Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾أحكام متنوعة

Fatwa Berkenaan Dengan Hukum Menghasilkan Terjemahan Al-Quran Tanpa Disertakan Dengan Teks Al-Quran Dalam Bahasa Arab

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENGHASILKAN TERJEMAHAN AL-QURAN TANPA DISERTAKAN DENGAN TEKS AL-QURAN DALAM BAHASA ARAB

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Menghasilkan Terjemahan Al-Quran tanpa disertakan dengan teks Al-Quran dalam bahasa Arab. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Penghasilan terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks al-Quran dalam bahasa Arab adalah dilarang bagi menjaga kesucian al-Quran dan untuk mengelakkan kekeliruan terhadap al-Quran.

2. Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks al-Quran dalam bahasa Arab akan membawa kepada perkara seperti yang berikut:

(a) anggapan bahawa terjemahan al-Quran tanpa teks al-Quran dalam bahasa Arab adalah kalam Allah yang terpelihara daripada kekurangan dan kesilapan; dan

(b) membaca terjemahan al-Quran sahaja akan mengakibatkan masyarakat meninggalkan pembacaan teks al-Quran dalam bahasa Arab.

Bertarikh 20 April 2022 Dated 20 April 2022 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld.16]

DATUK DR. LUQMAN BIN HJ. ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-90d7596a