atas untuk jenazah orang dewasa sama ada lelaki atau perempuan ia juga boleh dibacakan untuk jenazah kanak-kanak lelaki atau perempuan dan boleh ditambah lagi dengan do‘a berikut:
Ertinya: Ya Allah, jadikan dia (mayat kanak-kanak ini) sebagai suatu pendahuluan bagi kedua ibu bapanya, pertaruhan dan simpanan (pahala), beratkanlah dengannya timbangan (amal baik) kedua (ibu bapanya), curahkanlah kesabaran pada hati kedua (ibu bapanya), janganlah Engkau menguji kedua (ibu bapanya) selepasnya, dan janganlah Engkau menghalangi kedua (ibu bapanya) daripada mendapat pahalanya.”
Do‘a bagi jenazah kanak-kanak perempuan:
ii. Do‘a selepas takbîr keempat.
Selepas takbîr keempat sunat pula dibaca do‘a, sekurang-kurang do‘a bagi jenazah lelaki ialah:
Jika jenazah itu perempuan:
Ertinya: Ya Allah, janganlah Engkau menghalangi kami daripada mendapat pahalanya dan janganlah Engkau menguji kami selepasnya.
7. Mengucapkan salam.
Setelah selesai daripada semua takbîr dan zikir-zikir dalam sembahyang jenazah hendaklah mengucapkan salam.
Keutamaan Untuk Menjadi Imam Sembahyang Jenazah
Orang yang paling utama menjadi imam dalam sembahyang jenazah ialah ayah jenazah dan kemudian datuknya. Kemudian baharulah anaknya, kemudian cucu lelakinya, kemudian adik-beradik lelakinya seibu-sebapa, kemudian adik-beradik lelakinya sebapa, kemudian anak adik-beradik lelakinya seibu sebapa, kemudian anak adik- beradik lelakinya sebapa, kemudian ‘ashabah iaitu keluarga sebelah bapa mengikut urutan ahli waris seperti adik-beradik bapanya, anak adik-beradik bapanya dan seterusnya ahli keluarga yang terdekat seperti adik-beradik neneknya sebelah emak, kemudian adik-beradik neneknya sebelah bapa dan seterusnya.
Walaupun sembahyang jenazah ini hukumnya fardhu kifâyah dan tuntutan melakukannya memadai dengan dilakukan oleh sebahagian orang Islam sahaja, akan tetapi mereka yang datang menziarahi saudaranya yang meninggal dunia tidak seharusnya hanya memerhatikan dan membiarkan hanya sebahagian daripada mereka sahaja yang melakukan sembahyang jenazah. Mereka yang hadir wajar ikut serta melakukannya sebagai salah satu amalan untuk memohonkan rahmat buat saudara kita yang telah meninggalkan kita. Janganlah sampai perkara kurang pandai melakukan sembahyang jenazah itu menjadi alasan untuk tidak menyertai menunaikan sembahyang jenazah kerana sembahyang jenazah itu bukanlah suatu perkara yang susah, tetapi mudah dipelajari dalam masa yang singkat. Bukankah elok dan lebih baik jika sembahyang jenazah itu dilakukan dengan lebih ramai jemaahnya.
Kelebihan sembahyang jenazah dengan beramai-ramai itu, di samping mendapat pahala bagi orang yang melakukannya ia juga boleh meringankan azab jenazah di alam kubur dengan permohonan rahmat dan keampunan daripada do‘a yang kita baca dalam sembahyang itu. Rasullullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadits:
Maksudnya: Tidak dari seorang lelaki Islam mati, lalu didirikan sembahyang jenazah ke atas mayatnya itu oleh empat puluh orang lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu (yang lain) melainkan Allah memberikan ke atas mereka itu syafaat baginya (si mati). (Hadits riwayat Abu Daud)
SEMBAHYANG JEMAAH: Makmum Lambat Mengikut Perbuatan Imam
Salah satu syarat mengerjakan sembahyang jemaah itu ialah makmum wajib mengikut imam dalam perbuatan sembahyang. Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Oleh itu, jika dia bertakbîr maka kamu pun ikut bertakbîr dan jika dia ruku‘ maka kamu pun ikut ruku‘ dan jika dia bangkit (dari ruku‘) maka kamu pun bangkit dan jika dia membaca: “ ُ maka kamu pun sujud. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Cara yang lebih sempurna dalam perkara mengikut perbuatan imam dalam sembahyang ini ialah makmum mula melakukan perbuatan sembahyang setelah imam sampai melakukan perbuatan sembahyang tersebut.
Jika makmum senghaja mendahului imam dengan satu rukun fi‘li (rukun perbuatan dalam sembahyang) tidaklah membatalkan sembahyangnya. Tetapi jika mendahuluinya dengan dua rukun fi‘li maka batallah sembahyangnya.
Pada dasarnya makmum tidak boleh mendahului imam. Perbuatan mendahului imam jika dilakukan dengan senghaja adalah haram. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apakah tidak takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, Allah Subhânahu wa Ta‘ala akan menukarkan kepalanya dengan kepala keldai? (Hadits riwayat Muslim)
Bagaimana pula jika makmum terlambat mengikut imam sehingga imam mendahuluinya satu atau lebih daripada perbuatan-perbuatan sembahyang? Sebagai contoh imam sudah mula tunduk untuk melakukan sujud sedangkan makmum masih ruku‘. Adakah perkara ini boleh merosakkan sembahyang makmum itu?
Penjelasan mengenai persoalan makmum terlambat mengikut imam ini adalah mengikut keadaan-keadaannya seperti berikut:
1. Makmum yang lambat mengikut imam pada satu rukun fi‘li sama ada rukun fi‘li itu panjang ataupun pendek dengan senghaja ataupun disebabkan keuzuran, tidaklah ia membatalkan sembahyang kerana ketinggalan yang sedikit.
Maksud rukun fi‘li yang panjang ialah berdiri (qiyâm), ruku‘, sujud dan duduk tasyahhud akhir. Sementara maksud rukun fi‘li yang pendek ialah i‘tidâl dan duduk di antara dua sujud.
Adapun yang dimaksudkan dengan ‘keuzuran’ itu ialah seperti makmum lambat mengikut imam disebabkan imam terlalu cepat atau makmum lambat membaca surah al-Fâtihah atau bacaannya kurang lancar dan bukan kerana was-was membaca surah al-Fâtihah ataupun lambat kerana sibuk membaca
Fâtihah. Sementara maksud‘ bukan kerana keuzuran’ ialah seperti makmum lambat mengikut imam disebabkan membaca surah selepas al-Fâtihah atau tasbîh ruku‘ dan sujud.
Contoh lambat pada satu rukun fi‘li yang panjang:
Imam sudah mula bangkit melakukan i‘tidâl sedang makmum masih berdiri membaca surah. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada ruku‘.
Contoh lambat pada satu rukun fi‘li yang pendek:
Imam sudah mula melakukan sujud kedua sedang makmum masih melakukan sujud pertama. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada duduk di antara dua sujud.
2. Makmum yang lambat mengikut imam pada dua rukun fi‘li, sama ada rukun fi‘li yang panjang ataupun pendek dengan senghaja, adalah ia membatalkan sembahyang kerana terlalu banyak ketinggalan.
Contoh lambat pada dua rukun fi‘li yang panjang:
Imam sudah mula melakukan i‘tidâl pada rakaat kedua sedang makmum masih melakukan sujud kedua pada rakaat pertama. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada berdiri dan ruku‘ rakaat kedua.
Contoh lambat pada satu rukun fi‘li yang panjang dan satu lagi yang pendek:
Imam sudah mula melakukan sujud sedang makmum masih berdiri membaca surah. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada ruku‘ dan i‘tidâl.
3. Makmum yang lambat mengikut imam pada dua rukun fi‘li, sama ada rukun fi‘li yang panjang ataupun pendek dengan sebab keuzuran, tidaklah ia membatalkan sembahyang.
Contoh-contohnya sama dengan perkara (2) di atas, akan tetapi dalam perkara (3) ini, makmum lambat mengikut imam kerana ada keuzuran seperti tidak lancar membaca surah al-Fâtihah.
Persoalan yang timbul juga daripada masalah ini, apabila makmum terlambat mengikut imam kerana membaca surah al-Fâtihah, adakah makmum perlu menghabiskan bacaan surah al-Fâtihah ataupun memutuskan bacaannya dan terus mengikut perbuatan imam?
Untuk menjawab persoalan ini, perlu diketahui terlebih dahulu bahawa makmum itu terbahagi kepada dua:
1. Muâfiq, iaitu makmum yang sempat bersama imam dengan masa yang cukup untuk membaca surah al-Fâtihah dengan kadar bacaan yang sederhana cepat.
2. Masbûq, iaitu makmum yang tidak sempat bersama imam dengan masa yang cukup untuk membaca surah al-Fâtihah dengan kadar bacaan yang sederhana cepat.
Makmum Yang Muâfiq
Makmum yang muâfiq jika dia masih berdiri membaca surah al-Fâtihah kerana imam terlalu cepat atau makmum lambat membaca surah al-Fâtihah atau bacaannya kurang lancar, lalu imam mula melakukan ruku‘ atau sujud yang kedua, maka wajib makmum itu menyempurnakan bacaan surah al-Fâtihah. Kemudian setelah itu barulah dia melakukan ruku‘ dan seterusnya mengikut urutan perbuatan sembahyang. Namun dalam hal ini, janganlah makmum terlambat mengikut imam sehingga tiga rukun fi‘li yang panjang. Jika makmum terlambat juga sehingga tiga rukun fi‘li yang panjang, maka hendaklah dia terus mengikut perbuatan sembahyang imam dan setelah imam selesai memberi salam hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang dia terlambat itu.
Contoh:
Imam sudah mula berdiri pada rakaat kedua sedang makmum masih berdiri pada rakaat pertama membaca surah al-Fâtihah kerana bacaannya kurang lancar. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada tiga rukun fi‘li yang panjang iaitu ruku‘, sujud pertama dan sujud kedua.
Maka dalam hal ini, tidaklah perlu lagi makmum melakukan rukun fi‘li yang dia sudah ketinggalan itu bahkan hendaklah dia terus mengikut imam yang sedang berdiri pada rakaat kedua dan bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang dia terlambat itu. Ini bererti makmum tidak menyempati rakaat pertama imam.
Makmum Yang Masbûq
1. Makmum yang masbûq, jika dia sempat melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam maka makmum tersebut dikira menyempati rakaat imam.
Contoh:
Imam mula melakukan ruku‘ sedang makmum baru hendak mula sembahyang. Dalam keadaan ini hendaklah makmum mengangkat takbîratul-ihrâm tanpa perlu membaca surah al-Fâtihah dan terus sahaja dia mengangkat takbîr lagi untuk melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam.
Thuma’ninah bermaksud tetap anggotanya ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang sekurang-kurangnya dengan kadar bacaan zikir: “ ِ سوبح هللا” sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya.
2. Makmum yang masbûq, jika dia tidak sempat ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam maka tidaklah dia dikira menyempati rakaat imam. Oleh itu, hendaklah makmum tersebut bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
Contoh (i):
Imam mula melakukan sujud pertama sedang makmum baru hendak mula sembahyang. Dalam keadaan ini hendaklah makmum mengangkat takbîratul-ihrâm dan terus sahaja mengangkat takbîr lagi untuk melakukan sujud bersama imam. Kemudian dia bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
Contoh (ii):
Makmum baru hendak melakukan ruku‘ sedang imam mula bangkit melakukan i‘tidâl. Dalam keadaan ini hendaklah makmum terus mengikut imam melakukan i‘tidâl tanpa melakukan ruku‘. Kemudian bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
3. Sunat bagi makmum yang masbûq tidak membaca perkara-perkara yang sunat selepas takbîratul-ihrâm iaitu do‘a al-iftitâh atau at-ta‘awwudz, tetapi dia terus sahaja membaca surah al-Fâtihah selepas takbîratul-ihrâm melainkan jika dia menyangka dapat menyempati imam apabila dia membaca perkara sunat itu.
Jika makmum yang masbûq sedang membaca surah al-Fâtihah lalu imam melakukan ruku‘ maka dalam hal ini dilihat pada dua keadaan:
i. Makmum masbûq yang tidak membaca doa al-iftitâh atau at-ta‘awwudz selepas takbîratul-ihrâm:
Jika imam melakukan ruku‘ ketika makmum sedang membaca surah al- Fâtihah, hendaklah dia memutuskan bacaan surah al-Fâtihah dan terus sahaja mengikut imam melakukan ruku‘. Ini bererti makmum tersebut dikira menyempati rakaat imam walaupun tidak membaca keseluruhan surah al-Fâtihah.
Adapun jika makmum tersebut meneruskan juga bacaan surah al-Fâtihah sehingga imam mula bangkit melakukan i‘tidâl maka tidaklah dia dikira menyempati rakaat imam. Malah jika dia meneruskan bacaan surah al- Fâtihah sedang imam mula melakukan sujud maka batallah sembahyang makmum itu kerana terlambat mengikut imam pada dua rukun fi‘li dengan tiada keuzuran.
ii. Makmum masbûq yang membaca do‘a al-iftitâh atau at-ta‘awwudz sebelum membaca surah al-Fâtihah:
Jika imam melakukan ruku‘, hendaklah makmum tersebut membaca surah al-Fâtihah sekadar banyak huruf do‘a al-iftitâh atau at-ta‘awwudz yang telah dibacanya sebelum surah al-Fâtihah. Kemudian setelah dia membaca kadar surah al-Fâtihah yang wajib itu barulah dia melakukan ruku‘ bersama imam.
Ini bererti makmum tersebut dikira menyempati rakaat imam asalkan dia sempat melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam. Namun jika dia tidak sempat melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam maka tidaklah dikira dia menyempati rakaat imam dan hendaklah dia bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
Contoh:
Imam mula melakukan ruku‘ sedang makmum yang masbûq membaca at-ta‘awwudz. Dalam keadaan ini, hendaklah makmum tersebut membaca surah al-Fâtihah sekadar banyak huruf at-ta‘awwudz. Kemudian setelah itu baharulah dia melakukan ruku‘ bersama imam. Jika makmum tersebut tidak membaca kadar surah al-Fâtihah yang wajib itu dan dia terus mengikut imam melakukan ruku‘ maka batallah sembahyangnya.
Sebagai kesimpulan, ternyata dalam bab sembahyang ini banyak ilmu yang perlu kita ketahui, contohnya dalam masalah yang baru kita bincangkan ini iaitu makmum yang terlambat mengikut perbuatan sembahyang imam. Oleh sebab itu, mempelajari perkara-perkara yang terdapat dalam ibadat sembahyang amat penting untuk diambil perhatian. Ini kerana, jika tidak diambil perhatian adakalanya boleh menyebabkan rakaat makmum itu tidak dikira dan lebih jauh daripada itu boleh menyebabkan sembahyang menjadi batal.
SEMBAHYANG JEMAAH: Makmum Mendahului Imam
Dalam mengerjakan sembahyang jemaah, adakalanya makmum terlambat mengikut imam dan adakalanya juga makmum mendahuluinya.
Pada dasarnya, makmum wajib mengikut imam pada perbuatan-perbuatan sembahyang. Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Oleh itu, jika dia bertakbir maka kamu ikutlah bertakbir dan jika dia ruku‘ maka kamu ikutlah ruku‘ dan jika dia bangkit (dari ruku‘) maka kamu bangkitlah dan jika dia membaca: “ د ” dan jika dia sujud maka kamu sujudlah. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Makmum yang senghaja melambat-lambatkan pada mengikut perbuatan imam sehingga imam mendahuluinya dengan dua rukun fi‘li (rukun perbuatan dalam sembahyang) sama ada yang panjang ataupun pendek, maka batallah sembahyang makmum tersebut kerana terlalu banyak ketinggalan.
Sementara makmum yang tidak senghaja melambat-lambatkan pada mengikut perbuatan imam sehingga imam mendahuluinya dengan dua rukun fi‘li yang panjang ataupun pendek, maka tidaklah batal sembahyangnya.
Namun dalam hal makmum yang tidak senghaja terlambat daripada imamnya ini, janganlah dia ketinggalan sehingga imam mendahuluinya dengan tiga rukun fi‘li yang panjang. Ini kerana jika imam mendahuluinya dengan tiga rukun fi‘li yang panjang, maka hendaklah dia terus sahaja mengikut perbuatan yang dilakukan imam pada ketika itu dan setelah imam selesai memberi salam, hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang dia tidak sempat sempurnakan beberapa rukun di dalamnya itu.
Maksud rukun fi‘li yang panjang ialah berdiri (qiyâm), ruku‘, sujud dan duduk tasyahhud akhir. Sementara maksud rukun fi‘li yang pendek ialah i‘tidâl dan duduk di antara dua sujud.
Bagaimana pula jika makmum mendahului imam sama ada pada bacaan atau perbuatan sembahyang, adakah perkara ini boleh merosakkan sembahyang makmum itu?
Makmum Mendahului Bacaan Imam
Jika makmum mendahului imam pada rukun qauli (bacaan yang wajib) selain takbîratul-ihrâm dan salam, maka tidaklah berdosa dan sah sembahyangnya. Ini kerana makmum tersebut melaksanakan rukun qauli itu pada tempatnya tanpa banyak percanggahan perbuatannya dengan imam.
Adapun makmum yang mendahului imam melakukan takbîratul-ihrâm, atau melakukannya serentak dengan takbîratul-ihrâm imam sama ada keseluruhannya atau sebahagian takbîratul-ihrâm, atau makmum syak sama ada dia mengangkat takbîratul-ihrâm serentak bersama imam atau selepas selesai imam mengangkat takbîratul-ihrâm dan dia tidak dapat meyakini perkara yang menjadi syak ke atasnya itu dalam masa yang terdekat, maka tidaklah sah sembahyangnya itu kerana dia berniat mengikut orang yang belum berada di dalam sembahyang.
Demikian juga, jika makmum mendahului imam melakukan salam maka batal sembahyangnya melainkan jika dia berniat mufâraqah (berpisah daripada mengikut imam).
Makmum Mendahului Perbuatan Imam
Makmum tidak boleh mendahului perbuatan imam. Perbuatan mendahului imam jika dilakukan dengan senghaja adalah haram. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apakah tidak takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ akan menukarkan kepalanya dengan kepala keldai? (Hadits riwayat Muslim)
Menurut al-Imam an-Nawawi Rahimahullâh, bahawa hadits di atas bermaksud menjelaskan perihal beratnya pengharaman perbuatan mendahului imam.
Makmum yang mendahului perbuatan imam ini bolehlah dibahagikan kepada dua:
1. Makmum mendahului imam kurang daripada dua rukun fi‘li.
Apabila makmum mendahului imam dengan senghaja atau kerana terlupa kurang daripada dua rukun fi‘li sama ada yang panjang atau pendek, sama ada satu rukun fi‘li yang sempurna atau sebahagian rukun fi‘li ataupun satu dan sebahagian rukun fi‘li, tidaklah perbuatannya itu membatalkan sembahyang. Ini kerana perbuatannya yang bersalahan dengan imam itu adalah sedikit.
Contoh makmum mendahului imam dengan satu rukun fi‘li yang sempurna:
Setelah makmum melakukan ruku‘ dan mula bangkit daripada ruku‘, barulah imam melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan satu rukun yang sempurna iaitu ruku‘.
Contoh makmum mendahului imam pada sebahagian rukun fi‘li:
Imam masih berdiri sedang makmum sudah membongkokkan badannya untuk melakukan ruku‘. Sebelum makmum bangkit daripada ruku‘, imam pun melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan sebahagian rukun fi‘li iaitu ruku‘.
Contoh makmum mendahului imam pada satu dan sebahagian rukun fi‘li:
Ketika imam masih berdiri, makmum melakukan ruku‘ dan ketika makmum melakukan i‘tidâl imam pun melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan satu rukun fi‘li yang sempurna iaitu ruku‘ dan sebahagian rukun fi‘li iaitu i‘tidâl.
Dalam keadaan ini, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum? Adakah memadai dia menunggu imam sahaja ataupun kembali semula mengikut perbuatan imam?
Makmum yang senghaja mendahului perbuatan imam boleh menunggu imam sampai ke perbuatan yang didahuluinya, akan tetapi sunat baginya untuk kembali semula mengikut perbuatan imam. Sementara makmum yang mendahului perbuatan imam kerana terlupa, harus baginya memilih sama ada menunggu imam ataupun kembali semula mengikut perbuatan imam. Walau bagaimanapun adalah lebih baik dia kembali semula mengikut perbuatan imam.
2. Makmum mendahului imam sehingga dua rukun fi‘li.
Dalam hal ini terdapat dua keadaan:
i. Mendahului imam dengan senghaja dan tahu perbuatan itu haram.
Apabila makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li yang panjang atau pendek dengan senghaja dan dia tahu bahawa perbuatan itu haram, maka perkara ini boleh membatalkan sembahyangnya. Ini kerana perbuatannya terlalu banyak bersalahan dengan imam.
Contoh:
Makmum melakukan ruku‘, i‘tidâl dan mula hendak melakukan sujud sedangkan imam masih berdiri. Ini bererti makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li iaitu ruku‘ dan i‘tidâl.
ii. Mendahului imam kerana terlupa atau tidak tahu perbuatan itu haram
Apabila makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li yang panjang atau pendek disebabkan terlupa atau tidak tahu perbuatan itu haram, perkara ini tidaklah membatalkan sembahyangnya akan tetapi perbuatan-perbuatan yang didahuluinya sebelum imam itu melakukannya adalah tidak dikira. Oleh itu wajib bagi makmum itu kembali semula mengikut perbuatan imam apabila dia teringat.
Contoh:
Makmum melakukan ruku‘, i‘tidâl dan mula hendak melakukan sujud sedangkan imam masih berdiri. Dalam keadaan ini makmum itu hendaklah kembali semula berdiri untuk mengikut imam.
Namun jika makmum itu tidak juga kembali semula mengikut perbuatan imam, apabila imam selesai memberi salam hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu. Jika imam selesai memberi salam dan dia tidak berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu, maka hendaklah dia mengulang semula sembahyangnya.
Sebagai kesimpulan, dalam perkara sembahyang jemaah banyak lagi perkara-perkara yang perlu diketahui, contohnya dalam masalah syarat-syarat mengikut imam. Oleh sebab itu, syarat-syarat ini perlu dipelajari dan diambil perhatian mengenainya demi mencapai kesempurnaan sembahyang jemaah itu.
LAFAZ SALAM: Di Luar Dan Di Dalam Sembahyang
Salam di luar sembahyang ialah ucapan penghormatan yang diucapkan sesama orang-orang Islam. Hukum mengucapkan salam itu adalah sunat mu’akkadah. Ia merupakan sunnah Nabi kita Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan amalan para as-salaf ash-shâlih yang sangat-sangat digalakkan, sebagaimana hadits daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiallâhu ‘anhumâ, beliau berkata:
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam: “Apakah pekerti Islam yang terbaik? Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menjawab: “Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal dan yang tidak kau kenali.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadits ini merupakan suatu anjuran supaya mengucapkan salam kepada siapa saja yang ditemui, tidak terbatas kepada orang Islam yang dikenali malah juga yang tidak dikenali.
Adapun menjawab salam yang diucapkan oleh saudara Islam itu pula adalah wajib. Ini jelas berdasarkan firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah an-Nisâ’: 86)
Sementara salam dalam sembahyang pula ialah ucapan salam yang merupakan rukun qauli (bacaan) yang wajib dilafazkan sebagai penutup bagi ibadat sembahyang.
Apakah lafaz-lafaz salam di luar sembahyang itu? Bagaimanakah lafaz salam yang sebaik-baiknya untuk diucapkan apabila bertemu dengan seseorang dan bagaimanakah pula orang yang diucapkan salam itu menjawabnya? Bagaimanakah lafaz salam yang dituntut dalam sembahyang?
Lafaz Salam Di Luar Sembahyang
1. Lafaz salam apabila bertemu seseorang dan lafaz menjawabnya:
i. Lafaz memberi salam.
Imam an-Nawawi Rahimahullâh menjelaskan bahawa lafaz salam yang
(selamat sejahtera, rahmat Allah serta keberkatanNya ke atas kamu). Menggunakan dhamîr jama‘ (kata ganti nama diri kedua bagi bilangan melebihi dua orang) pada perkataan “ ْ عَلَهْكُم” adalah afdhal meskipun orang yang diberi salam itu seorang sahaja.
Sudah menjadi kebiasaan kita apabila bertemu dengan saudara kita
Menurut ajaran Islam, setiap ucapan salam itu mempunyai nilai pahala yang berbeza-beza sesuai dengan lafaz salam yang diucapkan, sepertimana yang diriwayatkan oleh ‘Imran bin Hushain Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Seorang lelaki datang kepada Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam lalu memberinya salam dengan mengucapkan: “ ْ السَّالَم ُ عَلَهْكُم”, maka Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menjawab salam itu. Kemudian orang itu duduk lalu Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “(Baginya) sepuluh hasanah (kebaikan)”. Kemudian datang lagi seorang yang lain seraya mengucapkan: “ ِ ُ هللا ْ وَرَرَْة ُ عَلَهْكُم السَّالَم”, lalu Baginda menjawabnya. Kemudian orang tersebut duduk lalu Baginda pun bersabda: “(Baginya) dua puluh hasanah (kebaikan).” Kemudian datang pula seorang yang lain, lalu dia mengucapkan: “ ِ ُ السَّالَم ُ عَلَهْكُم ْ وَرَرَْة ُ هللا َك ََُِهوَبوَح”, Baginda pun menjawabnya, lalu orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “(Baginya) tiga puluh hasanah (kebaikan).” (Hadits riwayat Abu Daud)
Mengucapkan salam dengan lafaz: “Assalâmu‘alaikum” ( ْالسَّالَم ُ عَلَهْكُم) sudah dikira memadai. Demikian juga jika diucapkan dengan lafaz “Assalamu‘alaika” ( َ السَّالَم ُ عَلَهْك) atau “salâmun ‘alaika” ( َ سَالَم عَلَهْك) maka itu juga memadai dan dikira memberi salam.
ii. Lafaz menjawab salam.
Bagi orang yang menjawab salam, cara yang afdhal menjawabnya ialah
wau (واو) pada perkataan “ ْ وَعَلَهْكُم” yang bererti (dan atas kamu juga).
Adapun cara menjawab salam yang sekurang-kurangnya ialah dengan mengucapkan: “Wa‘alaikassalâm” ( ُ َ السَّالَم وَعَلَهْك) atau “wa‘alaikumussalâm” ( ُ وَعَلَهْكُم ُ السَّالَم). Jika diucapkan atau dijawab ( ُ َ عَلَهْكُم ُ السَّالم ) tanpa menyebut “wa” iaitu huruf wau (واو) maka itu pun sudah mencukupi atau memadai sebagai jawapan salam.
Abu Yahya Zakaria al-Anshari Rahimahullâh menjelaskan bahawa mengucap dan menjawab salam dengan perkataan “سالم” itu dalam bentuk “ة م ح” (dibubuh huruf alif dan lâm) menjadi “ ْ السَّالَم ُ عَلَهْكُم” dan “ ُ ُ وَعَلَهْكُم السَّالَم” adalah afdhal daripada mengucapkannya dalam bentuk كحة (tidak ada huruf alîf dan lâm), iaitu “ ْ سَالَم عَلَهْكُم” dan “ وَعَلَهْكُم ْ سَالَم”. Namun begitu, ia tetap juga memadai sebagai ucapan dan jawapan salam yang diniatkan.
2. Lafaz salam apabila menziarahi maqam Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan sahabat Baginda.
Apabila seseorang masuk Masjid Nabawi, kerjakanlah sembahyang sunat Tahiyyatul-masjid, kemudian pergilah menziarahi maqam Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wasallam dengan menghadap ke arah Baginda dan membelakangi kiblat dalam jarak empat hasta daripada dinding maqam Baginda. Kemudian ucaplah salam ke atas Baginda dengan suara yang perlahan. Sekurang-kurang salam ke atas Baginda itu ialah dengan
Tuan, wahai Rasulullah, Allah memberikan selawat dan salam ke atas Tuan).
Ataupun dengan salam yang panjang seperti:
Maksudnya: Selamat sejahtera ke atas Tuan wahai Rasulullah, selamat sejahtera ke atas Tuan wahai makhluk pilihan Allah, selamat sejahtera ke atas Tuan wahai kekasih Allah, selamat sejahtera ke atas Tuan wahai penghulu para rasul dan penutup para nabi, selamat sejahtera ke atas Tuan, keluarga Tuan, sahabat-sahabat Tuan, ahli rumah Tuan, para nabi dan sekalian orang-orang yang salih. Aku bersaksi bahawa Tuan telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah dan telah memberi nasihat kepada umat maka semoga Allah akan memberi Tuan ganjaran daripada kami dengan sebaik-baik ganjaran yang diberikan kepada seorang rasul daripada umatnya.
Adapun lafaz salam bagi menyampaikan salam orang lain kepada Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam adalah dengan menambah nama orang yang
(selamat sejahtera ke atas Tuan wahai Rasulullah daripada polan bin polan)
mengucapkan selamat sejahtera ke atas Tuan wahai Rasulullah).
Kemudian beralih ke kanan dalam jarak sehasta untuk mengucapkan salam ke atas Saiyyidina Abu Bakar Radhiallâhu ‘anhu dengan mengucapkan:
Maksudnya: Selamat sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar sahabat Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan orang yang menemaninya di gua (tsur). Semoga Allah memberi ganjaran dengan ganjaran yang sebaik-baiknya kepadamu daripada umat Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam.”
Kemudian beralih lagi ke kanan dalam jarak sehasta untuk mengucapkan salam ke atas Saiyyidina ‘Umar Radhiallâhu ‘anhu dengan mengucapkan:
Maksudnya: Selamat sejahtera ke atasmu wahai ‘Umar orang yang dengannya Allah telah menguatkan Islam. Semoga Allah memberikan ganjaran dengan ganjaran yang sebaik-baiknya kepadamu daripada umat Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam.
3. Lafaz salam apabila menziarahi ahli kubur orang Islam.
Sunat memberi salam kepada ahli kubur orang Islam dengan menghadap ke arah muka ahli kubur tersebut, sebagaimana salam yang diajarkan Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam hadits riwayat Imam Muslim Rahimahullâh, iaitu:
Maksudnya: Selamat sejahtera kepada kamu sekalian, wahai penghuni kampung-kampung daripada kalangan mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami, insyâ’ Allah, akan bertemu kamu, saya memohon kepada Allah ‘afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian. (Hadits riwayat Muslim)
4. Lafaz salam apabila memasuki rumah yang tidak berpenghuni.
Sunat mengucapkan salam ketika hendak masuk rumah, bukan sahaja ketika hendak masuk ke rumah orang lain bahkan juga ketika hendak masuk ke rumah sendiri sekalipun rumah tersebut tidak berpenghuni dengan mengucapkan:
Ertinya: Selamat sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang salih, selamat sejahtera rahmat Allah serta keberkatanNya ke atas kamu wahai ahli rumah.
Lafaz Salam Dalam Sembahyang
Memberi salam di akhir sembahyang iaitu setelah selesai membaca tasyahhud akhir adalah termasuk dalam rukun sembahyang. Sekurang-kurang lafaz salam itu ialah dengan membaca “ ُ ْ السَّالَمعَلَهْكُم ” dan diucapkan sekali.
Sementara lafaz salam yang afdhal dan sempurna ialah dengan membaca ُ ِ السَّوالَم عَلَوهْكُم ْ وَرَرَْوة ُ هللا sebanyak dua kali, sekali pada salam pertama di sebelah kanan dan sekali pada salam kedua di sebelah kiri, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: Sesungguhnya (Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam) memberi salam di sebelah kanan dan kirinya (dengan membaca) “ َِّ السَّوالَم ُ عَلَوهْكُم ْ وَرَرَْوة ُ اه َِّ ،
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Adapun menambah di akhir lafaz salam itu dengan perkataan ُ َك ََُِوهوَبوَحadalah tidak disunatkan.
Kesimpulan
Memberi salam itu merupakan sebahagian daripada etika orang Islam ketika bertemu dan berjumpa saudaranya. Dengan salam akan eratlah lagi jalinan ukhuwwah Islâmiyyah sesama Islam, kerana anjuran memberi salam itu bukan terbatas kepada orang yang dikenali ataupun yang dekat dengan kita sahaja.
Memberi salam juga disunatkan apabila menziarahi kubur orang-orang Islam termasuk maqam Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan sahabat Baginda. Dengan memberi salam kepada ahli kubur, kita telah mendo‘akan kesejahteraan dan keselamatan mereka.
Dalam sembahyang pun kita juga dituntut memberi salam sebagai salah satu rukun sembahyang.
Maka lafaz salam ini sangat mulia dan dituntut dalam Islam, kerana ia bukan sahaja menambahkan pahala, mengeratkan hubungan sesama Islam, do‘a kesejahteraan kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita, bahkan juga memberi kesan kepada sahnya ibadat sembahyang.
TIPS MENCARI KHUSYÛ‘ DALAM SEMBAHYANG
Khusyû‘ dalam sembahyang ialah menghadirkan hati kepada Allah di dalam sembahyang.
Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benarnya bagi suatu sembahyang. Hakikat zahirnya pula ialah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, ruku‘, sujud dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna.
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Sembahyang itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyû‘an hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Khusyû‘ dalam sembahyang itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya.
Allah Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyû‘ dalam sembahyangnya. (Surah al-Mu’minûn: 1-2)
Melihat kepada kepentingan khusyû‘ dalam sembahyang itu maka diutarakan di sini sebahagian tip atau panduan yang boleh diguna pakai untuk memandu diri kita ke arah pelaksanaan ibadat sembahyang yang khusyû‘.
Untuk mendapatkan khusyû‘ dalam sembahyang hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi daripada aspek fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar sembahyang, sebelum seseorang itu mendirikan sembahyang.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dibuat untuk membantu menimbulkan khusyû‘ dalam sembahyang:
1. Sebelum mendirikan sembahyang pastikan perkara-perkara berikut:
i. Menjaga makanan dan minuman. Khusyû‘ itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan dan minum hendaklah bersumber daripada yang halal.
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
ii. Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan sembahyang juga terletak kepada kesempurnaan wudhu.
Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘i daripada seorang lelaki bahawa beliau pernah mendirikan sembahyang Subuh bersama Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam sembahyang tersebut membaca surah ar-Rûm. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai sembahyang Baginda bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang sembahyang bersama kami tidak menyempurnakan wudhu mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan sembahyang bersama kami, maka sempurnakanlah wudhunya. (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhu itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Sayyidina ‘Umar Radhiallâhu ‘anhu berkata:
Ertinya: Sesungguhnya wudhu yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.
iii. Membersihkan diri, termasuk bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak sembahyang. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama menegaskan bahawa bersugi itu mempunyai tujuh puluh faedah. Antara faedah dan kelebihannya ialah:
- Membersih dan mengharumkan bau mulut. - Memutihkan gigi. - Mendapat keredhaan Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. - Membetulkan atau meluruskan tulang belakang. - Menolong menguatkan gusi. - Meningkatkan kecerdikan. - Menggandakan pahala amal ibadat. - Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan. - Menguatkan hafalan. - Menyucikan hati. - Menyukakan malaikat.
iv. Jangan sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.
v. Jangan sembahyang dalam keadaan lapar.
Seboleh-bolehnya selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidakselesaan ketika menunaikan sembahyang.
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Jangan sembahyang ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil. (Hadits riwayat Muslim)
vi. Memakai pakaian yang bersih dan kemas. Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
vii. Pilih tempat sembahyang yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya.
Termasuk langkah yang boleh dibuat, pastikan tidak terdapat telefon di dalam bilik tersebut, atau jika membawa bersama telefon bimbit, pastikan ia dimatikan (switch off) sebelum sembahyang. Imam an-Nawawi Rahimahullâh menjelaskan bahawa makruh menunaikan sembahyang di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyû‘an sembahyang seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ:
Maksudnya: Bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam menegah mendirikan sembahyang pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullâh.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
viii. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
Diriwayatkan daripada Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ bahawa Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah mendirikan sembahyang di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek lukisan, lalu Baginda bersabda:
Maksudnya: Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran. (Hadits riwayat Muslim) Imam an-Nawawi Rahimahullâh menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ia memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa yang dikhuatiri melalaikan hati daripada khusyû‘ ketika mendirikan sembahyang.
Tersebut di dalam riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ tidak pernah meletakkan al-Qur’an atau pedangnya di tempat sembahyangnya, juga tulisan atau surat. Semuanya diletakkan di belakangnya atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya.
2. Ketika hendak menunaikan sembahyang lakukan perkara-perkara berikut:
i. Usahakan sembahyang dilakukan secara berjemaah.
Mendirikannya dalam keadaan berjemaah adalah suatu tuntutan. Sembahyang berjemaah itu adalah antara syiar agama.
Selain pahala sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang sembahyang berjemaah itu memperolehi khusyû‘ ketika sembahyang dan terselamat daripada perkara yang boleh melalaikannya.
ii. Menghadirkan hati.
Maksudnya ialah sebelum mendirikan sembahyang kosongkan hati daripada segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat sembahyang yang dikerjakan.
Tersebut dalam satu riwayat bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Thalhah Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (daripada pandangan orang). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang sembahyang. (Hadits riwayat Abu Daud)
Abu Darda’ Radhiallâhu ‘anhu berkata: “Antara tanda-tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan sembahyang supaya dia masuk ke dalam sembahyang dalam keadaan hatinya kosong daripada perkara yang lain.”
iii. Mengingatkan mati dan kemungkinan sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
Diriwayatkan daripada Hatim al-‘Asham Radhiallâhu ‘anhu bahawa ditanyakan kepadanya tentang sembahyangnya, beliau beliau menjawab:
Ertinya: Apabila tiba waktu sembahyang aku menyempurnakan wudhu dan aku mendatangi tempat yang aku hendak mendirikan sembahyang. Lalu aku duduk di tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan sembahyangku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku, titian ash-shirâth di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka sembahyang ini adalah sembahyangku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbîr dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyû‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu sama ada sembahyangku diterima atau tidak?
iv. Sebelum mengangkat takbîr elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan. Umpamanya seperti berikut:
• Surah an-Nâs:
Tafsirnya: Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan (Allah) Pemelihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam.
• Ta‘awwudz, seperti:
Tafsirnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhanku! Aku berlindung kepadaMu daripada hasutan syaitan-syaitan, dan aku berlindung denganMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” (Surah al-Mu’minûn: 97-98)
• Tahlîl:
Ertinya: Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
• Zikir:
Ertinya: Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.
Antara tipu daya syaitan ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa sembahyang. Caranya ialah dengan memalingkan hati kita daripada meneliti dan memahami apa yang sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk Hari Akhirat dan keikhlasan ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seseorang itu boleh menjadi ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah cukup atau masih lagi kurang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan sembahyang syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya. (Hadits riwayat Muslim)
3. Ketika menunaikan sembahyang pusatkan perkara-perkara berikut:
i. Meneliti bacaan-bacaan dalam sembahyang, sama ada bacaan itu terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an atau selain daripada ayat-ayat al-Qur’an iaitu tasbîh, takbîr dan do‘a. Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut.
Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam sembahyang. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
ii. Merasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam ruku‘ dan sujud. Tempoh masa rukuk dan sujud pula elok dipanjangkan.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu dia bersujud. (Hadits riwayat Muslim)
iii. Merangkumkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbîr dan ketika bertasbîh pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang.
iv. Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.
v. Segala perhatian dalam sembahyang itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali.
vi. Sembahyang dilakukan dalam keadaan thuma’ninah. Thuma’nînah dalam ruku‘, sujud dan lain-lain rukun fi‘li (perbuatan).
Thuma’ninah ertinya anggota seseorang itu tetap diam seketika ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang seperti ruku‘, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir:
Maknanya, gerakan di dalam sembahyang itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, tidak dilakukan dengan bercepat-cepat tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda:
Maksudnya: Apabila kamu berdiri menunaikan sembahyang maka bertakbîrlah. Kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang mudah bagi kamu. Kemudian ruku‘lah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan ruku‘. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua sembahyang kamu. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
vii. Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta, sekalipun sembahyang di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan َالى هللا dalam tahiyyât. Pada ketika itu pandangan orang yang sembahyang itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyû‘ dalam sembahyang seseorang itu, maka bolehlah dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
Begitulah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan khusyû‘ dalam sembahyang. Memang tidak dinafikan, terdapat setengah orang masih tidak mampu memperolehi khusyû‘ di dalam sembahyangnya walaupun dengan mengamalkan bermacam-macam tips atau panduan. Yang penting tidak mudah berputus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita berusaha untuk mendapatkannya. Jangan lupa juga untuk banyak-banyak memohon do‘a kepada Allah Ta‘ala supaya dikurniakan kepada kita hati yang bersih dan khusyû‘ dalam beribadat kepadaNya.
Najis Yang Dimaafkan Tidak Menjejaskan Sembahyang
Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan diri, pakaian serta tempatnya bersembahyang suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ia dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci. Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!. (Surah al-Muddatstsir: 4)
Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Jika datang darah haidh maka tinggalkanlah sembahyang dan jika telah berlalu haidh itu maka bersihkanlah (darah) daripada dirimu dan kerjakanlah sembahyang. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Daripada ayat dan hadits di atas, jelas bahawa tidak sah sembahyang seseorang yang terdapat najis pada tubuh badan, pakaian atau tempatnya bersembahyang. Namun jika najis itu merupakan najis yang dimaafkan, maka sembahyangnya adalah sah walaupun dia tidak menghilangkan najis dan menyucikan tempat yang terkena najis itu terlebih dahulu.
Untuk memudahkan seseorang itu melaksanakan ibadatnya, adalah perlu dia mengetahui apakah perkara yang dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.
Apakah Najis Yang Dimaafkan Itu?
Menurut para ulama mazhab asy-Syafi‘e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.
Berikut adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan:
1. Najis yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar.
2. Najis yang sedikit seperti darah nyamuk, darah agas atau kutu yang tidak mengalir. Begitu juga darah yang keluar dari kudis, bisul, jerawat kecil, luka atau nanah pada badan seseorang, pakaian atau tempatnya bersembahyang yang bukan disebabkan perbuatannya sendiri.
Jika darah tersebut keluar disebabkan oleh perbuatannya sendiri, umpamanya membunuh nyamuk yang ada pada bajunya atau memicit kudis atau jerawat sehingga mengeluarkan darah, maka darah tersebut tidak dikira sebagai najis yang dimaafkan.
Darah atau nanah luka yang banyak juga termasuk najis yang dimaafkan dengan syarat:
i. Darah atau nanah tersebut merupakan darah/nanah daripada dirinya sendiri
ii. Darah atau nanah itu keluar bukan disebabkan perbuatannya atau disenghajakannya.
iii. Darah atau nanah yang keluar itu tidak mengalir dari tempatnya, seperti darah yang banyak itu tidak mengalir dari lukanya.
3. Darah ajnabiy iaitu darah orang lain yang terkena pada badan, kain atau tempat bersembahyang dengan kadar yang sedikit dengan syarat najis tersebut bukan daripada najis mughallazhah iaitu daripada anjing dan babi. Jika ia berasal daripada kedua-duanya atau salah satu daripada keduanya, tidaklah ia dimaafkan walaupun hanya sedikit.
Menurut Imam al-Adzra‘i Rahimahullâh bahawa darah yang terpisah daripada badan seseorang itu yang kemudiannya terkena semula padanya adalah termasuk juga sebagai darah ajnabiy.
4. Darah yang sedikit yang keluar dari hidung atau darah yang keluar dari bahagian-bahagian tubuh seperti mata, telinga dan yang seumpamanya, selain daripada jalan tempat keluar najis seperti tempat keluar tahi.
Jika darah keluar dari hidung seseorang sebelum dia melakukan sembahyang dan terus-menerus keluar, jika pendarahan itu diharapkan berhenti dengan keadaan waktu sembahyang yang masih panjang, maka hendaklah ditunggu. Akan tetapi jika sebaliknya, hendaklah dia membersihkan dahulu darah tersebut dan hidungnya (tempat keluar darah tersebut), kemudian menyumbatnya dengan kapas umpamanya dan melapisnya dengan kain jika perlu. 5. Darah yang masih tinggal di tempat lukanya yang keluar hasil daripada perbuatan mengeluarkan darah dengan tusukan atau berbekam, sekalipun banyak yang masih tinggal di tempat lukanya.
6. Darah yang keluar dari gusi bila tercampur dengan air liur sendiri. Sah sembahyang bagi orang yang gusinya berdarah sebelum dicucinya darah tersebut selagi dia tidak menelan air liurnya ketika di dalam sembahyang.
7. Sedikit tanah tempat laluan seperti jalanraya atau yang seumpamanya yang memang diyakini kenajisannya, dengan syarat najis tersebut tidak jelas di tempat itu dan dia telah pun berusaha untuk mengelak daripada terkena tempat laluan tersebut seperti tidak membiarkan hujung kain terkena tanah tempat laluan tersebut.
Perhatian: Dasar menentukan kadar sedikit atau banyak yang dimaksudkan bagi najis itu ialah merujuk pada adat kebiasaannya, iaitu apa yang dianggap oleh adat kebiasaan sebagai sedikit, maka dikira sebagai sedikit dan begitulah sebaliknya. Jika ada syak darah tersebut banyak atau sedikit, maka dihukumkan sedikit dan dimaafkan.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengutamakan kebersihan. Oleh sebab itu umat Islam diperintahkan untuk memelihara diri daripada segala najis sehinggakan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat dijadikan sebagai salah satu syarat sah sembahyang. Walau bagaimanapun Islam juga adalah agama yang tidak membebankan umatnya dengan kesukaran. Contohnya pengecualian terhadap najis yang dimaafkan yang tidak menjejaskan kesahan sembahyang, kerana kesukaran menghilangkannya atau telah berusaha mengelak daripada terkena najis tersebut.
PUASA
BEBERAPA KESILAPAN YANG DILAKUKAN SEMASA BERPUASA RAMADHAN
Ramadhan merupakan bulan yang padanya terdapat limpahan keberkatan dan kerahmatan, bulan yang dianggap bonus untuk mengaut ganjaran pahala lebih daripada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. Alangkah ruginya jika tidak direbut peluang ini untuk menebus segala dosa yang boleh membelenggu diri daripada redhaNya. Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Sesiapa yang menunaikan puasa kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Ibadat utama yang diwajibkan di bulan ini ialah puasa pada setiap siang harinya. Meninggalkan tanpa uzur kewajipan ini bukan sahaja berdosa, bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara sekalipun sebagaimana sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup. (Hadits riwayat Abu Daud)
Dalam menunaikan ibadat ini, kita umat Islam kadang-kadang ada melakukan kesilapan. Adakalanya, kesilapan-kesilapan tersebut menyebabkan puasa menjadi batal dan ada juga kesilapan yang tidak menyebabkan puasa menjadi batal, akan tetapi mengurangkan pahala atau lebih dikhuatiri akan mendatangkan dosa.
Kesilapan-kesilapan ini pada kebiasaannya berlaku disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan dalam perkara yang berkaitan dengan puasa, atau disebabkan oleh kurang prihatin terhadap perkara yang boleh mejejaskan pahala puasa dan hanya fokus kepada perkara yang membatalkan puasa sahaja.
Untuk memelihara pahala puasa, umat Islam perlu mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kesilapan-kesilapan. Kita tidak mahu puasa yang ditunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja. (Hadits riwayat an-Nasa’i)
Hadits ini memberi peringatan kepada kita untuk lebih berhati-hati supaya tidak menjadi rugi jika berlaku sebarang kesilapan.
Selain perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa, antara kesilapan lain yang sering dilakukan sama ada disedari mahupun tidak ialah:
1. Berpuasa tetapi tidak mendirikan sembahyang fardhu.
Kesilapan ini sungguh besar. Walaupun sembahyang fardhu lima waktu tidak termasuk dalam syarat sah puasa dan meninggalkannya membatalkan puasa, namun ia adalah salah satu rukun Islam yang sangat dituntut. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Kepala (inti) segala perkara di dalam Islam dan tiangnya adalah sembahyang. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Sembahyang fardhu lima waktu adalah ibarat tiang sebuah rumah. Bagaimana dinding rumah boleh didirikan selagi tiangnya belum ditegakkan? Jika satu tiang runtuh, yang lain-lain akan pincang dan rumah boleh roboh. Beginilah gambaran apabila seseorang hanya berpuasa tetapi tidak sembahyang.
Orang Islam yang berpuasa menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwat. Sungguhpun pada zahirnya puasa tidak batal dengan meninggalkan sembahyang, namun adakah puasanya itu akan diberi ganjaran pahala dan diterima di sisi Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ?
Dikhuatiri puasanya itu tidak diterima dan tidak mendapat ganjaran pahala.
Ulama sepakat mengatakan bahawa meninggalkan sembahyang dengan sengaja disebabkan malas dan mempermudah-mudahkannya dihukumkan fâsiq, menderhaka dan berdosa besar serta boleh mengheret ke gaung neraka. Ini berdasarkan firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.” (Surah al-Muddatstsir: 42-43)
Terdapat beberapa hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam yang menjelaskan kedudukan orang yang meninggalkan sembahyang, antaranya:
Maksudnya: Garis yang memisahkan di antara seseorang dengan syirik atau kekafiran adalah meninggalkan sembahyang. (Hadits riwayat Muslim)
Di dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Barang siapa yang tidak mengerjakan sembahyang fardhu ‘Ashar maka amalannya menjadi kurang dan sia-sia. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadits ini, ada ulama mengatakan bahawa apabila seseorang itu tidak mendirikan sembahyang, segala kebaikan di sepanjang hari, termasuk ibadat puasa yang dilakukan pada hari tersebut tidak memberi sebarang manfaat, iaitu sia-sia belaka.
Oleh itu, jelas kepada kita bahawa ibadat sembahyang bukanlah remeh bahkan asasi.
Kita sebagai umat Islam juga dapat mengambil pertimbangan daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam melalui Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Baginda bersabda:
Maksudnya: Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan sebaliknya melakukannya, maka Allah tidak menghendaki (memerlukan lagi) untuk dia meninggalkan makanan dan minumannya. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Hadits ini membawa maksud bahawa tiada faedah atau tidak ada gunanya puasa orang yang berdusta atau berkata nista sedang dia berpuasa. Jika disebabkan berdusta pun puasa ditolak, apatah lagi meninggalkan sembahyang.
2. Tidak mengetahui hukum-hakam puasa dan tidak bertanya.
Terdapat sebilangan orang Islam yang tidak mengetahui hukum-hakam puasa dan menunaikannya hanya kerana mengikut kebiasaan tanpa menghiraukan dan mengetahui perkara-perkara penting berkaitan dengan puasa seperti syarat-syarat wajib puasa, syarat-syarat sah puasa, rukun puasa, waktu-waktu berpuasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa, perkara-perkara sunat dalam berpuasa, adab ketika berpuasa dan sebagainya.
Ini adalah tidak wajar kerana ia boleh saja membawa kepada ketidaksempurnaan puasanya, bahkan mungkin membatalkannya.
Setiap orang amat dituntut untuk mempunyai ilmu dalam melaksanakan satu-satu ibadat.
Terdapat sebuah hadits menyebutkan akan perlunya mempelajari dan memahami perkara-perkara berkaitan dengan puasa agar puasa itu tidak sia-sia dan dapat menebus segala dosa yang ada sebagaimana sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian mengetahui batas-batas (berpuasa Ramadhan) dan menjaga apa yang semestinya dijaga (berusaha bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasa), maka hal itu akan menjadi penebus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelumnya. (Hadits riwayat Ahmad, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)
3. Tidak menjaga kehormatan bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan amat tinggi darjatnya di sisi Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. Ia merupakan sebaik-baik dan penghulu segala bulan.
Oleh itu, janganlah ada orang melakukan perbuatan yang boleh mencemar kehormatan bulan mulia ini seperti berikut:
i. Tidak menjaga diri daripada perkara-perkara syahwat yang tidak membatalkan puasa. Perkara-perkara syahwat adalah perkara-perkara yang selalunya menjadi keinginan seseorang sama ada perkara-perkara yang seronok dilihat, sedap didengar, disentuh mahupun dihidu. Umpamanya mendengar muzik atau lagu-lagu yang mengasyikkan dan melalaikan, menghidu (meni‘mati) benda-benda harum seperti minyak wangi dan memakainya. Perkara-perkara ini termasuk di dalam perbuatan bersenang-senang, sedang perbuatan bersenang-senang dan bermewah-mewah merupakan perbuatan makruh dilakukan ketika berpuasa dan ia tidak menepati hikmah di sebalik puasa. Kesilapan seperti ini sering tidak disedari memandangkan ia tidak membatalkan puasa.
Selain itu, bercakap bohong, mengumpat, berbantah-bantahan, mengkeji atau mencela, memfitnah atau mengadu domba, berkata sia-sia dan berangan-angan kosong ketika menjalani ibadat puasa juga dituntut untuk ditinggalkan sebagaimana hadits riwayat Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: Puasa itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenar-benarnya ialah menahan diri daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata keji. (Hadits riwayat al-Hakim)
Termasuk perbuatan sia-sia itu juga ialah menghabiskan masa dengan menonton televisyen, video dan filem yang tidak mendatangkan faedah.
ii. Tidak menjaga batas-batas agama seperti berpakaian tidak senonoh, tidak menjaga aurat dan berbuat maksiat atau melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh syara‘ untuk ditinggalkan seperti berkelahi atau bertengkar, bersuka ria atau berhibur dengan berlebih-lebihan, berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang boleh menimbulkan fitnah atau syak wasangka.
Walaupun maksiat itu dilarang pada setiap masa tanpa mengira bulan, namun pada bulan Ramadhan dosanya lebih besar kerana dianggap pencabulan terhadap kehormatan dan kemuliaannya. Menurut riwayat yang diceritakan daripada Sufyan daripada ‘Atha bin Abu Marwan daripada bapanya:
Maksudnya: ‘Ali Radhiallâhu ‘anhu telah didatangi oleh Najasyi si penyair, yang telah meminum arak pada (siang hari) bulan Ramadhan, lalu dia berbuka. Maka ‘Ali menghukumnya dengan lapan puluh sebatan yang dilaksanakan pada keesokan harinya dan menghukumnya lagi dengan dua puluh sebatan dengan berkata: “Sesungguhnya aku menghukum kamu dengan dua puluh sebatan ini adalah kerana keberanianmu (kederhakaanmu) terhadap Allah dan kerana kamu tidak berpuasa di (siang hari) bulan Ramadhan. (Hadits riwayat al-Baihaqi)
Dengan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang dilarang, orang yang berpuasa akan mendapat dua ganjaran pahala iaitu mendapat pahala wajib kerana menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang dan mendapat pahala sunat kerana menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang ketika sedang berpuasa.
Sebaliknya orang yang tidak meninggalkan perbuatan sedemikian akan mendapat dosa kerana melakukan perbuatan yang dilarang. Di samping itu juga akan menghilangkan pahala puasanya kerana dia melanggar suruhan yang disunatkan iaitu suruhan menjaga kesucian puasa dan bulan Ramadhan.
4. Meninggalkan sahur atau bersahur sebelum waktunya
Meninggalkan sahur atau bersahur sebelum waktunya adalah antara kesilapan yang sering berlaku bagi orang yang hendak menunaikan ibadat puasa. Mereka sering memberikan alasan tidak ada selera untuk makan di waktu awal pagi. Selain itu segelintirnya pula memberi alasan sukar untuk bangun daripada tidur.
Hal sedemikian adalah sangat merugikan walaupun pada hakikatnya meninggalkan sahur itu tidak menjejaskan kesahan ibadat puasa. Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang kelebihan bersahur.
Antaranya menurut riwayat ‘Abdullah bin al-Harits, seorang sahabat telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam, Baginda sedang bersahur lalu bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya. (Hadits riwayat an-Nasa’i)
Apakah berkat yang ada pada sahur itu? Amalan bersahur hukumnya sunat dan merupakan sunnah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam.
Menurut Ibnu Hajar al-‘Asqalani, selain mengikut sunnah dan menambah pahala, sahur juga membezakan di antara puasa orang Islam dengan puasa ahli kitab, menghalang perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari, menggalakkan perbuatan bersedekah dan bersahur bersama-sama, mengingatkan dan memberi peluang bagi orang yang lupa berniat puasa sebelum tidur dan yang paling utama ialah untuk memberi kekuatan dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa dalam melakukan ibadat ketika menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari. Ini adalah bersesuaian dengan sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperolehi kekuatan berpuasa di siang hari. (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Di dalam kitab Fath al-Bâri, terdapat pendapat yang mengatakan, berkat di waktu sahur itu mengandungi bangun daripada tidur dan berdo‘a di waktu sahur, kerana pada waktu itu rahmat turun dan do‘a terangkat sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Daripada Abu Umamah, beliau telah berkata: “Wahai Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam, bilakah waktu do‘a itu lebih didengar?” Baginda bersabda: “Pada waktu tengah malam dan selepas (menunaikan) sembahyang-sembahyang fardhu.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Waktu sahur bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam atau dinihari sehingga terbit fajar. Dikatakan juga waktu sahur itu adalah 1/6 terakhir malam.
Sahur itu sendiri daripada sudut bahasa ialah makan dan minum di waktu sahar dan sahar itu pula ialah waktu akhir malam hampir terbit fajar.
Oleh yang demikian, janganlah makan sahur sebelum waktunya kerana orang yang bersahur sebelum masuk waktunya tidak akan mendapat ganjaran pahala sunat bersahur. Yang afdhalnya sunat mengakhirkan atau melambatkan sahur kira-kira kadar membaca lima puluh ayat sebelum terbit fajar.
Zaid bin Tsabit Radhiallâhu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: Kami bersahur bersama Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam, kemudian Baginda mendirikan sembahyang, lalu ditanyakan kepada Baginda:
“Berapakah jarak di antara azan dan sahur?” Baginda bersabda: “Kira-kira lima puluh ayat.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
5. Melambat-lambatkan berbuka.
Bersegera untuk berbuka merupakan salah satu perkara yang disunatkan ketika berpuasa. Sebaliknya, perbuatan sengaja menangguh atau melambat-lambatkan berbuka puasa apabila sudah yakin akan masuknya waktu Maghrib (terbenamnya matahari) hukumnya adalah makruh. Namun jika ia berlaku tanpa disengajakan atau tanpa ada tujuan untuk melengah-lengahkan maka tidaklah mengapa. Hadits ada menyebutkan bahawasanya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Manusia selalu berada dalam kebaikan selama mereka segera berbuka. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Dalam Sunan Ibnu Majah pula menyebutkan, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Manusia selalu berada dalam kebaikan selama mereka segera berbuka, maka segeralah berbuka, sesungguhnya Yahudi melewatkan (berbuka). (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Sunat berbuka puasa dengan ruthab (kurma masak yang masih basah). Jika tidak ada, berbukalah dengan tamar (kurma masak yang sudah kering) dan mengambilnya dalam jumlah yang ganjil, umpamanya tiga biji. Jika tidak ada, berbukalah dengan air.
Diutamakan untuk mendahulukan berbuka dan kemudian barulah menunaikan sembahyang. Ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam berbuka dengan kurma basah sebelum Baginda sembahyang. Jika tidak ada, Baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada, Baginda meneguk beberapa teguk air.” (Hadits riwayat Abu Daud)
6. Berlebih-lebihan ketika berbuka puasa.
Dalam kegembiraan menanti waktu berbuka, umat Islam kadangkala tidak menyedari bahawa mereka telah melanggar etika yang dianjurkan Islam.
Salah satu kesilapan yang sering berlaku di kalangan umat Islam ialah berlebih-lebihan ketika berbuka puasa, baik dalam penyediaan juadah berbuka mahupun ketika meni‘matinya. Adakalanya waktu berbuka itu menjadi seolah-olah pesta makan.
Sebenarnya sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam digalakkan untuk memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur bagi tujuan mendapatkan kekuatan dan kesihatan yang membolehkan mereka menjalani ibadat puasa dengan baik.
Namun begitu, sudah menjadi tradisi, para suri rumah akan menyediakan aneka juadah bagi hidangan berbuka tanpa menitikberatkan nilai dan kuantiti pemakanan. Adakalanya, disebabkan terlalu banyak hidangan yang tidak habis dimakan, akhirnya terbuang begitu sahaja. Perkara seumpama ini tidak sehaluan dengan kehendak Islam.
Selain itu, amalan berbuka puasa di hotel-hotel dan restoran-restoran juga seakan menjadi ‘trend’ terkini. Terdapat banyak hotel dan restoran yang menawarkan hidangan buffet untuk berbuka puasa.
Memandangkan tawaran ini dikenakan kadar bayaran, sesetengah orang beranggapan mereka perlu makan dan minum seberapa banyak yang mungkin agar berbaloi dengan wang yang dikeluarkan dan akhirnya mengakibatkan makan dan minum secara berlebihan.
Berlebih-lebihan ketika berbuka boleh membawa kepada pembaziran dan mengundang penyakit. Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sebagaimana firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al-Isrâ’: 26-27)
Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ juga berfirman:
Tafsirnya: Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-A‘râf: 31)
Kadang-kadang apa yang berlaku kepada sesetengah orang, oleh kerana terlalu asyik meni‘mati juadah sungkai dan menjadi terlalu kenyang menyebabkannya merasa sukar dan malas untuk menunaikan sembahyang dan pergi ke masjid.
Oleh itu, umat Islam seharusnya bijak dan pandai mengawal diri agar situasi sedemikian ini tidak menyalahi konsep Ramadhan.
7. Bersikap malas dengan alasan berpuasa.
Sesungguhnya ibadat puasa itu adalah kekuatan, jihâd, kemenangan dan kerajinan di dalam perbuatan mahupun pekerjaan, bukannya kelemahan, kekalahan, keletihan, kemalasan dan ‘batu loncatan’ untuk lari daripada tanggungjawab.
Memang tidak dinafikan bahawa dengan berpuasa sedikit sebanyak akan mengurangkan tenaga tubuh badan kita disebabkan badan tidak mendapat zat yang mencukupi kerana tidak makan dan minum di siang hari.
Namun begitu, hal ini bukanlah sebagai alasan untuk bersikap tidak produktif, bermalas-malasan dan menghabiskan masa dengan banyak tidur, melakukan aktiviti-aktiviti yang melalaikan dan sia-sia seperti bermain ‘game’, bermain dam, menonton program hiburan sepanjang hari agar tidak terasa letih menjalani puasa.
Kajian saintifik banyak menemukan keputusan positif mengenai puasa dan hikmah di sebalik puasa itu sendiri.
Antaranya, kajian biologi mendapati otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.
Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Penyelidikan psikologi pula membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian pernah dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi markah yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
8. Melebihkan mengaut keuntungan dunia berbanding keuntungan akhirat.
Tidak dinafikan apabila Ramadhan tiba para peniaga tidak kira dalam apa jua jenis perniagaan akan sibuk mengambil peluang untuk memperolehi pendapatan yang lebih.
Namun bagi umat Islam yang sedang berpuasa janganlah terlalu ghairah merebut peluang untuk mengaut keuntungan pendapatan dan mensia-siakan peluang yang ada untuk mengaut ganjaran pahala yang berganda-ganda.
Islam tidak melarang umatnya berusaha mencari rezeki, bahkan menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai pekerjaan yang paling baik, Baginda bersabda:
Maksudnya: Pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang baik. (Hadits riwayat ath-Thabarani)
Namun, di dalam perniagaan ada adab dan batas-batasnya. Jangan kerana berniaga dan ingin mendapatkan keuntungan lebih, seseorang yang sedang berpuasa melakukan kesilapan seperti meninggalkan sembahyang disebabkan terlalu sibuk, bercakap bohong atau menipu dan bersumpah palsu demi melariskan barang jualan.
Oleh sebab terlalu sibuk juga, seseorang itu tidak meluangkan masa untuk menghayati dan menghidupkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan di bulan ini seperti menambah-giatkan amal ibadat, membaca ayat-ayat suci al-Qur’an, berzikir dan memperbanyakkan do‘a tatkala berpuasa.
Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ berfirman:
Tafsirnya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al-Jumu‘ah:10)
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana pun daripada ni‘matNya, tetapi jangan sekali-kali mengabaikan suruhanNya.
9. Tidak mengawal kemarahan.
Marah merupakan sifat semula jadi manusia yang terjadi apabila merasa tidak puas hati atau tidak senang akan sesuatu.
Sifat ini adalah normal bagi setiap orang. Akan tetapi jika tidak dikawal, ia boleh membawa padah, kemudharatan atau kesan negatif terhadap diri individu itu sendiri mahupun masyarakat di sekelilingnya.
Marah ada jenis dan peringkatnya. Di dalam keadaan berpuasa, menahan marah adalah sesuatu yang amat dituntut, kerana puasa itu membawa maksud menahan segala hawa nafsu termasuklah juga nafsu amarah.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Puasa itu penjaga (perisai), maka janganlah dia berkata-kata buruk dan janganlah berbuat bodoh. Jika dia dimusuhi atau dicaci maki oleh seseorang maka katakanlah: “Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa” dua kali. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Orang yang tidak dapat mengemudi kemarahan dan gagal menanganinya itu tergolong dalam golongan orang-orang yang melampaui batas dan lemah.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Umat Islam yang berpuasa dengan betul sudah pasti akan dapat mendisiplinkan hawa nafsu mereka dan dapat meletakkan diri mereka jauh daripada segala godaan termasuk godaan syaitan yang ternyata boleh memarakkan nafsu amarah.
Kelebihan orang yang boleh menahan amarahnya, Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ telah menjanjikan kepadanya syurga sebagaimana firmanNya:
Tafsirnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Surah Âli ‘Imran: 133-134)
Sebagai kesimpulan, memandangkan ibadat puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan, umat Islam hendaklah menjaga dan memelihara kesempurnaannya agar ia diterima Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. Oleh itu, umat Islam yang berpuasa hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan kesempurnaan ini dengan menghindar dan mengelak daripada berlakunya sebarang kesalahan atau kesilapan yang boleh mencacatkan ibadat puasa tersebut iaitu dengan memberi lebih perhatian dan tidak mempermudah-mudahkannya, di samping meninggalkan segala perkara yang dilarang dan melakukan segala perkara yang diwajibkan dan disunatkan ketika berpuasa.
MENGHADIRI ‘RUMAH TERBUKA’ BUKAN PENGHALANG UNTUK BERPUASA ENAM DI BULAN SYAWAL
Dengan kedatangan bulan Syawal, umat Islam bukan saja berpeluang meraikan kemenangan ibadat puasa di bulan Ramadhan, tetapi juga berpeluang untuk menambah satu lagi bentuk ibadat sunat yang dijanjikan ganjaran yang besar oleh Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ iaitu puasa enam di bulan Syawal.
Puasa enam di bulan Syawal ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal setelah selesai menjalani kewajipan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Puasa sunat enam harus dikerjakan secara berasingan atau berselang hari sepanjang bulan Syawal. Walau bagaimanapun yang afdhalnya ia dikerjakan secara berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai Hari Raya kedua kerana menyegerakan melaksanakan ibadat.
Ibadat puasa enam ini sunat dilakukan oleh orang-orang yang berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan dan bagi orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara‘ seperti haidh, nifas, musafir atau sakit. Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja pula, wajib ke atasnya menyegerakan qadha’ puasa Ramadhan yang ditinggalkannya itu dan haram ke atasnya melakukan puasa-puasa sunat termasuklah puasa enam kecuali setelah dia selesai mengqadha’ puasanya.
Tidak dinafikan, memandangkan ganjaran puasa enam yang amat besar sebagaimana tersebut dalam hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam, maka jangan dilepaskan peluang berpuasa di bulan Syawal yang hanya datang setahun sekali. Akan tetapi dengan adanya jemputan jamuan rumah terbuka atau ‘open house’ sempena Hari Raya membuatkan sesetengah individu merasa ragu-ragu sama ada menolak saja pelawaan jamuan makan atau terlepas melakukan puasa sunat enam, namun ini jangan sampai terjadi.
Fadhilat Berpuasa Sunat Enam Di Bulan Syawal
Fadhilat melakukan puasa sunat enam selepas berpuasa penuh di bulan Ramadhan adalah amat besar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam yang mengibaratkan gandingan kedua-dua puasa iaitu puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan dan puasa enam hari di bulan Syawal umpama berpuasa sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Anshari Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. (Hadits riwayat Muslim)
Dalam hadits tersebut dijelaskan mengenai ganjaran melaksanakan puasa Ramadhan yang diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal adalah seperti berpuasa sepanjang tahun. Disebutkan bahawa seseorang yang melakukan satu kebaikan ganjarannya adalah sebanyak sepuluh pahala. Oleh yang demikian, puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan menyamai dengan sepuluh bulan iaitu kira-kira 300 hari, sementara puasa enam hari di bulan Syawal adalah
menyamai dua bulan iaitu 60 hari dan ini menjadikan jumlah ganjaran pahala seperti pahala berpuasa dua belas bulan keseluruhannya iaitu setahun.
Persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala, iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Hasilnya orang yang mengerjakan puasa enam setelah mengerjakan puasa Ramadhan adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.
Fadhilat ini hanya diperolehi orang yang melakukan puasa Ramadhan sebulan penuh. Walau bagaimanapun orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara‘ akan mendapat pahala sunat jika melakukan puasa enam ini.
Jemputan Jamuan Makan Bukan Penghalang Untuk Berpuasa Enam
Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Islam di Brunei, khususnya pada musim Hari Raya ‘Idulfitri untuk berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai bagi mengeratkan silaturahim. Hidangan juadah yang pelbagai memang tidak pernah ketinggalan dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung, apalagi jika kunjungan itu bagi menghadiri jemputan jamuan rumah terbuka atau ‘open house’. Apabila dijemput menghadiri ‘open house’ pula, kadang-kadang sebagai tetamu sukar bagi kita untuk menolak, lebih-lebih lagi jika kita rapat atau dekat dengan orang yang menjemput itu. Malahan lebih sukar lagi jika kunjungan itu hanya terhad dan mampu diadakannya di siang hari sahaja. Ini menyebabkan seseorang yang ingin berpuasa sunat merasa serba salah dalam membuat pilihan.
Dalam hal orang yang memenuhi jemputan dalam keadaan dia berpuasa, para ulama telah memberi garis pandu seperti berikut:
1. Jika puasa yang dilakukan oleh tetamu tersebut merupakan puasa sunat, maka dia diberikan pilihan sama ada meneruskan puasanya atau berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu. Ini bergantung pada keadaan jemputan yang dihadirinya. Untuk memudahkannya menentukan pilihannya, maka dilihat keadaannya seperti berikut:
Keadaan yang pertama: Sekiranya tuan rumah atau orang yang menjemput boleh jadi tersinggung atau berkecil hati sekiranya tetamu tersebut tidak memakan makanan yang dihidangkannya, maka dalam keadaan ini adalah dibolehkan, bahkan afdhal bagi tetamu yang berpuasa sunat tadi untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu. Adapun alasan yang diberikan oleh ulama ialah untuk menjaga hati tuan rumah atau menggembirakannya dengan memakan makanan yang dihidangkannya.
Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan. Baginda bersabda:
Maksudnya: Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: “Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.” (Hadits riwayat al-Baihaqi)
Keadaan yang kedua: Sekiranya tuan rumah itu dilihat tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika tetamunya itu meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama bagi tetamu itu untuk meneruskan sahaja puasa sunat tersebut.
Disunatkan ke atas orang yang berpuasa untuk memberitahu bahawa dia sedang berpuasa, sebagai contoh: “Saya sedang berpuasa”, iaitu mengatakannya bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Zhuhair Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, dan ketika itu dia sedang berpuasa, maka katakanlah (kepadanya): “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (Hadits riwayat Muslim)
2. Jika puasa yang dilakukan itu merupakan puasa wajib seperti puasa qadha’ Ramadhan atau puasa nazar, maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendo‘akan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para tetamu yang hadir sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang berpuasa, maka do‘akanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah. (Hadits riwayat Muslim)
Bagi tuan rumah atau orang yang menjemput pula, adalah lebih utama baginya untuk berbuka jika dia sedang berpuasa sunat ketika itu agar dia dapat meni‘mati hidangan bersama tetamu. Alasan yang diberikan para ulama ialah sebagai menghormati tetamu.
Cara Berpuasa Enam Bagi Orang Yang Tidak Berpuasa Ramadhan Sebulan Penuh Kerana Uzur Syar‘i
Terdapat beberapa cara boleh dilakukan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syara‘ namun tidak mahu terlepas peluang untuk melaksanakan puasa sunat enam, iaitu salah satu daripada berikut:
1. Melaksanakan dahulu qadha’ puasa Ramadhan di bulan Syawal dan setelah selesai barulah melaksanakan puasa enam, atau
2. Mendahulukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan seterusnya melaksanakan qadha’ puasa sama ada di bulan Syawal atau pada bulan-bulan lain sebelum tiba Ramadhan akan datang. Perkara ini dihukumkan makruh kerana melambatkan qadha’ Ramadhan. Walau bagaimanapun diberi pahala sunat kerana puasa sunat enam yang dilakukannya, atau
3. Meniatkan puasa qadha’ dan puasa sunat enam sekaligus. Harus berniat bagi kedua-dua puasa iaitu puasa qadha’ dan puasa sunat dengan tujuan bagi melaksanakan kedua-dua tuntutan itu. Dengan demikian terlaksanalah puasa qadha’ dan mendapat ganjaran sunat kerana berpuasa enam.
Sebagai contoh seseorang itu boleh berniat: “Sahaja aku puasa esok hari mengqadha’ puasa Ramadhan dan puasa sunat enam bulan Syawal kerana Allah Ta‘ala.”
Sesungguhnya amatlah besar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ bagi sesiapa yang melaksanakan sesuatu ibadat dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan. Puasa sunat enam di bulan Syawal merupakan kesinambungan ibadat puasa yang dilakukan di bulan Ramadhan. Oleh yang demikian, mari kita rebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini. Jangan kita biarkan bulan Syawal berlalu tanpa melakukan puasa sunat enam. Rintangan atau dugaan untuk melaksanakannya, seperti adanya majlis ‘open house’ atau yang seumpamanya, janganlah dijadikan alasan untuk meninggalkannya.
KUBUR
HUKUM PEREMPUAN ZIARAH KUBUR: Bagaimana Dengan Perempuan Yang Haidh?
Salah satu amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada bulan Ramadhan dan pada Hari Raya Fitrah ialah berziarah kubur, sama ada yang diziarahi itu adalah kubur ibu bapa atau kaum kerabat. Berziarah itu pula diisi dengan membaca al-Qur’an yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Biasanya surah Yâsîn dan bertahlîl merupakan bacaan pilihan masyarakat kita apabila berziarah kubur.
Berziarah kubur pula tidak hanya di bulan Ramadhan atau ketika Hari Raya sahaja, bahkan terdapat sesetengah keluarga yang menjadikannya rutin mingguan, bulanan atau pada waktu-waktu tertentu yang dipersetujui oleh ahli keluarga untuk berziarah beramai-ramai ke kubur.
Apa yang biasa dilihat, berbagai lapisan ahli keluarga yang bukan sahaja terdiri daripada lelaki dewasa, malahan kanak-kanak lelaki dan perempuan juga beramai-ramai turut sama berziarah.
Senario perempuan turut serta pergi berziarah ke kubur menimbulkan reaksi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa perempuan tidak dibenarkan berziarah kubur, lebih-lebih lagi perempuan yang haidh. Adakah betul anggapan sedemikian?
Hukum Berziarah Kubur
Terdapat perbezaan hukum berziarah kubur bagi lelaki dan perempuan.
1. Hukum berziarah bagi lelaki.
Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahlah. (Hadits riwayat Muslim)
Menurut Imam asy-Syarwani Rahimahullâh, ganti nama “kum” )كم) dalam larangan dan juga “ ِ ورو ” pada perintah dalam hadits di atas adalah ditujukan kepada kaum lelaki.
Orang-orang yang sunat diziarahi kuburnya itu pula ialah:
i. Kubur kedua-dua ibu bapa, walaupun kubur kedua-duanya bukan di negeri tempatnya berada.
ii. Kubur kaum keluarga terdekat atau sahabat handai yang pada ketika hidup mereka sunat untuk diziarahi, begitu juga bila mereka meninggal dunia.
iii. Kubur orang lain (yang bukan keluarga atau sahabat handai) dengan tujuan berziarah untuk mengingatkan kematian, memohon rahmat daripada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ untuknya atau sebagainya.
2. Hukum berziarah bagi perempuan.
Keadaan perempuan berbeza dengan lelaki dari segi emosi dan perasaan. Perasaan mudah tersentuh dengan apa sahaja yang berlaku sering dikaitkan dengan mereka. Apabila seseorang yang dikenali meninggal dunia, lebih-lebih lagi jika orang tersebut adalah seseorang yang disayangi atau terlalu rapat dengannya selalunya membangkitkan emosi dan ada sesetengahnya tidak dapat membendung perasaan sehingga meraung-raung di depan mayat atau di tanah perkuburan.
Menurut pendapat jumhûr ulama, hukum ziarah kubur bagi perempuan adalah makruh kerana ditakuti boleh mengundang fitnah atau ditakuti mereka menangis dengan mengeluarkan suara yang nyaring meratapi kepergian si mati.
Dalil yang menunjukkan bahawa hukum perempuan menziarahi kubur adalah tidak haram berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam seperti berikut:
i. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiallâhu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan bersabarlah.” (Hadits muttafaq ‘alaih)
Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur bagi perempuan tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, sudah setentunyalah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam menegur ataupun melarang perempuan tersebut daripada menziarahi kubur.
ii. Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam tentang do‘a yang boleh dibacanya apabila berziarah ke perkuburan. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada orang-orang mu’min dan orang-orang Islam dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu daripada kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu. (Hadits riwayat Muslim)
Hadits di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram bagi perempuan berziarah kubur.
Namun perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi perempuan ini bergantung kepada tujuan dan keadaannya ketika berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun tujuannya untuk mengambil i‘tibâr, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat. Di samping itu, perempuan tersebut hendaklah dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah, dapat menahan diri daripada kesedihan atau dukacita yang bersangatan dan aman daripada segala fitnah.
Manakala apabila berlaku tujuan dan keadaan yang sebaliknya, maka hukum makruh tersebut akan bertukar kepada haram. Menurut sesetengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman daripada segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.
Berbeza pula hukumnya menziarahi kubur Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki. Begitu juga menurut sebahagian ulama, sunat berziarah ke kubur para nabi, para ulama dan auliâ’.
Hukum Perempan Haidh Menziarahi Kubur
Perempuan yang dalam haidh tidak ada halangan untuk menziarahi kubur, kerana untuk meziarahinya tidak disyaratkan suci daripada hadas kecil mahupun besar. Suci daripada hadas merupakan salah satu adab yang disunatkan sahaja kepada orang-orang yang ingin berziarah ke tanah perkuburan.
Oleh yang demikian, perempuan haidh menziarahi kubur dengan tujuan yang dibenarkan oleh syara‘ serta dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah dihukumkan makruh sebagaimana dengan hukum perempuan suci berziarah kubur.
Namun satu hal yang berbeza di antara perempuan yang suci dengan perempuan yang sedang haidh ketika di tanah perkuburan ialah dari segi keharusan membaca ayat-ayat al-Qur’an untuk si mati. Perlu diingat, perempuan yang dalam haidh haram membaca al-Qur’an walaupun hanya satu ayat daripada al-Qur’an. Memadailah baginya berzikir seperti bertahlîl, bertasbîh dan sebagainya atau berdo‘a seperti memohon keampunan, rahmat atau yang seumpamanya daripada Allah untuk si mati.
Secara umumnya, adab-adab yang perlu dijaga oleh perempuan yang menziarahi kubur sama ada yang dalam keadaan suci mahupun haidh ialah:
1. Hendaklah dia ditemani oleh suami ataupun mahramnya.
2. Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.
3. Jangan selalu pergi menziarahi kubur.
4. Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang dilarang ke atas kaum lelaki, kerana Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: (Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan perkataan yang tidak baik. (Hadits riwayat an-Nasa’i)
Perlu diambil perhatian juga, hukum yang membenarkan perempuan berziarah kubur ini adalah tertakluk kepada adanya keizinan daripada suami atau wali. Sekiranya tiada keizinan daripada suami atau wali, tidaklah perempuan itu dibenarkan untuk berziarah kubur.
Kesimpulannya, perempuan yang dalam haidh tidak dilarang menziarahi kubur kerana secara umumnya hukum berziarah bagi perempuan itu adalah makruh dengan ada syarat-syarat yang perlu dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping itu, jika dia turut sama berziarah ke perkuburan bersama ahli keluarga yang lain, dia hendaklah berhati-hati agar tidak turut sama dengan yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti Yâsîn dan yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang demikian dengan keadaannya di dalam haidh itu.
ZAKAT
WAJIB BERNIAT KETIKA BERZAKAT
Jumhûr ulama bersepakat bahawa niat merupakan salah satu syarat sah pelaksanaan zakat sebagaimana dengan ibadat-ibadat yang lain seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. Ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Sayyidina ‘Umar Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya amal perbuatan itu adalah dengan niat dan bahawasanya bagi setiap orang itu hanyalah menurut apa yang diniatkannya. (Hadits riwayat Abu Daud)
Letak dan Lafaz Niat Zakat
Letak niat adalah di dalam hati sementara melafazkannya pula adalah sunat kerana dapat membantu apa yang diniatkan dalam hati. Oleh yang demikian, niat zakat wajib dilakukan di dalam hati oleh orang yang hendak mengeluarkan zakat dan tidak memadai hanya dilafazkan dengan lisan semata-mata.
Ketika seseorang itu mengeluarkan zakatnya, bolehlah dia berniat seperti berikut: “Ini fardhu (kefardhuan) zakat hartaku”, “ini fardhu (kefardhuan) sedekah hartaku” atau “ini sedekah wajib hartaku”. Juga dianggap memadai jika orang yang berzakat itu berniat: “Ini zakat hartaku” tanpa menyebutkan perkataan ‘fardhu’. Ini kerana umumnya sudah diketahui bahawa zakat merupakan perkara yang wajib dilaksanakan apabila telah mencukupi syarat-syaratnya. Namun adalah afdhal menyebutkan lafaz ‘fardhu’ bersama dengan lafaz ‘zakat’.
Perkara ini berbeza jika dia menyebut ‘zakat’ dengan perkataan ‘sedekah’. Sebagai contoh: “Ini sedekah hartaku”. Dalam hal ini, jika dia menyebut lafaz ‘sedekah’ hendaklah dia menyebut lafaz ‘fardhu’ bagi membezakan antara sedekah wajib (zakat) dengan sedekah sunat. Begitu juga tidak memadai niat zakatnya jika dia berniat: “Ini fardhu hartaku”. Ini kerana jika niatnya sedemikian maka ia boleh juga membawa maksud kepada membayar kaffarah, nazar atau lain-lain.
Bilakah Niat Zakat Dilakukan?
Secara umumnya, niat dilakukan sebelum melaksanakan sesuatu ibadat, umpamanya berniat puasa atau seiring dengan perbuatan memulakan ibadat, umpamanya berniat sembahyang.
Dalam ibadat zakat, niat harus dilakukan pada keadaan-keadaan berikut:
1. Jika orang yang hendak mengeluarkan zakat itu menyerahkan sendiri wang zakatnya kepada ashnâf-ashnâf yang berhak, maka dalam keadaan ini dia harus berniat mengeluarkan zakat sama ada ketika mengasing-asingkan wang zakat daripada hartanya atau ketika dia mengagihkan kepada ashnâf zakat.
2. Jika dia menyerahkan wang zakat kepada wakil atau kepada pemerintah atau pegawai-pegawai yang dilantik sebagai wakil pemerintah untuk mengurus wang zakat, maka dia harus berniat mengeluarkan zakat sama ada:
i. Ketika mengasing-asingkan wang zakat daripada hartanya, atau;
ii. Ketika menyerahkan wang zakat kepada wakil atau kepada pemerintah atau pegawai-pegawai yang dilantik sebagai wakil pemerintah untuk mengurus wang zakat, atau;
iii. Sesudah menyerahkan wang zakat kepada wakil atau kepada pemerintah atau pegawai-pegawai yang dilantik, tetapi jangan sampai melewati masa penyerahan wang zakat kepada ashnâf-ashnâf yang berhak.
Perlukah Wakil Orang Yang Berzakat Atau Pemerintah Berniat Zakat?
Pertama: Wakil orang yang mengeluarkan zakat.
Orang yang berzakat harus mewakilkan penyerahan wang zakat kepada seseorang sama ada untuk diserahkan kepada ashnâf-ashnâf yang berhak atau kepada pemerintah atau pegawai-pegawai yang dilantik sebagai wakil pemerintah.
Dalam hal ini, wakil tidak perlu untuk berniat melakukan zakat bagi pihak orang berzakat ketika mengagih-agihkan wang zakat kepada ashnâf atau ketika menyerahkan wang zakat kepada pemerintah atau pegawai-pegawai yang dilantik. Ini kerana orang yang berzakat sudahpun melakukan niat seiring dengan perbuatan mengeluarkan wang zakat daripada harta atau ketika menyerahkan wang zakat kepada wakil. Walau bagaimanapun afdhal jika dia turut berniat melakukan zakat sebagai wakil ketika menyerahkan wang zakat.
Tidak sah niat zakat yang dilakukan oleh wakil jika orang yang mengeluarkan zakat tidak berniat untuk berzakat melainkan jika orang yang berzakat menyerahkan niat berzakat kepada wakilnya dengan mengatakan: “Aku mewakilkan engkau untuk pembayaran zakatku dan aku wakilkan engkau untuk berniat.” Namun dalam penyerahan niat zakat kepada wakil hendaklah wakil itu seorang yang berkelayakan untuk berniat zakat iaitu hendaklah Islam, merdeka dan mukallaf.
Kedua: Pemerintah atau pegawai yang dilantik pemerintah untuk menguruskan hal ehwal zakat.
Orang yang berzakat atau wakilnya harus menyerahkan sendiri harta zakat kepada ashnâf-ashnâf yang berhak. Namun adalah afdhal menyerahkannya kepada pemerintah atau pegawai-pegawai yang dilantik sebagai wakil pemerintah untuk menguruskan wang zakat. Ini kerana mereka lebih mengetahui tentang ashnâf-ashnâf yang berhak dan mempunyai kuasa untuk mengagih-agihkan zakat kepada mereka. Begitu juga pemilik harta tentunya terlepas daripada tanggungan kewajipan zakat dengan penyerahan wang zakat kepada pemerintah atau pegawai-pegawai yang dilantik.
Dalam hal ini, pemerintah atau pegawai yang dilantik tidak perlu berniat ketika menyerahkan wang zakat kepada ashnâf-ashnâf yang berhak. Ini kerana orang yang berzakat sudah melakukan niat seiring dengan perbuatan mengeluarkan wang zakat daripada harta atau ketika menyerahkan wang zakat kepada wakil, kepada pemerintah atau pegawai yang dilantik. Selain itu juga, pemerintah atau pegawai yang dilantik merupakan wakil bagi ashnâf-ashnâf yang berhak, maka menyerahkan wang zakat kepada mereka adalah seperti menyerahkan zakat kepada ashnâf-ashnâf yang berhak. Oleh yang demikian, jika wang zakat rosak/hilang di tangan pemerintah, maka orang yang mengeluarkan zakat tidak dikenakan apa-apa lagi.
Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah afdhal bagi pemerintah atau pegawai yang dilantik memasang niat zakat walaupun orang yang berzakat sudah berniat sebelumnya.
Tidak sah zakat jika orang yang berzakat tidak berniat zakat ketika menyerahkannya kepada pemerintah atau pegawai yang dilantik mengagihkan zakat kepada ashnâf yang berhak walaupun kedua-
duanya (pemerintah atau pegawai yang dilantik) berniat ketika pengagihan itu.
Berbeza halnya pula jika seseorang itu tidak mahu mengeluarkan zakat apabila hartanya sudah mencapai nishâb dan haul. Dalam keadaan ini, pemerintah boleh mengambil wang zakat daripadanya secara paksa. Jika pemilik harta tersebut berniat mengeluarkan zakat ketika diambil wang zakat daripadanya, maka dianggap dia menunaikan zakat. Namun jika pemilik tidak berniat zakat, maka pemerintah atau pegawai yang dilantik wajib berniat bagi menggantikan niat pemilik wang zakat itu.
Siapakah Yang Berniat Zakat Ketika Mengeluarkan Wang Zakat Bagi Harta Kanak-Kanak?
Wali atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kanak-kanak termasuk menguruskan harta kanak-kanak jika ada. Apabila harta kanak-kanak tersebut mencapai nishâb dan haul, maka menjadi kewajipan kepada wali atau penjaganya mengeluarkan sejumlah wang zakat daripada harta tersebut. Begitu juga bagi wali atau penjaga yang menguruskan harta orang gila atau orang bodoh.
Dalam hal ini, wali atau penjaga wajib berniat zakat bagi harta mereka sama ada ketika mengasing-asingkan wang zakat daripada harta atau ketika menyerahkan kepada pemerintah atau pegawai yang dilantik iaitu sebelum pengagihan kepada ashnâf-ashnâf yang berhak.
Jika wali atau penjaga tidak berniat zakat ketika menyerahkan wang zakat kepada ashnâf atau kepada pemerintah atau pegawai yang dilantik dan wang tersebut sudahpun diagihkan kepada ashnâf, maka wali atau penjaga wajib menggantikan wang zakat tersebut dengan wang mereka disebabkan kelalaian mereka untuk berniat ketika mengeluarkan zakat daripada harta tersebut.
Kesimpulannya, niat merupakan salah satu syarat wajib zakat. Ia wajib dilakukan di dalam hati dan sunat dilafazkan dengan lidah oleh orang yang berzakat sama ada ketika mengasing-asingkan wang zakat daripada hartanya atau ketika menyerahkan wang zakat kepada wakil atau kepada pemerintah atau pegawai yang dilantik sebelum pengagihannya kepada ashnâf-ashnâf yang berhak.
Wakil bagi orang yang berzakat dan pemerintah atau pegawai yang dilantik pula tidak disyaratkan untuk berniat ketika mengagihkan zakat, namun afdhal jika mereka berniat walaupun orang yang berzakat telah melakukan demikian.
HAJI
PERSOALAN HAJI YANG DINAZARKAN
Melaksanakan ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas individu Muslim yang mempunyai kemampuan dari segi keupayaan tenaga dan wang ringgit sekali seumur hidup.
Firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullâh, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Surah Âli ‘Imran: 97)
Jelas dalam ayat di atas akan perintah Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ kepada umat Islam untuk mengerjakan haji apabila ada kemampuan serta berkuasa sampai ke Baitullah. Apabila kewajipan haji telah selesai dilaksanakan dengan menyempurnakan semua syarat dan rukun haji, maka gugurlah kewajipan haji yang diwajibkan ke atasnya sekali seumur hidup.
Namun timbul persoalan jika orang yang telahpun menyempurnakan haji fardhu yang diwajibkan ke atasnya sekali seumur hidup ini bernazar untuk menunaikan haji. Umpamanya dia melafazkan nazarnya dengan berkata: “Aku bernazar menunaikan ibadat haji jika aku berjaya masuk ke universiti”. Bagaimana pula nazar mengerjakan haji bagi orang yang belum melaksanakan ibadat haji fardhu?
Bernazar Untuk Menunaikan Ibadat Haji
Pada dasarnya, perkara yang dinazarkan ialah perkara-perkara yang disunatkan oleh syara‘ seperti berpuasa sunat, bersedekah, menunaikan umrah dan sebagainya. Nazar yang seumpama ini wajib ditunaikan.
Adapun bernazar untuk melakukan perkara yang sememangnya sudah diwajibkan oleh syara‘ seperti bernazar untuk menunaikan sembahyang fardhu lima waktu atau bernazar untuk berpuasa di bulan Ramadhan, maka nazarnya itu tidak sah kerana perkara tersebut memang sudah diwajibkan oleh syara‘.
Begitu juga seseorang yang bernazar untuk melaksanakan haji yang diwajibkan ke atasnya sekali seumur hidup, umpamanya dia berkata: “Aku bernazar menunaikan ibadat haji yang diwajibkan kepadaku sekali seumur hidup”, maka nazar tersebut tidak sah kerana perkara tersebut sememangnya sudah diwajibkan oleh syara‘ ke atas dirinya.
Nazar Haji Bagi Orang Yang Telah Menunaikan Haji Fardhu
Orang yang telah menyempurnakan ibadat haji yang difardhukan ke atasnya sekali seumur hidup apabila dia bernazar untuk menunaikan haji, maka wajib ke atasnya mengerjakan haji yang dinazarkannya jika dia berkemampuan.
Jika dia tidak berkeupayaan melakukannya sendiri, maka boleh orang lain melakukan bagi pihaknya sama ada dengan diberi upah atau tidak.
Sunat Menyegerakan Pelaksanaan Haji Nazar
Apabila seseorang yang telah mengerjakan haji fardhu bernazar menunaikan ibadat haji, sunat baginya menyegerakan ibadat haji yang dinazarkannya itu pada awal waktu dia sudah berkemampuan untuk menunaikannya. Tujuannya ialah supaya segera terlepas daripada dzimmah (tanggungan) nazar haji.
Apabila dia berkemampuan untuk menunaikan dan menyegerakan haji yang dinazarkannya, akan tetapi dia melambat-lambatkannya sehingga dia meninggal dunia, maka hendaklah dilakukan haji bagi pihaknya daripada hartanya disebabkan kelalaiannya menunaikan haji semasa hidupnya.
Jika dia meninggal dunia sebelum ada kemampuannya untuk melaksanakan ibadat haji, maka tidaklah menjadi apa-apa tanggungan ke atasnya.
Nazar Haji Dengan Menentukan Tahun Pelaksanaannya
Apabila seseorang itu bernazar menunaikan fardhu haji pada tahun tersebut atau pada tahun yang sudah ditentukannya dan dia berkemampuan untuk menunaikan haji pada waktu tersebut, umpamanya dia berkata: “Jika aku sembuh daripada penyakit ini, maka kerana Allah aku menunaikan haji pada tahun hadapan”, maka wajib ke atasnya melaksanakan nazar hajinya pada tahun yang dinazarkannya itu. Tidak boleh baginya mengawalkan pelaksanaan daripada tahun tersebut atau mengakhirkannya. Jika dia melambat-lambatkan pelaksanaan haji pada tahun tersebut, maka wajib dia mengqadha haji yang dinazarkannya pada tahun berikutnya.
Walau bagaimanapun jika dia bernazar untuk melaksanakan ibadat haji tanpa menentukan tahun bila dia hendak menunaikannya di dalam nazarnya, maka dia boleh melaksanakan haji yang dinazarkannya pada bila-bila tahun yang dikehendakinya.
Nazar Haji Bagi Orang Yang Belum Menunaikan Haji Fardhu
Orang yang belum melaksanakan ibadat haji fardhu apabila bernazar untuk menunaikan haji, maka haji yang dinazarkannya itu adalah menjadi haji wajib ke atasnya. Oleh yang demikian itu tertanggunglah ke atasnya dua kewajipan haji; haji pertama ialah haji fardhu yang wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan dan haji kedua ialah haji yang dinazarkannya.
Dalam hal ini jika dia berkemampuan, maka hendaklah dia mendahulukan melaksanakan haji yang diwajibkan kepadanya oleh syara‘, dan baru melaksanakan haji yang dinazarkannya jika kemudiannya dia berkemampuan untuk melaksanakannya.
Apabila dia berkemampuan untuk menunaikan dan menyegerakan haji yang dinazarkannya, akan tetapi dia melambat-lambatkannya sehingga dia mati, maka hendaklah dilakukan haji bagi pihaknya daripada hartanya disebabkan kelalaiannya menunaikan haji semasa hidupnya.
Walau bagaimanapun nazar haji yang wajib dilaksanakannya itu ialah jika dia berniat dalam nazarnya itu untuk melakukan haji yang bukan fardhu. Jika dia berniat dalam nazarnya itu haji fardhu, maka tidaklah sah nazarnya dan tidak wajib dia melaksanakannya.
Sebagai kesimpulan, apabila seseorang bernazar untuk menunaikan haji dan lafaz tersebut sah menurut syara‘, maka haji yang dinazarkannya itu menjadi haji wajib yang lain iaitu bukan haji yang diwajibkan sekali seumur hidup. Oleh yang demikian, jika dia belum melaksanakan haji yang diwajibkan syara‘ ke atasnya, apabila berkemampuan wajib dia mendahulukan haji tersebut, kemudian barulah melaksanakan haji yang dinazarkannya. Dalam melaksanakan haji yang dinazarkan itu pula, jika dia tidak berupaya melaksanakannya sedangkan dia berkemampuan iaitu cukup bekalan untuk dirinya dan keluarga yang ditinggalkannya, maka boleh mengerjakan haji dengan perantaraan orang lain apabila mempunyai harta bagi membayar upah yang berpatutan kepada orang yang diupahnya ataupun tanpa upah jika orang yang diupah itu redha.
PERLUKAH BERHUTANG UNTUK MENGERJAKAN IBADAT HAJI?
Antara tuntutan agama Islam yang wajib ditunaikan ialah ibadat haji. Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia wajib ditunaikan oleh orang Islam yang mukallaf yang memenuhi syarat-syarat tertentu, sekali seumur hidupnya.
Syarat Wajib Haji
Menurut para ulama, syarat-syarat wajib haji dan juga umrah ialah: Islam, bâligh, berakal, merdeka dan istithâ‘ah. Apakah yang dimaksudkan istithâ‘ah di sini? Istithâ‘ah membawa maksud berkuasa atau berkemampuan untuk menunaikan haji.
Ini dijelaskan dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. (Surah Âli ‘Imran: 97)
Ayat di atas menjelaskan bahawa haji diwajibkan ke atas orang yang berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakannya.
Istithâ‘ah sebagai syarat wajib menunaikan haji itu terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama: Istithâ‘ah mubâsyarah binafsih iaitu mampu mengerjakan sendiri ibadat haji dengan adanya kemampuan dari segi harta dan fizikal.
Kedua: Istithâ‘ah bighairih iaitu mampu mengerjakan ibadat haji dengan perantaraan orang lain kerana kemampuannya untuk mengerjakan ibadat haji dari segi harta sahaja, seperti orang yang wajib ke atasnya haji sebelum dia meninggal dunia, maka wajib ditunaikan haji bagi pihak dirinya dengan harta peninggalannya, orang terlalu tua atau orang sakit yang tidak berupaya mengerjakan hajinya kecuali dengan mengupah orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihak dirinya.
Syarat Istithâ‘ah Mubâsyarah Binafsih
Orang yang mampu mengerjakan sendiri ibadat haji kerana kemampuannya dari segi harta dan fizikal terikat dengan beberapa syarat, iaitu:
1. Mempunyai perbelanjaan atau bekalan yang mencukupi untuk dirinya ketika dalam perjalanan pergi dan balik dan sewaktu dia melaksanakan ibadat haji, serta perbelanjaan sara hidup bagi orang yang diwajibkan ke atasnya menanggung nafkahnya semasa dalam pelayarannya.
2. Terdapat kenderaan untuk perjalanannya umpamanya kapal terbang, kapal laut, bas dan sebagainya, sama ada miliknya sendiri ataupun disewa dengan kadar sewaan biasa atau sewaan semasa menurut keadaan, tempat dan waktu.
Syarat ini adalah bagi orang-orang yang tinggal sejauh dua marhalah atau lebih dari Makkah al-Mukarramah iaitu jarak perjalanan yang membolehkan diqasharkan sembahyang.
Kedua-dua syarat di atas ada disebutkan dalam hadits Baginda Shallallâhu ‘alahi wasallam daripada Ibnu ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ katanya:
Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Shallallâhu ‘alahi wasallam, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah syarat yang mewajibkan haji itu?” Baginda bersabda: “Bekalan dan kenderaan.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
3. Hendaklah aman dan selamat dalam perjalanannya daripada bahaya, seperti binatang buas ataupun musuh. Perkara ini bukan sahaja ke atas dirinya tetapi juga ke atas hartanya, kehormatannya dan juga keselamatan orang-orang yang bersamanya.
4. Sihat tubuh badan dan tidak menghadapi kepayahan atau kesukaran yang tidak dapat ditanggung menurut kebiasaannya dalam perjalanan umpamanya kerana tua atau sakit.
5. Mempunyai kesempatan dan masa bagi mengerjakan fardhu haji. Maksudnya ialah seseorang yang memenuhi syarat-syarat wajib haji pada ketika itu mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat urusan dan melakukan perjalanan bagi mengerjakan fardhu haji.
6. Bagi perempuan, hendaklah ditemani oleh suaminya atau mahramnya atau perempuan-perempuan yang boleh dipercayai berdasarkan sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alahi wasallam:
Maksudnya: Janganlah seorang perempuan belayar kecuali bersamanya suaminya atau mahramnya. (Hadits riwayat Muslim)
Maka jika salah satu daripada syarat-syarat istithâ‘ah tersebut tidak dipenuhi, maka tidaklah diwajibkan ke atas seseorang itu untuk mengerjakan ibadat haji.
Mengerjakan Haji Dengan Berhutang
Islam telah menetapkan bahawa ibadat haji tidak wajib ke atas orang yang tidak berharta. Islam juga telah menetapkan bahawa orang yang tidak berharta adalah tidak diwajibkan berhutang untuk mengerjakan ibadat haji. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Abu Awfa Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Aku pernah bertanya kepadanya (Rasulullah Shallallâhu ‘alahi wasallam) tentang seorang lelaki yang belum lagi menunaikan haji: “Adakah dia perlu berhutang untuk menunaikan haji itu?” Rasulullah Shallallâhu ‘alahi wasallam menjawab: “Tidak.” (Musnad asy-Syafi‘e)
Begitu juga dalam sebuah atsar yang diriwayatkan daripada Thariq Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: Aku pernah mendengar anak Abu Awfa (salah seorang sahabat Nabi Shallallâhu ‘alahi wasallam) ditanya berkenaan seorang lelaki yang mahu berhutang dan mengerjakan haji (dengan hutangnya itu), beliau berkata: “Mohonlah rezeki kepada Allah dan jangan berhutang.” (Hadits riwayat al-Baihaqi)
Dalam hal ini juga, Imam an-Nawawi Rahimahullâhu Ta‘âlâ ada menyebutkan dalam kitab beliau al-Majmû‘:
Ertinya: Apabila sudah tidak wajib (haji itu) ke atas orang yang memang sedia ada hutangnya kerana hutangnya itu, maka tidak wajib berhutang (untuk pergi haji) itu adalah lebih awlâ (utama) lagi.
Imam an-Nawawi Rahimahullâhu Ta‘âlâ berkata lagi:
Ertinya: Telah berkata ulama-ulama asy-Syafi‘iyyah: “Sekiranya orang yang memberi hutang itu setuju hutang itu dibayar kemudian sehingga (orang yang berhutang itu) pulang daripada mengerjakan haji, ibadat haji itu masih tidak wajib ke atas orang yang berhutang itu tanpa percanggahan pendapat.” Oleh itu, tidak dituntut dalam Islam menunaikan ibadat haji dengan berhutang, kerana pada dasarnya orang yang berhutang dan orang yang mempunyai hutang dianggap sebagai orang yang belum mempunyai kemampuan (istithâ‘ah) untuk mengerjakan haji.
Islam Tidak Menggalakkan Berhutang Untuk Mengerjakan Ibadat Haji
Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Ini dijelaskan dalam al- Qur’an sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. (Surah al-Baqarah:185)
Firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ lagi:
Tafsirnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Surah al-Baqarah: 286)
Dalam konteks ini, jika syarat-syarat wajib haji tidak dapat dipenuhi oleh seseorang, maka tidaklah wajib baginya pergi mengerjakan haji, walaupun haji itu salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Berhutang kerana tujuan tersebut adalah suatu perkara yang tidak dituntut oleh agama, kerana berhutang sangat membebankan dan boleh membawa akibat yang buruk seperti berlakumya kesusahan dan mengandungi risiko yang tinggi bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan tentang orang yang berhutang dengan sabda Baginda:
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri kamu daripada hutang, kerana sesungguhnya (hutang itu) awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula mengambil harta orang dengan tidak mengembalikannya. (Hadits riwayat Malik)
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam lagi:
Maksudnya: Roh seseorang mu’min itu tergantung-gantung kerana hutangnya (yang belum dibayar) sehinggalah hutangnya itu dibayar. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Kedudukan Haji Orang Yang Berhutang
Walau bagaimanapun, sekiranya orang yang berhutang itu mengerjakan haji juga dengan duit yang dipinjamnya, maka ibadat haji yang dikerjakannya itu sah sebagai haji fardhu dalam Islam. Apabila suatu hari nanti, jika dia sudah berkemampuan untuk mengerjakan haji, maka dia tidak lagi diwajibkan atau dituntut untuk mengerjakannya. Ini jelas disebut oleh Imam an-Nawawi Rahimahullâhu Ta‘âlâ:
Ertinya: Adapun untuk dikira haji yang dikerjakan itu menjadi haji Islam (haji fardhu), maka syaratnya ada empat perkara: Islam, berakal, merdeka dan bâligh. Jika seorang fakir berusaha dengan bersusah payah (untuk mendapatkan perbelanjaan bagi tujuan) mengerjakan haji, maka haji itu menjadi haji Islam.
Beliau berkata lagi dalam kitabnya Minhâj ath-Thâlibîn:
Ertinya: Maka memadailah (sah) haji seorang yang fakir (yang berusaha dengan bersusah payah untuk mendapatkan perbelanjaan mengerjakan haji).
Begitu juga asy-Syeikh al-Khathib asy-Syarbini Rahimahullâhu Ta‘âlâ ketika mensyarahkan perkataan Imam an-Nawawi Rahimahullâhu Ta‘âlâ di atas dalam kitabnya Mughni al-Muhtâj, beliau berkata:
Ertinya: (Dan begitu juga memadai (sah) haji yang dilakukan oleh) setiap orang yang tidak berkemampuan apabila terkumpul merdeka dan taklîf (berakal dan bâligh).
Sebagai kesimpulan, orang yang tiada kemampuan dari segi kewangan, tidaklah perlu dia menyusahkan dirinya dengan berhutang untuk mengerjakan ibadat haji yang merupakan salah satu rukun Islam, apatah lagi bagi orang yang sudah mengerjakan haji atau umrah.
ISU MENUTUP KEPALA DAN MUKA KETIKA DALAM IHRAM HAJI DAN UMRAH
Ketika menunaikan ibadat haji dan umrah, seseorang itu dituntut untuk berihram kerana ia adalah salah satu rukun haji dan umrah. Ihram bermaksud berniat pada melakukan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali.
Apabila seseorang itu dalam ihram haji atau umrah, ada beberapa perkara yang wajib dihindari, antaranya ialah menutup sebahagian kepala dan muka.
Larangan ini bersumberkan daripada hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ, ketika seseorang bertanya kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam mengenai pakaian yang perlu dipakai oleh orang yang berihram. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Janganlah kamu memakai baju, seluar, serban dan jubah yang bertutup kepala melainkan seseorang yang tidak mempunyai selipar, maka pakailah sepatu (khuf) dan potonglah (khuf itu) sampai di bawah buku lali (sehingga nampak buku lali), dan janganlah kamu memakai sesuatu yang dibubuhi minyak za‘faran dan waras (sejenis tumbuhan yang berbau wangi), dan janganlah perempuan yang berihram memakai penutup muka (niqab) dan sarung tangan. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Untuk lebih jelasnya dihuraikan hukum dan maksud serta contoh-contoh menutup kepala dan muka bagi mereka yang berihram.
Hukum Menutup Kepala
Bagi lelaki yang berihram haram ke atasnya menutup sebahagian kepalanya dengan sesuatu yang pada kebiasaannya dikira sebagai penutup kepala, sama ada ia daripada jenis yang berjahit ataupun tidak.
Jika lelaki yang berihram itu menutup kepalanya tanpa keuzuran maka dia berdosa dan wajib ke atasnya fidyah. Jika dia menutup kepalanya kerana keuzuran seperti kepanasan, kesejukan atau berubat maka harus dan tidak berdosa. Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ tidak mewajibkan sesuatu yang menyusahkan sebagaimana firmanNya:
Tafsirnya: Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. (Surah al-Hajj: 78)
Walaupun orang yang ada keuzuran itu diharuskan menutup kepalanya akan tetapi wajib ke atasnya membayar fidyah.
Adapun ukuran keuzuran yang diharuskan untuk orang yang berihram itu menutup kepalanya ialah pada kadar dia tidak mampu bersabar untuk menghadapi kesusahan yang dihadapinya seperti dia tidak sabar menahan kepanasan atau kesejukan, walaupun kadar kesusahan yang dihadapinya itu tidak sampai kepada peringkat yang mengharuskan bertayammum.
Maksud Menutup Kepala
Maksud menutup sebahagian kepala itu ialah menutup di mana-mana bahagian kepala dengan sesuatu yang kebiasaannya dikira sebagai penutup kepala. Termasuk dalam makna kepala ialah bahagian atas belakang telinga.
Maksud sesuatu yang kebiasaannya dikira sebagai penutup itu ialah seperti songkok, topi, serban, kain dan seumpamanya. Demikian juga sesuatu yang dikira sebagai penutup itu ialah tanah atau pacar yang tebal sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallâhu ‘anhumâ ketika seorang lelaki yang berihram terjatuh daripada tunggangannya sehingga patah lehernya lalu meninggal dunia. Kemudian Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Kamu mandikan dia dengan air dan daun bidara dan kamu kafankan dia dengan dua bajunya dan janganlah kamu tutup kepalanya, maka sesungguhnya Allah akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat nanti dalam keadaan bertalbiah (menyahut seruan Allah dengan mengucapkan َ (Hadits riwayat Muslim)
Adapun menutup kepala dengan sesuatu yang kebiasaannya tidak dikira sebagai penutup kepala adalah tidak haram melakukannya, seperti menjadikan serban sebagai bantal, menyelamkan kepala dalam air walaupun keruh atau berteduh di bawah usungan atau seumpamanya walaupun ia bersentuhan dengan kepala ataupun tidak.
Demikian juga menurut Imam an-Nawawi Rahimahullâh, tidak mengapa meletakkan tangan di atas kepala atau mengikat sehelai benang kerana pening atau sebagainya walaupun dia memang bermaksud untuk menutup kepalanya.
Menurut Imam an-Nawawi dan Imam ar-Ramli Rahimahumallâh, tidak haram dan tidak wajib fidyah apabila meletakkan bakul atau seumpamanya di atas kepala dengan bukan tujuan untuk menutupnya. Akan tetapi jika dia bermaksud untuk menutup kepala maka perbuatannya itu haram dan wajib fidyah.
Adapun jika bakul itu tidak ada sesuatu isi di dalamnya kemudian diletakkan bakul itu di atas kepala seperti menjadikannya songkok walaupun tidak bermaksud untuk menutup kepala maka perbuatan itu haram dan wajib fidyah.
Bagi perempuan yang berihram pula tidak dilarang daripada menutup kepala bahkan wajib menutupnya.
Hukum Menutup Muka
Perempuan yang berihram haram ke atasnya menutup muka. Jika dia menutup mukanya tanpa sebarang keuzuran maka dia berdosa.
Jika dia menutup mukanya kerana keuzuran seperti kepanasan, kesejukan atau berubat maka harus dan tidak berdosa akan tetapi wajib ke atasnya fidyah. Hal ini sama keadaannya dengan lelaki yang menutup kepala disebabkan keuzuran.
Sekiranya perempuan yang berihram itu menutup mukanya dengan tidak menyentuh mukanya seperti kain yang ditongkat dengan kayu hukumnya adalah harus, tidak kira sama ada dia menutupnya kerana keuzuran seperti kepanasan atau takut fitnah, ataupun bukan kerana keuzuran. Jika kayu penongkat kain itu jatuh dengan tidak sengaja sehingga kain tersebut terkena mukanya lalu dengan segera dia mengangkat kain itu agar tidak menyentuh mukanya maka tidak diwajibkan fidyah. Akan tetapi jika dia sengaja menjatuhkan kayu tersebut atau membiarkan kain itu menyentuh mukanya maka dia berdosa dan wajib ke atasnya fidyah.
Bagi lelaki pula, ketika dalam ihram tidak dilarang daripada menutup mukanya.
Maksud Menutup Muka
Maksud menutup muka ialah menutup keseluruhan muka atau sebahagian muka dengan sesuatu penutup sama ada yang berjahit ataupun tidak.
Larangan ini tidak termasuk menutup sebahagian kecil muka yang berdekatan dengan kepala sedang keseluruhan kepala tidak dapat ditutup melainkan dengan menutup sebahagian kecil muka itu. Ini kerana kepala perempuan adalah aurat dan wajib memelihara aurat dengan menutupnya.
Fidyah Bagi Orang Yang Berihram Melanggar Larangan Menutup Kepala Dan Muka
Fidyah atau dam bagi mereka yang melanggar larangan menutup kepala dan muka itu termasuk dalam bahagian dam takhyîr dan taqdîr. Takhyîr bermaksud boleh memilih mana-mana fidyah yang ditetapkan oleh syara‘. Sementara taqdîr pula bermaksud kadar fidyah yang sudah ditentukan syara‘.
Fidyah yang diwajibkan bagi mereka yang melanggar larangan menutup kepala dan muka itu ialah seperti berikut:
1. Menyembelih seekor kambing.
2. Memberi enam orang miskin tiga gantang beras, gandum atau seumpamanya dengan setiap seorang setengah gantang.
3. Berpuasa selama tiga hari.
Oleh itu, orang yang melanggar larangan menutup kepala dan muka itu wajib membayar fidyah dengan memilih salah satu daripada tiga jenis fidyah di atas.
Firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Jika sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya semasa dalam ihram itu), maka wajiblah ke atasnya membayar fidyah iaitu dengan berpuasa atau memberi sedekah atau menyembelih binatang (sebagai dam). (Surah al-Baqarah: 196)
Demikianlah penjelasan berkenaan larangan menutup kepala dan muka bagi orang yang berihram ketika menunaikan haji dan umrah. Oleh itu, perlulah diingatkan terutamanya kepada mereka yang ingin menunaikan ibadat haji untuk meningkatkan ilmu tentang haji sama ada pada perkara yang disuruh ataupun perkara yang dilarang melakukannya seperti larangan-larangan ketika berihram.
PERMASALAHAN MELONTAR JAMRAH
Melontar jamrah adalah antara perkara-perkara wajib ketika menunaikan ibadat haji di Makkah. Melontar jamrah itu terbahagi kepada dua iaitu melontar jamrah al-‘Aqabah sahaja pada hari Nahar (10 Zulhijjah) dan melontar ketiga-tiga jamrah iaitu al-Ûlâ, al-Wusthâ dan al-‘Aqabah pada hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
Ibadat melontar jamrah dilakukan setelah para jemaah haji selesai mengerjakan wuquf di ‘Arafah. Mereka akan bertolak ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah di suatu tempat yang bernama Wadi Mahassar yang terletak di antara Mina dan Muzdalifah.
Namun terdapat perbezaan hukum bagi kedua-dua lontaran pada hari Nahar dan hari-hari Tasyriq. Banyak persoalan yang telah dihadapi oleh para jemaah haji berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan melontar jamrah ini. Antara permasalahan itu ialah:
1. Waktu melontar.
Bilakah sebenarnya waktu melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar (10 zulhijjah) dan tiga jamrah (al-Ûlâ, al-Wusthâ, al-‘Aqabah) pada hari Tasyriq itu kerana ada di antara jemaah haji melontar pada sebelah pagi atau sebelum tergelincir matahari?
Waktu melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar ialah bermula pada pertengahan malam hari Nahar dan selepas wuquf di ‘Arafah, maka tidak sah jika lontaran itu dilakukan sebelum wuquf di ‘Arafah ataupun sebelum pertengahan malam hari Nahar. Manakala waktu afdhal melontar pula ialah semasa matahari naik sehingga tergelincir, dan waktu ikhtiar (pilihan) ialah selepas tergelincir matahari sehingga terbenam matahari. Waktu harus melontar pula ialah dari selepas terbenam matahari sehingga akhir hari Tasyriq.
Waktu melontar tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) ialah bermula waktu afdhal melontar itu selepas tergelincir matahari sebelum menunaikan sembahyang zohor, waktu ikhtiâr melontar pula ialah dari selepas tergelincir matahari sehingga terbenam matahari pada hari tersebut, dan berterusan waktu harus melontar itu sehingga terbenam matahari pada akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah).
Amalan melontar jamrah setelah matahari tergelincir pada hari-hari Tasyriq adalah amalan Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam berdasarkan hadits Ibnu ‘Abbas Radhiallâhu ‘anhumâ:
Maksudnya: Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam melontar jamrah-jamrah (jamrah al-Ûlâ, al-Wusthâ dan al-‘Aqabah) ketika gelincir matahari. (Hadits riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Maka melontar jamrah sama ada untuk hari Nahar ataupun hari-hari Tasyriq adalah mengikut urutan waktu yang telah dijelaskan. Lontaran tidaklah dikira sah jika dilakukan bukan pada waktunya.
• Melontar pada sebelah pagi sebelum tergelincir matahari.
Jika lontaran yang dilakukan pada sebelah pagi sebelum tergelincir matahari itu ialah lontaran jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar maka lontaran itu adalah sah kerana ia dilakukan dalam waktu yang telah ditetapkan iaitu bermula pada pertengahan malam hari Nahar sehinggalah akhir Hari Tasyriq.
Namun jika lontaran yang dilakukan pada sebelah pagi sebelum tergelincir matahari itu ialah lontaran di ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyriq maka lontaran itu tidaklah sah melainkan lontaran qadha’ sahaja. Ini adalah mengikut pendapat yang mu‘tamad bahawa melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq sebelum tergelincir matahari adalah ditegah melainkan lontaran qadha’ sepertimana dikatakan oleh Syeikh Muhammad Thahir bin ‘Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki Rahimahullâhu Ta‘âlâ: “Dan yang mu‘tamad adalah harus melontar jamrah sebelum tergelincir matahari atau malam hari bagi mengganti lontaran yang luput, berbeza dengan lontaran untuk hari berkenaan adalah ditegah mendahulukan melontar sebelum matahari tergelincir.”
Jadi diharuskan melontar pada sebelah pagi sebelum tergelincir matahari pada hari-hari Tasyriq hanya untuk mengganti (mengqadha’) lontaran yang luput pada hari-hari yang sebelumnya.
Untuk lebih jelas lagi, sekiranya jamrah al-‘Aqabah tidak dilontar pada hari Nahar, ia boleh diganti dengan melontarnya pada bila-bila masa pada hari-hari Tasyriq termasuk pada sebelah pagi sebelum matahari tergelincir, begitu juga jika ketiga-tiga jamrah pada hari pertama atau kedua hari Tasyriq tidak dilontar, lontaran boleh diganti pada bila-bila masa pada akhir hari Tasyriq termasuk sebelah pagi sebelum matahari tergelincir.
Dengan itu boleh melontar pada sebelah pagi sebelum matahari tergelincir pada hari-hari Tasyriq untuk lontaran qadha’ sahaja.
Namun cara melaksanakan lontaran yang luput itu hendaklah secara tertib. Iaitu dengan mendahulukan lontaran yang telah luput itu terlebih dahulu kemudian baharulah lontaran untuk hari berkenaan. Jika melakukan lontaran untuk hari berkenaan terlebih dahulu kemudian barulah mengqadha’ lontaran yang luput itu maka lontaran itu hanya dikira sebagai lontaran qadha’ sahaja. Maknanya lontaran pada hari itu tidaklah dikira kerana tidak mengikut secara tertib.
Secara praktikalnya lontaran secara tertib itu adalah seperti berikut, jika lontaran yang luput itu ialah lontaran hari Tasyriq yang pertama maka cara melaksanakan lontaran yang luput itu pada keesokan harinya ialah dengan mendahulukan lontaran yang luput itu bermula dari jamrah as- Shugrâ, jamrah al-Wusthâ dan jamrah al-‘Aqabah. Kemudian diulang lagi lontaran itu untuk lontaran pada hari itu (hari Tasyriq kedua) dengan mendahulukan lagi lontaran daripada jamrah as-Shugrâ, jamrah al- Wusthâ dan jamrah al-‘Aqabah.
Namun jika lontaran yang luput dan lontaran untuk hari berkenaan itu tidak dilakukan secara tertib, tetapi dilakukan secara serentak bagi setiap jamrah iaitu sebanyak empat belas kali lontaran, tujuh kali bagi lontaran yang luput dan tujuh kali bagi lontaran pada hari berkenaan, lontaran yang hanya dikira adalah lontaran qadha’ sahaja. Sementara lontaran untuk hari berkenaan tidak dikira.
• Melontar selepas hari Tasyriq.
Melontar selepas hari-hari Tasyriq adalah tidak sah dan wajib bagi orang yang melakukannya membayar dam apabila dia meninggalkan tiga lontaran atau lebih daripada lontaran itu, sebagaimana yang dikatakan oleh al-‘Allamah as-Sayyid Muhammad ‘Abdullah al-Jardani Rahimahullâhu Ta‘âlâ:
Ertinya: Bahkan dimestikan (diwajibkan) baginya (dam) dengan meninggalkan tiga lontaran ataupun lebih banyak. (Fath al-‘Allâm)
Begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Thahir bin ‘Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki Rahimahullâhu Ta‘âlâ:
Ertinya: Tidak sah melontar selepas hari-hari Tasyriq pada asasnya, bahkan dimestikan membayar dam jika tinggal lontaran sebanyak tiga atau lebih. (Irsyâd az-Zumar li Manâsik al-Hajj wa ‘Umrah)
Maka jelaslah jika lontaran hari Nahar dan hari-hari Tasyriq dilakukan selepas terbenam matahari pada hari Tasyriq yang terakhir iaitu 13 Zulhijjah maka lontaran itu adalah tidak sah. Maka orang yang meninggalkan sebanyak tiga lontaran ataupun lebih adalah wajib membayar dam.
2. Tempat mengambil anak batu untuk melontar.
Di manakah tempat mengambil anak batu untuk digunakan melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar dan di ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyriq?
Pada dasarnya tempat mengutip batu untuk keperluan melontar jamrah yang diperkatakan oleh ulama-ulama fiqh mazhab asy-Syafi‘e ada dua: Tanah haram dan tanah halal.
Tanah haram merangkumi Muzdalifah, Wadi Muhassar, kawasan kota Mina, kawasan jamrah dan lobang jamrah, serta mana-mana kawasan tanah haram seperti kota Makkah.
Tanah halal pula ialah seluruh kawasan yang berada di luar kawasan tanah haram seperti Padang ‘Arafah, Jeddah dan Brunei Darussalam.
Jika yang diambil kira itu ialah hukum dan afdhaliyyah (keutamaan) melontar, maka caranya adalah sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Thahir bin Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki Rahimahullâhu Ta‘âlâ di dalam kitab beliau Irsyâd az-Zumar li Manâsik al-Hajj wa al-‘Umrah adalah seperti berikut:
i. Sunat:
Sunat mengutip anak batu di kawasan Muzdalifah untuk lontaran ke jamrah al-‘Aqabah sahaja pada hari Nahar (10 Zulhijjah).
Manakala untuk lontaran di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq sunat diambil di kawasan Wadi Muhassar (yang terletak di antara Muzdalifah dan Mina), atau mana-mana tempat di kota Mina.
ii. Makruh:
Mengutip anak-anak batu dari mana-mana tempat selain tempat yang disunatkan mengambilnya adalah dikira sah serta memadai. Namun makruh mengutip anak batu dari lubang jamrah, dari kawasan tanah halal (seperti Padang ‘Arafah, Jeddah dan Brunei Darussalam) dari mana-mana kawasan masjid atau dari kawasan yang bernajis. Oleh itu, jika anak batu itu diambil di kawasan Muzdalifah untuk digunakan melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar dan di Wadi Muhassar atau di mana-mana tempat di Mina untuk lontaran pada hari-hari Tasyriq adalah sunat. Manakala jika anak batu itu diambil dari kawasan luar tanah haram atau dari mana-mana tempat kawasan masjid atau dari kawasan yang bernajis pula hukumnya adalah makruh namun lontaran adalah dikira sah dan memadai.
3. Kedudukan arah melontar.
Dari sudut manakah sebenarnya melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar dan di ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyriq itu kerana ada orang beranggapan bahawa boleh melontar tiga jamrah itu dari mana-mana sudut.
Melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar dan di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq itu adalah berbeza. Ini kerana melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar itu ialah sebagai penghormatan terhadap Mina dari para jemaah yang baru tiba setelah selesai menunaikan ibadat wuquf di ‘Arafah dan ia adalah lebih afdhal berbanding dengan lontaran pada hari-hari Tasyriq. Maka layaklah ia dibezakan dengan sifat yang khusus yang membezakannya daripada lontaran yang selepasnya.
• Melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar.
Apabila para jemaah haji tiba di Mina, hendaklah para jemaah haji tidak melakukan perkara-perkara lain sebelum menunaikan kewajipan melontar jamrah al-‘Aqabah, kerana lontaran tersebut merupakan satu penghormatan terhadap Mina dan lontaran ini dilakukan pada hari Nahar.
Kedudukan cara melakukan lontaran jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar itu sebenarnya mempunyai beberapa pendapat, tetapi menurut pendapat yang shahîh, mukhtâr (terpilih) dan turut disokong oleh Imam an-Nawawi Rahimahullâhu Ta‘âlâ, cara yang disunatkan untuk melontar jamrah al-‘Aqabah pada hari Nahar ialah dengan menghadap ke jamrah tersebut dan menjadikan Makkah di sebelah kirinya dan Mina di sebelah kanannya, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
Maksudnya: Daripada ‘Abdullah Radhiallâhu ‘anhu: “Bahawasanya dia sampai ke jamrah al-Kubrâ, dia jadikan Baitullah itu di sebelah kirinya, Mina di sebelah kanannya dan dia melontar tujuh kali, lalu diapun berkata: “Demikianlah cara melontar orang yang diturunkan kepadanya surah al-Baqarah (iaitu Nabi) Shallallâhu ‘alahi wasallam.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
• Melontar tiga jamrah pada hari Tasyriq.
Adapun kedudukan cara yang disunatkan bagi melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq itu adalah dengan menghadap ke arah qiblat dan melontarnya dari sebelah kanan.
Begitulah kedudukan cara melontar mengikut cara yang disunatkan. Namun melontar jamrah sama ada pada hari Nahar ataupun pada hari-hari Tasyriq dari mana-mana sudut itu adalah dikira sah kerana tidak ada dalil atau pendapat ulama yang melarang ataupun mengatakan lontaran jamrah al-‘Aqabah di ketiga-tiga jamrah dari mana-mana sudut itu tidak sah. Sebab, melontar dengan menghadap ke arah jamrah pada hari Nahar dan menghadap ke arah qiblat bagi lontaran pada hari-hari Tasyriq itu hukumnya adalah sunat.
Demikianlah dihuraikan beberapa isu yang berkaitan dengan melontar. Dalam menunaikan ibadat haji ini adalah penting untuk mengetahui akan hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadat haji itu supaya segala amal ibadat ketika menunaikan ibadat haji itu sah dan diterima oleh Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. Begitulah juga dengan ibadat melontar ini. Ini kerana menunaikan ibadat haji ini sememangnya bukan perkara yang mudah, kerana ianya memerlukan pengetahuan dan kemampuan, baik dari segi perbelanjaan mahupun kekuatan fizikal. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan mengenai segala hukum yang berkaitan dengan ibadat haji ini maka sudah setentunya kita akan merasa tenteram bahawa ibadat haji yang kita laksanakan akan diterima oleh Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ dengan mendapat haji yang mabrûr sepertimana yang kita harap-harapkan. Maka pastikanlah bahawa menunaikan ibadat haji itu adalah dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang cukup dan mantap.
SEMBAHYANG
SEMBAHYANG JEMAAH: Makmum Lambat Mengikut Perbuatan Imam
Salah satu syarat mengerjakan sembahyang jemaah itu ialah makmum wajib mengikut imam dalam perbuatan sembahyang. Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Oleh itu, jika dia bertakbîr maka kamu pun ikut bertakbîr dan jika dia ruku‘ maka kamu pun ikut ruku‘ dan jika dia bangkit (dari ruku‘) maka kamu pun bangkit dan jika dia membaca: “ ُ maka kamu pun sujud. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Cara yang lebih sempurna dalam perkara mengikut perbuatan imam dalam sembahyang ini ialah makmum mula melakukan perbuatan sembahyang setelah imam sampai melakukan perbuatan sembahyang tersebut.
Jika makmum senghaja mendahului imam dengan satu rukun fi‘li (rukun perbuatan dalam sembahyang) tidaklah membatalkan sembahyangnya. Tetapi jika mendahuluinya dengan dua rukun fi‘li maka batallah sembahyangnya.
Pada dasarnya makmum tidak boleh mendahului imam. Perbuatan mendahului imam jika dilakukan dengan senghaja adalah haram. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apakah tidak takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, Allah Subhânahu wa Ta‘ala akan menukarkan kepalanya dengan kepala keldai? (Hadits riwayat Muslim)
Bagaimana pula jika makmum terlambat mengikut imam sehingga imam mendahuluinya satu atau lebih daripada perbuatan-perbuatan sembahyang? Sebagai contoh imam sudah mula tunduk untuk melakukan sujud sedangkan makmum masih ruku‘. Adakah perkara ini boleh merosakkan sembahyang makmum itu?
Penjelasan mengenai persoalan makmum terlambat mengikut imam ini adalah mengikut keadaan-keadaannya seperti berikut:
1. Makmum yang lambat mengikut imam pada satu rukun fi‘li sama ada rukun fi‘li itu panjang ataupun pendek dengan senghaja ataupun disebabkan keuzuran, tidaklah ia membatalkan sembahyang kerana ketinggalan yang sedikit.
Maksud rukun fi‘li yang panjang ialah berdiri (qiyâm), ruku‘, sujud dan duduk tasyahhud akhir. Sementara maksud rukun fi‘li yang pendek ialah i‘tidâl dan duduk di antara dua sujud.
Adapun yang dimaksudkan dengan ‘keuzuran’ itu ialah seperti makmum lambat mengikut imam disebabkan imam terlalu cepat atau makmum lambat membaca surah al-Fâtihah atau bacaannya kurang lancar dan bukan kerana was-was membaca surah al-Fâtihah ataupun lambat kerana sibuk membaca
Fâtihah. Sementara maksud‘ bukan kerana keuzuran’ ialah seperti makmum lambat mengikut imam disebabkan membaca surah selepas al-Fâtihah atau tasbîh ruku‘ dan sujud.
Contoh lambat pada satu rukun fi‘li yang panjang:
Imam sudah mula bangkit melakukan i‘tidâl sedang makmum masih berdiri membaca surah. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada ruku‘.
Contoh lambat pada satu rukun fi‘li yang pendek:
Imam sudah mula melakukan sujud kedua sedang makmum masih melakukan sujud pertama. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada duduk di antara dua sujud.
2. Makmum yang lambat mengikut imam pada dua rukun fi‘li, sama ada rukun fi‘li yang panjang ataupun pendek dengan senghaja, adalah ia membatalkan sembahyang kerana terlalu banyak ketinggalan.
Contoh lambat pada dua rukun fi‘li yang panjang:
Imam sudah mula melakukan i‘tidâl pada rakaat kedua sedang makmum masih melakukan sujud kedua pada rakaat pertama. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada berdiri dan ruku‘ rakaat kedua.
Contoh lambat pada satu rukun fi‘li yang panjang dan satu lagi yang pendek:
Imam sudah mula melakukan sujud sedang makmum masih berdiri membaca surah. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada ruku‘ dan i‘tidâl.
3. Makmum yang lambat mengikut imam pada dua rukun fi‘li, sama ada rukun fi‘li yang panjang ataupun pendek dengan sebab keuzuran, tidaklah ia membatalkan sembahyang.
Contoh-contohnya sama dengan perkara (2) di atas, akan tetapi dalam perkara (3) ini, makmum lambat mengikut imam kerana ada keuzuran seperti tidak lancar membaca surah al-Fâtihah.
Persoalan yang timbul juga daripada masalah ini, apabila makmum terlambat mengikut imam kerana membaca surah al-Fâtihah, adakah makmum perlu menghabiskan bacaan surah al-Fâtihah ataupun memutuskan bacaannya dan terus mengikut perbuatan imam?
Untuk menjawab persoalan ini, perlu diketahui terlebih dahulu bahawa makmum itu terbahagi kepada dua:
1. Muâfiq, iaitu makmum yang sempat bersama imam dengan masa yang cukup untuk membaca surah al-Fâtihah dengan kadar bacaan yang sederhana cepat.
2. Masbûq, iaitu makmum yang tidak sempat bersama imam dengan masa yang cukup untuk membaca surah al-Fâtihah dengan kadar bacaan yang sederhana cepat.
Makmum Yang Muâfiq
Makmum yang muâfiq jika dia masih berdiri membaca surah al-Fâtihah kerana imam terlalu cepat atau makmum lambat membaca surah al-Fâtihah atau bacaannya kurang lancar, lalu imam mula melakukan ruku‘ atau sujud yang kedua, maka wajib makmum itu menyempurnakan bacaan surah al-Fâtihah. Kemudian setelah itu barulah dia melakukan ruku‘ dan seterusnya mengikut urutan perbuatan sembahyang. Namun dalam hal ini, janganlah makmum terlambat mengikut imam sehingga tiga rukun fi‘li yang panjang. Jika makmum terlambat juga sehingga tiga rukun fi‘li yang panjang, maka hendaklah dia terus mengikut perbuatan sembahyang imam dan setelah imam selesai memberi salam hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang dia terlambat itu.
Contoh:
Imam sudah mula berdiri pada rakaat kedua sedang makmum masih berdiri pada rakaat pertama membaca surah al-Fâtihah kerana bacaannya kurang lancar. Ini bererti makmum terlambat mengikut imam pada tiga rukun fi‘li yang panjang iaitu ruku‘, sujud pertama dan sujud kedua.
Maka dalam hal ini, tidaklah perlu lagi makmum melakukan rukun fi‘li yang dia sudah ketinggalan itu bahkan hendaklah dia terus mengikut imam yang sedang berdiri pada rakaat kedua dan bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang dia terlambat itu. Ini bererti makmum tidak menyempati rakaat pertama imam.
Makmum Yang Masbûq
1. Makmum yang masbûq, jika dia sempat melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam maka makmum tersebut dikira menyempati rakaat imam.
Contoh:
Imam mula melakukan ruku‘ sedang makmum baru hendak mula sembahyang. Dalam keadaan ini hendaklah makmum mengangkat takbîratul-ihrâm tanpa perlu membaca surah al-Fâtihah dan terus sahaja dia mengangkat takbîr lagi untuk melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam.
Thuma’ninah bermaksud tetap anggotanya ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang sekurang-kurangnya dengan kadar bacaan zikir: “ ِ سوبح هللا” sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya.
2. Makmum yang masbûq, jika dia tidak sempat ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam maka tidaklah dia dikira menyempati rakaat imam. Oleh itu, hendaklah makmum tersebut bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
Contoh (i):
Imam mula melakukan sujud pertama sedang makmum baru hendak mula sembahyang. Dalam keadaan ini hendaklah makmum mengangkat takbîratul-ihrâm dan terus sahaja mengangkat takbîr lagi untuk melakukan sujud bersama imam. Kemudian dia bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
Contoh (ii):
Makmum baru hendak melakukan ruku‘ sedang imam mula bangkit melakukan i‘tidâl. Dalam keadaan ini hendaklah makmum terus mengikut imam melakukan i‘tidâl tanpa melakukan ruku‘. Kemudian bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
3. Sunat bagi makmum yang masbûq tidak membaca perkara-perkara yang sunat selepas takbîratul-ihrâm iaitu do‘a al-iftitâh atau at-ta‘awwudz, tetapi dia terus sahaja membaca surah al-Fâtihah selepas takbîratul-ihrâm melainkan jika dia menyangka dapat menyempati imam apabila dia membaca perkara sunat itu.
Jika makmum yang masbûq sedang membaca surah al-Fâtihah lalu imam melakukan ruku‘ maka dalam hal ini dilihat pada dua keadaan:
i. Makmum masbûq yang tidak membaca doa al-iftitâh atau at-ta‘awwudz selepas takbîratul-ihrâm:
Jika imam melakukan ruku‘ ketika makmum sedang membaca surah al- Fâtihah, hendaklah dia memutuskan bacaan surah al-Fâtihah dan terus sahaja mengikut imam melakukan ruku‘. Ini bererti makmum tersebut dikira menyempati rakaat imam walaupun tidak membaca keseluruhan surah al-Fâtihah.
Adapun jika makmum tersebut meneruskan juga bacaan surah al-Fâtihah sehingga imam mula bangkit melakukan i‘tidâl maka tidaklah dia dikira menyempati rakaat imam. Malah jika dia meneruskan bacaan surah al- Fâtihah sedang imam mula melakukan sujud maka batallah sembahyang makmum itu kerana terlambat mengikut imam pada dua rukun fi‘li dengan tiada keuzuran.
ii. Makmum masbûq yang membaca do‘a al-iftitâh atau at-ta‘awwudz sebelum membaca surah al-Fâtihah:
Jika imam melakukan ruku‘, hendaklah makmum tersebut membaca surah al-Fâtihah sekadar banyak huruf do‘a al-iftitâh atau at-ta‘awwudz yang telah dibacanya sebelum surah al-Fâtihah. Kemudian setelah dia membaca kadar surah al-Fâtihah yang wajib itu barulah dia melakukan ruku‘ bersama imam.
Ini bererti makmum tersebut dikira menyempati rakaat imam asalkan dia sempat melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam. Namun jika dia tidak sempat melakukan ruku‘ dengan thuma’ninah bersama imam maka tidaklah dikira dia menyempati rakaat imam dan hendaklah dia bangkit semula setelah imam selesai memberi salam bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu.
Contoh:
Imam mula melakukan ruku‘ sedang makmum yang masbûq membaca at-ta‘awwudz. Dalam keadaan ini, hendaklah makmum tersebut membaca surah al-Fâtihah sekadar banyak huruf at-ta‘awwudz. Kemudian setelah itu baharulah dia melakukan ruku‘ bersama imam. Jika makmum tersebut tidak membaca kadar surah al-Fâtihah yang wajib itu dan dia terus mengikut imam melakukan ruku‘ maka batallah sembahyangnya.
Sebagai kesimpulan, ternyata dalam bab sembahyang ini banyak ilmu yang perlu kita ketahui, contohnya dalam masalah yang baru kita bincangkan ini iaitu makmum yang terlambat mengikut perbuatan sembahyang imam. Oleh sebab itu, mempelajari perkara-perkara yang terdapat dalam ibadat sembahyang amat penting untuk diambil perhatian. Ini kerana, jika tidak diambil perhatian adakalanya boleh menyebabkan rakaat makmum itu tidak dikira dan lebih jauh daripada itu boleh menyebabkan sembahyang menjadi batal.
SEMBAHYANG
SEMBAHYANG JEMAAH: Makmum Mendahului Imam
Dalam mengerjakan sembahyang jemaah, adakalanya makmum terlambat mengikut imam dan adakalanya juga makmum mendahuluinya.
Pada dasarnya, makmum wajib mengikut imam pada perbuatan-perbuatan sembahyang. Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Oleh itu, jika dia bertakbir maka kamu ikutlah bertakbir dan jika dia ruku‘ maka kamu ikutlah ruku‘ dan jika dia bangkit (dari ruku‘) maka kamu bangkitlah dan jika dia membaca: “ رَِودَه ” maka kamu bacalah:“ ُ sujudlah. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Makmum yang senghaja melambat-lambatkan pada mengikut perbuatan imam sehingga imam mendahuluinya dengan dua rukun fi‘li (rukun perbuatan dalam sembahyang) sama ada yang panjang ataupun pendek, maka batallah sembahyang makmum tersebut kerana terlalu banyak ketinggalan.
Sementara makmum yang tidak senghaja melambat-lambatkan pada mengikut perbuatan imam sehingga imam mendahuluinya dengan dua rukun fi‘li yang panjang ataupun pendek, maka tidaklah batal sembahyangnya.
Namun dalam hal makmum yang tidak senghaja terlambat daripada imamnya ini, janganlah dia ketinggalan sehingga imam mendahuluinya dengan tiga rukun fi‘li yang panjang. Ini kerana jika imam mendahuluinya dengan tiga rukun fi‘li yang panjang, maka hendaklah dia terus sahaja mengikut perbuatan yang dilakukan imam pada ketika itu dan setelah imam selesai memberi salam, hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang dia tidak sempat sempurnakan beberapa rukun di dalamnya itu.
Maksud rukun fi‘li yang panjang ialah berdiri (qiyâm), ruku‘, sujud dan duduk tasyahhud akhir. Sementara maksud rukun fi‘li yang pendek ialah i‘tidâl dan duduk di antara dua sujud.
Bagaimana pula jika makmum mendahului imam sama ada pada bacaan atau perbuatan sembahyang, adakah perkara ini boleh merosakkan sembahyang makmum itu?
Makmum Mendahului Bacaan Imam
Jika makmum mendahului imam pada rukun qauli (bacaan yang wajib) selain takbîratul-ihrâm dan salam, maka tidaklah berdosa dan sah sembahyangnya. Ini kerana makmum tersebut melaksanakan rukun qauli itu pada tempatnya tanpa banyak percanggahan perbuatannya dengan imam.
Adapun makmum yang mendahului imam melakukan takbîratul-ihrâm, atau melakukannya serentak dengan takbîratul-ihrâm imam sama ada keseluruhannya atau sebahagian takbîratul-ihrâm, atau makmum syak sama ada dia mengangkat takbîratul-ihrâm serentak bersama imam atau selepas selesai imam mengangkat takbîratul-ihrâm dan dia tidak dapat meyakini perkara yang menjadi syak ke atasnya itu dalam masa yang terdekat, maka tidaklah sah sembahyangnya itu kerana dia berniat mengikut orang yang belum berada di dalam sembahyang.
Demikian juga, jika makmum mendahului imam melakukan salam maka batal sembahyangnya melainkan jika dia berniat mufâraqah (berpisah daripada mengikut imam).
Makmum Mendahului Perbuatan Imam
Makmum tidak boleh mendahului perbuatan imam. Perbuatan mendahului imam jika dilakukan dengan senghaja adalah haram. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apakah tidak takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ akan menukarkan kepalanya dengan kepala keldai? (Hadits riwayat Muslim)
Menurut al-Imam an-Nawawi Rahimahullâh, bahawa hadits di atas bermaksud menjelaskan perihal beratnya pengharaman perbuatan mendahului imam.
Makmum yang mendahului perbuatan imam ini bolehlah dibahagikan kepada dua:
1. Makmum mendahului imam kurang daripada dua rukun fi‘li.
Apabila makmum mendahului imam dengan senghaja atau kerana terlupa kurang daripada dua rukun fi‘li sama ada yang panjang atau pendek, sama ada satu rukun fi‘li yang sempurna atau sebahagian rukun fi‘li ataupun satu dan sebahagian rukun fi‘li, tidaklah perbuatannya itu membatalkan sembahyang. Ini kerana perbuatannya yang bersalahan dengan imam itu adalah sedikit.
Contoh makmum mendahului imam dengan satu rukun fi‘li yang sempurna:
Setelah makmum melakukan ruku‘ dan mula bangkit daripada ruku‘, barulah imam melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan satu rukun yang sempurna iaitu ruku‘.
Contoh makmum mendahului imam pada sebahagian rukun fi‘li:
Imam masih berdiri sedang makmum sudah membongkokkan badannya untuk melakukan ruku‘. Sebelum makmum bangkit daripada ruku‘, imam pun melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan sebahagian rukun fi‘li iaitu ruku‘.
Contoh makmum mendahului imam pada satu dan sebahagian rukun fi‘li:
Ketika imam masih berdiri, makmum melakukan ruku‘ dan ketika makmum melakukan i‘tidâl imam pun melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan satu rukun fi‘li yang sempurna iaitu ruku‘ dan sebahagian rukun fi‘li iaitu i‘tidâl.
Dalam keadaan ini, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum? Adakah memadai dia menunggu imam sahaja ataupun kembali semula mengikut perbuatan imam?
Makmum yang senghaja mendahului perbuatan imam boleh menunggu imam sampai ke perbuatan yang didahuluinya, akan tetapi sunat baginya untuk kembali semula mengikut perbuatan imam. Sementara makmum yang mendahului perbuatan imam kerana terlupa, harus baginya memilih sama ada menunggu imam ataupun kembali semula mengikut perbuatan imam. Walau bagaimanapun adalah lebih baik dia kembali semula mengikut perbuatan imam.
2. Makmum mendahului imam sehingga dua rukun fi‘li.
Dalam hal ini terdapat dua keadaan:
i. Mendahului imam dengan senghaja dan tahu perbuatan itu haram.
Apabila makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li yang panjang atau pendek dengan senghaja dan dia tahu bahawa perbuatan itu haram, maka perkara ini boleh membatalkan sembahyangnya. Ini kerana perbuatannya terlalu banyak bersalahan dengan imam.
Contoh:
Makmum melakukan ruku‘, i‘tidâl dan mula hendak melakukan sujud sedangkan imam masih berdiri. Ini bererti makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li iaitu ruku‘ dan i‘tidâl.
ii. Mendahului imam kerana terlupa atau tidak tahu perbuatan itu haram
Apabila makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li yang panjang atau pendek disebabkan terlupa atau tidak tahu perbuatan itu haram, perkara ini tidaklah membatalkan sembahyangnya akan tetapi perbuatan-perbuatan yang didahuluinya sebelum imam itu melakukannya adalah tidak dikira. Oleh itu wajib bagi makmum itu kembali semula mengikut perbuatan imam apabila dia teringat.
Contoh:
Makmum melakukan ruku‘, i‘tidâl dan mula hendak melakukan sujud sedangkan imam masih berdiri. Dalam keadaan ini makmum itu hendaklah kembali semula berdiri untuk mengikut imam.
Namun jika makmum itu tidak juga kembali semula mengikut perbuatan imam, apabila imam selesai memberi salam hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu. Jika imam selesai memberi salam dan dia tidak berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu, maka hendaklah dia mengulang semula sembahyangnya.
Sebagai kesimpulan, dalam perkara sembahyang jemaah banyak lagi perkara-perkara yang perlu diketahui, contohnya dalam masalah syarat-syarat mengikut imam. Oleh sebab itu, syarat-syarat ini perlu dipelajari dan diambil perhatian mengenainya demi mencapai kesempurnaan sembahyang jemaah itu.
TIP MENCARI KHUSYÛ‘ DALAM SEMBAHYANG
Khusyû‘ dalam sembahyang ialah menghadirkan hati kepada Allah di dalam sembahyang.
Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benarnya bagi suatu sembahyang. Hakikat zahirnya pula ialah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, ruku‘, sujud dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna.
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Sembahyang itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyû‘an hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Khusyû‘ dalam sembahyang itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mu’min yang berjaya.
Allah Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyû‘ dalam sembahyangnya. (Surah al-Mu’minûn: 1-2) Melihat kepada kepentingan khusyû‘ dalam sembahyang itu maka diutarakan di sini sebahagian tip atau panduan yang boleh diguna pakai untuk memandu diri kita ke arah pelaksanaan ibadat sembahyang yang khusyû‘.
Untuk mendapatkan khusyû‘ dalam sembahyang hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi daripada aspek fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar sembahyang, sebelum seseorang itu mendirikan sembahyang.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dibuat untuk membantu menimbulkan khusyû‘ dalam sembahyang:
1. Sebelum mendirikan sembahyang pastikan perkara-perkara berikut:
i. Menjaga makanan dan minuman. Khusyû‘ itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan dan minum hendaklah bersumber daripada yang halal.
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
ii. Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan sembahyang juga terletak kepada kesempurnaan wudhu.
Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘i daripada seorang lelaki bahawa beliau pernah mendirikan sembahyang Subuh bersama Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam sembahyang tersebut membaca surah ar-Rûm. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai sembahyang Baginda bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang sembahyang bersama kami tidak menyempurnakan wudhu mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan sembahyang bersama kami, maka sempurnakanlah wudhunya. (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhu itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Sayyidina ‘Umar Radhiallâhu ‘anhu berkata:
Ertinya: Sesungguhnya wudhu yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.
iii. Membersihkan diri, termasuk bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak sembahyang. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama menegaskan bahawa bersugi itu mempunyai tujuh puluh faedah. Antara faedah dan kelebihannya ialah:
- Membersih dan mengharumkan bau mulut. - Memutihkan gigi. - Mendapat keredhaan Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. - Membetulkan atau meluruskan tulang belakang. - Menolong menguatkan gusi. - Meningkatkan kecerdikan. - Menggandakan pahala amal ibadat. - Melancarkan kefasihan atau kepetahan pertuturan. - Menguatkan hafalan. - Menyucikan hati. - Menyukakan malaikat.
iv. Jangan sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.
v. Jangan sembahyang dalam keadaan lapar.
Seboleh-bolehnya selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidakselesaan ketika menunaikan sembahyang.
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Jangan sembahyang ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan sembahyang dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil. (Hadits riwayat Muslim)
vi. Memakai pakaian yang bersih dan kemas. Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
vii. Pilih tempat sembahyang yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya.
Termasuk langkah yang boleh dibuat, pastikan tidak terdapat telefon di dalam bilik tersebut, atau jika membawa bersama telefon bimbit, pastikan ia dimatikan (switch off) sebelum sembahyang. Imam an-Nawawi Rahimahullâh menjelaskan bahawa makruh menunaikan sembahyang di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyû‘an sembahyang seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ:
Maksudnya: Bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam menegah mendirikan sembahyang pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullâh.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
viii. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
Diriwayatkan daripada Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ bahawa Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah mendirikan sembahyang di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek lukisan, lalu Baginda bersabda:
Maksudnya: Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran. (Hadits riwayat Muslim) Imam an-Nawawi Rahimahullâh menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ia memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa yang dikhuatiri melalaikan hati daripada khusyû‘ ketika mendirikan sembahyang.
Tersebut di dalam riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ tidak pernah meletakkan al-Qur’an atau pedangnya di tempat sembahyangnya, juga tulisan atau surat. Semuanya diletakkan di belakangnya atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya.
2. Ketika hendak menunaikan sembahyang lakukan perkara-perkara berikut:
i. Usahakan sembahyang dilakukan secara berjemaah.
Mendirikannya dalam keadaan berjemaah adalah suatu tuntutan. Sembahyang berjemaah itu adalah antara syiar agama.
Selain pahala sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang sembahyang berjemaah itu memperolehi khusyû‘ ketika sembahyang dan terselamat daripada perkara yang boleh melalaikannya.
ii. Menghadirkan hati.
Maksudnya ialah sebelum mendirikan sembahyang kosongkan hati daripada segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat sembahyang yang dikerjakan.
Tersebut dalam satu riwayat bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Thalhah Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (daripada pandangan orang). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang sembahyang. (Hadits riwayat Abu Daud)
Abu Darda’ Radhiallâhu ‘anhu berkata: “Antara tanda-tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan sembahyang supaya dia masuk ke dalam sembahyang dalam keadaan hatinya kosong daripada perkara yang lain.”
iii. Mengingatkan mati dan kemungkinan sembahyang itu yang terakhir sekali dalam hidupnya.
Diriwayatkan daripada Hatim al-‘Asham Radhiallâhu ‘anhu bahawa ditanyakan kepadanya tentang sembahyangnya, beliau beliau menjawab:
Ertinya: Apabila tiba waktu sembahyang aku menyempurnakan wudhu dan aku mendatangi tempat yang aku hendak mendirikan sembahyang. Lalu aku duduk di tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan sembahyangku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku, titian ash-shirâth di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka sembahyang ini adalah sembahyangku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbîr dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyû‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu sama ada sembahyangku diterima atau tidak?
iv. Sebelum mengangkat takbîr elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan. Umpamanya seperti berikut:
• Surah an-Nâs:
Tafsirnya: Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan (Allah) Pemelihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia.
• Ta‘awwudz, seperti:
Tafsirnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhanku! Aku berlindung kepadaMu daripada hasutan syaitan-syaitan, dan aku berlindung denganMu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” (Surah al-Mu’minûn: 97-98)
• Tahlîl:
Ertinya: Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
• Zikir:
Ertinya: Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.
Antara tipu daya syaitan ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa sembahyang. Caranya ialah dengan memalingkan hati kita daripada meneliti dan memahami apa yang sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk Hari Akhirat dan keikhlasan ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seseorang itu boleh menjadi ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah cukup atau masih lagi kurang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan sembahyang syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya. (Hadits riwayat Muslim)
3. Ketika menunaikan sembahyang pusatkan perkara-perkara berikut:
i. Meneliti bacaan-bacaan dalam sembahyang, sama ada bacaan itu terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an atau selain daripada ayat-ayat al-Qur’an iaitu tasbîh, takbîr dan do‘a. Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut.
Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam sembahyang. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
ii. Merasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam ruku‘ dan sujud. Tempoh masa rukuk dan sujud pula elok dipanjangkan.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu dia bersujud. (Hadits riwayat Muslim)
iii. Merangkumkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbîr dan ketika bertasbîh pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang.
iv. Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.
v. Segala perhatian dalam sembahyang itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali.
vi. Sembahyang dilakukan dalam keadaan thuma’ninah. Thuma’nînah dalam ruku‘, sujud dan lain-lain rukun fi‘li (perbuatan).
Thuma’ninah ertinya anggota seseorang itu tetap diam seketika ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang seperti ruku‘, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir:
Maknanya, gerakan di dalam sembahyang itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, tidak dilakukan dengan bercepat-cepat tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda:
Maksudnya: Apabila kamu berdiri menunaikan sembahyang maka bertakbîrlah. Kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang mudah bagi kamu. Kemudian ruku‘lah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan ruku‘. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua sembahyang kamu. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
vii. Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta, sekalipun sembahyang di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan َالى هللا dalam tahiyyât. Pada ketika itu pandangan orang yang sembahyang itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyû‘ dalam sembahyang seseorang itu, maka bolehlah dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
Begitulah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan khusyû‘ dalam sembahyang. Memang tidak dinafikan, terdapat setengah orang masih tidak mampu memperolehi khusyû‘ di dalam sembahyangnya walaupun dengan mengamalkan bermacam-macam tips atau panduan. Yang penting tidak mudah berputus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita berusaha untuk mendapatkannya. Jangan lupa juga untuk banyak-banyak memohon do‘a kepada Allah Ta‘ala supaya dikurniakan kepada kita hati yang bersih dan khusyû‘ dalam beribadat kepadaNya.
NAJIS YANG DIMAAFKAN TIDAK MENJEJASKAN SEMBAHYANG
Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan diri, pakaian serta tempatnya bersembahyang suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ia dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci. Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!. (Surah al-Muddatstsir: 4)
Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Jika datang darah haidh maka tinggalkanlah sembahyang dan jika telah berlalu haidh itu maka bersihkanlah (darah) daripada dirimu dan kerjakanlah sembahyang. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Daripada ayat dan hadits di atas, jelas bahawa tidak sah sembahyang seseorang yang terdapat najis pada tubuh badan, pakaian atau tempatnya bersembahyang. Namun jika najis itu merupakan najis yang dimaafkan, maka sembahyangnya adalah sah walaupun dia tidak menghilangkan najis dan menyucikan tempat yang terkena najis itu terlebih dahulu.
Untuk memudahkan seseorang itu melaksanakan ibadatnya, adalah perlu dia mengetahui apakah perkara yang dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.
Apakah Najis Yang Dimaafkan Itu?
Menurut para ulama mazhab asy-Syafi‘e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.
Berikut adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan:
1. Najis yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar.
2. Najis yang sedikit seperti darah nyamuk, darah agas atau kutu yang tidak mengalir. Begitu juga darah yang keluar dari kudis, bisul, jerawat kecil, luka atau nanah pada badan seseorang, pakaian atau tempatnya bersembahyang yang bukan disebabkan perbuatannya sendiri.
Jika darah tersebut keluar disebabkan oleh perbuatannya sendiri, umpamanya membunuh nyamuk yang ada pada bajunya atau memicit kudis atau jerawat sehingga mengeluarkan darah, maka darah tersebut tidak dikira sebagai najis yang dimaafkan.
Darah atau nanah luka yang banyak juga termasuk najis yang dimaafkan dengan syarat:
i. Darah atau nanah tersebut merupakan darah/nanah daripada dirinya sendiri ii. Darah atau nanah itu keluar bukan disebabkan perbuatannya atau disengajakannya. iii. Darah atau nanah yang keluar itu tidak mengalir dari tempatnya, seperti darah yang banyak itu tidak mengalir dari lukanya.
3. Darah ajnabiy iaitu darah orang lain yang terkena pada badan, kain atau tempat bersembahyang dengan kadar yang sedikit dengan syarat najis tersebut bukan daripada najis mughallazhah iaitu daripada anjing dan babi. Jika ia berasal daripada kedua-duanya atau salah satu daripada keduanya, tidaklah ia dimaafkan walaupun hanya sedikit.
Menurut Imam al-Adzra‘i Rahimahullâh bahawa darah yang terpisah daripada badan seseorang itu yang kemudiannya terkena semula padanya adalah termasuk juga sebagai darah ajnabiy.
4. Darah yang sedikit yang keluar dari hidung atau darah yang keluar dari bahagian-bahagian tubuh seperti mata, telinga dan yang seumpamanya, selain daripada jalan tempat keluar najis seperti tempat keluar tahi.
Jika darah keluar dari hidung seseorang sebelum dia melakukan sembahyang dan terus-menerus keluar, jika pendarahan itu diharapkan berhenti dengan keadaan waktu sembahyang yang masih panjang, maka hendaklah ditunggu. Akan tetapi jika sebaliknya, hendaklah dia membersihkan dahulu darah tersebut dan hidungnya (tempat keluar darah tersebut), kemudian menyumbatnya dengan kapas umpamanya dan melapisnya dengan kain jika perlu.
5. Darah yang masih tinggal di tempat lukanya yang keluar hasil daripada perbuatan mengeluarkan darah dengan tusukan atau berbekam, sekalipun banyak yang masih tinggal di tempat lukanya.
6. Darah yang keluar dari gusi bila tercampur dengan air liur sendiri. Sah sembahyang bagi orang yang gusinya berdarah sebelum dicucinya darah tersebut selagi dia tidak menelan air liurnya ketika di dalam sembahyang.
7. Sedikit tanah tempat laluan seperti jalanraya atau yang seumpamanya yang memang diyakini kenajisannya, dengan syarat najis tersebut tidak jelas di tempat itu dan dia telah pun berusaha untuk mengelak daripada terkena tempat laluan tersebut seperti tidak membiarkan hujung kain terkena tanah tempat laluan tersebut.
Perhatian: Dasar menentukan kadar sedikit atau banyak yang dimaksudkan bagi najis itu ialah merujuk pada adat kebiasaannya, iaitu apa yang dianggap oleh adat kebiasaan sebagai sedikit, maka dikira sebagai sedikit dan begitulah sebaliknya. Jika ada syak darah tersebut banyak atau sedikit, maka dihukumkan sedikit dan dimaafkan.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengutamakan kebersihan. Oleh sebab itu umat Islam diperintahkan untuk memelihara diri daripada segala najis sehinggakan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat dijadikan sebagai salah satu syarat sah sembahyang. Walau bagaimanapun Islam juga adalah agama yang tidak membebankan umatnya dengan kesukaran. Contohnya pengecualian terhadap najis yang dimaafkan yang tidak menjejaskan kesahan sembahyang, kerana kesukaran menghilangkannya atau telah berusaha mengelak daripada terkena najis tersebut.
JUAL BELI
HUKUM BERJUAL BELI PADA HARI JUMAAT
Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘Ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, bâligh, berakal, bermuqîm dan tidak ada keuzuran. Sembahyang fardhu Jumaat itu adalah sembahyang yang paling afdhal dan harinya pula adalah hari yang paling afdhal. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling agung di sisi Allah iaitu hari yang paling agung di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitrah. (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Hadits ini jelas menyatakan bahawa hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari dan ia lebih agung di sisi Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ berbanding dengan dua Hari Raya. Oleh itu, perbesarkanlah hari Jumaat itu dengan memperbanyakkan bacaan al-Qur’an, selawat, doa dan zikir.
Di Negara Brunei Darussalam hari Jumaat merupakan hari kelepasan awam bagi sekolah, universiti, institusi dan jabatan-jabatan kerajaan. Setentunya pada hari tersebut ibu bapa tidak melepaskan peluang
untuk bersama-sama keluarga bagi mengisi waktu lapang dengan bermacam-macam aktiviti. Ada sebahagiannya melancong ke negara jiran, mengunjungi sanak saudara, berehat di rumah dan ada juga sebahagiannya pergi membeli-belah.
Aktiviti-aktiviti tersebut tidaklah bertentangan dengan hukum syara‘ akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu diketahui khususnya pada hari Jumaat, antaranya ialah berjual beli ketika sembahyang fardhu Jumaat.
Hukum Berjual Beli Pada Hari Jumaat
Berjual beli pada hari Jumaat mempunyai hukumnya tersendiri. Sungguhpun hukum asal berjual beli itu harus di dalam Islam, namun ia berbeza pada hari Jumaat.
Sebagaimana yang pernah terjadi bahawa sebahagian jemaah sembahyang fardhu Jumaat meninggalkan Rasulullah Shallallâhu ‘alalihi wasallam yang sedang berkhutbah kerana mereka pergi ke tempat kafilah yang datang membawa barang dagangan. Maka dengan itu turunlah ayat yang melarang perbuatan sedemikian. Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ berfirman:
Tafsirnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) suatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad): “Pahala (balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik daripada hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Surah al-Jumu‘ah: 11)
Oleh itu, berjual beli ketika sembahyang fardhu Jumaat adalah dilarang. Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ memerintahkan supaya bersegera untuk pergi mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat dan meninggalkan jual beli dan kerja-kerja yang lain. Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ berfirman:
Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat)
dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah al-Jumu‘ah: 9)
Jelasnya, hukum berjual beli pada hari Jumaat itu boleh dibahagikan kepada berikut:
1. Selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat sehingga selesai sembahyang fardhu Jumaat
Haram ke atas orang yang wajib mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat dan khatib duduk di atas mimbar.
Maksud haram berjual beli selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat itu adalah bagi mereka yang belum berada di masjid. Adapun mereka yang sudah berada di masjid dan melakukan jual beli di dalamnya adalah makruh.
2. Selepas tergelincir matahari sehingga sebelum azan kedua sembahyang fardhu Jumaat.
Makruh ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli selepas tergelincir matahari sehingga sebelum azan kedua sembahyang fardhu Jumaat. Ini kerana waktu itu sudah masuk waktu wajib dan perbuatannya leka dengan urusan jual beli itu seumpama perbuatan melengah-lengahkan untuk bersegera pergi mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat.
3. Sebelum tergelincir matahari.
Harus ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli sebelum tergelincir matahari.
4. Selepas sembahyang fardhu Jumaat.
Harus ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat leka dengan urusan jual beli setelah selesai mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat.
Perkara Yang Melekakan Selain Berjual Beli
Hukum haram dan makruh itu tidak hanya terbatas pada jual beli sahaja malahan termasuk juga perkara-perkara lain yang melekakan seseorang daripada bersegera pergi mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat.
Orang Yang Dikecualikan Daripada Larangan Berjual Beli
Hukum haram berjual beli selepas azan kedua sembahyang fardhu Jumaat atau hukum makruh berjual beli selepas tergelincir matahari sehingga sebelum azan kedua sembahyang fardhu Jumaat itu ialah ke atas orang yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat. Perempuan, kanak-kanak yang belum bâligh atau lelaki dewasa yang tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti dalam pelayaran atau ada keuzuran, terkecuali daripada hukum haram atau makruh tersebut.
Demikian juga dikecualikan daripada hukum tersebut, orang yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat yang terpaksa berjual beli ketika waktu-waktu larangan tersebut kerana dharurat seperti membeli kain kafan si mati yang ditakuti berubah apabila dilambatkan, membeli air untuk bersuci, membeli pakaian untuk menutup aurat atau seumpamanya.
Haram Berjual Beli Bersama Orang Yang Diwajibkan Sembahyang Fardhu Jumaat
Walaupun orang yang tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat harus berjual beli pada waktu-waktu yang dilarang pada hari Jumaat, namun jika dia berjual beli bersama orang yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat, maka kedua-dua mereka berdosa. Ini kerana dia telah bersubahat pada melakukan yang haram.
Adakah Sah Jual Beli?
Akad jual beli yang dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang pada hari Jumaat itu adalah sah. Ini kerana larangan itu tidak ada kaitannya dengan kesahan akad akan tetapi disebabkan kelekaannya berurusan jual beli dan perbuatan melengahkan untuk bersegera pergi mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat. Ini sama keadaannya seperti sah sembahyang orang yang mengerjakannya dalam rumah yang dirampas.
Sebagai kesimpulannya, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat hendaklah bersegera pergi ke masjid dan janganlah melengah-lengahkannya seperti melakukan jual beli terutama apabila azan kedua sembahyang fardhu Jumaat dilaungkan. Sungguhpun jual beli itu sah namun perbuatan sedemikian adalah dilarang, malah mereka yang tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat pun berdosa apabila dia bermuamalat bersama mereka yang diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat.
NAFKAH
BERBUAT BAIK TERHADAP ISTERI: Hak Yang Wajib Ditunaikan Suami
Islam amat mengambil berat tentang hal ehwal serta kebajikan kaum perempuan. Kaum lelaki diperintahkan untuk berbuat baik kepada kaum perempuan. Dalam sebuah rumahtangga umpamanya, kaum perempuan yang bergelar isteri merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada seorang suami kerana suami merupakan ketua dalam sebuah keluarga. Seorang suami diperintahkan untuk menunaikan hak-hak isteri, menjaga maruah isteri serta mengajar isteri perkara-perkara berkaitan dengan agama dan pembentukan peribadi. Sebarang bentuk penganiayaan yang dilakukan suami terhadap isterinya seperti mengabaikan nafkah isteri, mendera atau memukul isteri tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara‘ adalah dilarang oleh Islam.
Dengan termeterainya lafaz nikah, seorang suami wajib menunaikan hak-hak isteri seperti mana yang telah digariskan oleh syara‘. Hak-hak yang wajib ditunaikan terbahagi kepada hak-hak mâliyyah (harta benda) dan hak-hak ghair mâliyyah (bukan harta benda).
Hak-hak mâliyyah adalah berupa mahr (mas kahwin), nafkah, tempat tinggal dan yang seumpamanya. Manakala hak-hak ghair mâliyyah adalah dengan mu‘âsyarah bi al-ma‘rûf iaitu berbuat baik kepada isteri dalam pergaulan dan muamalat seharian.
Berbuat baik atau memberi layanan yang baik kepada isteri bukanlah hak yang boleh dipandang remeh oleh suami kerana hak ini jelas disebutkan di dalam al- Qur’an al-Karim.
Perintah Mu‘âsyarah Bi Al-Ma‘rûf Dengan Isteri
Dalam hidup berumahtangga, kewajipan pasangan suami dan isteri ialah untuk mu‘âsyarah bi al-ma‘rûf atau memberi layanan yang baik kepada pasangan masing-masing. Ia merupakan tanggungjawab yang perlu ditunaikan demi memastikan rumahtangga yang dibina bahagia, aman damai dan berada dalam keredhaan Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ.
Firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. (Surah an-Nisâ’: 19)
Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ memerintahkan para suami untuk berbuat baik kepada isteri sama ada dalam pergaulan seharian mahupun dalam menunaikan hak-hak isteri yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Menurut para ulama mufassirîn, hukum berbuat baik kepada isteri adalah wajib berdasarkan perintah Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ pada ayat tersebut. Oleh itu, perintah tersebut dilihat sebagai satu perintah yang wajib.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa seorang suami tidak hanya dituntut untuk menunaikan nafkah isteri berupa makan minum, pakaian, tempat tinggal dan yang seumpamanya, bahkan juga berbuat baik kepada isteri dalam apa juga bentuk dan keadaan.
Hikmah Dalam Perintah Berbuat Baik Kepada Isteri Serta Ganjarannya Kepada Suami
Setiap perkara yang diperintahkan oleh syara‘ tidak kosong daripada hikmah yang tentunya mendatangkan kesan kepada si pelakunya. Hikmah di sebalik perintah berbuat baik kepada isteri adalah supaya kemesraan dan kasih sayang di antara kedua-duanya akan berterusan dan dapat mengekalkan ikatan perkahwinan yang kuat dan teguh.
Menyentuh mengenai ganjaran kepada suami yang berbuat baik kepada isteri pula ialah dia diberi kemuliaan sebagai sebaik-baik manusia sebagaimana sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ:
Maksudnya: Sebaik-baik (manusia) di antara kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya. (Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Apa yang jelas daripada hadits tersebut ialah mereka yang paling baik kepada keluarganya dianggap sebagai sebaik-baik manusia, kerana ahli keluarga adalah orang-orang yang lebih berhak mendapat perlakuan yang baik berbanding orang lain. Berbuat baik itu pula bermaksud bermanis muka, berakhlak mulia dan bergaul baik dengan mereka. Dengan yang demikian itu, apabila seorang suami berbuat baik terhadap keluarganya, maka dia adalah sebaik-baik manusia dan jika sebaliknya maka termasuklah dia di antara mereka yang melakukan keburukan kerana dia melakukan yang sebaliknya terhadap keluarganya.
Contoh Berbuat Baik Terhadap Isteri
Berbuat baik kepada isteri merangkumi banyak perkara. Antaranya:
1. Menjaga kemuliaan dan kehormatan isteri.
Suami hendaklah menghormati isteri dan menjaga kemuliaannya sebagai seorang manusia. Isteri bukanlah dijadikan sebagai tempat untuk berseronok atau memuaskan nafsu semata-mata. Suami bertanggungjawab melindungi isteri, harta serta maruah isteri daripada perkara-perkara buruk.
2. Baik dalam pergaulan bersama isteri.
Suami hendaklah mewujudkan pergaulan yang baik dengan isteri sama ada dari segi percakapan dan perbuatan.
Contoh baik dalam percakapan, antaranya:
i. Lemah lembut dan tidak kasar dalam percakapan.
ii. Tidak menengking atau mengeji isteri walaupun dalam keadaan marah.
iii. Memanggil atau menyeru isteri dengan panggilan yang baik dan disukainya. Contoh baik dalam perbuatan, antaranya: i. Tidak mengasari isteri secara fizikal seperti memukul tanpa sebab yang dibenarkan syara‘, menampar atau menyepak isteri. ii. Tidak menghina isteri sama ada di hadapan isteri sendiri atau lebih-lebih lagi di hadapan orang lain. iii. Memberikan hadiah kepada isteri mengikut kesesuaian waktu dan kemampuan suami kerana dengan cara ini akan menggembirakan hati isteri dan juga mengeratkan hubungan suami isteri. 3. Memberi kemaafan kepada isteri. Suami disarankan supaya memaafkan isteri jika isteri melakukan kesalahan dan bersabar menghadapi kemarahan isteri. 4. Menghormati keluarga isteri. Antara cara menghormati keluarga isteri ialah dengan menghormati mereka ketika mereka berkunjung ke rumah, berkongsi kesenangan dan kesusahan mereka dan yang seumpamanya. 5. Bersikap adil kepada isteri-isteri jika suami mempunyai lebih daripada seorang isteri. Keadilan yang dituntut ialah keadilan secara zahir iaitu: i. Nafkah hidup sehari-hari (yang zahir sahaja). ii. Giliran bermalam (semata-mata bermalam sahaja). iii. Giliran membawa isteri ketika belayar jika untuk kali pertama perlu dibuat undi dan tidak harus memilih sesuka hati kecuali jika dibenarkan oleh yang lain.
Walau bagaimanapun dalam perkara kecenderungan hati atau kasih sayang tidak wajib ke atas suami untuk berlaku adil kerana perkara ini adalah di luar kemampuan dan kesanggupan manusia. Oleh kerana itu Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam berdo‘a kepada Allah:
Maksudnya: Ya Allah, inilah pembahagian yang dapat aku berikan pada perkara yang dapat aku kuasai, janganlah engkau sesali aku dalam perkara yang hanya Engkau menguasainya, sedangkan aku tidak berdaya menguasainya. (Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Akan tetapi seorang suami janganlah hanya menumpukan kasih sayang kepada isteri yang benar-benar dikasihinya sahaja, sehingga isteri yang lain diabaikan atau tidak diambil perhatian langsung.
Hukum Mendatangkan Mudharat Kepada Isteri
Haram hukumnya suami mendatangkan mudharat kepada isteri tanpa sebab-sebab yang hak, kerana mendatangkan mudharat kepada orang lain adalah suatu kezaliman. Manakala melakukan kezaliman adalah haram, kerana Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim. Jika mendatangkan mudharat kepada orang lain dihukumkan haram maka adalah lebih utama pula larangan tersebut tidak dilakukan kepada isteri kerana syariat telah berpesan kepada para suami untuk menjaga isteri dan bergaul dengan mereka dengan cara yang baik.
Mudharat yang dilarang dilakukan kepada isteri terbahagi kepada:
1. Mudharat fizikal. Contohnya, memukul isteri.
2. Mudharat yang bukan fizikal. Contohnya, mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada isteri.
Larangan mendatangkan mudharat kepada isteri banyak disebutkan di dalam al- Qur’an, antaranya dalam firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara‘). Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Baqarah: 228)
Ayat tersebut menjelaskan tentang adanya hak isteri ke atas suami seperti mahar, mencukupkan nafkah, tidak melakukan mudharat kepada isteri dan yang seumpamanya.
Selain daripada itu, suami yang menthalaq isterinya juga dilarang memudharatkan isteri yang dalam ‘iddah dengan kembali (rujû‘) kepada isteri apabila tempoh ‘iddah hampir selesai dengan tujuan untuk mendatangkan kesusahan atau mudharat kepada isteri. Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ berfirman:
Tafsirnya: Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh ‘iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujû‘) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang
mereka (rujû‘ semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri. (Surah al-Baqarah: 231)
Ayat tersebut memberi peringatan kepada suami yang berniat untuk memberi mudharat kepada isteri. Suami yang menthalaq isteri diperintahkan sama ada kembali (rujû‘) kepada isteri tanpa tujuan untuk memudharatkan atau melepaskan isteri sehingga selesai ‘iddahnya.
Di dalam kitab ‘Aun al-Ma‘bûd Syarh Abu Daud, diterangkan mengenai hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam yang menjelaskan mengenai suruhan memberi makan dan pakai kepada isteri serta larangan memudharatkan isteri.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam ditanyakan mengenai hak isteri ke atas seorang suami. Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam menjawab:
Maksudnya: Hendaklah kamu memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian atau kamu beroleh penghasilan, dan janganlah kamu memukul muka (isteri), jangan memburuk-burukkannya dan jangan memisahkan diri daripada mereka kecuali di dalam rumah. (Hadits riwayat Abu Daud)
Hadits tersebut melarang memukul isteri pada muka kerana muka merupakan anggota yang penting dan zahir dilihat. Begitu juga dilarang suami mengeluarkan perkataan tidak baik kepada isteri,
tidak mengeji serta memaki isteri. Seandainya isteri nusyûz suami janganlah berpindah ke rumah lain (meninggalkan isteri), kerana yang dimaksudkan dengan ‘meninggalkan isteri yang nusyûz’ adalah dipisahkan tempat tidurnya iaitu tidak tidur bersama-sama.
Memudharatkan isteri secara fizikal seperti menampar, memukul atau menyepak isteri adalah dilarang kerana perbuatan seumpama ini amat jauh daripada konsep pergaulan baik suami isteri sebagaimana yang dituntut syara‘.
Jikapun isteri melakukan kesalahan, suami diperintahkan untuk menasihati isteri kerana mungkin dengan nasihatnya isteri akan sedar akan kesalahan yang dilakukan. Menasihati isteri kerana kesalahan yang dilakukannya ada disebutkan dalam perkara isteri nusyûz. Sunat seorang suami menasihati isterinya yang nusyûz dan memujuk isteri dengan cara mengambil hati, umpamanya dengan memberikan sesuatu. Suami dibenarkan memukul isteri yang nusyûz hanya setelah nusyûz isteri jelas berterusan (setelah suami menasihati dan memisahkan tempat tidurnya).
Cara memukul yang dibenarkan oleh syara‘ pula ialah pukulan yang tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, seperti dilarang memukul isteri dengan pukulan keras, memukul pada muka atau pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera. Tujuan pukulan tersebut adalah bagi mashlahat suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.
Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam Sebagai Suami Mitsali
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam merupakan suami mitsali yang patut dicontohi. Sabda Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam hadits yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ:
Maksudnya: Sebaik-baik (manusia) di antara kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang paling baik kepada keluargaku daripada kalangan kamu. (Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Pergaulan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersama dengan isteri-isterinya adalah pergaulan baik yang sentiasa penuh dengan kemesraan, antaranya Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam bergurau-senda dengan keluarganya, bersikap lemah-lembut terhadap mereka dan mengagihkan nafkah sebagaimana yang diperintahkan syara‘ kepada para suami. Inilah antara pergaulan baik Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersama isteri-isteri Baginda yang patut dicontohi oleh para suami.
Sebagai kesimpulan, seorang suami bertanggungjawab memelihara hak-hak isteri yang diamanahkan oleh syara‘ ke atasnya. Antaranya berbuat baik kepada isteri kerana ia berupa perintah Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ kepada kaum lelaki. Selain itu juga, suami tidak boleh mencuaikan nafkah isteri, kerana dengan mengabaikan pemberian nafkah tersebut, suami bukan sahaja telah melanggar apa yang diperintahkan oleh syara‘ bahkan perbuatannya akan mendatangkan kesusahan kepada isteri. Yang jelas, Islam amat menitikberatkan soal hak dan sama sekali tidak membenarkan suami mengabaikan hak-hak isteri.
PENYUSUAN
PERIHAL PENYUSUAN ANAK
Susu ibu merupakan salah satu ciptaan dan ni‘mat Allah Ta‘ala yang sangat istimewa. Bukan sahaja susu ibu itu boleh menampung dan memberikan kesemua nutrisi dan khasiat yang diperlukan sesuai mengikut keperluan tubuh anak damit (kecil), malahan dalam susu ibu itu terkandung antibodi yang berperanan memperkuatkan imun (kekebalan) tubuh anak damit untuk melawan penyakit dan jangkitan. Malahan telah diperakui bahawa susu ibu itu tiada ganti baginya, apalagi tandingannya. Ia sangat penting bagi perkembangan anak damit terutama pada peringkat awal pertumbuhan badannya.
Terdapat banyak manfaat dan kelebihan yang diperolehi daripada penyusuan anak dengan susu ibu (breast-feeding) dari segi kesihatan, psikologi, ekonomi dan persekitaran. Malahan bidang perubatan telah mengupas dengan panjang lebar akan manfaat penyusuan susu ibu yang memang telah diakui dan diterima ramai. Walaupun tumpuan utama dalam penyusuan susu ibu adalah anak tersebut, namun manfaatnya bukan hanya terhad kepada anak sahaja akan tetapi turut sama dirasakan dan dini‘mati oleh ibu yang menyusukan.
Penyusuan Susu Ibu Menurut Islam
Menurut ajaran agama Islam, penyusuan anak damit ini memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah: 233)
Hukum Memberikan Susu Pertama (Al-Libâ’) Kepada Anak
Al-libâ’ atau kolostrum ialah susu pertama yang mula-mula keluar selepas melahirkan anak. Warna kolostrum itu kuning seakan-akan warna oren dan ia menyerupai mentega yang cair. Kolostrum itu pekat dan melekit seperti sirap mapel. Menurut kajian saintifik, ia mengandungi protein yang tinggi, zat besi dan mineral yang lain. Ia juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat dan kalori berbanding dengan air susu dada yang keluar selepas kolostrum.
Hukum memberikan kolostrum kepada anak yang baru dilahirkan adalah wajib selama anak tersebut berhajat kepadanya. Ini kerana pada kebiasaannya seorang anak itu tidak akan boleh hidup ataupun badannya tidak akan sihat atau menjadi kuat tanpa penyusuan dengan kolostrum.
Adapun tempoh anak tersebut memerlukan kolostrum adalah tertakluk kepada pendapat pakar mengenainya. Dikatakan bahawa kolostrum itu keluar dalam tempoh yang singkat sahaja, ada yang mengatakan antara tiga hari sehingga tujuh hari.
Siapakah Yang Wajib Menyusukan Anak Dengan Kolostrum?
Menyusukan anak dengan kolostrum itu dipertanggungjawabkan ke atas si ibu. Ibu wajib menyusukan anaknya yang baru lahir dengan kolostrum, sekalipun terdapat perempuan lain yang boleh menggantikan si ibu untuk menyusukannya dengan kolostrum. Apabila tempoh penyusuan anak dengan kolostrum telah berakhir, maka:
1. Jika tidak didapati orang lain yang boleh menyusukannya selain ibunya, maka wajib ke atas si ibu menyusukan anaknya itu.
2. Jika hanya perempuan lain selain ibunya yang boleh menyusukan, umpamanya si ibu tidak berupaya atau meninggal dunia, maka wajib ke atas perempuan tersebut untuk menyusukan anak tersebut.
Kewajipan ini adalah untuk menjaga keselamatan dan kelangsungan hidup anak tersebut.
3. Jika kedua-duanya, iaitu ibu dan perempuan lain, boleh menyusukannya, maka bolehlah di antara kedua-dua mereka menyusukannya dan jika si ibu enggan, tidak boleh dipaksa untuk menyusukannya.
Ganjaran Kepada Ibu Yang Menyusukan Anak
Seorang ibu yang bersusah-payah mengandung dan menanggung keperitan melahirkan kemudian menyusukan anaknya akan diberi ganjaran yang sangat hebat. Ganjaran menyusukan anak ini disebut dalam beberapa riwayat antaranya:
1. Sebuah hadits yang panjang daripada Anas bin Malik Radhiallâhu ‘anhu bahawa Salamah, pengasuh Ibrahim putera Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah bertanya kepada Baginda.
Maksudnya: Wahai Rasulullah, Tuan telah menggembirakan kaum lelaki dengan (memberitahu mereka) setiap kebaikan (yang boleh dikerjakan serta ganjarannya). Dan Tuan tidak menggembirakan kaum perempuan (dengan memberitahu setiap kebaikan yang boleh dikerjakan). Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda: “Adakah teman-temanmu meyakinkanmu (untuk bertanya) mengenai perkara ini?” Salamah menjawab: “Ya, mereka telah menyuruhku.” Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda: “Adakah salah seorang daripada kamu tidak redha jika sekiranya dia mengandungkan anak suaminya, dan dia (suaminya) dalam keadaan redha akan isterinya, sesungguhnya bagi isterinya (pahala) seumpama seorang yang berjihâd; berpuasa dan bersembahyang di jalan Allah. (Begitu juga) ketika dia dalam kesakitan ketika melahirkan, tiada sesiapapun daripada ahli langit mahupun ahli bumi yang mengetahui akan ganjaran yang tersembunyi yang bakal diperolehinya, berupa cahaya mata (kesenangan-كحة هعني). (Begitu juga) setelah dia melahirkantidak (akan disia-siakan) tegukan yang memenuhi mulut anaknya dan hisapan hasil daripada air susunya (ibu), melainkan baginya ganjaran; setiap tegukan dan hisapan itu (diberikan) satu kebaikan. (Begitu juga) sekiranya dia dibangunkan (tidak tidur) pada waktu malam (oleh anaknya), maka diberikan dia ganjaran serupa dengan ganjaran memerdekakan tujuh puluh orang hamba di jalan Allah.” (Hadits riwayat ath-Thabarani)
Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa:
i. Seorang isteri yang mengandungkan anak suaminya dan suaminya itu dalam keadaan redha kerana isterinya seorang yang taat kepada suami dan agama, maka diberikan isteri tersebut sepanjang kehamilannya itu, ganjaran seumpama seorang yang berjihâd di jalan Allah, iaitu umpama orang yang berpuasa pada siang hari dan bangun bersembahyang pada malam hari.
ii. Tatkala dia merasakan kesakitan ketika melahirkan, tiada suatu makhluk pun di bumi dan di langit daripada kalangan manusia, jin, para malaikat dan selain mereka ini mengetahui akan ganjaran yang tersembunyi yang Allah telah janjikan baginya berupa kesenangan dan ni‘mat. Ini adalah sebagai balasan baginya atas kepayahan yang ditanggungnya sepanjang dia mengandung dan kesabarannya atas kesakitan ketika melahirkan anak dan penjagaannya terhadap kandungan tersebut, dan kesemua itu berserta keredhaan suaminya.
iii. Setelah melahirkan, setiap tegukan dan titisan air susu yang diminum oleh anak daripada ibunya itu tidak disia-siakan, malahan dituliskan baginya dalam lipatan buku-buku catatannya pada Hari Kiamat bahawa setiap satu tegukan dan titisan itu diberikan ganjaran satu kebaikan.
iv. Ketika dia tidak tidur lena pada waktu malam kerana disedarkan oleh karenah dan tangisan anaknya, diberikan baginya ganjaran seperti seorang yang memerdekakan 70 (tujuh puluh) orang hamba di jalan Allah.
2. Riwayat daripada Sa‘id bin Jubair daripada Ibnu ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ katanya:
Maksudnya: Seorang perempuan di sepanjang tempoh kehamilannya sehinggalah dia melahirkan sehinggalah dia melepaskannya (tidak lagi menyusukan anak tersebut) umpama seorang yang berjihâd di jalan Allah. (Hadits riwayat ath-Thabarani)
Beberapa Hukum Berkaitan Perempuan Yang Menyusukan
Berikut dibawakan penjelasan kepada beberapa masalah hukum yang berkaitan dengan perempuan yang menyusukan anaknya:
1. Berpuasa dan menyusukan anak.
Seorang ibu yang menyusukan anak tidak menghalangnya daripada menunaikan ibadat puasa, dengan syarat tidak memudharatkan ibu atau anak yang disusukan. Keupayaannya berpuasa juga tertakluk kepada kesihatan dan persediaan yang dibuatnya ketika berpuasa.
Namun kadang-kala ibu yang menyusukan menghadapi beberapa masalah semasa berpuasa, sama ada masalah itu ditakuti menjejaskan ibu atau anaknya, ataupun kedua-duanya sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, perempuan yang
menyusukan tadi diberikan rukshah atau keringanan oleh syara‘ untuk berbuka puasa. Malahan diwajibkan untuk berbuka andaikata jika dia meneruskan juga berpuasa akan mendatangkan mudharat.
Memandangkan dia telah berbuka puasa, maka dia juga diwajibkan untuk mengqadha’ puasa yang ditinggalkannya dan juga membayar fidyah dalam keadaan tertentu seperti berikut:
i. Jika dia berbuka kerana takut mudharat ke atas dirinya sahaja, maka dia diwajibkan mengqadha’ puasanya yang ditinggalkannya sahaja dan tidak dikenakan fidyah.
ii. Jika dia berbuka kerana takut mudharat ke atas dirinya dan juga anaknya, maka dia diwajibkan mengqadha’ puasanya sahaja dan tidak dikenakan fidyah.
iii. Jika dia berbuka kerana takut mudharat ke atas anaknya sahaja, umpamanya jika dia berpuasa, anaknya pasti kehausan kerana air susu akan kering, maka dia diwajibkan kedua-duanya sekali, iaitu qadha’ dan fidyah. Dalam keadaan ini dia diwajibkan membayar fidyah kerana dia berbuka untuk menyelamatkan nyawa yang tidak berupaya menunaikan puasa.
Hukum perempuan hamil adalah serupa dengan hukum perempuan yang menyusukan anaknya dari segi rukhshah (keharusan) berbuka. Begitu juga dengan kewajipan mengqadha’ puasa yang ditinggalkan dan membayar fidyah.
2. Hamil dan menyusukan anak.
Islam telah mensyariatkan supaya anak disusukan dengan susu ibu. Bagi perempuan yang hamil pula, adakah terdapat sebarang tegahan syara‘ daripada menyusukan anaknya? Penjelasan mengenai perkara ini telah diambil daripada riwayat ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ bahawa Judamah binti Wahab al-Asadiyyah Radhiallâhu ‘anhâ berkata, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya aku sangat bimbang sehingga aku benar-benar berhasrat untuk menegah al-ghîlah. Kemudian aku memerhatikan orang-orang Rom dan Parsi. Sungguhpun mereka itu melakukannya (al-ghîlah) pada anak-anak mereka, namun tidak ada kesan mudharat pada anak-anak mereka. (Hadits riwayat Muslim)
Apa yang dapat difahami daripada hadits di atas bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah mengharuskan perbuatan ghîlah kerana alasan atau sebab seperti yang telah disebutkan dalam hadits di atas.
Menurut ulama, al-ghîlah dalam hadits di atas mempunyai dua maksud, iaitu:
i. Perbuatan suami menyetubuhi isterinya ketika dia sedang menyusukan anak.
ii. Perbuatan wanita menyusui anak ketika dia sedang hamil (mengandung).
Sebab utama mengapa Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam hampir-hampir menegah perbuatan al-ghîlah ialah kerana ditakuti akan memudharatkan anak yang sedang menyusu itu.
Selain itu orang-orang Arab pada ketika itu tidak menyukai dan melarang menyetubuhi perempuan yang menyusukan anak dan juga melarang perempuan yang sedang hamil menyusukan anak. Mereka sangat bimbang dan takut akan perbuatan al-ghîlah kerana mempercayai bahawa perbuatan sedemikian akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada susu ibu, iaitu merosakkannya dan boleh membawa penyakit. Ini akan memudharatkan anak yang sedang menyusu itu dan menyebabkan badannya tidak sihat dan kuat.
Oleh kerana bimbang akan kesan tersebut, maka Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam berhasrat melarang al-ghîlah. Namun hasil daripada penelitian Baginda bahawa al-ghîlah merupakan suatu kebiasaan bagi orang-orang Rom dan Parsi dan tiada kesan buruk terjadi kepada anak-anak mereka, maka Baginda pun tidak melarangnya. Di samping itu, jika perbuatan itu mendatangkan mudharat, pasti thabib-thabib yang banyak di kalangan mereka akan melarang dan menghalang perbuatan al-ghîlah.
Walau bagaimanapun perkara ini tertakluk kepada mereka yang mempunyai kepakaran untuk menentukan sama ada perbuatan al-ghîlah boleh memudharatkan anak yang sedang menyusu ataupun tidak. Jika ia boleh memudharatkan, maka ia perlu dijauhi.
3. Muntah anak damit (kecil).
Muntah termasuk dalam benda yang dihukumkan najis menurut syara‘. Anak yang masih kecil sering kali mengalami muntah atau dalam bahasa Brunei disebut ‘muak’. Pada kebiasaannya agak sukar untuk mengetahui adanya muntah dan membersihkannya, kerana muntah itu adakalanya masih berada di dalam mulut anak tersebut. Khusus kepada ibu yang menyusukan anaknya secara penyusuan susu ibu, pasti muntah yang masih tersisa dalam mulut anak tadi terkena atau melekat pada bahagian dada ibu tanpa disedari ketika menyusukan anak. Persoalannya adakah muntah anak berkenaan yang terkena dada atau anggota ibu tadi wajib dibersihkan? Perkara ini ditimbulkan kerana kaitannya dengan pelaksanaan ibadat si ibu, seperti sembahyang.
Menurut ulama, najis yang terdapat pada mulut anak damit adalah termasuk antara najis yang dimaafkan. Jika seorang ibu menyusukan anaknya dan terdapat najis, umpamanya muntah, pada zahir atau dalam mulut anak itu, lalu najis tersebut melekat pada dada ibu, maka najis tersebut juga termasuk dalam najis yang dimaafkan.
Oleh yang demikian, si ibu boleh bersembahyang tanpa diwajibkan untuk membasuh atau membersihkan najis itu terlebih dahulu. Sama juga hukumnya apabila seseorang mencium anak damit pada mulutnya, lalu lembapan atau air liur yang mungkin bercampur najis itu melekat atau berpindah pada seseorang itu, maka tidak dimestikan untuknya membersihkan najis tersebut.
Sebagai kesimpulan, memandangkan kepentingan pemberian kolostrum (al-libâ’) kepada pertumbuhan dan pembesaran anak, maka adalah tidak wajar perkara itu diabaikan oleh ibu-ibu, apalagi menurut ulama Syafi‘iyyah, ibu berkewajipan menyusukan anak yang baru lahir dengan kolostrum semasa tempoh keluarnya kolostrum.
Dalam sesetengah keadaan, sebagai meringankan beban para ibu yang sedang menyusukan anak, dikurniakan kepada mereka beberapa kelonggaran atau rukhshah dalam mengerjakan ibadat, umpamanya diberikan keringanan untuk berbuka puasa, jika ditakuti akan menjejaskan diri mereka atau anak yang mereka susui.
KORBAN
MELAKUKAN IBADAT KORBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN
Menyembelih korban selepas naik matahari pada Hari Raya Adha iaitu sekadar berlalu sembahyang dua rakaat dan dua khutbah ringkas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada hari Tasyriq terakhir iaitu hari ke-13 Zulhijjah merupakan salah satu ibadat yang dituntut oleh agama. Tuntutan ini jelas disebutkan sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah al-Kautsar: 2)
Hukum berkorban ialah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut) bagi orang bâligh, berakal, merdeka serta berkemampuan untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan di sini ialah orang yang mampu untuk berkorban setelah ada lebihan daripada keperluannya dan keperluan orang-orang yang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Adha dan hari-hari Tasyriq.
Menurut jumhûr ulama, sunat melakukan korban bagi orang yang mampu dan makruh hukumnya jika dia tidak melakukannya sedangkan dia ada kemampuan untuk melakukan korban. Hukum ini akan menjadi sunat mu’akkadah ‘ainiyyah iaitu sunat yang dituntut ke atas orang itu sendiri sekiranya dia tinggal bersendirian di dalam sebuah rumah. Sebaliknya, ia menjadi sunat mu’akkadah kifâyah iaitu sunat yang dituntut secara umum bagi sebuah keluarga dalam sebuah rumah. Jika salah seorang daripada ahli keluarga di dalam rumah tersebut melakukan korban, maka gugurlah tuntutan sunat kifâyah daripada anggota keluarga yang lain.
Tuntutan untuk melaksanakan korban ini sudah mendapat perhatian daripada orang ramai. Timbulnya kesedaran di kalangan orang Islam terhadap keutamaan ibadat korban ini menyebabkan tidak sedikit jumlah binatang korban yang disembelih setiap menjelangnya Hari Raya Adha, bahkan semakin bertambah jumlahnya setiap tahun. Ini kerana selain daripada menjunjung tuntutan syara‘, keghairahan untuk meraih ganjaran juga tidak dibiarkan terlepas begitu sahaja.
Dari sudut yang lain pula, kelebihan dari segi kewangan bagi sesetengah individu menyebabkan mereka bukan sahaja melakukan korban untuk mereka sendiri, bahkan untuk pihak orang lain dengan perbelanjaan yang ditanggung oleh mereka sendiri. Ada yang melakukan korban untuk ibu bapa, anak-anak, adik-beradik, saudara- mara malahan untuk teman-teman mereka.
Persoalan yang timbul ialah kedudukan hukum seseorang yang melakukan korban bagi pihak orang lain. Adakah sah atau tidak korban yang dilakukan untuk orang lain dengan kos perbelanjaan daripada harta orang yang melakukan korban itu?
Perbincangan mengenai hukum melakukan korban bagi pihak orang lain ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Melakukan korban untuk orang lain yang masih hidup.
2. Melakukan korban untuk orang lain yang telah meninggal dunia.
Korban Bagi Orang Yang Hidup
Tidak harus melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup dan tidak sah korban tersebut jika dilakukan kecuali dengan ada keizinan daripada orang tersebut. Ini kerana korban itu adalah suatu ibadat dan melakukan ibadat untuk orang lain adalah ditegah kecuali jika ada dalil yang mengharuskan untuk berbuat sedemikian. Dalam perkara ibadat korban, adanya keizinan adalah syarat yang mengharuskan seseorang itu melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup.
Berbeza halnya dengan beberapa keadaan berikut:
1. Wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban dengan kos perbelanjaan dikeluarkan daripada hartanya untuk orang-orang yang di bawah jagaannya seperti anak atau cucunya yang masih kecil. Dalam keadaan ini, contohnya jika bapa melakukan korban untuk anaknya, maka sah korban untuk anak tersebut, sementara si bapa pula memperolehi pahala hibah (pemberian).
Walau bagaimanapun tidak sah korban yang dilakukan untuk anak yang masih dalam kandungan. Ini kerana belum ada apa-apa tuntutan syara‘ yang dikenakan ke atasnya.
2. Jika salah seorang daripada ahli keluarga dalam sebuah rumah melakukan korban untuk dirinya sudah dianggap melepaskan tanggungan sunat kifâyah keluarga tersebut walaupun tanpa keizinan daripada ahli keluarga yang lain atau tanpa niat mereka untuk melakukan korban.
3. Harus bagi pemimpin atau ketua melakukan korban bagi orang-orang Islam di bawahnya daripada harta Baitul Mal (jika ada kelebihan pada harta tersebut) dengan menyembelih badanah (unta atau lembu yang gemuk). Jika tidak mampu menyembelih badanah maka dengan seekor kambing biri-biri.
Walau bagaimanapun dengan sembelihan ini tidak menggugurkan tuntutan korban ke atas orang-orang Islam yang berkemampuan kerana apa yang diperolehi daripada sembelihan pemimpin atau ketua itu adalah perolehan pahala semata-mata bagi orang-orang Islam.
Daging daripada sembelihan ini juga boleh dimakan oleh orang-orang Islam termasuk orang-orang kaya kerana sembelihan itu dianggap sedekah semata-mata.
Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia
Tidak harus bagi ahli waris mahupun orang lain melakukan korban bagi orang yang sudah meninggal dunia dan tidak sah korban yang dilakukan melainkan jika orang yang telah meninggal dunia itu pernah mewasiatkan sedemikian.
Apabila orang yang diwasiatkan melakukan korban bagi pihak si mati, maka dia tidak boleh memakan daging tersebut dan juga tidak boleh menghadiahkannya kepada orang kaya kecuali jika ada keizinan awal daripada si mati. Oleh yang demikian daging tersebut wajib diagihkan kesemuanya kepada fakir miskin.
Begitulah penjelasan mengenai hukum melakukan korban bagi orang lain, sama ada orang tersebut masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Apa yang jelas, seseorang yang ingin melakukan korban bagi orang lain perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada yang empunya diri atau dengan adanya wasiat yang ditinggalkan untuknya. Jika dilakukannya juga tanpa keizinan atau wasiat, maka korban tersebut tidak sah.
MELAKUKAN IBADAT KORBAN DI LUAR NEGERI DAN MEMINDAH DAGING KORBAN
Ibadat korban sangat-sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi orang yang mempunyai kemampuan. Ia merupakan bukti keikhlasan dan ketaqwaan seseorang kerana dalam ibadat korban itu antara hikmah pensyariatannya ialah mendekatkan diri kepada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ, melahirkan kesyukuran dengan ni‘mat yang diberikan, menggembirakan orang miskin dengan pemberian daging korban, di samping menambah amal kebajikan.
Dalam melaksanakan ibadat korban, di mana sahaja ia dilakukan, pasti akan melibatkan perbelanjaaan wang dan harta benda. Ibadat korban yang dilakukan oleh seseorang di negeri lain bukan di negeri tempat dia berada, dalam hukum fiqh melibatkan hukum tertentu, iaitu memindah wang ke negeri lain. Melakukan korban di luar negara terjadi kerana beberapa faktor, antaranya faktor harga binatang korban yang lebih murah di sesuatu tempat, faktor terdapat ramai bilangan fakir miskin di tempat berkenaan dan sebagainya.
Kadang-kala setelah berkorban di sesebuah negeri, sesetengah individu kemudian berhasrat untuk membawa atau memindah daging korban itu kembali semula ke negeri tempatnya berada. Dalam perbincangan fiqh, perkara ini melibatkan hukum memindah daging korban ke negeri lain.
Dalam kedua-dua perkara ini, terdapat penjelasan hukum syara‘ mengenainya.
Memindah Wang Ke Negeri Lain
Menurut ulama hukum memindah wang adalah harus. Apa yang dimaksudkan dengan memindah wang di sini ialah memindahkannya dari satu negeri ke negeri yang lain untuk membeli binatang korban.
Gambarannya ialah seseorang penduduk tempatan yang mahu melakukan ibadat korban di Makkah umpamanya, dengan erti kata dia mahu membeli binatang korban, seterusnya menyembelihnya di sana. Menurut pandangan ulama perkara ini adalah diharuskan.
Cara pembelian binatang korban pula, sama ada:
1. Orang yang hendak berkorban itu sendiri pergi ke luar negeri dan melaksanakan sendiri segala urusan korban dari awal pembelian binatang korban sehinggalah penyembelihannya, atau;
2. Dia melantik wakil dan menyerahkan wang kepada wakil tadi untuk melaksanakan urusan yang dimaksudkan. Ini kerana menurut syara‘, hukum wakâlah (perwakilan) atau melantik wakil dalam ibadat korban adalah harus.
Dapat difahami daripada penjelasan ringkas di atas, adalah harus bagi seseorang yang hendak berkorban untuk melantik wakil pada membeli binatang korban dan juga harus melantik wakil pada menyembelih binatang korban, sekalipun bukan di negeri orang yang berwakil, iaitu orang yang hendak berkorban tadi. Bagaimanapun, dalam perkara berwakil hendaklah diberi perhatian dalam menjaga syarat-syarat ‘wakâlah’ (perwakilan) agar ibadat yang dikerjakan sah dan sempurna menurut syara‘.
Memindah Daging Korban Ke Negeri Lain
Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan daging korban itu ialah memindahkan daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain, supaya daging korban itu dibahagi-bahagikan atau diagih-agihkan kepada mereka yang berhak di negeri berkenaan.
Dalam perkara memindah daging korban, hukum mengenai keharusan perkara ini tergantung kepada jenis korban yang dilakukan. Perlu diketahui bahawa korban terbahagi kepada dua; korban wajib dan korban sunat. Korban menjadi wajib umpamanya dengan sebab dinazarkan atau korban yang dilaksanakan kerana menyempurnakan wasiat seseorang.
Secara ringkas, hukum memindah daging korban dari negeri tempat penyembelihannya ke negeri lain adalah seperti berikut:
1. Korban wajib.
Dalam korban wajib, kesemua daging binatang yang disembelih itu wajib disedekahkan kepada fakir dan miskin dalam keadaan mentah. Oleh itu, haram hukumnya memindahkan daging korban berkenaan daripada tempat sembelihan. Inilah pendapat jumhûr ulama asy-Syafi‘eyah.
Dapat difahami daripada penjelasan di atas bahawa daging korban wajib itu wajib diagihkan kesemuanya kepada golongan fakir dan miskin di negeri (tempat) binatang korban itu disembelih.
2. Korban sunat.
Dalam korban sunat pula, terdapat bahagian daripada daging korban itu yang sunat dimakan oleh orang yang berkorban atau dihadiahkan, dan terdapat bahagian yang wajib disedekahkan.
Hanya bahagian atau hak orang yang berkorban itu sahaja yang harus dipindahkan ke negeri lain. Manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin wajib disedekahkan di tempat berkorban itu juga dan haram dipindahkan ke negeri lain. Gambaran bagi masalah ini, seorang yang menyembelih korban sunat untuk dirinya di suatu negeri, maka adalah disunatkan baginya membahagi daging binatang korban tersebut kepada tiga bahagian seperti berikut:
i. Sepertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
Diwajibkan bagi orang yang berkorban untuk menyedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat dalam keadaan mentah, iaitu tidak dimasak, kepada fakir dan miskin untuk dimiliki oleh golongan ini.
Bahagian ini wajib disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskin di negeri (tempat) binatang korban disembelih dan haram dipindahkan ke negeri lain.
ii. Sepertiga (1/3) untuk dirinya sendiri.
Disunatkan bagi orang yang berkorban memakan sebahagian daripada sepertiga sembelihan korban sunatnya sebagai mengambil berkat. Malahan afdhal baginya memakan hati binatang tersebut kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam.
iii. Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada orang kaya.
Disunatkan bagi orang yang berkorban menghadiahkan sebahagian daging korban sunatnya kepada orang kaya seperti ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan seumpamanya daripada kalangan orang Islam.
Maka bahagian (ii) dan (iii) ini adalah harus hukumnya jika daging korban itu dipindahkan ke negeri (tempat) lain.
Niat Korban
Seperti yang diketahui, niat merupakan syarat sah korban. Niat korban sah dilakukan setelah masuk waktunya, iaitu dari terbit matahari dan kadar berlalu sembahyang sunat Hari Raya Adha dan dua khutbahnya yang ringkas.
Sekiranya seseorang itu menyembelih sendiri binatang korbannya, maka niat korban itu dilakukan ketika atau seiringan dengan penyembelihan binatang korban. Bagaimanapun harus juga mendahulukan niat itu sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah.
Bagaimana pula jika sekiranya korban itu disembelih oleh wakil orang yang berkorban?
Sekiranya seseorang itu mewakilkan kepada individu lain untuk menyembelih binatang korbannya, maka memadai orang yang berkorban itu sahaja yang berniat, sekalipun wakilnya itu tidak berniat ketika menyembelih binatang korban.
Namun jika orang yang berwakil (orang yang hendak berkorban) sudah menyerahkan perkara niat korban kepada wakilnya, maka memadailah niat wakil tadi ketika menyembelih binatang korban, sekalipun penyembelihan korban dilaksanakan di luar negeri.
Menyentuh mengenai perkara berwakil korban di luar negeri, terdapat pendapat ulama yang mengatakan, hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil dan memadai juga jika niat itu dilakukan lebih awal; tidak seiringan dengan penyembelihan, iaitu ketika orang yang berwakil menyerahkan wakâlah kepada wakil.
Sebagai kesimpulan, menurut syara‘ seseorang yang ingin melakukan ibadat korban di sesebuah negeri bukan di negeri tempat dia berada hukumnya adalah harus. Caranya ialah dengan membeli binatang korban di suatu negeri dan seterusnya menyembelihnya di tempat tersebut. Cara pembelian itu pula sama ada dilakukan sendiri oleh orang yang hendak berkorban itu atau dengan menggunakan perantaraan seperti melantik seorang wakil dan menyerahkan wang kepadanya untuk menguruskan pembelian dan seterusnya pelaksanaan penyembelihan binatang korban di luar negeri Selain itu, jika seseorang itu berhasrat untuk memindahkan daging binatang korban dari tempat binatang itu disembelih ke negeri lain, maka ada bahagian yang haram dipindahkan ke negeri lain, iaitu bahagian yang wajib disedekahkan kepada golongan fakir miskin. Menurut syara‘, bahagian ini wajib diagihkan kepada golongan yang berhak di negeri (tempat) di mana binatang korban itu disembelih.
Manakala bahagian yang selebihnya, umpamanya bahagian yang sunat dimakan oleh orang yang berkorban itu sendiri dan bahagian yang sunat dihadiahkan kepada golongan kaya, seperti ahli keluarga dan sahabat handai daripada kalangan orang Islam, hanya bahagian ini sahaja yang diharuskan untuk dipindahkan ke negeri (tempat) lain.
JUDI
BERHATI-HATI! Judi Ada Dalam Pertandingan Atau Peraduan
Judi hukumnya adalah haram. Pengharamannya jelas disebutkan dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah (perbuatan) keji daripada perbuatan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kemenangan (dan keberuntungan). (Surah al-Mâ’idah: 90)
Syariat Islam telah menetapkan bahawa judi adalah salah satu dosa besar yang merupakan daripada perbuatan syaitan yang wajib dijauhi. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Nabi Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada kedua-duanya ada dosa besar.” (Surah al-Baqarah: 219)
Pengertian Judi
Judi disebut dalam bahasa Arab sebagai al-maisir dan al-qimâr. Ulama banyak menta‘rîfkan perkataan al-maisir dan al-qimâr ini. Menurut al-Jurjani Rahimahullâh:
Ertinya: Judi ialah seseorang mengambil sesuatu daripada sahabatnya (yang diajak bermain) di dalam suatu permainan. Di zaman kita (740H-816H) permainan (judi) itu ialah: Setiap permainan yang disyaratkan di dalamnya (bahawa) yang menang daripada dua pihak yang bertanding, (untuk mendapat) sesuatu (habuan) daripada yang kalah.
Berkata Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullâhu Ta‘âlâ, al-maisir ialah:
Ertinya: Setiap sesuatu (permainan) yang di dalamnya ada pertaruhan maka ia adalah (sebahagian) daripada judi.
Berkata ash-Shabuni Rahimahullâhu Ta‘âlâ pula ialah:
Ertinya: Setiap permainan yang di dalamnya (memberi) keuntungan kepada satu pihak dan kerugian kepada satu pihak yang lain, ia adalah judi yang diharamkan.
Al-Mahalli Rahimahullâhu Ta‘âlâ pula berkata bahawa di antara bentuk judi yang diharamkan itu ialah:
Ertinya: Bahawa setiap kedua-dua belah pihak (di dalam suatu permainan) ragu-ragu (tidak pasti) di antara (sama ada) dia akan mendapat habuan dan (atau) dia akan menanggung kerugian.
Daripada pengertian para ulama itu dapatlah difahami bahawa unsur utama yang menyebabkan sesuatu permainan itu menjadi judi ialah pertaruhan, seperti disyaratkan kepada dua belah pihak yang bertanding mempertaruhkan harta sama ada dalam bentuk wang ringgit atau selainnya dan pihak yang menang akan mendapat taruhan tersebut.
Perkara ini jelas disebutkan oleh al-Mahalli Rahimahullâhu Ta‘âlâ:
Ertinya: Maka jika disyaratkan di dalamnya (suatu permainan) ada harta (atau wang untuk dipertaruhkan) daripada kedua-dua belah pihak iaitu bahawa barang siapa yang menang daripada kedua-dua belah pihak, (harta atau wang pihak lain yang dipertaruhkan) menjadi miliknya (orang yang menang), maka itulah judi yang diharamkan.
Pertaruhan daripada pihak yang bertanding inilah yang menjadikan sesuatu pertandingan atau peraduan itu gugur menjadi judi. Maka dengan sebab itulah setiap pertandingan atau peraduan yang ada unsur taruhan adalah judi. Judi Dalam Pertandingan Atau Peraduan
Perjudian boleh berlaku dalam pertandingan dan peraduan. Antara peraduan masa kini yang jelas dikategorikan sebagai judi kerana berlandaskan pertaruhan ialah seperti permainan al-yânasib iaitu loteri. Dalam peraduan ini penganjur akan menyediakan kupon yang mengandungi nombor dengan meletakkan harga tertentu pada kupon tersebut. Setelah cabutan nombor dilakukan, pelanggan bertuah yang memiliki nombor tertentu sahaja akan memperolehi hadiah yang disediakan dan yang lain mendapat kerugian. Ini menunjukkan ada unsur-unsur mengambil harta orang dengan cara yang bâthil sehingga menyebabkan sebahagian pihak lain mendapat kerugian.
Maka mempertaruhkan wang dalam sesuatu pertandingan atau peraduan adalah mengandungi unsur judi. Dalam pertandingan atau peraduan masa kini kebanyakannya mensyaratkan bayaran penyertaan. Bayaran penyertaan ini boleh meletakkan pertandingan atau peraduan masa kini itu menjadi judi.
Cuba kita perhatikan contoh pertandingan atau peraduan berikut:
Pertandingan Atau Peraduan Menggunakan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS):
Peraduan kuiz secara umumnya dibolehkan jika tiada sebarang bayaran disyaratkan apabila menyertainya. Pada masa kini, peraduan kuiz dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau Short Messaging Service (SMS) semakin menjadi popular dan laris kerana ia mudah disertai.
Apa yang jelas mengenai peraduan ini, para peserta yang menyertai peraduan atau teka-teki dengan menggunakan perkhidmatan ini akan dikenakan kadar bayaran yang lebih tinggi daripada kadar bayaran SMS biasa.
Umpamanya pelanggan diminta meneka pemain terbaik dalam sesuatu perlawanan bola sepak. Kemudian tekaan itu dihantar melalui SMS dengan kadar bayaran yang lebih tinggi daripada kadar penghantaran biasa. Umpamanya kadar bayaran biasa 10 sen tetapi apabila mengikuti kuiz, kadar bayaran menjadi 50 sen. Hanya sesiapa yang menjawab dengan tepat sahaja akan mendapat hadiah.
Kadar bayaran yang tinggi inilah yang menjadikan peraduan itu mempunyai persamaan dengan judi, kerana peraduan itu sudah menjadi seperti peraduan berbayar yang merupakan antara kriteria utama judi.
Bahkan jika peraduan SMS itu tidak mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada kadar bayaran SMS biasa sekalipun, peraduan seumpama itu juga ditakuti syubhah. Syubhah yang dimaksudkan ialah kedudukan peraduan mendekati seperti peraduan berbayar juga. Cuma pembayaran di dalam peraduan ini tidak dibuat secara langsung kerana bayaran itu diperuntukkan bagi membayar kadar perkhidmatan SMS biasa.
Begitu juga dengan peraduan lelong melalui SMS yang pernah dibuat suatu masa dahulu melalui akhbar-akhbar tempatan. Peraduan ini jelas tidak menepati lelong yang diharuskan oleh syara‘ kerana dalam jualan lelong melalui SMS ini, penganjur menawarkan beberapa barang untuk dilelong, kemudian para pelanggan yang ingin menyertainya akan membuat tawaran melalui SMS dengan kadar bayaran tiga ringgit atau lebih. Pelanggan yang paling banyak menghantarkan taruhan harga, dialah yang akan menerima barang tersebut.
Perbezaan jualan lelong melalui SMS ini dengan jualan lelong yang diharuskan oleh syara‘ ialah jualan lelong melalui SMS mengenakan bayaran kepada semua pelanggan setiap kali mereka menyebut harga dengan menghantarnya melalui SMS. Sedangkan tidak kesemua pelanggan itu akan memperoleh barang lelong tersebut, bahkan mereka hanya mendapat kerugian kerana turut membayar kepada penganjur setiap kali mereka menaruh harga. Manakala jualan lelong yang diharuskan oleh syara’, ia tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka yang berminat untuk membeli, kecuali kepada sesiapa yang membuat tawaran harga paling akhir yang disanggupi oleh si pembeli.
Berdasarkan kriteria ini, maka kedua-dua bentuk peraduan melalui SMS itu, adalah jelas mengandungi unsur-unsur perjudian, kerana setiap mereka yang menyertai peraduan dikenakan bayaran dan terdedah kepada risiko sama ada memperolehi keuntungan atau menanggung kerugian daripada peraduan itu.
Cabutan Bertuah Dalam Promosi Jualan
Banyak promosi cabutan bertuah yang dijalankan oleh syarikat-syarikat, bank-bank atau institusi kewangan dengan menawarkan hadiah-hadiah seperti pakej umrah, kereta, rumah dan bermacam-macam lagi. Promosi cabutan bertuah ini juga ada persamaan dengan judi jika dikenakan sebarang bayaran apabila menyertainya.
Jika peserta yang mengikuti cabutan bertuah tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran, maka promosi sedemikian adalah harus dan tidak bertentangan dengan konsep muamalat menurut hukum syara‘ kerana hadiah itu adalah semata-mata sumber daripada penganjur sendiri atau pihak lain daripada pelanggan.
Namun jika jenis cabutan bertuah itu mengandungi unsur penganiayaan iaitu salah satu pihak daripada dua belah pihak akan mengalami risiko sama ada untung atau rugi, sama ada secara langsung atau pun tidak, umpamanya dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan daripada harganya yang biasa disebabkan adanya hadiah yang ditawarkan itu ataupun untuk menyertai cabutan undian bertuah itu, peserta disyaratkan mesti membuat sebarang pembayaran dengan membeli tiket bagi cabutan nombor bertuah maka peraduan seperti ini diharamkan.
Begitu juga jika sesebuah syarikat mensyaratkan pembelian barangan sekurang-kurangnya dengan harga $10 (sepuluh ringgit) umpamanya, iaitu sebagai syarat untuk memperolehi sebarang hadiah yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat itu, sekalipun pembeli akan mendapat barang tersebut tanpa sebarang kerugian, namun menetapkan syarat pembelian dengan $10 itu, ditakuti membawa kepada judi juga.
Sementara jika seseorang yang bukan tujuan asasinya membeli barang, bahkan tujuannya yang sebenar ialah semata-mata untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan, maka perbuatan seperti ini adalah menuju kepada cara atau bentuk perjudian atau menghampiri perjudian. Perbuatan sebegini juga ditakuti termasuk syubhah. Syubhah yang dimaksudkan ialah pembeli berniat atau bertujuan untuk memperolehi hadiah yang ditawarkan dan dengan niat itu pembeli akan merasa rugi sekiranya hadiah itu tidak diperolehinya.
Jelas di sini bahawa bayaran yang dikenakan untuk menyertai apapun bentuk pertandingan atau peraduan, ada persamaannya dengan wang taruhan dalam permainan judi, apabila hadiah pertandingan atau peraduan bersumber daripada bayaran penyertaan peserta.
Oleh yang demikian, semua pihak lebih-lebih lagi para penganjur terutama sekali mereka yang terdiri daripada orang Islam hendaklah sentiasa peka terhadap ketetapan hukum syara‘. Ini kerana penganjur yang berniaga untuk mengaut keuntungan dengan mendorong orang ramai merebut hadiah yang dijanjikan yang di dalamnya terdapat unsur pertaruhan atau perjudian jelas melakukan dosa kerana memakan harta orang lain secara bathil. Memakan harta secara bathil itu adalah amat dilarang oleh Islam sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan janganlah kamu makan harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang bâthil, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim supaya kamu dapat mengambil sebahagian daripada harta orang lain dengan cara berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya. (Surah al-Baqarah: 188)
Larangan ini juga jelas disebut oleh hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membelanjakan harta Allah tidak dengan (pembahagian) benar, maka bagi mereka adalah api neraka pada Hari Kiamat. (Hadits riwayat al-Bukhari )
Kesimpulannya, apapun jua jenis pertandingan atau peraduan yang ada pertaruhan wang atau harta daripada pihak-pihak yang menyertainya dan mereka semuanya sama-sama mempunyai peluang untuk mendapat habuan atau keuntungan dan sama-sama juga mempunyai risiko menanggung kerugian, sementara pihak yang menang akan mengambil habuan daripada pihak yang kalah, maka pertandingan atau peraduan seperti itu adalah dikategorikan sebagai judi. Maka sayugialah kita supaya berhati-hati dan peka dengan pertandingan atau peraduan yang ada mensyaratkan bayaran kerana ia boleh jatuh kepada perjudian tanpa kita sedari jika kita tidak mengambil berat mengenainya.
ADAB
ETIKA MAKAN BERSAMA TETAMU
Islam telah memberi garis panduan mengenai adab makan, sama ada makan bersendirian mahupun bersama dengan orang lain atau dalam suatu jamaah, umpamanya dalam sesuatu majlis jamuan. Oleh itu hendaklah dijaga adab atau etika semasa makan bersama mereka sebagai tanda menghormati dan memberi keselesaan kepada mereka semua.
Anjuran Makan Beramai-ramai
Menurut ulama, jika ada individu lain yang boleh dipelawa untuk makan bersama, maka adalah lebih utama seseorang itu makan dengan ditemani oleh individu lain dan tidak makan bersendirian.
Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam telah menganjurkan kepada umatnya apabila meni‘mati makanan biarlah secara beramai-ramai atau dalam satu kumpulan, bukan makan bersendirian atau mengasingkan diri. Perkara ini sangat disukai oleh Baginda kerana terdapat rahsia di sebalik amalan tersebut seperti yang pernah disebutkan dalam beberapa hadits, antaranya:
1. Menurut Wahsyi bin Harb daripada bapanya daripada datuknya, para sahabat Radhiallâhu ‘anhum pernah mengadu:
Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan, namun kami tidak merasa kenyang. Baginda bersabda: “Mungkinkah kamu (makan) secara berasingan?” Mereka menjawab: “Ya benar.” Baginda bersabda: “Oleh kerana itu, berkumpullah kamu ketika menghadapi juadah (makan bersama-sama) dan sebutlah nama Allah ketika permulaan makan, (mudah-mudahan) Allah akan memberkati kamu pada makanan kamu itu.” (Hadits riwayat Abu Daud)
2. Sayyidina ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallâhu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Makanlah kamu beramai-ramai (secara berkumpulan) dan janganlah kamu berkelompok-kelompok. Sesungguhnya keberkatan itu ada ketika bersama jemaah. (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Etika Makan Bersama Tetamu
Tetamu yang menghadiri sesuatu majlis jamuan bukan hanya dituntut menghormati dan menjaga adabnya terhadap tuan rumah yang menjemputnya, malahan dia juga dituntut menghormati dan menjaga adab sesama tetamu lain yang dijemput hadir dalam majlis tersebut.
Para ulama telah menerangkan beberapa adab yang perlu dijaga di antara sesama tetamu ketika menghadiri sesuatu jamuan; berupa perkara yang wajar dilakukan dan dihindari. Antaranya ialah seperti berikut:
1. Dianjurkan agar mempelawa makan orang yang berhak didahulukan, umpamanya orang yang berumur atau mempunyai keutamaan kerana kelebihannya atau kedudukannya. Perkara ini juga merupakan amalan yang biasa, malah dijaga dan dititik-beratkan di kalangan kita.
2. Dianjurkan untuk mendahulukan golongan yang lebih kecil (muda) jika meni‘mati sesuatu hasil tanaman atau buah daripada petikan yang pertama.
Diceritakan bahawa orang ramai di zaman Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam apabila melihat buah yang pertama terhasil dari pohon buah mereka, mereka akan memetiknya dan terus memberikannya kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam. Amalan ini dilakukan untuk mendapatkan do‘a keberkatan daripada Baginda.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu bahawa apabila suatu ketika Baginda diberikan buah hasil daripada petikan pertama lalu Baginda pun bersabda:
Maksudnya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam negeri kami, pada buah-buahan kami, pada mudd (alat timbangan) kami, pada sha‘ (alat sukatan) kami, (limpahkanlah kepada kami) berkat demi berkat (berkat yang berlipat ganda). Kemudian Baginda memberikan buah tadi kepada yang paling kecil (muda) di kalangan kanak-kanak yang hadir. (Hadits riwayat Muslim)
Hadits di atas merupakan antara bukti kemuliaan akhlak Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam, kesempurnaan kasih sayang dan budi pekerti Baginda kepada yang tua mahupun yang muda. Adapun dikhaskan makanan itu kepada anak-anak yang kecil kerana mereka lebih menyukainya, benar-benar mengharap dan menjaganya. Begitulah perangai kanak-kanak, kegembiraannya mendapatkan sesuatu makanan itu lebih ketara berbanding mereka yang lebih tua umurnya.
3. Menghindari daripada perbualan atau percakapan mengenai perkara yang boleh mendatangkan dosa, sebaliknya sunat bercerita umpamanya mengenai kisah orang-orang salih. Namun adalah lebih utama kurang bercakap jika tiada keperluan.
4. Menghindari daripada perbualan mengenai perkara yang menjijikkan.
5. Menghindari daripada melakukan perkara atau perbuatan yang menjijikkan umpamanya mengeluarkan bunyi yang kuat atau nyaring jika hendak mengeluarkan sesuatu dari hidung atau mulut semasa hadirin sedang meni‘mati makanan, seperti mengeluarkan hingus, berludah dan seumpamanya. Jika mengeluarkan sesuatu dari mulut, hendaklah memalingkan wajahnya daripada makanan.
6. Menghindari daripada bersendawa dengan menyaringkan bunyinya sehingga boleh didengar oleh para hadirin, malahan perbuatan ini termasuk antara perbuatan buruk yang dikeji. Oleh itu sunat merendahkan suara ketika bersendawa sekadar yang termampu dan makruh menyaringkannya dengan senghaja. Lebih-lebih lagi dilarang bersendawa dengan nyaring jika sampai menyakiti atau mengganggu orang lain dan kadang-kadang perbuatan ini boleh sampai membawa ke tahap haram. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam mendengar seorang bersendawa lalu Baginda bersabda:
Maksudnya: Tahanlah daripada kami akan bunyi sendawamu. Sesungguhnya mereka yang terlalu kenyang di dunia adalah mereka yang paling lama lapar di Hari Kiamat. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Apa yang dimaksudkan dalam hadits di atas ialah menghindari makan sehingga terlalu kenyang. Sendawa merupakan tanda atau alamat bahawa seseorang itu sudah terlalu kenyang. Oleh sebab itulah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam memberi peringatan mengenai perkara ini.
Maksud kenyang menurut pendapat ulama adalah tahap atau kadar bilamana seseorang itu tidak lagi dikatakan lapar. Adapun sukat-sukat kenyang itu adalah berbeza terpulang pada kebiasaaan setiap orang.
Menyentuh mengenai tabiat makan sehingga melebihi had kenyang, sebilangan ulama menghukumkannya makruh, manakala sebilangannya lagi mengatakan haram, lebih-lebih lagi jika mendatangkan mudharat. Bayangkan jika seseorang memaksa dirinya untuk makan sehingga melebihi daripada kadar keupayaannya, seperti pertandingan siapa yang paling banyak makan, pasti akan mendatangkan mudharat dan bahaya. Jika ini yang berlaku, maka sepertimana pendapat sebilangan ulama hukumnya adalah haram.
7. Menghindari mengibas-ngibas tangan berhampiran dengan hidangan tempat makan.
8. Tidak memperbesarkan suapan dan tidak makan dengan cepat dengan tujuan supaya individu itu boleh meni‘mati makanan yang banyak dan menghalang hadirin yang lainnya daripada meni‘mati makanan tersebut, lebih-lebih lagi jika makanan itu sedikit. Malah ada ulama menghukumkan perbuatan tersebut sebagai haram.
9. Tidak makan melebihi daripada apa yang lazimnya atau kadar kebiasaan yang dimakan oleh individu selainnya, melainkan jika hadirin yang lain redha dan bukan berpura-pura redha, kerana malu atau untuk menjaga hati individu tadi.
10. Tidak bersikap lahap atau rakus, sebaliknya wajib bersikap adil terhadap tetamu yang lain, umpamanya jangan makan dua biji tamar, dua biji anggur, dua potong kuih dan seumpamanya sekaligus. Menurut ulama, jika makanan yang dihidangkan itu tujuannya untuk menjamu satu kumpulan tetamu dan untuk dini‘mati bersama-sama, maka tidak harus makan secara qirân (dua biji kurma sekali suap ke mulut), melainkan tetamu yang bersamanya itu mengizinkan. Sama ada keizinan itu secara terang-terangan ataupun apa yang seumpamanya, seperti terdapat qarînah atau petanda yang kuat, umpamanya dengan sangkaan yang kuat, bahawa tetamu yang lain itu redha (mengizinkan).
Perkara ini telah disebutkan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallâhu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Jangan kamu makan secara qirân (dua biji kurma sekali suap ke mulut), kerana Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam melarang makan secara qirân. Kemudian dia (‘Abdullah) berkata: “Kecuali seseorang itu telah mendapat izin daripada saudaranya (yang makan bersamanya).” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Daripada tiga penerangan yang terakhir, dapat diambil pengajaran dan peringatan bahawa perbuatan ‘menapau’ atau membungkus makanan untuk dibawa pulang ke rumah, lebih-lebih lagi ketika hadirin baru saja meni‘mati hidangan atau mungkin masih lagi berhajat kepada makanan tersebut, adalah termasuk dalam makna menghalang tetamu yang lain daripada meni‘mati makanan. Sikap sedemikian perlu dihindari. Janganlah perkara ini diabaikan dan dipermudahkan kerana tanpa keredhaan tuan rumah dan juga tetamu yang lain, perbuatan membungkus makanan boleh membawa kepada haram.
Sebagai kesimpulan, menghormati sesama tetamu itu adalah sama penting sebagaimana tuntutan menghormati tuan rumah yang menjemputnya. Maksud menghormati sesama tetamu itu tidak hanya terhad kepada cara percakapan dan pergaulan sahaja, akan tetapi lebih daripada itu, iaitu menjaga adab makan sesama mereka. Antaranya menghindari melakukan atau bercakap perkara yang menjijikkan dan wajib bersikap adil terhadap tetamu lain; umpamanya meni‘mati makanan bersama-sama dan tidak menghalang tetamu lain daripada meni‘matinya, mendahulukan yang berumur dan yang mempunyai keutamaan dan mendahulukan kanak-kanak kerana mereka akan merasa amat gembira mendapatkan makanan tersebut.
AL-QUR’AN: Anjuran Semasa Khatam
Al-Qur’an merupakan antara mukjizat terbesar Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam yang memberi petunjuk dan panduan kepada sekalian umat. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mendekatkan diri dengan al-Qur’an dan seterusnya mengambil pengajaran dan i‘tibâr yang terdapat dalam al-Qur’an demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Adapun antara cara kita mendekatkan diri dengan al-Qur’an ialah melalui pembacaan. Membaca al-Qur’an merupakan suatu ibadat yang sangat mulia lagi dituntut dalam Islam serta merupakan sebaik-baik zikir.
Sesungguhnya membaca al-Qur’an itu memberi banyak keuntungan sebagaimana sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman: “Barang siapa sibuk membaca al- Qur’an untuk selalu mengingatiKu, maka Aku beri dia lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta-minta. Dan keutamaan kalâm Allah ke atas kalâm-kalâm yang lainnya adalah seperti keutamaan Allah pada makhlukNya. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Alhamdulillâh di negara kita terdapat banyak kemudahan untuk belajar membaca al-Qur’an seperti pembelajaran di masjid-masjid, surau-surau, sekolah-sekolah mahupun di tempat yang khusus belajar al-Qur’an.
Ada di kalangan ibu bapa yang mengamanahkan guru agama untuk mengajar anak-anak mereka al-Qur’an, sama ada di rumah guru tersebut atau di rumah mereka sendiri. Ada juga di kalangan ibu bapa yang mengajar anak-anak mereka sendiri membaca al-Qur’an. Apa yang diharapkan oleh ibu bapa ialah supaya anak-anak mereka bukan hanya setakat pandai membaca al-Qur’an tetapi juga berterusan membacanya sehingga khatam.
Khatam Al-Qur’an
Istilah khatam al-Qur’an diambil daripada perkataan bahasa Arab yang membawa erti tamat membaca atau mempelajari bacaan 30 juz al-Qur’an.
Pada kebiasaannya, sebaik sahaja menghabiskan pembelajaran al-Qur’an, satu acara kesyukuran akan diadakan atau lebih dikenali sebagai majlis khatam al- Qur’an.
Mengadakan majlis khatam al-Qur’an itu tidak bererti pembacaan al-Qur’an berhenti setakat itu sahaja, akan tetapi ia hendaklah berterusan menjadi satu amalan walaupun sehingga berkali-kali khatam.
Mari kita lihat bagaimana para sahabat dan salaf ash-shâlih Radhiallâhu ‘anhum mengkhatam (menghabiskan 30 juz) al-Qur’an mengikut kadar kemampuan mereka. Ada di antara mereka yang khatam dua bulan atau sebulan sekali. Ada juga pada setiap sepuluh, lapan, enam, lima atau empat hari sekali khatam. Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullâhu Ta‘âlâ kebanyakan daripada salaf ash-shâlih Radhiallâhu ‘anhum mengkhatamkan al-Qur’an setiap tujuh, tiga atau sehari semalam sekali khatam. Inilah yang sepatutnya kita contohi walaupun tidak sepenuhnya dapat kita ikuti, namun paling kurang kita ada membaca al-Qur’an pada setiap hari.
Waktu Afdhal Memulakan Dan Mengkhatam Al-Qur’an
Waktu memulakan bacaan al-Qur’an dan mengkhatamnya itu tertakluk kepada pembaca memilihnya. Sayyidina ‘Utsman Radhiallâhu ‘anhu, apabila beliau khatam seminggu sekali beliau memulakan pembacaan al-Qur’an pada malam Jumaat dan khatam pada malam Khamis.
Menurut al-Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullâhu Ta‘âlâ, afdhal memulakan waktu mengkhatam al-Qur’an itu sekali pada waktu malam dan sekali lagi pada waktu siang dengan menjadikan khatam pada waktu siang itu pada hari Isnin di dalam sembahyang sunat dua rakaat Fajar (Subuh) atau selepasnya. Manakala khatam pada waktu malam pula, dilakukan pada malam Jumaat di dalam sembahyang sunat dua rakaat Maghrib atau selepasnya.
Seseorang yang hendak mengkhatam al-Qur’an secara berseorang diri, disunatkan baginya mengkhatam al-Qur’an dalam sembahyang iaitu pada sembahyang sunat dua rakaat Fajar (Subuh) atau sembahyang sunat dua rakaat Maghrib. Namun mengkhatam al-Qur’an dalam sembahyang sunat dua rakaat Subuh adalah lebih afdhal.
Adapun orang yang hendak mengkhatam al-Qur’an di luar sembahyang, atau mengkhatamnya secara berkumpulan adalah dianjurkan untuk mengkhatamnya pada awal siang ataupun pada awal malam, akan tetapi menurut sebahagian ulama bahawa mengkhatam al-Qur’an pada siang hari adalah lebih afdhal.
Perkara-Perkara Yang Dianjurkan Semasa Khatam Al-Qur’an
Terdapat beberapa perkara yang dianjurkan semasa khatam al-Qur’an, antaranya:
1. Berpuasa pada hari khatam al-Qur’an.
Orang yang hendak mengkhatam al-Qur’an sunat dia berpuasa di hari khatam tersebut kecuali jika bertepatan dengan hari yang ditegah berpuasa seperti hari-hari Tasyriq, Hari Raya Fitrah, Hari Raya Adha dan hari-hari syak. Menurut riwayat daripada Ibnu Abu Daud dengan isnâd shahîh, bahawasanya para tâbi‘în Rahimahumullâh seperti Thalhah bin Musharrif, Habib bin Abu Thabit dan Musayyib bin Rafi‘ berpuasa pada hari mereka mengkhatam al- Qur’an.
2. Menjemput dan menghimpunkan ahli terdekat.
Apabila hendak mengkhatam al-Qur’an, dianjurkan supaya menjemput dan menghimpunkan sanak saudara dan rakan-rakan pada majlis tersebut sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah riwayat daripada Tsabit bin Aslam Radhiallâhu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: Apabila Anas bin Malik mengkhatam al-Qur’an, dia menghimpunkan anaknya dan ahli keluarganya lalu dia pun berdo‘a untuk mereka.
(Hadits riwayat ad-Darimi)
Anjuran untuk menghimpunkan sanak saudara dan rakan-rakan dalam majlis khatam al-Qur’an adalah bertujuan untuk sama-sama mendapatkan keberkatan dan rahmat hasil daripada do‘a yang dipanjatkan dalam majlis tersebut kerana do‘a semasa khatam al-Qur’an adalah mustajâb. Ini berdasarkan riwayat daripada Mujahid Radhiallâhu ‘anhu:
Maksudnya: Telah datang kepadaku (utusan), dia berkata: “Sesungguhnya kami menjemputmu kerana kami hendak mengkhatam al-Qur’an. Sesungguhnya telah sampai kepada kami bahawa do‘a diperkenankan ketika khatam al-Qur’an.” Dia (Mujahid) berkata: “Maka mereka pun berdo‘a (pada majlis khatam) dengan berbagai do‘a.” (Hadits riwayat ad-Darimiy)
3. Menghadiri majlis khatam al-Qur’an.
Menghadiri majlis khatam al-Qur’an adalah sangat digalakkan. Menurut riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh perempuan yang sedang haidh untuk keluar rumah pada Hari Raya dengan tujuan menghadiri majlis yang berkebajikan seperti majlis ilmu dan majlis-majlis yang terkandung di dalamnya do‘a seperti majlis khatam al-Qur’an.
Ibnu ‘Abbas Radhiallâhu ‘anhumâ sendiri pernah menyuruh orang untuk mengawasi dan membimbing orang lain yang membaca al-Qur’an. Apabila sahaja hendak mengkhatam bacaannya, Ibnu ‘Abbas Radhiallâhu ‘anhumâ segera dimaklumkan lalu beliau pun menghadiri majlis tersebut.
4. Bertakbîr di antara surah-surah akhir.
Dianjurkan untuk membaca takbîr ( َُاَهلل ُ هَكْب) selepas setiap penghujung surah, bermula daripada surah adh-Dhuhâ hinggalah surah an-Nâs. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada ‘Ikrimah bin Sulaiman, beliau berkata:
Maksudnya: Aku telah membaca (al-Qur’an) di hadapan Isma‘il bin ‘Abdullah bin Qusthanthin. Apabila sampai surah adh-Dhuhâ, beliau berkata kepadaku: “Bacalah takbîr selepas setiap penghujung surah sehingga engkau selesai (daripada membaca al-Qur’an). Sesungguhnya aku (Isma‘il) telah membacanya di hadapan ‘Abdullah bin Katsir, dan apabila sampai surah adh-Dhuhâ, beliau (‘Abdullah) berkata kepadaku: “Bacalah takbîr selepas setiap penghujung surah sehingga engkau selesai (daripada membaca al- Qur’an). Dan mengkhabarkan ‘Abdullah bin Katsir kepadaku (Isma‘il) bahawasanya beliau (‘Abdullah) pernah membaca (al-Qur’an) di hadapan Mujahid lalu beliau (Mujahid) juga menyuruhnya (‘Abdullah) berbuat sedemikian. Dan mengkhabarkan Mujahid kepadanya (‘Abdullah) bahawa Ibnu ‘Abbas juga menyuruhnya (Mujahid) berbuat demikian. Dan mengkhabarkan Ibnu ‘Abbas kepadanya (Mujahid) bahawa Ubai bin Ka‘ab juga menyuruhnya (Ibnu ‘Abbas) berbuat demikian. Dan mengkhabarkan Ubai bin Ka‘ab kepadanya (Ibnu ‘Abbas) bahawa Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menyuruhnya (Ubai) berbuat demikian. (Hadits riwayat al-Baihaqi)
5. Berdo‘a sejurus selesai khatam.
Berdo‘a sejurus sahaja selesai mengkhatam bacaan 30 juz daripada ayat-ayat al-Qur’an adalah sangat dianjurkan.
Menurut riwayat ad-Darimi, daripada Humaid al-A‘raj Rahimahullâhu Ta‘âlâ beliau berkata:
Maksudnya: Barang siapa yang membaca al-Qur’an, kemudian dia berdo‘a sesudahnya, nescaya do‘anya akan diaminkan oleh empat ribu malaikat. (Hadits riwayat ad-Darimi)
Oleh itu, kita hendaklah bersungguh-sungguh membaca do‘a setelah khatam al-Qur’an dengan menzahirkan rasa meminta dan mengharapkannya daripada Allah.
Sebaik-baiknya do‘a itu mengandungi perkara-perkara penting dengan menggunakan kalimat-kalimat yang luas maknanya, mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan akhirat dan kepentingan umat Islam. Begitu juga memohon do‘a untuk kemashlahatan pemerintah dan ketua-ketua agar diberi taufîq untuk berbuat taat, terpelihara daripada menyalahi perintah Allah, membantu mereka di dalam perkara-perkara berkebajikan dan taqwa, menegakkan kebenaran dan memelihara mereka daripada musuh-musuh agama dan penentang-penentang lain.
Al-Hakim Abu ‘Abdullah an-Naisaburi telah meriwayatkan dengan sanadnya bahawa hampir semua do‘a yang dibaca Abdullah bin al-Mubarak Radhiallâhu ‘anhu semasa khatam al-Qur’an mengandungi urusan umat Islam dan para mu’minin.
6. Memulakan semula bacaan al-Qur’an setelah mengkhatamnya.
Dianjurkan untuk terus memulakan bacaan yang baharu apabila sahaja selesai mengkhatam al-Qur’an. Cara begini adalah disukai oleh para salaf dan khalaf.
Oleh yang demikian, jelas kepada kita bahawa khatam al-Qur’an juga memiliki aturan dan keistimewaan yang boleh menambahkan lagi perolehan pahala, selain merupakan waktu yang sangat mudah do‘a diperkenankan. Oleh itu, umat Islam perlu mengetahui dan memahami maksud sebenar khatam al-Qur’an dengan melakukan perkara-perkara yang dianjurkan ketika khatam al-Qur’an, bersungguh-sungguh dalam berdo‘a, tidak mempermudah-mudahkannya dan janganlah dijadikan majlis khatam al-Qur’an itu sebagai ceremonial semata-mata, bahkan ia merupakan ibadat dan dituntut dalam Islam.
SYISYAH: Apa Hukum Menggunakannya?
Penggunaan syisyah semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat syisyah ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.
Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan syisyah lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dalam rokok?
Apakah Sebenarnya Syisyah Itu?
Syisyah (waterpipe) adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau dan bahan-bahan lain seumpamanya. Ia digunakan oleh puak asli di Afrika dan Asia lebih kurang empat kurun yang lalu. Secara umumnya alat syisyah terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:
1. Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat daripada tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.
2. Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.
3. Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buah-buahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.
4. Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat syisyah tersebut.
Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk syisyah ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih daripada satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.
Nama bagi syisyah ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai syisyah atau goza dan di India ia dipanggil hookah. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil waterpipes tetapi nama syisyah lebih dikenali dan sering digunakan.
Jenis Tembakau Syisyah
Terdapat dua jenis tembakau syisyah iaitu yang dipanggil mu‘assal (م سَّول) dan ‘ajami (عَموي ). Tembakau mu‘assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap
daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu‘assal ini basah, melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan. Kebayakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini.
Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.
Cara Menggunakan Syisyah
Cara menggunakannya ialah dengan membakar tembakau syisyah itu menggunakan bahan pembakar seperti arang (sama ada arang kayu atau arang campuran) kerana tembakau syisyah ini tidak dapat terbakar dengan sendirinya secara berterusan. Kemudian asap tembakau itu disedut dengan menggunakan hos atau alat penyedut.
Tetapi perlu diingat bahawa apabila pengguna menyedut asap dari alat syisyah ini, dia bukan sahaja menyedut asap tembakau tetapi juga asap daripada arang, yang masing-masing mengandungi bahan kimia dan toksik yang terhasil daripada pembakaran tersebut.
Kesan Syisyah Menurut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Menurut satu dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, bahawa tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah syisyah.
Ini kerana satu sesi penggunaan syisyah (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak
dalam masa yang lebih lama berbanding dengan sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit) dan asap yang terhasil daripada syisyah tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit lain.
Manakala asap syisyah (yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.
Daripada hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan syisyah juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).
Selain itu penggunaan syisyah juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.
Walaupun kajian mengenai syisyah ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa syisyah itu boleh membawa risiko dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. Ini adalah berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan: “Menggunakan syisyah untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok dan juga orang lain yang terdedah kepada asap tembakau tersebut.”
Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa syisyah boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap syisyah adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya bukan sahaja boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan juga boleh membawa maut.
Larangan Memudharatkan Atau Membunuh Diri
Islam sebagai agama sejahtera sangat menghargai nyawa serta kehidupan dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan, dan kesemuanya itu bagi tujuan yang satu iaitu untuk beribadat kepada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ.
Oleh kerana itu Islam melarang umatnya daripada memudharatkan diri mereka, apatah lagi membunuh diri sendiri. Larangan ini banyak disebutkan dalam ayat-ayat al-Qur’an antaranya firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri (atau membunuh orang lain). Sesungguhnya Allah Maha Pengasih terhadap kamu. (Surah an-Nisâ’: 29)
FirmanNya lagi:
Tafsirnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahaya kebinasaan. (Surah al-Baqarah: 195)
Dalam hadits Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam juga jelas melarang umatnya daripada membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sabda Baginda:
Maksudnya: Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan. (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Ayat al-Qur’an dan hadits ini jelas melarang manusia daripada membunuh dan memudharatkan dirinya sendiri dan juga orang lain kerana seseorang manusia itu tidaklah memiliki dirinya sendiri sehingga dia boleh sesuka hati melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Tetapi dia adalah milik Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. Kehidupannya adalah hak Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ kerana Dialah yang mengurniakannya dan Dialah yang berhak ke atasnya. Begitu juga kesihatan seseorang, ia merupakan kurnia dan ni‘mat Allah kepadanya.
Oleh kerana itu haram seseorang menamatkan riwayat hidupnya sendiri (membunuh diri) dan memudharatkan kesihatannya padahal dia tahu bahayanya, kerana manusia dan kehidupannya adalah milik Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ.
Tidak ada perbezaan di antara orang yang membunuh diri secara mengejut dengan orang yang membunuh diri secara perlahan-lahan, seperti dengan memakan racun. Ini kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, yang berbeza hanyalah segera ataupun lambat. Tetapi natijahnya adalah sama iaitu memudharatkan atau menyebabkan kematian. Kedua-dua cara ini sama tertegahnya di sisi Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ.
Untuk memelihara kesejahteraan umatnya, Islam juga telah menetapkan beberapa kaedah bagi menolak bahaya dan kemudharatan, antara kaedah yang digunakan para ulama dalam menentukannya ialah:
Ertinya: Kemudharatan itu dihilangkan (dihindarkan).
Maka jika sesuatu benda itu tsabit mendatangkan mudharat, kerosakan dan kebinasaan, hendaklah ia dijauhi dan dihindari. Memakan, meminum dan juga menghisap benda-benda yang memudharatkan hendaklah dielakkan dan ia dihukumkan haram. Tidak kira sama ada bahaya atau mudharat tersebut datang secara perlahan-lahan atau serta-merta, kerana para ulama telah mengatakan bahawa bahaya secara perlahan-lahan juga adalah sama dengan bahaya serta-merta, kedua-duanya perlu dielakkan.
Jika dilihat berdasarkan hasil kajian yang ada setakat ini menyatakan bahawa syisyah itu boleh membayahakan kesihatan sebagaimana rokok, maka ia adalah haram. Ini kerana apabila syara‘ mengharamkan al-khabâ’its (benda-benda yang keji, jijik, buruk dan seumpamanya) atau perkara yang merbahaya atau memudharatkan, ia adalah berdasarkan kaedah: “Apa juga makanan atau minuman yang mengandungi unsur-unsur al-khabâ’its adalah haram.” Kaedah ini didasarkan kepada ayat-ayat al-Qur’an serta hadits di atas. Apabila syisyah itu memudharatkan, dan setiap yang memudharatkan itu haram dimakan atau diminum, maka menghisap tembakau menggunakan syisyah itu juga adalah haram.
Menyentuh mengenai perkara memakan dan meminum benda yang memudharatkan dan merosakkan tubuh badan, dalam al-Qur’an Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ telah menjelaskannya dengan terang dalam firmanNya:
Tafsirnya: Dan Dia menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan ke atas mereka (segala) yang buruk. (Surah al-A‘râf: 157)
Antara maksud atau huraian perkataan al-khabâ’its itu ialah sesuatu yang menjadi sebab kerosakan dan bahaya kepada tubuh badan atau daripada sumber-sumber yang memudharatkan.
Walaupun perkataan al-khabâ’its dalam ayat ini ditujukan kepada (memakan) daging babi dan riba, namun menurut al-Imam Fakhruddin ar-Razi Rahimahullâhu Ta‘âlâ ketika mengulas ayat di atas adalah seperti berikut:
Ertinya: Mengikut pendapatku: “Setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat (tabiat semula jadi) dan dianggap kotor oleh jiwa, adalah memakannya boleh menyebabkan timbul kesakitan atau kemudharatan. Dan asal (dasar) hukum segala yang memudharatkan itu haram. Oleh yang demikian, maka asal (dasar) hukum setiap benda yang dipandang jijik oleh tabiat juga adalah haram, melainkan benda-benda yang mempunyai bukti untuk dikecualikan.”
Hukum Penggunaan Syisyah
Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan awal mengenai syisyah, menunjukkan bahawa ia boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia juga dikatakan boleh menyebabkan penyakit yang sama yang berkaitan dengan menghisap rokok. Walaupun kajian yang lebih terperinci masih dijalankan dan belum ada keputusannya, namun hasil keputusan itu nanti tidak mungkin menyatakan bahawa syisyah itu selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan kerana menurut kajian awal (preliminary research) sahaja telah menunjukkan bahayanya terhadap kesihatan.
Maka jelaslah bahawa menghisap tembakau menggunakan syisyah membawa bahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan berbagai penyakit, maka hukum menghisapnya adalah haram. Ini kerana sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, setiap yang boleh memudharatkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta-merta, hukumnya adalah haram.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-6000
