Islamic MixIslamic Mix
‹ الفتاوى الماليزية
🇲🇾العقيدة

FATWA FAHAMAN DAN AJARAN OLEH SUHAINI BIN MOHAMMAD (AJARAN SI HULK)

Sel. P.U. 2. 8hb Januari 2025

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 tahun 2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan pernyataan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual sebagai fatwa dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

JADUAL

FATWA FAHAMAN DAN AJARAN OLEH SUHAINI BIN MOHAMMAD (AJARAN SI HULK)

1. Fahaman dan ajaran oleh Suhaini bin Mohammad atau dikenali sebagai “Ajaran Si Hulk” adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah kerana mengandungi elemen-elemen yang berikut:

(a) mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah Tuhan;

(b) mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW tidak berjantina dan tiada alat kelamin;

(c) membuat tafsiran ayat al-Quran yang bercanggah dengan tafsiran ulama-ulama yang muktabar;

(d) mereka-reka hadis yang didakwa sebagai hadis Qudsi yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu esa; dan

(e) mengaitkan khasiat produk air minuman “Si Hulk” dengan Nabi Muhammad SAW tanpa sebarang asas yang boleh diterima oleh Hukum Syarak.

2. Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman dan ajaran ini adalah disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah.

3. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk—

(i) beramal atau berpegang dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;

(ii) menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;

(iii) mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman

persamaan dengannya;

(iv) mengajar, menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;

(v) berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;

(vi) memiliki, menyimpan, menerbitkan, menyalin, mencetak, menjual, mengedar atau menyiarkan apa-apa bahan yang menonjolkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa-apa bentuk termasuk filem, rakaman video atau audio, penulisan, akhbar, risalah, buku, majalah atau lain-lain bentuk penulisan;

(vii) menganjur, mengadakan atau membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman

persamaan dengannya melalui pertubuhan, persatuan, syarikat atau badan lain; dan

(viii) memberi apa-apa kemudahan, sumbangan, pembiayaan atau bantuan kepada mana-mana orang atau badan untuk tujuan menyebarkan atau mengembangkan fahaman dan ajaran ini atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya.

4. Mana-mana orang Islam yang telah menyertai atau mengamalkan atau berpegang kepada fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Bertarikh 20 Disember 2024 [MAIS/BUU/600-6/1/39;P.U. Sel (ADV).PS 05/4/12]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor

المصدر: Jabatan Mufti Negeri Selangor· رقم selangor-10628