Penetapan Kadar Zakat Fitrah Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 1446H/2025M
AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34
MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34
PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 1446H/2025M
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bil. 2/2024 yang bersidang pada 11 hingga 12 September 2024 telah membincangkan perkara berkenaan dengan penetapan kadar zakat fitrah di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi tahun 1446H/2025M. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1. Kadar Zakat Fitrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah sebanyak RM7.00 seorang.
2. Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga beras super tempatan (5% kandungan beras hancur) dan beras import biasa.
3. Bagi umat Islam yang lebih berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan boleh memilih kadar seperti yang berikut:
(a) RM15.00 seorang bagi pengguna beras import premium; atau
(b) RM22.00 seorang bagi pengguna beras basmathi.
4. Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi tahun 1446H/2025M.
Bertarikh 9 Disember 2024 Dated 9 December 2024 [PMWP/100/20 Klt. 6; PN(PU2)530/JLD.17]
DATUK PROF. MADYA DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2024-c8f44901
