Hukum Membaca Do‘a Selepas Surah Al-Fâtihah
Membaca surah al-Fâtihah merupakan salah satu rukun sembahyang. Jika surah al- Fâtihah itu tidak dibaca, maka sembahyang yang dilakukan tidak sah.
Sementara membaca do‘a pula, secara umumnya adalah dituntut oleh syara‘, malah sesiapa yang enggan berdo‘a adalah dimurkai Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang tidak memohon (meminta) kepada Allah, Dia (Allah) murka kepadanya. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Dalam sembahyang, memperbanyakkan do‘a ketika sujud adalah digalakkan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Sehampir-hampir hamba dari (rahmat dan fadhilat) Tuhannya adalah (ketika) dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah do‘a. (Hadits riwayat Muslim)
Sementara membaca do‘a selepas surah al-Fâtihah, seperti membaca “ ِ رَب ِ اغْفِ ر ْ ي” adakah ia disunatkan ataupun sebaliknya? Oleh itu, eloklah dijelaskan hukum membaca do‘a selepas surah al-Fâtihah di dalam sembahyang.
Hukum Membaca Do‘a Selepas Surah Al-Fâtihah
Orang yang membaca surah al-Fâtihah, sama ada al-Fâtihah itu dibaca ketika sembahyang atau di luar sembahyang, adalah disunatkan untuknya membaca do‘a memohon keampunan bagi dirinya iaitu: “ ِ ِ رَباغْفِ ر ْ ي ” atau membaca do‘a memohon keampunan bagi dirinya, ibu bapanya dan keseluruhan umat Islam iaitu: “ ِ رَبِْ َْ اغْفِ ر mengucapkan “آم” sebagaimana kata Syeikh ‘Ali asy-Syibramallisi Rahimahullâh
Bagaimana pula jika do‘a itu tadi ditambah atau diganti dengan do‘a-do‘a lain seperti do‘a penerang hati dan sebagainya?
Dalam hal ini, Imam Zainuddin al-Malibari Rahimahullâh menjelaskan mengenainya, ketika mensyarahkan perkataan pengarang kitab Fath al-Mu‘în ( َ سِ و رَب ِ اغْفِر ْ ي ) ertinya: “Kecuali bacaan ِ رَب ِ اغْفِر ْ ي” katanya:
Ertinya: Iaitu dikecualikan daripada melafazkan sesuatu bacaan (selepas membaca ْ ِ وَال َ الضَّ ال dan sebelum menyebut آم ) melafazkan lafaz do‘a ( ِ maka sesungguhnya ia (bacaan ِ رَب ِ اغْفِر ْ ي itu) tidak memudharatkan (tidak menghilangkan hukum sunat menyebut آم) berdasarkan hadits hasan, bahawasanya Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam pernah mengucapkan sesudah membaca ( َْ ِ
Daripada nas di atas dapat diketahui hukum melafazkan sesuatu bacaan sama ada ia zikir atau do‘a, boleh menghilangkan hukum sunat menyebut ‘âmîn’. Akan tetapi jika bacaan itu do‘a yang lafaznya ِ رَب ِ اغْفِ ر ْ ي” ” maka ia terkecuali daripada terjejasnya hukum mengaminkan bacaan al-Fâtihah.
Syeikh ‘Ali asy-Syibramalissi Rahimahullâh pula menjelaskan kedudukan hukum jika lafaz do‘a “ ِ رَب ِ اغْفِر ْ ي” itu ditambah dengan lafaz yang lain, sebagaimana katanya:
Ertinya: Dan sayugia bahawasanya jika dia menambah ( lafaz ) itu, ( ِ dengan lafaz bacaan ( َّ ِْ الْمُسْ لِم وَجَِمِي ) ia juga tidak memudharatkan dan tidak menggugurkan hukum sunat menyebut “ آم”.
Makmum Hanya Dituntut Mengaminkan Al-Fâtihah Imam
Adapun makmum yang mendengar bacaan al-Fâtihah imam, tidak disunatkan membacaرَب ِ اغْفِرْيِ ”” ini. Makmum yang mendengar bacaan al-Fâtihah imam hanyalah disunatkan mengaminkan bacaan al-Fâtihah imam itu.
Dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin menyebutkan bahawa asy-Syarif al- ‘Allâmah Thahir bin Husein Rahimahullâh berkata:
Ertinya: Tidak dituntut daripada makmum ketika imam selesai membaca al- Fâtihah, bacaan “ ِ رَب ِ اغْفِ ر ْ ي” bahkan hanya dituntut mengaminkannya sahaja, dan bacaan “ ِ رَب ِ اغْفِ ر ْ ي ” itu hanya disunatkan bagi pembaca al-Fâtihah sahaja sewaktu diam seketika (saktah) di antara bacaan ayat terakhir surah al-Fâtihah dan bacaan amin.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa orang yang membaca surah al-Fâtihah dalam sembahyang disunatkan berdo‘a sebelum menyebut amin, memohon keampunan bagi diri, ibu bapa dan sekalian umat Muslimin, iaitu: “ َّ ِ َْ رَب ِ اغْفِ ر ْ ي ِ وَلِوَالِ دَي ِْ الْمُس ْلِم وَجَِمِي” adalah tidak menghilangkan atau menggugurkan hukum sunat mengaminkan al-Fâtihah (menyebut َْ ِ آم).
Namun menambah do‘a memohon keampunan bagi diri, ibu bapa dan sekalian umat Muslimin tersebut dengan do‘a yang lain seperti do‘a penerang hati, do‘a memohon diberikan ilmu dan sebagainya, adalah menghilangkan atau menggugurkan hukum sunat mengaminkan al-Fâtihah (menyebut َْ ِ آم).
المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-6996
