Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الصلاة

Fatwa Berkenaan Hukum Berdoa Bersama-Sama Dengan Orang Bukan Islam Dalam Satu Majlis

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN HUKUM BERDOA BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SATU MAJLIS

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-113 yang bersidang pada 22 Januari 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Berdoa Bersama-sama dengan Orang Bukan Islam dalam Satu Majlis. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Hukum orang Islam meminta atau mengarahkan orang bukan Islam bersama-sama berdoa mengikut anutan agama masing-masing dalam satu majlis yang dihadiri oleh penganut pelbagai agama adalah haram.

2. Orang Islam adalah dilarang daripada menganjurkan atau menghadiri apa-apa majlis yang melibatkan upacara keagamaan agama lain.

3. Pengharaman dan larangan ini sebagai usaha Sadd azzara’i untuk mengekang penyebaran agama lain dan fahaman pluralisme agama kepada orang Islam.

4. Bagi maksud Fatwa ini, usaha Sadd azzara’i merupakan tindakan yang dilakukan dengan tujuan untuk menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan akidah.

5. Walau apa pun, perenggan 1, 2 dan 3, orang Islam tidak dianggap berdosa, jika berada dalam majlis yang tidak melibatkan upacara keagamaan agama lain dan terdapat orang bukan Islam yang berdoa mengikut anutan agama masing-masing dengan kehendak mereka sendiri.

Bertarikh 7 Julai 2022 Dated 7 July 2022 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD.16]

DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-9d318a24