Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الأطعمة والأشربة

Cadangan Hukum Penggunaan Serbuk Cengkerik Sebagai Makanan Sumber Protein

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

5/142/2023 11 – 13 JULAI 2023

CADANGAN HUKUM PENGGUNAAN SERBUK CENGKERIK SEBAGAI MAKANAN SUMBER PROTEIN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-142 yang bersidang pada 11 – 13 Julai 2023M telah membincangkan perkara berkenaan Cadangan Hukum Penggunaan Serbuk Cengkerik Sebagai Makanan Sumber Protein. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Penggunaan cengkerik sebagai bahan makanan adalah haram berdasarkan pandangan jumhur fuqaha.

Bertarikh 11-13 Julai 2023 MJKPHSWP Kali ke 142/2023 PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2023-7c948fa1