Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى البروناوية
🇧🇳الأخلاق والآداب٠ مشاهدة

Adab Sebelum Tidur Dan Kelebihannya

الجواب

Setiap manusia memerlukan tidur yang cukup untuk mengekalkan kesihatan dan mengistirehatkan diri. Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ berfirman:

Tafsirnya: Dan Kami telah (menjadikan) tidur kamu untuk beristirehat. (Surah an-Naba’: 9)

Lazimnya, tidur merupakan perbuatan penutup pada penghujung hari setelah penat lelah bekerja sepanjang siang. Meski begitu, rasa letih pada siang hari tidak sepatutnya menjadi sebab seorang muslim itu meninggalkan adab-adab sebelum tidur kerana selain mendapat ganjaran pahala, keredhaan dan keberkatan daripada Allah Ta‘ala dengan mengamalkan adab-adab sebelum tidur tersebut, ia juga boleh membantu seseorang itu untuk mendapatkan tidur yang lebih sempurna.

Adab Sebelum Tidur

Beberapa kitab mu‘tabar seperti kitab Bidâyah al-Hidâyah, kitab Ihyâ ‘Ulûm ad-Dîn, kitab al-Adzkâr dan kitab al-Adab al-Mufrad ada menyebut mengenai adab sebelum tidur yang apabila diamalkan boleh mendatangkan kebaikan tertentu. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Berwudhu’.

Dalam sebuah hadits daripada al-Bara’ bin ‘Azib Radhiallâhu ‘anhumâ, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Jika engkau hendak datang (tidur) ke tempat perbaringanmu, maka berwudhu’lah (seperti) wudhu’mu untuk sembahyang. (Hadits riwayat Muslim)

Berwudhu’ sebelum tidur disunatkan juga bagi orang yang berada dalam keadaan junub sebagaimana hadits daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ, beliau berkata:

Maksudnya: Adalah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam jika berada dalam keadaan junub lalu Baginda hendak tidur, Baginda akan berwudhu’ ataupun bertayammum. (Hadits riwayat al-Baihaqi)

Berlainan pula hukumnya bagi perempuan haidh dan nifâs. Mereka tidak disunatkan berwudhu’ sebelum tidur kerana wudhu’ itu tidak memberi kesan pada hadats mereka. Namun, apabila darah haidh dan nifâs mereka sudah berhenti, disunatkan mereka berwudhu’ sebelum tidur sekalipun mereka belum mandi wajib.

Hikmah disunatkan berwudhu’ sebelum tidur ini banyak disebut oleh para ulama, antaranya:

i. Jika seseorang yang berwudhu’ itu meninggal dunia pada malam tersebut, dia dalam keadaan suci.

ii. Supaya mendapat mimpi yang benar serta dijauhkan daripada gangguan syaitan dan ditakut-takutkan olehnya ketika tidur.

iii. Jika dia seorang yang berjunub, wudhu’ itu akan meringankan hadats, kerana wudhu’ itu mengangkat hadats daripada anggota-anggota wudhu’.

iv. Para malaikat akan menghampiri orang yang berwudhu’ sedangkan syaitan akan menjauhkan diri daripadanya.

Adapun sebelum berwudhu’, disunatkan untuk bersiwâk sebagaimana hadits daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Jika tidak memberatkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka untuk bersiwâk setiap kali wudhu’. (Hadits riwayat al-Bukhari)

2. Mengibas tempat tidur.

Perbuatan mengibas tempat tidur ini sunat dilakukan sebanyak tiga kali dengan menggunakan benda seperti kain atau pakaian dan disertai dengan membaca basmalah dan do‘a. Dalam sebuah hadits daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Jika seorang daripada kamu pergi ke tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam (hujung) kainnya lalu mengibas tempat tidurnya menggunakannya (kain tersebut) dan hendaklah dia menyebut nama Allah (membaca basmalah), kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang terjadi pada tempat tidurnya selepas (dia meninggalkan)nya. (Hadits riwayat Muslim)

Dalam hadits yang lain pula daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Jika seorang daripada kamu datang ke tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengibasnya (tempat tidur) dengan menggunakan hujung pakaiannya sebanyak tiga kali dan hendaklah dia berkata: “Dengan namaMu )wahai ( Tuhanku aku meletakkan lambungku dan dengan namaMu (juga) aku mengangkatnya. Jika Engkau menahan (mengambil) nyawaku, maka ampunkanlah ia, dan jika Engkau melepaskannya (mengembalikannya semula kepadaku), maka peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara dengannya hamba-hambaMu yang salih.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullâh dalam kitabnya al-Minhâj fî Syarh Shahîh Muslim, disunatkan untuk mengibas tempat tidur sebelum berbaring agar tidak ada pada tempat tidur itu sesuatu yang boleh menyakiti seperti ular, kala jengking atau selain daripada kedua-duanya. Manakala perintah untuk mengibas tempat tidur dengan tangan tertutup oleh hujung kain itu pula adalah supaya tidak terjadi pada tangan perkara yang tidak diingini sekiranya terdapat di situ sesuatu yang boleh menyakiti.

3. Memadamkan api atau lampu.

Dalam sebuah hadits daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallâhu ‘anhumâ, Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Jangan kamu biarkan api (menyala) di rumah-rumah kamu ketika kamu tidur. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits yang lain pula daripada Jabir bin ‘Abdullah Radhiallâhu ‘anhumâ, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Dan kamu padamlah lampu-lampu (pelita) ketika tidur kerana sesungguhnya tikus mungkin menarik sumbu (pelita) sehingga membakar penghuni rumah. (Hadits riwayat al-Bukhari)

Imam an-Nawawi Rahimahullâh dalam kitabnya al-Minhâj fî Syarh Shahîh Muslim berkata bahawa “api” yang dilarang untuk dibiarkan menyala ketika tidur itu adalah umum termasuk juga api pelita dan selainnya. Adapun lampu lilin yang bergantung di masjid-masjid dan selain masjid jika dikhuatiri terjadi kebakaran berpunca daripadanya, maka ia juga termasuk dalam perintah untuk dipadamkan. Sebaliknya, jika kebiasaannya aman daripada terjadi kebakaran, maka tidak mengapa membiarkannya menyala.

Di samping itu, menurut Muhammad al-Amin al-Harari asy-Syafi‘i Rahimahullâh iaitu seorang ulama kontemporari dalam kitabnya al-Kaukab al-Wahhâj wa ar-Raudh al-Bahhâj, sebab diperintahkan untuk memadamkan pelita atau api adalah agar selamat daripada kebakaran, pembaziran dan penyia-nyiaan harta. Dalam konteks sekarang, ia bermaksud memadamkan lampu elektrik. Oleh itu, dilarang membiarkan lampu elektrik menyala jika terjadi penyia-nyiaan harta kecuali jika terdapat keperluan.

4. Berbaring mengiring atas lambung kanan.

Dalam sebuah hadits daripada al-Bara’ bin ‘Azib Radhiallâhu ‘anhumâ beliau berkata:

Maksudnya: Adalah Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam jika pergi ke tempat tidur Baginda, Baginda (akan) tidur atas lambung Baginda yang kanan kemudian berdo‘a: “Ya Allah, aku serahkan diriku kepadaMu, dan aku menghadapkan wajahku kepadaMu, dan aku serahkan )segala ( urusanku kepadaMu, dan aku menyandarkan belakangku (segala urusanku) kepada (penjagaan) Mu, dengan (penuh) harap (mendapat anugerah dan pahalaMu) dan takut kepada (kemurkaan dan azab)Mu. Tiada tempat berlindung dan tiada tempat yang selamat (daripada seksaanMu) melainkan kepada (rahmat)Mu. Aku beriman dengan KitabMu yang telah Engkau turunkan dan (beriman dengan) NabiMu yang telah Engkau utus”. Dan Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa membacanya (do‘a tersebut) kemudian dia mati pada malamnya, (maka) dia mati dalam fithrah (Islam).” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Adapun antara kelebihan berbaring mengiring atas lambung kanan adalah lebih cepat untuk bangun daripada tidur dan disebabkan jantung tergantung ke sebelah kanan, maka mudah bagi seseorang itu untuk tidur.

5. Berbaring menghadap ke arah qiblat.

Semasa berbaring mengiring atas lambung kanan, seseorang itu disunatkan menghadapkan muka dan bahagian hadapan badan ke arah qiblat sebagaimana jenazah diletakkan di dalam kubur. Hal ini berdasarkan hadits daripada sebahagian ahli keluarga Ummu Salamah Radhiallâhu ‘anhum, mereka berkata:

Maksudnya: Adalah tempat tidur Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam (dibentangkan) seumpama diletakkan manusia (jenazah) di dalam kuburnya. (Hadits riwayat Abu Daud)

Menurut Imam al-Ghazali Rahimahullâh dalam kitabnya ‘Ihyâ ‘Ulûm ad-Dîn, cara tidur menghadap ke arah qiblat itu ada dua. Cara yang pertama adalah dengan berbaring menelentang sambil muka dan kedua tapak kaki menghadap ke arah qiblat, manakala cara yang kedua pula sepertimana yang dijelaskan di atas.

6. Meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipi kanan.

Diriwayatkan daripada Sayyidatina Hafshah Radhiallâhu ‘anhâ, beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam jika hendak tidur, Baginda meletakkan tangan Baginda yang kanan di bawah pipi Baginda kemudian berdo‘a: “Ya Allah! Peliharalah aku daripada azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu” sebanyak tiga kali. (Hadits riwayat Abu Daud)

Dalam hadits yang lain pula daripada al-Bara’ bin ‘Azib Radhiallâhu ‘anhumâ, beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam jika Baginda menempati tempat perbaringan Baginda, Baginda meletakkan tapak tangan Baginda yang kanan di bawah pipi Baginda yang kanan dan Baginda berdoa: “Ya Tuhanku Peliharalah aku daripada azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi dalam asy-Syamâ’il)

7. Bertaubat dan berazam ke arah kebaikan.

Seseorang itu hendaklah tidur dalam keadaan sudah bertaubat meminta keampunan daripada dosa-dosa, berazam untuk tidak melakukan maksiat atau kembali kepada maksiat selama-lamanya dan berazam untuk melakukan kebaikan kepada semua manusia jika dibangkitkan oleh Allah Ta‘ala pada keesokan hari.

8. Berazam untuk bangun pada sebahagian malam bagi mendirikan sembahyang sunat.

Orang yang bangun pada sebahagian malam untuk mendirikan sembahyang sunat akan dibangkitkan dan ditempatkan di kedudukan yang terpuji di akhirat nanti. Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ berfirman:

Tafsirnya: Dan pada sebahagian malam, dirikanlah sembahyang Tahajjud padanya sebagai ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu membangkitkanmu (dan menempatkanmu) pada Hari Akhirat di maqâm (kedudukan) yang terpuji. (Surah al-Isrâ’: 79)

Sekiranya seseorang itu mendatangi tempat tidurnya dan berniat untuk bangun malam bagi mendirikan sembahyang, akan tetapi dia tidak terjaga daripada tidurnya sehingga pagi hari, maka akan ditulis untuknya pahala apa yang diniatkannya. Manakala tidurnya itu pula menjadi sedekah daripada Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ. Perkara ini berdasarkan hadits daripada Abu ad-Darda’ Radhiallâhu ‘anhu, Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Sesiapa mendatangi tempat tidurnya dan dia berniat untuk bangun malam bagi mendirikan sembahyang, lalu kedua-dua matanya menguasainya (dia tidur) sehingga pagi, (maka) akan ditulis untuknya apa yang diniatkannya dan tidurnya itu menjadi sedekah ke atasnya daripada Allah ‘Azza wa Jalla. (Hadits riwayat an-Nasa’i dan Ibn Majah)

9. Berzikir mengingat Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ.

Apabila seseorang itu hendak tidur, makruh hukumnya meninggalkan zikir kepada Allah kerana orang yang tidak berzikir akan merasai kekurangan dan penyesalan disebabkan mensia-siakan keagungan pahala zikir dan dikatakan juga bahawa dia akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Dalam sebuah hadits daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Sesiapa berbaring pada suatu tempat perbaringan (untuk tidur) tidak berzikir kepada Allah di dalamnya dia hanya akan mendapat penyesalan pada Hari Kiamat. (Hadits riwayat Abu Daud)

Zikir-zikir yang sunat untuk diamalkan sebelum tidur antaranya adalah seperti yang berikut:

(1) Istighfâr sebanyak tiga kali.

Seseorang yang beristighfâr sebanyak tiga kali apabila pergi ke tempat tidur akan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah Ta‘ala sekalipun dosanya itu banyak. Hal ini berdasarkan hadits daripada Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallâhu ‘anhu, Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Sesiapa berkata ketika pergi ke tempat

ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang tetap hidup lagi kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhlukNya), dan aku bertaubat kepadaNya) sebanyak tiga kali, (nescaya) Allah akan mengampunkan dosa-dosanya, meskipun (dosa-dosanya) seperti buih di lautan, meskipun sebanyak bilangan daun pokok, meskipun sebanyak pasir yang bertimbun-timbun dan meskipun sebanyak bilangan hari-hari dunia. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Setiap zikir ini sunat dibaca sebelum tidur sebanyak 33 kali, kecuali takbîr dibaca sebanyak 34 kali. Hal ini berdasarkan hadits daripada Sayyidina ‘Ali Karramallâhu wajhah bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada beliau dan Fathimah Radhiallâhu ‘anhâ:

Maksudnya: Jika kamu berdua pergi ke tempat tidur kamu atau kamu berdua menempati tempat-tempat perbaringan kamu, maka bertakbîrlah kamu berdua sebanyak 34 kali, bertasbîh sebanyak 33 kali dan bertahmîd sebanyak 33 kali. (Hadits riwayat al-Bukhari)

10. Membaca al-Qur’an.

Seorang muslim yang membaca satu surah daripada al-Qur’an apabila dia menempati tempat tidurnya akan dijaga oleh malaikat yang diperintahkan oleh Allah Ta‘ala daripada sesuatu yang boleh menyakitinya dan memudharatkannya sehingga dia bangun daripada tidur. Hal ini berdasarkan hadits daripada Syadad bin Aus Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Tidak ada daripada seorang muslim yang menempati tempat perbaringannya (lalu) membaca satu surah daripada kitab Allah Ta‘ala (al-Qur’an) melainkan Allah ‘Azza wa Jalla akan mewakilkan baginya malaikat (untuk menjaganya). Maka tidak menghampirinya sesuatu pun yang (boleh) menyakitinya sehingga dia bangun (daripada tidur) ketika dia bangun. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Surah-surah al-Qur’an yang sunat diamalkan sebelum tidur antaranya:

(1) Surah al-Ikhlâsh, surah al-Falaq dan surah an-Nâs.

Sebelum memulakan bacaan tiga surah ini, disunatkan untuk menggabungkan kedua-dua tapak tangan seperti berdo‘a, kemudian membacakan pada kedua-dua tapak tangan tersebut ketiga-tiga surah di atas terlebih dahulu sebelum meniup kedua-duanya. Setelah selesai bacaan surah-surah tersebut dan tiupan pada dua tapak tangan, disapukan kedua-dua tapak tangan itu ke seluruh anggota tubuh yang mampu dicapai, bermula dari kepala, muka dan bahagian hadapan tubuh dan kemudian anggota tubuh yang lain. Perbuatan di atas ini sunat dilakukan sebanyak tiga kali.

Dalam sebuah hadits daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ, beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam jika pergi ke tempat tidur Baginda pada setiap malam, Baginda menggabungkan dua tapak tangan Baginda, kemudian Baginda meniup kedua-duanya, maka Baginda membacakan pada kedua-duanya ِ الناس), kemudian Baginda menyapu dengan kedua-duanya tubuh yang mampu dicapai oleh Baginda. Baginda memulakan (sapuan) dengan kedua-duanya (tapak tangan) pada kepala dan wajah Baginda serta bahagian hadapan tubuh Baginda. Baginda melakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Hadits riwayat al-Bukhari)

Menurut ath-Thibi Rahimahullâh, maksud “kemudian Baginda meniup kedua-duanya, maka Baginda membacakan pada kedua-duanya” itu adalah Baginda membacakan tiga surah di atas terlebih dahulu untuk meniup kedua-dua tapak tangan. Dalam erti kata lain, setelah adanya kemahuan untuk meniup dua tapak tangan, dibacakan tiga surah tersebut terlebih dahulu kemudian diikuti dengan meniup kedua-duanya. Hal ini menjadi demikian kerana maksud huruf “ف” pada perkataan “فقرأ” dalam hadits di atas diqiyaskan dengan maksud huruf “ف” pada perkataan “فاستعذ” dalam firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: Maka apabila engkau hendak membaca al-Qur’an maka mintalah perlindungan kepada Allah. (Surah an-Nahl: 98)

Dalam ayat ini, walaupun perintah membaca at-ta’awwudz itu disebut kemudian daripada membaca al-Qur’an, namun ia diperintahkan untuk dilakukan terlebih dahulu sebelum membaca al-Qur’an. Begitu juga halnya dengan maksud hadits di atas, walaupun membacakan tiga surah di atas pada dua tapak tangan itu disebut kemudian daripada meniup kedua-duanya, namun ia dilakukan terlebih dahulu sebelum meniup kedua-duanya. (2) Surah al-Kâfirûn.

Surah ini sunat dibaca sebagai penutup bacaan sebelum tidur kerana ia boleh membebaskan pembacanya daripada kesyirikan sebagaimana hadits yang diriwayatkan daripada Naufal al-Asyja‘i Radhiallâhu ‘anhu bahawa Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada beliau:

Maksudnya: Bacalah ( ْ ), kemudian tidurlah pada penghujungnya (setelah selesai membacanya). Maka sesungguhnya ia (merupakan) pembebasan daripada kesyirikan. (Hadits riwayat Abu Daud)

(3) Surah as-Sajdah dan surah al-Mulk.

Dalam sebuah hadits daripada Jabir bin ‘Abdullah Radhiallâhu ‘anhumâ, beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam tidak tidur sehinggalah Baginda membacaٰۤ

al-Mulk). (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Imam al-Bukhari Rahimahullâh dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad ada menyebut perkataan Abu az-Zubair Radhiallâhu ‘anhu setelah beliau menyebut hadits di atas ini. Abu az-Zubair Radhiallâhu ‘anhu berkata bahawa dua surah tersebut melebihi semua surah dalam al-Qur’an dengan tujuh puluh kebaikan. Sesiapa membaca kedua-duanya akan dicatat untuknya tujuh puluh kebaikan, diangkat untuknya tujuh puluh kedudukan (kemuliaan) dan dihapus daripadanya tujuh puluh kesalahan.

(4) Surah az-Zumar dan surah al-Isrâ’.

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ, beliau berkata:

Maksudnya: Adalah Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam tidak tidur sehinggalah Baginda membaca Bani Isra’il (surah al-Isrâ’) dan (surah) az-Zumar. (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Selain daripada membaca surah-surah tertentu sebelum tidur, terdapat juga ayat-ayat al-Qur’an yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam untuk dibaca sebelum tidur. Antaranya ialah:

(1) Ayat al-Kursi.

Dalam sebuah hadits daripada Abu Hurairah Radhiallâhu ‘anhu, Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada beliau:

Maksudnya: Jika engkau pergi ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursi daripada awalnya hingga akhir ayat: ( ََٰۤل ُ sentiasa ada untukmu penjaga daripada Allah, dan syaitan tidak akan menghampirimu sehingga pagi hari. (Hadits riwayat al-Bukhari)

(2) Dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah.

Ayat yang dimaksudkan ialah ayat 285 dan 286. Perkara ini berdasarkan hadits daripada Abu Mas‘ud al-Anshari Radhiallâhu ‘anhu, Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

Maksudnya: Sesiapa membaca dua ayat daripada penutup surah al-Baqarah pada suatu malam, (maka) kedua-duanya itu akan mencukupkannya. (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksud “kedua-duanya itu akan mencukupkannya” menurut pendapat sebahagian ulama adalah dua ayat terakhir surah al-Baqarah itu menyebabkan pembacanya dipelihara pada malam itu daripada bencana, keburukan, gangguan syaitan dan apa jua perkara yang dibenci. Dikatakan juga bahawa dua ayat tersebut mencukupkan pembacanya daripada mendirikan malam kerana kedua-duanya sudah mengandungi makna iman dan Islam, makna berlindung kepada Allah Ta‘ala, makna meminta pertolongan dan bertawakkal kepadaNya, dan makna memohon keampunan dan rahmat daripadaNya. Menurut al-Qadhi ‘Iyadh Rahimahullâh pula, berkemungkinan yang dimaksudkan dengannya adalah dua ayat itu mencukupkan pembacanya daripada mendirikan malam, atau daripada gangguan syaitan-syaitan, atau mencukupkannya dengan ganjaran, kerana dua ayat itu mencakupi pintu-pintu keimanan, penyerahan diri dan penghambaan kepada Allah dan permintaan kebaikan di dunia dan akhirat.

11. Membaca do‘a.

Terdapat beberapa hadits yang menjelaskan tentang beberapa do‘a yang dibaca oleh Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam sebelum Baginda tidur, antaranya ialah:

(1) Hadits daripada Hudzaifah Radhiallâhu ‘anhu yang menceritakan bahawa Nabi Shallallâhu ‘alaihi wa sallam jika pergi ke tempat tidur Baginda akan membaca do‘a:

Maksudnya: Ya Allah! Dengan namaMu aku hidup dan aku mati. (Hadits riwayat al-Bukhari)

(2) Hadits daripada Anas Radhiallâhu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam apabila pergi ke tempat tidur Baginda akan membaca do‘a:

Maksudnya: Segala puji (hanya) bagi Allah yang telah memberi kami makan, memberi kami minum, memberi kami kecukupan dan memberi kami tempat berlindung. Betapa ramai yang tidak ada pemberi kecukupan baginya dan tidak juga ada pemberi tempat berlindung. (Hadits riwayat Muslim)

(3) Hadits daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallâhu ‘anhâ bahawa apabila hendak tidur, beliau membaca do‘a bagi memohon mimpi yang baik dan terhindar daripada mimpi yang buruk iaitu:

Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu mimpi yang baik, (mimpi) yang benar bukan yang dusta, (mimpi) yang bermanfaat bukan yang memudharatkan. (Hadits riwayat Ibn as-Sunni)

(4) Hadits daripada al-Walid bin al-Walid Radhiallâhu ‘anhu bahawa beliau pernah mengadu kepada Rasulullah Shallallâhu ‘alaihi wa sallam tentang kegelisahan yang dirasakannya sebelum tidur lalu Baginda memerintahkannya untuk membaca do‘a:

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya, seksaanNya serta kejahatan hamba-hambaNya, dan daripada godaan-godaan syaitan-syaitan dan (berlindung daripada) mereka mendatangiku. (Hadits riwayat Ahmad)

Adab-adab sebelum tidur di atas ini sekalipun hukumnya sunat, namun adalah menjadi kerugian jika diabaikan, kerana adab-adab tersebut sangat mudah dilakukan. Sebaliknya, mereka yang mengamalkannya pula adalah orang yang sangat beruntung dan bijak kerana telah menjadikan perbuatan tidur yang pada asalnya suatu adat sebagai ibadat dan dapat meraih ganjaran pahala serta kelebihan-kelebihan yang dijanjikan. Bahkan ia akan mendapat ganjaran yang jauh lebih besar iaitu keredaan Allah Subhânahu wa Ta‘âlâ.

Demikian penjelasan mengenai adab-adab sebelum tidur dan kelebihannya.

المصدر: Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam· رقم irsyad-15758

دليل الألوان

آية قرآنيةحديث شريفنص فقهي من كتب العلماءرد اللجنة (المرجع الأساسي للفتوى)رقمرابط لفتوى أخرى مذكورة في النص