Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الصلاة٠ مشاهدة

Hukum Sembahyang Apabila Terpaling Dari Arah Qiblat

الجواب

Menghadap qiblat merupakan salah satu daripada syarat sah sembahyang. Jika seseorang tidak menghadap qiblat ketika mengerjakan sembahyang maka sembahyangnya tidak sah melainkan semasa dalam ketakutan seperti dalam peperangan sama ada sembahyang fardhu ataupun sunat dan sembahyang sunat ketika dalam pelayaran yang bukan maksiat yang susah baginya untuk menghadap qiblat.

Tuntutan menghadap qiblat tsabit dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ:

Tafsirnya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram (Ka‘bah). (Surah al-Baqarah: 150)

Kewajipan menghadap qiblat itu juga tsabit dalam hadits sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallâhu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya: Ketika Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam masuk ke Baitullah (Ka‘bah), Baginda berdo‘a di setiap sudut Ka‘bah. Baginda tidak mengerjakan sembahyang sehinggalah Baginda keluar daripadanya. Ketika Baginda keluar, Baginda mengerjakan sembahyang dua rakaat di hadapan Ka‘bah. Lalu Baginda bersabda: “Inilah qiblat.”

Oleh itu, mereka yang ingin mengerjakan sembahyang hendaklah memastikan dadanya iaitu keseluruhan lebar badannya menghadap ke qiblat. Jika sebahagian daripada lebar badannya terkeluar daripada menghadap qiblat maka tidak sah sembahyangnya.

Dalam perkara menghadap qiblat ini, bagaimana pula kedudukan hukum bagi orang yang sembahyang terpaling dari arah qiblat disebabkan lupa atau dipaksa?

Hukum Sembahyang apabila Terpaling dari Arah Qiblat

Untuk menjelaskan kedudukan hukum sembahyang apabila terpaling dari arah qiblat ini dilihat pada tiga keadaan berikut:

1) Berpaling dari arah kiblat dengan sengaja.

Jika seseorang yang mengerjakan sembahyang fardhu ataupun sunat itu sengaja memalingkan sebahagian dadanya dari arah qiblat maka batal sembahyangnya.

2) Berpaling dari arah qiblat disebabkan lupa.

memalingkan sebahagian dadanya dari arah qiblat disebabkan lupa, maka sembahyangnya sah apabila dia kembali menghadapkan dadanya semula ke qiblat dalam kadar yang segera. Akan tetapi jika dia kembali menghadap ke qiblat dalam jangka masa yang lama maka batal sembahyangnya sebagaimana menurut pendapat yang ashah.

sembahyang disebabkan lupa.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam mendirikan sembahyang Zhuhur atau ‘Ashar bersama kami lalu Baginda memberi salam. Dzu al-Yadain pun bertanya kepada Baginda: “Ya Rasulullah! Adakah sembahyang dipendekkan?” Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada para sahabatnya: “Adakah benar apa yang dikatakannya?” Mereka menjawab: “Ya!” Lalu Baginda mendirikan sembahyang dua rakaat lagi kemudian melakukan dua kali sujud (sujud sahwi).

Hadits ini menjelaskan bahawa Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam tertinggal dua rakaat sembahyang kerana lupa dan Baginda berkata-kata sedikit bertanyakan perkara yang lupa itu kepada sahabat lalu menyambung sembahyang dengan menambah dua rakaat yang tertinggal itu. Ini menunjukkan bahawa sembahyang sah dengan berkata-kata sedikit kerana lupa. Walau bagaimanapun jika berkata-kata banyak kerana lupa maka batal sembahyang.

3) Berpaling dari arah qiblat disebabkan paksaan orang lain.

memalingkan sebahagian dadanya dari arah qiblat disebabkan paksaan orang lain maka batal sembahyangnya apabila dia kembali menghadap ke qiblat dalam jangka masa yang lama. Demikian juga menurut pendapat yang mu‘tamad, batal sembahyangnya walaupun dia kembali menghadap ke qiblat dalam kadar yang segera kerana ia jarang berlaku.

Perlu diingat, perkara ini boleh berlaku ketika seseorang menyusup masuk di tengah-tengah shaf di antara dua orang yang sedang sembahyang lalu menyebabkan orang yang sedang sembahyang itu terpaling dari arah qiblat, nescaya sembahyang orang tersebut batal walaupun dia kembali menghadap ke qiblat dalam kadar yang segera.

sembahyang disebabkan paksaan orang lain. Orang yang berkata-kata ketika sembahyang disebabkan paksaan sama ada berkata-kata sedikit ataupun banyak adalah membatalkan sembahyang.

Demikian penjelasan mengenai hukum sembahyang apabila terpaling dari arah qiblat sama ada disebabkan sengaja, paksa ataupun lupa. Perkara ini perlu diketahui dan diambil perhatian bagi mencapai kesempurnaan sembahyang.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-15230

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص