Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الأخلاق والآداب

Hukum Status Agama Kanak-Kanak Yang Ibu Bapanya Baru Memeluk Agama Islam

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

2/146/2024 24 Oktober 2024

HUKUM STATUS AGAMA KANAK-KANAK YANG IBU BAPANYA BARU MEMELUK AGAMA ISLAM

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-146/2024 yang bersidang pada 26 April 2024 telah memutuskan bahawa:

i. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, maka agama anak di bawah umur juga adalah Islam; dan

ii. Penjagaan anak tersebut hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.

Bertarikh 24 Oktober 2024 MJKPHSWP Kali Ke-146/2024

DATUK PROF. MADYA DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2024-84276ce5