Beri Salam Sebelum Masuk Rumah Rumah Mendapat Berkat
Memberi salam atau mengucapkan salam (Assalâmu‘alaikum) kepada seseorang Islam yang lain bukan sahaja disunatkan oleh hukum syara‘, bahkan ia diletakkan dan diperuntukkan sebagai hak seorang Islam kepada seorang Islam yang lain. Orang yang tidak mahu mengucapkan salam boleh dianggap sebagai orang yang tidak menunaikan hak tersebut.
Antara masa yang disarankan untuk mengucapkan salam ialah ketika hendak masuk rumah, bukan sahaja rumah orang lain bahkan juga ketika hendak masuk ke rumah sendiri. Perkara ini disebutkan dalam firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:
Tafsirnya: Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah daripada) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam kepada) dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. (Surah an-Nûr: 61)
Menurut asy-Syeikh Nashr bin Muhammad bin Ibrahim as-Samarqandi di dalam kitabnya Bustân al-‘Ârifîn, tuntutan memberi salam menerusi ayat di atas adalah merangkumi dua keadaan, iaitu sama ada memberi salam ke atas ahli keluarga yang tinggal di rumah berkenaan jika mereka ada di rumah pada ketika itu, ataupun memberi salam ke atas dirinya sendiri jika tidak ada orang di dalam rumah.
Menurut ulama ahli tafsir, maksud “ ً َتَِيَّة ” di dalam ayat tersebut ialah ucapan salam yang diperintahkan dan disyariatkan oleh Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ, sementara maksud “ ً ًََََََيِِّبَة مُبَةة” pula ialah dengan ucapan salam itu diharapkan akan bertambah kebajikan serta pahala, dan dengan ucapan salam itu juga akan menyejukkan dan menyenangkan hati orang yang mendengar ucapan salam itu. Bagaimana caranya memberi salam ke atas diri sendiri? Caranya ialah dengan
kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang salih.”
Amalan memberi salam ini walaupun pada zahirnya seperti perkara kecil saja tetapi faedah atau fadhilatnya adalah besar dan hebat. Apakah fadhilat atau kelebihan memberi salam itu? Terdapat beberapa jumlah dalil-dalil syara‘ yang menerangkan akan kelebihan memberi salam, sama ada dalil yang menerangkan kelebihannya secara umum iaitu kelebihan memberi salam tanpa mengira masa-masa tertentu ataupun kelebihannya ketika hendak masuk rumah.
Dalil-dalil yang menyebutkan tentang kelebihan memberi salam secara umum itu antaranya ialah sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Kamu ucapkanlah salam nescaya kamu selamat (sejahtera). (Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Di dalam hadits yang lain Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Wahai manusia! Kamu ucapkanlah salam, berilah makan dan dirikanlah sembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Di dalam hadits yang lain lagi Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya di antara perkara yang boleh menyebabkan mendapat keampunan (Allah Ta‘ala) ialah memberi salam dan baik percakapan. (Hadits riwayat ath-Thabarani)
Sementara itu, dalil-dalil yang menyebutkan secara khusus tentang kelebihan memberi salam sebelum masuk rumah antaranya sebagaimana sabda Nabi Shallallâhu 'alaihi wasallam:
Maksudnya: Tiga golongan yang kesemua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup diberi kecukupan dan jika mati dia masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah ‘Azza wa Jalla, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda kepadaku:
Maksudnya: Wahai anakku! Apabila engkau masuk ke (rumah) ahli keluargamu berilah salam nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atasmu dan ahli keluarga rumahmu.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: As-Salâm itu adalah nama daripada nama-nama Allah Ta‘ala yang diletakkanNya di bumi, maka sebarkanlah nama Allah itu di antara kamu. (Hadits riwayat al-Bazzar dan ath-Thabarani)
Berdasarkan hadits ini, As-Salâm (السَّةالَم) itu adalah antara nama-nama Allah yang Maha Suci dan kita disuruh untuk menyebarkannya dengan menyebut-nyebutnya. Bertolak daripada petunjuk hadits ini, maknanya memberi salam itu juga boleh disifatkan sebagai mengingati Allah. Apabila kita merujuk kepada kelebihan menyebut nama Allah sebelum masuk rumah, disebutkan bahawa rumah tersebut akan terhindar daripada syaitan. Ini jelas sebagaimana yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallâhu ‘anhu, beliau mendengar Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Apabila seseorang masuk ke rumahnya lalu dia mengingati Allah ‘Azza wa Jalla ketika dia masuk rumah dan ketika makan, syaitan berkata (kepada suku-sakatnya): “Tidak ada tempat bermalam dan makan malam bagi kamu. Dan jika dia masuk tanpa mengingati Allah ketika dia masuk, syaitan berkata: “Bagi kamu ada tempat untuk bermalam”. Jika dia tidak mengingati Allah ketika dia makan, syaitan berkata: “Bagi kamu ada tempat bermalam dan makan malam.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan beberapa hadits yang disebutkan tadi, nyatalah kepada kita akan kehebatan fadhilat memberi salam khususnya memberi salam sebelum masuk rumah. Dengan ucapan salam, rumahtangga akan diliputi keberkatan daripada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ, diberi kecukupan dan terhindar daripada gangguan syaitan. Bila rumah mendapat berkat maka penghuninya akan hidup dalam keadaan tenang, tenteram, rukun dan damai.
Selain diri kita manusia yang boleh dilihat dengan pandangan mata kasar ini, di dalam rumah kita kadang-kadang terdapat penghuni lain yang terdiri daripada makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan ucapan salam kadang-kadang terbukti mereka yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.
Inilah sebahagian daripada adab dan sopan santun dalam Islam yang wajar dijadikan amalan seharian dalam hidup kita. Adab dan sopan santun ini bukanlah terbit daripada hasil pemikiran, tetapi adalah berpandukan dan bersandarkan kepada wahyu Ilahi untuk membimbing kebahagiaan dan keharmonian hidup bermasyarakat.
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-6964
