Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الصلاة٠ مشاهدة

Lafaz Salam: Di Luar Dan Di Dalam Sembahyang

الجواب

Salam di luar sembahyang ialah ucapan penghormatan yang diucapkan sesama orang-orang Islam. Hukum mengucapkan salam itu adalah sunat mu’akkadah. Ia merupakan sunnah Nabi kita Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan amalan para as-salaf ash-shâlih yang sangat-sangat digalakkan, sebagaimana hadits daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash Radhiallâhu ‘anhumâ, beliau berkata:

Maksudnya: Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam: “Apakah pekerti Islam yang terbaik? Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menjawab: “Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal dan yang tidak kau kenali.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadits ini merupakan suatu anjuran supaya mengucapkan salam kepada siapa saja yang ditemui, tidak terbatas kepada orang Islam yang dikenali malah juga yang tidak dikenali.

Adapun menjawab salam yang diucapkan oleh saudara Islam itu pula adalah wajib. Ini jelas berdasarkan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (Surah an-Nisâ’: 86)

Sementara salam dalam sembahyang pula ialah ucapan salam yang merupakan rukun qauli (bacaan) yang wajib dilafazkan sebagai penutup bagi ibadat sembahyang.

Apakah lafaz-lafaz salam di luar sembahyang itu? Bagaimanakah lafaz salam yang sebaik-baiknya untuk diucapkan apabila bertemu dengan seseorang dan bagaimanakah pula orang yang diucapkan salam itu menjawabnya? Bagaimanakah lafaz salam yang dituntut dalam sembahyang?

Lafaz Salam Di Luar Sembahyang

1. Lafaz salam apabila bertemu seseorang dan lafaz menjawabnya:

i. Lafaz memberi salam.

Imam an-Nawawi Rahimahullâh menjelaskan bahawa lafaz salam yang

(selamat sejahtera, rahmat Allah serta keberkatanNya ke atas kamu). Menggunakan dhamîr jama‘ (kata ganti nama diri kedua bagi bilangan melebihi dua orang) pada perkataan “ ْ عَل ََْكُم” adalah afdhal meskipun orang yang diberi salam itu seorang sahaja.

Sudah menjadi kebiasaan kita apabila bertemu dengan saudara kita

Menurut ajaran Islam, setiap ucapan salam itu mempunyai nilai pahala yang berbeza-beza sesuai dengan lafaz salam yang diucapkan, sepertimana yang diriwayatkan oleh ‘Imran bin Hushain Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: Seorang lelaki datang kepada Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam lalu memberinya salam dengan mengucapkan: “ ْ السَّالَم ُ عَل ََْكُم”, maka Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam menjawab salam itu. Kemudian orang itu duduk lalu Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “(Baginya) sepuluh hasanah (kebaikan)”. Kemudian datang lagi seorang yang lain seraya mengucapkan: “ ُ ُ عَل ََْك ِ السَّالَمُ هللا ْ وَر َْحَْة م ”, lalu Baginda menjawabnya. Kemudian orang tersebut duduk lalu Baginda pun bersabda: “(Baginya) dua puluh hasanah (kebaikan).” Kemudian datang

Baginda pun menjawabnya, lalu orang tersebut duduk. Baginda bersabda: “(Baginya) tiga puluh hasanah (kebaikan).” (Hadits riwayat Abu Daud)

Mengucapkan salam dengan lafaz: “Assalâmu‘alaikum” ( ْ السَّالَم ُ عَل ََْكُم) sudah dikira memadai. Demikian juga jika diucapkan dengan lafaz إل “Assalamu‘alaika” ( َ السَّالَم ُ عَل ََْك) atau “salâmun ‘alaika” ( َ عَل ََْك:سَالَم) maka itu juga memadai dan dikira memberi salam.

ii. Lafaz menjawab salam.

Bagi orang yang menjawab salam, cara yang afdhal menjawabnya ialah

wau (واو) pada perkataan “ ْ وَعَل ََْكُم” yang bererti (dan atas kamu juga).

Adapun cara menjawab salam yang sekurang-kurangnya ialah dengan mengucapkan: “Wa‘alaikassalâm” ( ُ وَعَل ََْك َ السَّالَم) atau “wa‘alaikumussalâm”

iaitu huruf wau (واو) maka itu pun sudah mencukupi atau memadai sebagai jawapan salam.

Abu Yahya Zakaria al-Anshari Rahimahullâh menjelaskan bahawa mengucap dan menjawab salam dengan perkataan “سالم” itu dalam bentuk

adalah afdhal daripada mengucapkannya dalam bentuk نكرة (tidak ada huruf alîf dan lâm), iaitu “ ْ عَل ََْكُم:سَالَم” dan “:وَعَل ََْكُم ْ سَالَم”. Namun begitu, ia tetap juga memadai sebagai ucapan dan jawapan salam yang diniatkan.

2. Lafaz salam apabila menziarahi maqam Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan sahabat Baginda.

Apabila seseorang masuk Masjid Nabawi, kerjakanlah sembahyang sunat Tahiyyatul-masjid, kemudian pergilah menziarahi maqam Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wasallam dengan menghadap ke arah Baginda dan membelakangi kiblat dalam jarak empat hasta daripada dinding maqam Baginda. Kemudian ucaplah salam ke atas Baginda dengan suara yang perlahan. Sekurang-kurang salam ke atas Baginda itu ialah dengan

Tuan, wahai Rasulullah, Allah memberikan selawat dan salam ke atas Tuan).

Ataupun dengan salam yang panjang seperti:

Maksudnya: Selamat sejahtera ke atas Tuan wahai Rasulullah, selamat sejahtera ke atas Tuan wahai makhluk pilihan Allah, selamat sejahtera ke atas Tuan wahai kekasih Allah, selamat sejahtera ke atas Tuan wahai penghulu para rasul dan penutup para nabi, selamat sejahtera ke atas Tuan, keluarga Tuan, sahabat-sahabat Tuan, ahli rumah Tuan, para nabi dan sekalian orang-orang yang salih. Aku bersaksi bahawa Tuan telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah dan telah memberi nasihat kepada umat maka semoga Allah akan memberi Tuan ganjaran daripada kami dengan sebaik-baik ganjaran yang diberikan kepada seorang rasul daripada umatnya.

Adapun lafaz salam bagi menyampaikan salam orang lain kepada Baginda Shallallâhu ‘alaihi wasallam adalah dengan menambah nama orang yang

(selamat sejahtera ke atas Tuan wahai Rasulullah daripada polan bin polan)

mengucapkan selamat sejahtera ke atas Tuan wahai Rasulullah).

Kemudian beralih ke kanan dalam jarak sehasta untuk mengucapkan salam ke atas Saiyyidina Abu Bakar Radhiallâhu ‘anhu dengan mengucapkan:

Maksudnya: Selamat sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar sahabat Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan orang yang menemaninya di gua (tsur). Semoga Allah memberi ganjaran dengan ganjaran yang sebaik-baiknya kepadamu daripada umat Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam.”

Kemudian beralih lagi ke kanan dalam jarak sehasta untuk mengucapkan salam ke atas Saiyyidina ‘Umar Radhiallâhu ‘anhu dengan mengucapkan:

Maksudnya: Selamat sejahtera ke atasmu wahai ‘Umar orang yang dengannya Allah telah menguatkan Islam. Semoga Allah memberikan ganjaran dengan ganjaran yang sebaik-baiknya kepadamu daripada umat Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam.

3. Lafaz salam apabila menziarahi ahli kubur orang Islam.

Sunat memberi salam kepada ahli kubur orang Islam dengan menghadap ke arah muka ahli kubur tersebut, sebagaimana salam yang diajarkan Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alaihi wasallam dalam hadits riwayat Imam Muslim Rahimahullâh, iaitu:

Maksudnya: Selamat sejahtera kepada kamu sekalian, wahai penghuni kampung-kampung daripada kalangan mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami, insyâ’ Allah, akan bertemu kamu, saya memohon kepada Allah ‘afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian. (Hadits riwayat Muslim)

4. Lafaz salam apabila memasuki rumah yang tidak berpenghuni.

Sunat mengucapkan salam ketika hendak masuk rumah, bukan sahaja ketika hendak masuk ke rumah orang lain bahkan juga ketika hendak masuk ke rumah sendiri sekalipun rumah tersebut tidak berpenghuni dengan mengucapkan:

Ertinya: Selamat sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang salih, selamat sejahtera rahmat Allah serta keberkatanNya ke atas kamu wahai ahli rumah.

Lafaz Salam Dalam Sembahyang

Memberi salam di akhir sembahyang iaitu setelah selesai membaca tasyahhud akhir adalah termasuk dalam rukun sembahyang. Sekurang-kurang lafaz salam itu ialah dengan membaca “ ْ السَّالَم ُ عَل ََْكُم” dan diucapkan sekali.

Sementara lafaz salam yang afdhal dan sempurna ialah dengan membaca ُ الس ََََََََََّالَم ِ عَل ََْكُم ْ وَر َْحَْة ُ هللا sebanyak dua kali, sekali pada salam pertama di sebelah kanan dan sekali pada salam kedua di sebelah kiri, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Radhiallâhu ‘anhu:

Maksudnya: Sesungguhnya (Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wasallam) memberi

(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Adapun menambah di akhir lafaz salam itu dengan perkataan ُ َك َََََََعل ََََََُهوَبََرadalah tidak disunatkan.

Kesimpulan

Memberi salam itu merupakan sebahagian daripada etika orang Islam ketika bertemu dan berjumpa saudaranya. Dengan salam akan eratlah lagi jalinan ukhuwwah Islâmiyyah sesama Islam, kerana anjuran memberi salam itu bukan terbatas kepada orang yang dikenali ataupun yang dekat dengan kita sahaja.

Memberi salam juga disunatkan apabila menziarahi kubur orang-orang Islam termasuk maqam Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam dan sahabat Baginda. Dengan memberi salam kepada ahli kubur, kita telah mendo‘akan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Dalam sembahyang pun kita juga dituntut memberi salam sebagai salah satu rukun sembahyang.

Maka lafaz salam ini sangat mulia dan dituntut dalam Islam, kerana ia bukan sahaja menambahkan pahala, mengeratkan hubungan sesama Islam, do‘a kesejahteraan kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita, bahkan juga memberi kesan kepada sahnya ibadat sembahyang.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-8818

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص