Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الصلاة٠ مشاهدة

Hukum Bacaan-Bacaan Yang Salah Dalam Sembahyang

الجواب

Dalam meraih kesempurnaan sembahyang, perkara utama yang perlu diberi perhatian dan dipelihara ialah rukun-rukun sembahyang. Ini termasuklah menitikberatkan perkara-perkara yang diwajibkan bagi setiap rukun tersebut. Begitu juga perkara-perkara sunat ab‘adh dan hai’ah perlu diamalkan bagi meraih pahala sunat. Sunat-sunat sembahyang ini juga berfungsi sebagai penambal bagi kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam sembahyang.

Oleh itu, seseorang itu hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya dengan memelihara rukun-rukun sembahyang serta mengamalkan perkara-perkara sunat dalam sembahyang, dan sentiasa berusaha untuk menghalusi dan menghayati perbuatan-perbuatan dan bacaan-bacaan di dalam sembahyangnya itu.

Bacaan-bacaan di dalam Sembahyang

Bacaan dalam sembahyang boleh dibahagi kepada dua iaitu bacaan wajib (rukun qauli) dan bacaan sunat. Kedua-dua jenis bacaan ini mempunyai hukum yang berbeza yang perlu diketahui bagi memastikan ibadat sembahyang yang kita lakukan itu sah ataupun tidak.

• Bacaan-bacaan wajib (rukun qauli).

Bacaan wajib atau rukun qauli itu ada lima, iaitu takbîratul-ihrâm, surah al- Fâtihah, tasyahhud akhir, selawat ke atas Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam selepas membaca tasyahhud akhir dan salam pertama.

• Bacaan-bacaan sunat.

Manakala bacaan-bacaan sunat dalam sembahyang itu banyak, antaranya ialah do‘a al-iftitâh, at-ta‘awwudz, ayat atau surah daripada al-Qur’an yang dibaca selepas surah al-Fâtihah, tasyahhud awal dan lain-lain.

Bacaan-bacaan wajib (rukun qauli) hendaklah dibaca dalam setiap sembahyang kerana sembahyang yang kita lakukan itu tidak akan sah tanpanya. Manakala bacaan-bacaan sunat pula jika ditinggalkan, sembahyang kita akan tetap sah. Contoh Kesalahan pada Bacaan di dalam Sembahyang Kesalahan pada bacaan di dalam sembahyang boleh berlaku dalam situasi-situasi seperti berikut: • Menggugurkan atau membuang salah satu huruf daripada bacaan tersebut, seperti membaca dengan membuang huruf dalam

• Menambah huruf, seperti dalam bacaan ( ) iaitu memanjangkan bacaan huruf ( ) seolah-olah menambah huruf ( ) selepasnya. • Menggugurkan tasydîd atau sabdu, seperti dalam bacaan, atau menambah tasydîd, seperti dalam bacaan. • Menukar huruf, seperti menukar huruf ( ) dalam bacaan kepada huruf seperti bacaan. • Menukar baris, seperti menukar baris atas kepada baris bawah dalam bacaan

• Menzahirkan huruf ( ) dalam kalimah ( ) dengan membacanya seperti (

• Menukar perkataan atau kalimah seperti dalam bacaan tahiyyat ( ) dibaca ( ). Kesalahan pada bacaan itu adakalanya mengubah makna bacaan dan adakalanya tidak mengubah makna bacaan tersebut. Maksud mengubah makna bacaan itu adalah menukar makna suatu perkataan kepada makna lain, seperti: • Menukar baris huruf ( dalam bacaan ( ) yang bermaksud “Engkau (Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ) telah kurniakan ni‘mat” kepada baris depan ( ) yang bermaksud “Saya telah kurniakan ni‘mat” dalam surah al- Fâtihah.

• Menggugurkan tasydîd atau sabdu dalam bacaan ( ) yang bermaksud “Hanya Engkaulah sahaja (Ya Allah!) yang kami sembah” kepada bacaan yang bermaksud “Cahaya matahari yang kami sembah”. Sesiapa yang sengaja melakukan kesalahan-kesalahan ini dan mengetahui maknanya, maka dia telah jatuh kafir.

Ia juga boleh membawa maksud menukar makna suatu perkataan kepada sesuatu yang pada asalnya tidak ada makna baginya, seperti:

• Menukar huruf ( ) dalam bacaan kepada huruf seperti bacaan.

Adapun contoh kesalahan pada bacaan yang tidak mengubah makna itu adalah seperti:

• Menukar huruf ( ) dalam bacaan kepada huruf seperti bacaan

Kesalahan pada bacaan itu juga boleh berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Sah atau tidak sembahyang seseorang itu bergantung kepada jenis-jenis kesalahan tersebut.

Hukum Kesalahan pada Bacaan-bacaan Wajib (Rukun Qauli) dalam Sembahyang

1. Jika kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu mengubah makna bacaan-bacaan wajib sama ada perubahan makna itu kepada suatu makna lain ataupun kepada sesuatu yang tidak ada makna pada asalnya, seperti menukar baris huruf ( dalam bacaan ( ) yang bermaksud “Engkau (Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ) telah kurniakan ni‘mat” kepada baris depan ( ) yang bermaksud “Saya telah kurniakan ni‘mat” dalam surah al-Fâtihah, jika dia melakukannya secara sengaja dan dia mengetahuinya, maka dia telah melakukan suatu dosa dan sembahyangnya menjadi batal. Jika dia berkeras dengan kesalahan itu dan bahkan mempercayai bahawa makna yang telah diubah itu yang betul, maka yang demikian itu boleh menyebabkan dia menjadi kafir.

Jika dia tidak sengaja melakukannya, maka sembahyangnya tidak batal namun yang batal hanya bacaannya sahaja, iaitu bagi perkataan yang dia salah sebut. Dalam situasi ini, sebelum dia beralih atau berpindah kepada rukun yang lain, dia wajib dengan segera mengulangi bacaan perkataan yang dia salah sebut itu tanpa mengulangi bacaannya dari awal ayat setelah dia menyedari kesalahannya itu. Namun jika dia menyedarinya setelah berlalu tempoh masa yang lama, maka dia hendaklah mengulangi bacaannya dari awal ayat sebelum berpindah kepada rukun yang lain.

Jika dia sengaja berpindah kepada rukun yang lain tanpa membetulkan dan mengulangi bacaannya yang salah itu, padahal dia mengetahui bahawa dia telah melakukan kesalahan tersebut walaupun secara tidak sengaja, maka batal sembahyangnya. Jika dia berpindah kepada rukun lain, dan setelah itu dia teringat bahawa dia telah melakukan kesalahan pada bacaan wajib, maka sembahyangnya masih sah namun rakaatnya yang berlaku padanya kesalahan dalam bacaan itu tidak dikira. Dalam situasi ini, dia hendaklah menambah satu rakaat lagi untuk menyempurnakan sembahyangnya.

Jika dia memang tidak mengetahuinya atau lupa, maka sembahyangnya adalah tetap sah dan dia tidak berdosa.

Sunat baginya untuk melakukan sujud sahwi jika dia secara tidak sengaja melakukan kesalahan pada bacaan yang mengubah makna, kerana apa saja perkara yang boleh membatalkan sembahyang jika dilakukan secara sengaja, maka sunat bagi orang yang melakukannya secara tidak sengaja melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.

2. Jika kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak mengubah makna bacaan-bacaan wajib, seperti menukar huruf ( ) dalam bacaan kepada huruf seperti bacaan dalam surah al-Fâtihah, maka tidak batal sembahyangnya dan dia berdosa jika dia melakukannya secara sengaja sedangkan dia mengetahuinya. Jika dia tidak sengaja melakukannya, maka sembahyangnya tidak batal dan dia tidak berdosa, namun ia adalah makruh.

3. Jika dia menjadi imam pada ketika itu, dan dia melakukan kesalahan yang mengubah makna bacaan, maka ma’mum hendaklah mufâraqah daripada imam tersebut kerana jika ma’mum masih berimam dengannya, sembahyang ma’mum akan terbatal. Melainkan jika imam tersebut dengan serta merta membetulkan bacaannya, maka sembahyang imam dan ma’mum tidak akan terjejas. Sunat bagi imam itu pula untuk melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Apabila imam melakukan kesalahan yang tidak mengubah makna bacaan, maka sembahyang imam dan ma’mum tetap sah.

Hukum Kesalahan pada Bacaan-bacaan Sunat dalam Sembahyang

1. Jika kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu mengubah makna bacaan-bacaan sunat, seperti menukar bacaan ayat ( ) kepada bacaan ( ) ketika membaca surah al-Qur’an selepas membaca al- Fâtihah pada rakaat pertama atau kedua, maka batal sembahyangnya jika dia melakukannya secara sengaja dan dia mengetahuinya. Jika dia tidak sengaja melakukannya, seperti dia tidak mampu untuk mempelajari bacaan-bacaan sunat dalam sembahyang atau kerana lupa atau kerana jahil, maka sembahyangnya tetap sah, dan sunat baginya melakukan sujud sahwi.

2. Jika kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak mengubah makna bacaan-bacaan sunat, maka tidak batal sembahyangnya dan dia berdosa jika dia melakukannya secara sengaja sedangkan dia mengetahuinya. Jika dia tidak sengaja melakukannya, maka sembahyangnya tidak batal dan dia tidak berdosa.

3. Jika dia menjadi imam pada ketika itu, apabila dia melakukan kesalahan yang mengubah makna bacaan dan dia sengaja dan tahu bahawa dia melakukan kesalahan yang mengubah makna itu, maka sembahyang imam itu tidak sah dan ma’mum hendaklah mufâraqah daripada imam tersebut bagi sesiapa yang mengetahui kesalahan imam itu.

Namun apabila dia melakukan kesalahan yang mengubah makna bacaan dan dia tidak sengaja disebabkan dia tidak mampu untuk mempelajari bacaan-bacaan sunat dalam sembahyang atau kerana lupa atau kerana jahil, maka sembahyang imam dan ma’mum itu tetap sah. Namun makruh ke atas ma’mum untuk berimam dengannya.

Apabila imam melakukan kesalahan yang tidak mengubah makna bacaan, maka sembahyang imam dan ma’mum tetap sah.

Penutup

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti bacaan dalam sembahyang. Berbagai cara boleh dilakukan untuk kita mempertingkatkan kualiti bacaan dalam sembahyang, antaranya dengan mengikuti kelas, bengkel dan sebagainya bagi menghalusi sembahyang atau menghalusi bacaan-bacaan dalam sembahyang. Adalah lebih elok juga, mempelajari dan bertanya kepada guru-guru yang berkelayakan tentang cara-cara sembahyang yang menepati dengan ajaran Nabi Shallallâhu ‘alahi wa sallam.

Bahkan hukum mempelajari bacaan-bacaan dalam sembahyang itu adalah wajib bagi orang-orang Islam. Oleh itu, jagalah bacaan-bacaan dan perbuatan-perbuatan dalam sembahyang dengan penuh perhatian, kerana bukan sahaja sembahyang itu akan menjadi kunci syurga di akhirat kelak, bahkan sembahyang yang sempurna akan dapat menjaga diri kita daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-9574

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص