Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾الزكاة والصدقات

Fatwa Berkenaan Hukum Pembayaran Zakat Secara Dalam Talian (Online)

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

FATWA BERKENAAN HUKUM PEMBAYARAN ZAKAT SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-116 yang bersidang pada 1 April 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Pembayaran Zakat Secara dalam Talian (Online). Fatwanya adalah seperti yang berikut:

1. Hukum pembayaran zakat secara dalam talian adalah harus.

2. Pembayaran zakat secara dalam talian adalah sah menurut hukum Syarak. Dalam hal ini, akad yang dibuat secara dalam talian iaitu akad melalui tulisan mempunyai kesan yang sama seperti akad yang dibuat secara lisan.

Bertarikh 25 Julai 2022 Dated 25 July 2022 [PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD. 16]

DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Mufti for the Federal Territories

المصدر: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan — e-Fatwa· رقم wpfatwa-2022-add099c4