Hukum Berkaitan Kewajipan Melunaskan Zakat Kwsp Untuk Si Mati
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN
HUKUM BERKAITAN KEWAJIPAN MELUNASKAN ZAKAT KWSP UNTUK SI MATI
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-142 yang bersidang pada 11 – 13 Julai 2023M bersamaan 22-23 Zulkaedah 1444H telah membincangkan perkara berkenaan Hukum Berkaitan Kewajipan Melunaskan Zakat KWSP Untuk Si Mati. Fatwanya adalah seperti yang berikut: Mesyuarat telah membincang dan meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan bahawa wajib bagi ahli waris mengeluarkan zakat daripada wang KWSP si mati.
MJKPHSWP Kali Ke-142/2023 Bertarikh: 11-13 Julai 2023
PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan
المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2023-864b9fdd
